Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Apa Khabar Qalbi?



[PLAY SOUNDCLOUD]

Kaifa qalbi?

Lama dah nak menaip entri versi peribadi gini.
Lama jugak dah tak menaip selalu entri melbatkan hati dan emosi gini.

Busy.
Malas aje nak menaip bile sampai depan lappy.

so again...
kaifa qalbi?

Alhamdulillah.
Macam gitu lah.
Ada naik, ada turun.
Kata org tu... kondisinya normal.
Masih mengikut fitrah dn sunnatullah.
Tidaklah sihat saje doplohpat jam.
dan Alhamdulillah, tidak sakit juge sepanjang masa.

Cuma,
aim dan target terbaek utk sang qalbu ini masih belum tercapai lagi.
jatuh bangun, masih jatuh bangun versi sederhana.

Tak berani nak nangis berjujuran air mata,
makanya, sujud menyerah jiwa pada sepertiga malam juga...
sudah jarang-jarang sangat berpeluang melakukannya.

Bercakap tentang Ramadhan,
Mungkin Ramadhan kali ini baik.
Tetapi, boleh jadi ada Ramadhan dalam waktu yang sebelum ini lebih baik lagi.
Begitulah.

Allahumma balighna fi Ramadhan.
Didoakan semoga Allah sampaikan aku sekali lagi pada Ramadhan berikutnya.
Aamiin. Ya Rabb al 'alamiin.

Masuk balik topik tadi.
turun naik qalbi yang macam mana ya...
hmmm

hendak kata masih ada perasaan yang sama kuat, tetap dan sabit seperti zaman dulu kala itu,
mungkin alhamdulillah, tidak.
tetapi,
lupa tentang apa yang telah dan pernah tercoret sebagai sebahagian memori juga, tidak.
Tidak cinta barangkali,
Tidak juga lupa.

Dalam proses untuk terus melangkah ke hadapan. Agaknya macam tu lah.
Orang kata... sedangkan rindu jugak satu tanda ke arah melepaskan dan maju ke depan.

Walk away from what left you. Move on and smile. Cheer up. You can’t always compare you first chapter with their chapter twenty. So write it your way

Kadang-kadang..
Tak boleh terima dia.
Caranya.
Rasa macam teraniaya.
Kalau diingat balik, macam kejamnya dia.
*gelak hambar*
cemtu le kononnya.

kadang-kadang k.

Siapapun bisa jadi manusia tak-acuh karena dua alasan ini; lelah untuk peduli atau sedari awal memang sudah tidak peduli.

Ada masa juge tertanya-tanya...
apeke die tu,
memang senang ya buang hilang segala perasaan...
tak jujur ke hape

Kalau ikut pengalaman masa mula-mula kenal.
memang jenis dia, senang 'maju ke depan' lepas berantakan.
pakat redha aje ke die?

ya.
Ada masa sesuatu yang tak bermanfaat seperti persoalan-persoalan ini
memang mencari ruang untuk menguasai segenap ruang dalam kepala.

Lambat-lambat nanti...
sebab takde yang akan menjawab persoalan ni,
aku juge yang akan merespon sendiri,
mana mungkin aku tahu apa yang pernah dia alami sebelum ini.
Tak perlu rasanya kalau aku jatuh tonggeng terbalik kerana hal ini, dia juga perlu mengalami jatuh tonggeng terbalik begitu.
Kita berdua dalam bab yang berbeza.
Aku mungkin baru prolog.
Dia sudah di bab epilog.
Mana mungkin sama respon dan reaksi segala.
Orang yang tak 'menunjuk-nunjuk' respon hatinya seperti aku ini...
bukan pula orang yang tak ada hati dan perasaan. Teorinya cemtu.
kannn..

eh.
mujur tak selalu.

Kau memang suka meminta sesuatu atas apa yg sudah terlanjur. Jangan rindu, ketika ia sudah luluh. Jangan jatuh cinta, ketika ia sudah patah.

sebab busy barangkali.
dengan bisnes yang baru nak menapak.
sibuk nak menconteng beg yang ditempah.
sibuk jugak nak mengapdet perkembangan item item baru nak diperaga dlm kedai atas talian.
Lagi sibuk berurusan dengan rumah dan segala isi rumah yang menuntut aku komited menjadi bibik di siang hari, dan menjadi anak sulung berdedikasi malamnya....

memang tak menyempat sangat nak asyik terimbau segala momen dengan dia.
Takde masa nak patah hati atau buat sesi luka berdarah kembali doplohpat jam, tujoh hari smninggu.

Sakit.
Sibuk dengan hati.
paru-paru aku...
merajuk ke? *gelak tak ikhlas*
-,-

ya, paru-paru ni dengki.

so sekarang perlu fokus pada kesihatan ni.
Makan berpantang.
segala perisa kedberi yang jadi kegemaran zmn berzaman semua da tak boleh telan.
segala adek beradik kopi juga hanya mampu tengok, tak mampu teguk.
ais batu jadi musuh nombor satu.

laaaagi lah tak menyempat nak feeling-feeling dalam keadaan macam ini, sekarang ini.


Alhamdulillah lah kann...

qalbi versi tak keruan tu datang mcm musim durian laa. mcm wabak ke demam ke.
sekali dua. kejap.

Kenapa masih tak boleh buat biasa?
kalau betul perasaan sudah tiada, sekadar tidak boleh lupa
'kebengongan' juga cuma sekali sekala...

soalan cepumas tuu.
Soal kepala yang waras pada hati yang...

Aku tidak mampu menjadi seorang kawan, dahulu berkawan itu alasan aku untuk menyembunyikan perasaan yang tak terbataskan.

at the end,
aku jumpa alasan.

Aku pun tak fully heal cemtu.
ecehh
So, taknak lah kawan-kawan ni,
takut ada organ-organ dalam diri ini yang amik kesempatan atas status 'kawan' tu.
Mula lah nak buad sesi mengharap, tersuka, dan terluka balik macam zaman dulu-dulu.
Eyy, malas aku nak lalu satu cycle macam tu.

kalau bertuah lepas sesi tersuke dan terluke tu adalah harapan utk sesi, 'berbalas-balas suke'.
Tapi tak mustahil akn merasa balik sesi kene rejek perasaan ni.
ahar...
*gelak hambar*
cycle yang super sukar.

so..
baiklah toksah kawan langsung lagi.
takat cakap sepatah dua tu... boleh rasanya.
kritikal sangat dah kalau itu pun tak mampu.
tapi nak buat biasa tu belum lagi.
kan masih 'ongoing' maju ke depan aku nih.

“ Terima kasih pernah datang, lalu menghilang.
Terima kasih pernah ada, lalu tiada.
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur. 

Aku ni,
maybe laa lambat siked kott matang nya.
Tapi semenjak dah hidup membujang dekat rumah
kelam kabut, tenggelam timbul uruskan bisnes ni...
selow-selow aku pun dah ada aim untuk future.
Fokusnya selepas fokus-fokus yang lain tentulah untuk capai matlamat aku tu.
Untuk keluarga khususnya segala cita-cita.



Tak tipu.. 
Mungkin dulu, harapan aku juga ingin begitu.

Mungkin ada silap di mana-mana, 
harapan itu layu.

Mungkin ada silap pada doa yang tak bersungguh,
atau hati yang tak jujur,
atau pergaulan yang terbataskan,
atau rindu yang dilebih-lebihkan,
atau silapnya pada angan-angan yang cuba mencapai awan

Atau mungkin tiada silap.
tetapi tiada jodoh.

Begitulah percaturan Tuhan untuk aku 


In shaa Allah.
Harapnya berjaya.

Pasal qalbi dan dia ni...
esok lusa lepas semuanya selesai,
boleh lah kott nak fikir balik.
haaa gitew.

Kalau lepas lepas ni, masih ada hati...
dan disebabkan rasa dia untuk aku sudah mati..
ya,
masa tu mungkin boleh sambung balek kalau nak buat sesi tertonngeng terbalik.

entah-entah,
aku jumpa orang lain..
dia tak jumpa sape-sape.
haaaa.... biarkan dia rasa.

muahahahah. *evil laugh la konon*
lol.

tak mungkin laa cemtu.
mengata orang, aku kena balik kang,
naya.

lebih baik ending-nya

biar aku jumpe sape-sape
dan dia pun jumpe entah sape-sape.
akhirnya semua bahagie.

sekian.
Aamiin..


p.s Lagu ni super sedap. Tegak-tegak bulu roma ak berdiri dengar zikir ni dalam Hitz tadi. Fes time hayati agaknya, cemtu lah, terus jatuh hati jiwe raga aku. Sambil-sambil stalker cerita hati basi aku ni, zikir asma Allah sekali. (-:





Sunday, June 8, 2014

Selamat Bekerja kepada Aku


Assalamualaikum.
Morning.

Pagi ni nak kena gi kerja.
Tinggal laptop kat rumah.
Tinggal segala canvas totebag dan peralatan melukis yang lain di rumah.
Melangkah berat, macam tak ready nak kerja.

Sekarang pekerja sementara tinggal aku seorang sahaja.
Yang tak berhenti-berhenti sejak bulan Januari.
Walaupun penat dengan keletah
Walaupun adang-kadang ada juga naik menyampah.
Selahi boleh harung, kena harung kehidupan bekerja.

Kerja ni tentang komited dan memberi komitmen.
Bukan boleh sekati nak kerja dan tidak.
Ada disiplin bekerja dan majikan yang perlu diturut selagi keduanya belum melepasi garis meampau.

Aku akan bekerja harini.
Sudah masu minggu kedua bulan Jun.
Gaji bulan Mei masih tak diberi lagi.
Ni yang rasa macam nak lepaskan keluhan perantau ni,

ok bye.

Monday, May 5, 2014

I Talk Crap when I Type Long.



Aku rasa lagu ni best. The lyrics and melody too.

So aku letak sini. 

please people.. don't be too judgemental when I'm not good as good as you.
I'm not sure of this feeling though. Am I threatened with this kind of fellows?
Like here and there will be people saying 'maigadd, this kind of vid obviously not beneficial' or 'she is so not represent herself as an islamic school student' and yada-yada.
Why I'm quite concerned and have this awful feelings towards people around? Bad me.. *sigh

Harini jiwa macam kacau sikit.
Tak ada lah kacau mana pun. Sekejap-sekejap je.

Things behind were not that easy as they could fade away in a blink of eyes.
I think so because I experienced so.

When I stated that I'm hurt a little deep inside my heart, 
It doesn't always and forever mean that I am dying hurt and badly bleeding. That kind of situation - no. Most of the time they are not.

But when I received responses from fellow schoolmates, 
even since long ago.... they are always react like I had stated the statement vice versa. when I was actually not.
I knew that type of reaction, it shows love from a friend to a friend and those caring stuffs. 
Frankly I am grateful. So grateful. Because this kind of reactions remind me to keep calm in handling or facing difficulties. Turn back to Allah my one and only. Be patient. 

This is cliche but most of my friends reacts that way when they think I'm talking and complaining and whining only about my tragic-fairy tale-not enough islamic- love story. I mean, my feeling towards another gender. sometimes it's not true that I only care about guy matters. 

There's time when I say, for example  this life is rough.. It will not always meant that I'm talking about a-bullshit-life-I'm imagining. It can be rough because perhaps on that moment I had fight with my dearest best friend or maybe because just earlier before someone was insulting me or else... anything bad.

Things are not not going to remain silent on the top of the hill for always and forever. 
When they fall, break into pieces and affected me..
I wish that it is not like I'm committing sin that I am to feel some pain or to make it vivid in public.
People with emotions, I mean.. I am not perfect. I don't even mean to gain some cheap publicity from people outside. Maybe yeahh, I admit published my current sound-not-stable emotion via status or in the form of an entry little seem similar as attract attention. But maybe its more in order to gain support from friends that I expect to trust; to share my pros and cons with. 

I had been going through some point that I am hurt to death or had some critically mental break down sort of, hard times caused by some of  'black-tragic-sad-woe moments. Who knows right.. I don't share everything okay. In fact, I knew that everyone I'm seeing, meeting or talking to, all of them are having and facing their own battles. 

I appreciate responses from friends to the moon and back. 

Why I'm babbling in this mere entry is that responses from dearests fellows sometimes tend to make I feel so low and guilt. I hate those feeling. My bad. I don't know if I am being skeptic or what.

I thought I gave chances or some spaces when my dearest fellows were facing difficulties. When they are expressing their sadness, stories and were asking for words to comfort them.
I just wish that I could get in return those spaces and chances whilst I am not okay.
it's not I gonna be not okay forever. But I do really hope it doesn't overload make I look like a bad ass just when I'm talking about what's hurt me. 

Am I that awful when I'm saying I was hurt thinking for a second or two about what's hurt me?
Am I that bad when I am hurt thinking about my mistakes that I wish not to repeat?
Am I deserve insulted when I am about to say to get rejected feels like 'maigaddd it's pain!'?

I am a beginner. I just got tested currently. Maybe you are far more better. Maybe what you had been through more harder or maybe you are much tougher that I am right now.
But please do not compare my mere chapter one with yours chapter twenty. 
Be with me. I know all of you are damn so kind and caring.
but when your words are making me feel so low, the pain I feel on that moment, it gets bitter. 

Isn't that every people in the world feeling the same thing? but maybe in different time, I guess. 
It is just the matter of time.

I am not perfect to keep showing what people want me to show.
It is just this time I am not okay. I hope that people are not seeing into my words like I am welcoming their critics. and of course, do not judge. I respect all of you - tougher, better, prettier, better as a muslimah yada-yada. I am walking to you if you think you are what I thin you are. Of course I want to get better.
Of course, indeed I don't want to be haunted by him that hurts me. I'm going to. Not rushing, I am learning to.

[notakaki] dapat feel nak menaip, kemain membebel. Point satu pon tarak, bnyk repetition je. Puii!
Actually nak cakap yang 'sebenarnya aku terasa. Tapi aku tak patut terasa sebab apa yang kawan-kawan buat or tegur aku time aku tengah down tu betul. Orang kata baguslah terasa,sebab orang yang tak terasa dlm hal bebaik ni hati mati. Kan dah, na'udzubillah'. Susah sangat nak sampaikan mesej pendek cemni pon. *gelenglajulaju


Friday, December 13, 2013

Throwback : Di Sebalik Tabir Kembali ke Maahad

23 Mei 2012 

Tengah harini dari Hospital Serdang ,abah hantar aku ke SMKA Maahad Hamidiah . Aku ingat nak talk dengan Cikgu Shaharuddin Bin Abu Kassim ; cikgu Bahasa Melayu aku time form 3 dan form 4 . Kott laa beliau boleh tolong permudahkan niat murni aku untuk sambung belajar kat mahad . Pengajian form 6 , atau bahasa santeknyeh , pengajian di pra-universiti gituww . Tak kisah lah kann even keba pakai baju sekolah and ambil STPM bagai sebab aku rasa mende ni taklah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan tak sambung belajar langsung lepas form 5 . Kalau tak sambung belajar lajar langsung , mana nak sorok muka daripada member - member ? Hohoh . Buad malu jeh , result 7 A punn tak ke mana .

Tipu lah kalau tak dapat tawaran langsung . Dapat memang dapat . Matrikulasi Perlis , jurusan akaun . Adehhh . . . Memang tak dapat lahh aku nak terima . Jauh . Jurusan tuh ponn macam asing sangat untuk aku memandangkan aku ambil aliran Sains time SPM . Lagi pulak , Syahida adik perempuan aku tengah sakit . No way aku akan duduk jauh dari family dlm keadaan mereka semua perlukan aku .

Dah dua bulan Syahida sakit . Tak lama lepas aku keluar PLKN , awal bulan 4 tuh kitorang satu family dapat tahu dia ada masalah buah pinggang . as time flies dalam sebulan neh  and after she went thru banyak check out . . . doktor inform yang ekceli simptom sakit dia menunjukkan yang dia menghidap SLE . Rare . Aku rasa aku kenal penyakit neh pun macam sekali due kali je time belajar subjek Biology dulu . Setakat yang aku paham , penyakit ne penyakit makan tuan . antibody takleh nak defend badan n even harm it , kacaw sana sini part of body . sort of macam tu lah . Syahida dr Hospital KPJ Damansara n 16 Mei lepas admitted to Hospital Serdang pulak . Since dia dekat hosp . Serdang neh aku memang da stop keje tadika . Setiap pagi aku akn ikut abah ke hospital ziarah Syahida sementara adik - adik di sekolah . Umi memang cuti tak bergaji since Syahida masuk hospital early in April . Umi tidur hospital hampir setiap hari dan aku uruskan rumah . Abah pulak akan ulang - alik dari hopital serdang , putrajaya dan kajang , menguruskan semuanya sebagai ketua keluarga .

 Ok drop pengenalan panjang lebar . Aku sampai dekat Dataran Pengetua SMKA Maahad Hamidiah time awal tengah hari . Ramai bebudak time tu , time balek lah kott . Hari Rabu . Malu je smpai situh . Al maklumlah dress code sesuka hati dengan pashmina segala . Selama ne dlm lima tahun sekolah , mana penah dress code camtuh . Balek - balek tudung labuh baju kurung . Tapi memikirkan aku ne dahh acah - acah alumni so aku buad tak tahu je lahh dgn pandangn bebudak . Ada ke yang kenal aku ? lol .


Straight ke office Cikgu Shaharuddin . Direct je aku cakap tujuan kedatangan aku . Alhamdulillah . Maybe dek mengenangkan nasib ank murid dia yang tak ke mana neh , cikgu berkesudian masukkan aku ke fom 6 mahad . Aku boleh start form 6  lepas cuti penggal pertama pada 11 Jun 2012 .  Kemasukan pelajar form 6 sebenarnya pada 8 Mei lepas , lama dah . Hmmm . . .  Selain apply UPU , aku jugak apply utk amek form 6 di sekolah agama bawah kelolaan JAIS . Aku target nak masuk sama ada SMAP Labu atau KISAS . Amar dapat tawaran SMAP Labu . Dia member yang aku kenal di PLKN . Aku dgn dia apply pd waktu yang sama . Bila tahu dia dah dpt surat tawaran kemasukan , pahamlah aku yang permohonan aku tak berjaya .

Aku kira aku dah diterima masuk form 6 di Maahad Hamidiah . selain umi dan abah yang tahu hal ini , Aqem pun tahu jugak . Aqem pun member PLKN aku , kebetulan kami sekelas dan sekumpulan . Dia dah terlebih dulu masuk form 6 dekat sekolah lama aku tu . So , aku contact dia utk dapatkan maklumat sebagai persediaan aku nk masuk form 6 .


27 Mei 2012


Baru hari ketiga cuti sekolah penggal pertama . Hari Ahad . Hari jadi aku . Pagi tu abah bawa aku dan adik - adik ke Alamanda sebelum melawat Syahida di hospital . Dalam pukul 9 lebih camtu kami sampai di Hospital Serdang . Syahida tak beberapa sihat harituh asyik batuk je . Batuk dia berdarah . Doktor bertugas kata jadi camtuh sebab luka pd tekak dia sbb kerap batuk . Sekali tu dia batuk gaya tercekik camtuh , doktor bertugas datang , nurse datang gak dgn segala jenis peralatan yang aku tak tahu mende . Tutup curtain sekeliling katil tu . Lama aku tunggu . Aku dgn adik - adik lain dah mula menangis . Risau .

Last sekali aku dapat tahu dia dah koma tak sedarkan diri . Syahida dipindahkan ke HDW - High Dependent ward di ting . 4 . Org kata HDW tuu bawah siked ahh taraf dy dari ICU , tp same jeh sbnrnye .
Hari jadi aku . Hari adik aku tak sedarkan diri . Allahu . . .


Doktor kata dalam tiga hari in syaa Allah dia sepatutnya sedar . Tiga hari tu kami sekeluarga tunggu dengan sepenuh pengharapan dan doa pd DIA . Sementara menunggu tiga harituh , setiap kali aku ziarah dia di wad aku belajar biasakan diri berkomunikasi dengan adik sendiri yang koma . Selalu tengok dalam drama and rasa macam kekok je nak buad in real life . Tapi di tmpt aku , aku takde pilihan . Bergilir - gilir baca surah dlm al - Quran dan berbual dgn dia . yang merespon aku cuma mesin bacaan tekanan darah yang ada dkt tepi katil . Bila tekanan darah dia yang tak stabil pelan - pelan stabil time aku ckp dgn dia , cukup utk aku rasa dia seolah -olah dgr apa yg aku tgh ckpkan . Lama - kelamaan aku jadi biasa macam tuh .


29 Mei 2012

Harini hari jadi abah . Kitorang pegi hospital mcm biasa . melawat Syahida yang koma mcm dua hari sebelumnya . Doktor kata sepatutnya dia sedar harinih . Doktor kata dia patut sedar dlm masa tiga hari . Well said , itu kata doktor . Ketentuan Allah takde yang tahu . Anyway harituh aku dgn Huda memang sembang kencang dengan dia . kitorang sebut macam - macam termasuklah tentang hari jadi abah dan betapa dia patut bangun meraikannya . Blood pressure dia naik mendadak . Aku rasa macam dia force diri utk bangun sebenarnye . Huhuhhh . . . teruk betul . sebab naik blood pressure dia tuh kitorang kena marah dgn juru rawat yg bertugas . Kitorg terlalu memaksa adik kitorang yang tak mampu nak terjaga neh , katanye . Seharian , harapan nk tgk dia terjaga pd hari jadi abah tu berlalu mcm tu je . Kitorang terima kenyataan . Syahida koma . panjang umur , terjagalah dia . Sejak harituh aku punn taubat lah nak sembang tahap eksaited yang amat dgn dia . Taknak dia paksa diri . Cukup dengan respon biasa dari mesin bacaan tekanan darah dia , tu pun dah memadai .

         Ada satu hari tuh aku baru perasan yang aku dapat surat tawaran kemasukan ke form 6 KISAS . in - take ke berapa entah lah tapitarikh kemasukannya time bukak sekolah lepas cuti penggal . Aku bawa surat tuh ke hospital malam tu . Ekceli aku happy gila dapat surat tawaran KISAS . well , sbb mmg itu pon yang aku apply sebelum ne . Time dkt lobby umi dgn abah jumpa aku . Takde ckp tahniah ke hape , sebaliknya dorang mintak sangat aku tolak tawaran tuh . Maahad Hamidiah pun dah terima aku jadi tak ada lagi istilah toleh belakang gituw . Keadaan Syahida yang koma lg mendesak berbanding sebelumya . Aku kena duduk rumah tengok adik - adik cuti neh . Bagi mereka sokongan moral sepanjang ketidaan umi dan abah ke hospital dn jarang balik rumah . Tambah pulak adik bawah aku ambil PMR tahun neh . Abah harap aku dapat bagi tunjuk ajar pada dia . Hampa . tapi aku terima saranan umi abah . Akur .

 Sebabkan tawaran KISAS yg aku terpaksa tolak tuhh . . . sikedlah hati aku terusik .
Aku jadi berbelah bahagi jugak dgn maahad . sbb umi dgn abah tak perasan kegembiraan aku dgn tawaran tuh aku jadi sedih dn takde semangat kejap . anyway , Aqem encourage aku betapa aku patut berbangga dpt sambung belajar di sekolah lama aku . well said , takde rezeki di KISAS , tentu ada natijahnya .
Maahad , aku datang .



Monday, November 4, 2013

Salam Ma'al Hijrah


Aku juga merindukan Eizah yang dulu . Yang susah nak menangis ,
anak sulung kebanggaan umi dan abah . 

Aku tahu ,

Innallaha ma'assobiriin .

La takhof wa laa tahzan , Innallaha ma'ana .


Tak pernah tunjuk tak kuat depan umi . gilaa baq hang kalau aku menangis depan umi cemana aku menangis selalu dekat sekolah tu .

Tapi tadi time umi jmput ak dr sekolah , dlm kereta umi tanya aku . . 
' akak okay ke ? ' aku angguk je laa . muke konpiden habes yang ak mmg okey .
pahtuu umi tak tanya dahh . kitorang borak psl memende laen - pasal nk dok asrama time STPM nanti dan yada yada yada ~~~
Bila dah masuk simpang taman perumahan aku tu . . . Tiba - tiba umi bertanya lagi ,
' akak dgn achik cemana ? ' gulp . Aduhhh . . pakat keluaq dah nama achik tu dari mulut umi buat ayaq mata aku pin berkolam jaa kt kelopak mata . Sebak sat . Tapi aku kasi kaver laaa .
Aku tak sempat jawab baq hangg umi teruih sambung , 
' akak tak perlu fikir sangat pasal benda tu . Sekarang akak kena fokus , buat yang terbaik sebab ini penamatnya untuk akak setelah dua tahun ni . Akak buat yang terbaik untuk org-org yang tersayang , yang terdekat dgn akak . Untuk umi .. untuk abah dan untuk adik - adik . Toksah difikirkan sikap achik tu . Umi tahu akak terasa . Tapi umi yakin akak kuat . Umi tahu akak tabah sebab akak , anak umi dengan abah . '  

Allahu Rabbi . Dalam pada aku dok tagih orang anggap aku kuat walaupun aku tak beghape nak kuat sebenaqnye .. umi dah terlebih dulu yakin dgn aku tanpa aku mintak dan tanpa aku beritahu mengadu padanya . Aku malu dgn umi . Tapi aku juga rasa naluri seorang umi yang mengerti anaknya ini . 

Aku nak jadi FARHATUL EIZAH - yg bersikap dgn maksud KEGEMBIRAAN , KEBAHAGIAAN , KETINGGIAN dan KEMULIAN . 

aku nak tutup buku lama . episod terduka dlm tujuh tahun ditarbiyah di Bumi Maahad . Hari ini hari terakhir 1434 H . Aku nak buka buku baru . Hijrah hati . smg Allah kurniakan ak hati yg baru - yang kecintaan dan kerinduan ini hanya utk DIA dn rasulNYA , Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam . 



SALAM 1435 Hijriah . 

*Doakan aku dan kawan - kawan tingkatan enamku , kesemuanya sukses bi iznillah.*


Wednesday, October 16, 2013

Weeks on Counting for STPM Final Semester

Assalamualaikum dan hai ols.

Suddenly rasa nak mengapdet di tengah malam yang aman damai ini.
Takde cerita yang menarik pun.
Nota STPM pun bukan. Buad masa ne mungkin hold dulu buad nota sebab semangat da terbang.
Nak kena gather mood study semula baru boleh buad nota and revise dengan jayanya, In shaa Allah.

*np takbir raya *masih dalam hari tasyrik kan :-)

Huuhhh.. berdebar rasanya. STPM Sem 3 tinggal lagi 3 minggu aje oiii. Aku dengan buku still pangkat bau-bau bacang lagi. Adehhhh...

Anyway, cepat sungguh masa berlalu. Macam semalam baru menjejakkan kaki semula ke Maahad; mintak tlg dengan Cikgu Shaharuddin untuk serap aku masuk STPM, even surat tawaran KISAS dah smpai ke rumah :' Macam baru semalam rasa kekok yang teramat sangat berhadapan dengan manusia-manusia baru tingkatan enam. Masa tu cuma kenal and rasa rapat nan Aqem je. Pilih nak amek econs pon sebab ikut dia on that time. Lol. Macam baru semalam je pertemuan pertama kat bilim PIBG mahad tuh terjadi. ahakss. Kemainkann, sume nyee ak nak feeling macam fes time *poyoss*

Tinggal lagi tiga minggu nak ngadap muke member-member form 6 yang yang tersayang.
Member-member fom 6 kalini memang luar alam tahap tak hengatt. Kejap-kejap matured, gile-gile selalu je, bajet taiko pon ye jugak, skema tayah cite ler. kau hadee? All in one doe. ahahahah :-) Aku selesa je dengan kesemua mereka even kadang-kadang geram, saket hati, sayang, rindu tu bercampur-campur and amek turn all over again. Standard lah, turun naik dlm persahabatan dan perkenalan itu lumrah. manusia yang tak sempurna, tentulah akan mencipta kenangan dan peristiwa-peristiwa yang tak sempurna juge.

Aku rasa macam penjajah yang berjaya dapatkn pengaruh pembesar-pembesar melayu, rasa best dapat berkawan dan kenal dengan semua orang beb. In shaa Allah, tak ada dah sikap puak-puak zaman batu dulu. *yakinyakin* Aku bersyukur sgt sebenarnya krn dipertemukan dengan mrk-mrk. *alhamdulillah* *grateful* Tak kesah laa kan, putera atau puteri.. bagi aku masing-masing take part dalam melengkapkan dan memberi impak yang baek untuk diri ini, in shaa Allah.

lavyuuugaiss *ehh..terkonpess pule*
ok dah. inaff. Aku taktahu nak cakap hape and aku tahu, dah cukup panjang dahh entry aku neh.

[notakaki] semangatt gile aku nak design baju batch tok fom 6. err... tapi taktahu lah respon dorg terhadap design tu macam mana. Aku akan tekad redha tabah aje kalau reaksi they ols suam-suam kuku atau sejuk beku ke hape. Lagipun aku assume dorg sekarang mesti tgh sibuk study dan focus on STPM ahead, takde mase sgt nak spend on t-shirt thingy. Kalau dorg tak berminat, ak boleh alter and re-design untuk others yang berminat. Their disagree isn't the end of everything. hohoh.

By the way, as for my self aku sangat puas hati. ini first time ak design t-shirt not by sketching and drawing but using my own lappy. tak kesah lah even merangkak-rangkak dan tersangat manual nak men-design nye , yang penting siap. It took my whole day and night kott. tak pasal-pasal, secara tak sengaja aku dah jumpa minat baru. In shaa Allah kalau minat on designing t-shirt ne tak fade away, aku nak try open small business on designing printed t-shirt  after stpm tahun ini. *smiling wink wink* I plan, Allah plan and HE's the best planner.


Style # 1
BG Color : White
Sleeve Color : Option
Type of T-shirt : Raglan Sleeve t-shirt












Style # 2
BG Color : Dark Purple
Sleeve Color : Dark purple (1 color/ piece)
type of T-shirt : Standard plain T












Assalamualaikum
Ok fellas.
Gnaidd

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar wa lillaahil hamd





Tuesday, October 1, 2013

A Journal of Today


Assalamualaikum wbt.

Kugagahi jua diri ini untuk menghapdet belog walaupun sebenarnya tengah dalam keadaan tersangat pening kepala. Dah jarang pening kepala berbanding sebelum ini. Tapi skang sekali dia pening, makk aihhhh kemain lagi sakitnyeh. Ikut suke je bile nak pening-pening ne. Hmmm..
Umi pun kurang sihat. Pening kepala jugak katanya. Tambah dgn batuknye lagi. Rasanya umi penat sgt kott sbb dalam due tige harini sibuk nauuu dgn kerja-kerja di sekolah and sibuk meniagee jugak. Risau. Aku dah suh umi pi tidoq, tapi umi insist nak menanda kertas periksa jugak. kalau bertangguh umi kata, lagi naya nak tanggung beban kerja-kerja terkumpul. Aku fikir, betul lahh tu. Sebbaek segala house chores dah kusiap settle kan sebelum pukul 9 malam tadi. Jadi takdelahh umi pun susah hati nak fikir hal rumah. Basuh kain done, masak nasi, siapkan makan malam pung done. Cuci pinggan mangkuk, kemas dapur semua selesai. Alhamdulillah sbb aku pun terajin dan gagah malam ne.

Harini okay. Seminar Makro Ekonomi dan Ekonomi Malaysia telah berjalan dengan jayanya pagi tadi. Terima kasih sangat Cikgu Norafza yang menjemput penceramah osemm untuk kami. An honor of gratitude, opkoss to the penceramah seminar tersebut, En Mustaza Mansor. In shaa Allah, kita jumpa di UKM tahun depan. even UKM dah naikkan syarat min pointer tahap melangit -,-" *sabauuu jela* Banyak input yang telah diberi. Harap aku kuatttt semangat  untuk follow guide line yang dah diberi even malassss tu memang menebal dlm jiwa. :-)

Alhamdulillah, kelas Pengajian Am harini tidak menyesakkan jiwa dan kepala otak dengan tekanan dari guru tersayang. Buat latihan alih bentuk komunikasi scr tiba-tiba and kena hantar sebelum balik, bukanlahh perkara yang mengejutkan. Kalau tak buad camtuh, bukan Cikgu Shaharuddin Abu Kassim namanye. Ngeh. Seronok pulakkk rasanye kelas pengajian Am harini bile pembentangan tu dimulakan awal sebelum cikgu masuk kelas. Satu, sebab cikgu takde chance nak menegur dek bagi ruang pd pembentangan, satu lagi sbb rasa macam hari ni fokusss nauu. Tak tdoq langsung. Memang input tu, in shaa Allah mengalir masuk ajee. *happy* Harap sangat keadaan ne berkekalann. Aku memang kalah dgn pressure daripada cikgu, so aku takmahu mnde tu. heheh. 

np Hijab I'm in Love - Oki Setiana & Shindy

Ingatkan malam ne macam longlai ajee aku nak mengapdet. 
Dah tige hari aku daftar dengan cikk nuffnang. Ingatkan nak try menabung siked and ade saving by the end of the year before start menulis and cari kerja. Tapi, dalam tige hari ne, sesen pung tak masuk lagi sebab aku tak ditauliah jadi member lagi. Baru tige hari kannnn. *menggelabah*
Tadi usya stats nuffnang, I am already a glitterati. Yeayy!! walaupun xde sesen lagi tuh masih tak berubah, tapi dah ade semangat nak mengapdet and teruskan perjuangan berkongsi nota. Okay, jumpa lagi dlm next entry sayangs. Ngeh.. 

np OST Dari Sujud ke Sujud

wassalam. barakallahufikum,

Saturday, September 28, 2013

Repost from sis Dena Bahrin #2





# Huda ckp aku suka dia kerana rupa. Ouchh. That's a bit harsh and I am quite offended back then. Am I being that rupalistik? Yeahh, I admit that these couple of days, I've been telling her that I adore how handsome he is, how smart he looked, how I stare at him, getting his picture and sort of. Tengah putus fius agaknye, sampaikan sikap gile mengusya tu singgah kejap. But anyway, I still insist that I don't like him because of his look. Look is something subjective and it is different between people. I've been crying, waiting, missing, liking, praying, longing all the way before. I did experienced those feels of nervousness and got butterfly in my stomach just to be near or bumped into him. His outer appearance come second. When I am re-thinking about what she's saying, I think she said so because it's not like my feeling is serious anymore. It seemed like his look has became the factor of attraction. Lol. Maybe I am too stable that my feeling ain't cling all over my emotion that's why I don't look like the typically and pathetic me. Haahhh.. entah lahh. 
Bole jadi je sebenarnya, feeling aku dah start fade away. maybe aku tak perasan. Wallahu'alam. Dalam tempoh tak contact dan tak interact by any means to each other ne, aku masih belajar utk tentukan whether feeling aku ini serius mahupun tidak. Well said, aku pun salu doa kalau betul takde jodoh and tak boleh bersama.. aku harap perasaan ne boleh pergi tanpa aku sedar. That's much better and less pain, right?  Bila feeling tu natural, aku pun boleh istikaharah tanpa dipengaruhi emosi dn perasaan. How I wish for it. In addition, klw betul feeling ne fade away.. good to know sbb aku beranggapan dia tentu dah tak berperasaan dkt aku skang ne. Boleh redha dgn sebenar-benar redha dan act matured. :-)  

Friday, September 20, 2013

Repost from sis Dena Bahrin #1


Assalamualaikum wbt
Good night and may Allah bless all of us *smile*

I'm going to re-post some of sis Dena's quotes which I took from her instagram.
The quotes, they sound so true. I am moved by the quotes. They sound deep too down what I felt in this current moment. I don't know what to say whenever my unspoken thought become a burdensome to me.
I am afraid people will typically judge me being skeptical or maybe being too pushy in the aspect of solving problems. That's why..  for me, it's quite hard to talk about own thought on things related to feelings and heart.

Willingly to let go persons whom are in front of you but you can't have it, is what we call 'redha' 
so, be positive. Allah knows what you don't. Have faith. May Allah ease every hardship.
*note to myself in order being stronger as my life seemed to get tougher. leuls* 

"At the end, all we can do is to go on and pray."




Thank you for staying, thank you for keep supporting, thank you for those whom make me feel important and appreciate me. Thank you for those whom were close to me as you guys must have taught me so many things. Sorry if that my weaknesses are the causes of our separation.  May Allah bless all of us. If Allah willing to, my du'a is always for you. *wink wink* Love my family. May the bond between us getting tighter and stronger. Aamiin ya Rabb al'aalamiin. :-)

Wednesday, September 18, 2013

Takutkan Masa Depan?


Assalamu'alaikum wbt.




Aku saje letak gif tuu sebab aku rasa gif tu menarik.
Aku nak sambung PBS Ekonomi, sakit kepala pulee malam ne.
Tambah pulak, esok Dyba kata nak switch giliran bentang slide ekonomi dengan aku...
memang on ajee lah aku nak tangguh lagi sudahkan slide aku yang tinggal ciput je nak siap tuh.

Aku taknak fikir pasal masa depan. 
Aku fikir je kadang-kadang tapi bukanlah dengan perancangan yang jauh ke depan.

Bagi aku..
Aku tahu, apa yang jadi harini.. harungi aje sebaiknya. 
Semoga harini lebih baik dr semalam dan begitulah seterusnya. 
Aku meletakkan yakin dan percaya atas ketentuan dan takdir Tuhan dalam doa dan pengharapan. 
Aku percaya, buat baik, rancang dengan baik serta ada niat yang baik.. 
In shaa Allah apa yang akn berlaku di hari muka nanti, 
Allah juga akn berikan balasan yang baik atas tiap-tiap usaha. 
Aku bukan jenis yang usaha tahap cemerlang dan gemilang, sekadar usaha yang semampunya. 
Asalkan hati gembira dan puas kerana setiap ruang dan peluang tidak disia-siakan.
Itu yang aku pegang. 
Taklah terus jadi pasak. 
Tapi begitulah corak pemikiran aku. Sort of.

Jujur.
aku manusia biasa kan.
Tambahan sebagai prempuan yang tak lari dr pengaruh emosi.
Kalau ditanyakan pd aku banyak kali,
kalau diasak selalu dgn persoalan untuk dipertimbangkan
takut dan risau mesti ada

Aku takut nak fikir masa depan.
Sebab masa depan tentu penuh dengan tanggung jawab.
Aku taknak fikir sebab aku nak nikmati feeling pelajar sekolah; gaya kanak-kanak
yang sementara ne. Tanggung jawab di masa depan op koss lebih payah.
Tanggung di sini, jawab di akhirat.
Mampu ke nak merancang yang tersempuna demi jaminan masa depan?

Aku tak fikir jauh sangat selalunya.
Tapi petang tadi, walaupun taknak fikir...
aku fikir jugak soal masa depan ne. 
Rasa macam banyak sangat perkara, pandangan, persoalan yang bermain dalam kepala.
Aku rasa macam dipaksa fikir.
Jantung aku berdebar semacam je sepanjang petang. Lepas Isyak baru okayy.
But then, skang sakit kepala pulak. 
tengah leka-leka, soalan yang banyak-banyak psl masa depan dtg menerjah ruang fikiran.
Aku taknak fikir.
Tapi aku terfikir gak.
Aku takut nak fikir sebenarnya.

Dia dah fikir.
jauh sangat dia fikir.
Aku takut tak mampu kejar.
Aku takut tak terkejar.
Disebabkan nak mengejar, aku paksa diri untuk fikir dan selami apa yang dia fikir.
Sudahnya aku jadi macam skang. terpinga-pinga, sakit kepala.

Terlalu baik. Tapi aku tak sempurna. Tak layak tapi hendak.

Apa ne -..-"






Bila tertekan macam ne, salu nampak jalan penyelasaiannye tidur. Sedangkan yang lebih baik
itu adalah mendirikan solat dan berdoa







#  maaf. aku punye post kalini merepek. Aku je agaknye yang paham. Entahlah. Kepala sakit, penulisan pun macam hape je. Baek gi solat annn. Kbai. Adios. Wassalam'alaikum. May Allah bless us.




Sunday, September 8, 2013

Hai, Assalamualaikum wbt


Aku sedih sangat dalam seminggu dua ni.
Tak dinafikan jugak, rasanye aku dah layak dapat title budak cengeng
sebab asyik menangis and sensitipnye kemain lagi.
Sungguh-sungguh aku tahan diri aku dari meluah perasaan dekat blog ne
atau pun fesbuk. Berdasarkan makluman kawan-kawan aku, nampak
gayanya sikap aku yang terlalu zahirkan perasaan melalui status dan entri ne
tak berapa digemari. Aku pun dah lama tak bercerita buat sesi luah perasaan 
dengan member. Member lama ramai yang busy dgn degree, fly sana sini.
Member form six pun, well... busy jugak kann dengan PBS dan persiapan STP.
Tak habis-habis dengan cerita dan luahan aku yang semua orang boleh 
jangkakan tentang apa dan siapa, silap-silap kena maki.. nanti aku jugak 
yang makan hati. Hmm... baek takyah cerita. Even aku rasa nak sgt meluah 
rasa dkt diorang macam sebelum-sebelumnye. Kalau diorang tak benci, 
paling-paling pun mesti akan rasa bosan dengan cerita aku. Hmm...







# Achik, along rindu achik. Along tahan diri dari mule msg achik. Tak tahu lah
itu usaha demi agma, kepentingan diri atau usaha sekadar saje-saje. Allah jua
yang lebih berhak menilainya. Achik, along tak tahu kalau perasaan achik dkt along 
dah smpai tang mana. masih di tgh-tgh ke? Atau sebenarnye dah hilang ~
Yang pasti, along rasa perasaan along pd achik still mcm dulu. Perasaan ini 
mungkin kerana ikutkn nafsu, boleh jadi perasaan ini perasaan yg jujur dn benar ats dasar fitrah
atau mungkinlahirnya perasaan ni krn miskinnya cinta pd Allah dan Rasul. 
Along tak berani nak buat andaian sendiri. Achik, along rasa kekok sangat dgn achik
sekarang dan keadaan ne sangat menduga along. Tp along tgk achik okay je.
Baguslah. fokus belajar elok-elok. Along salu doakan kejayaan achik dunia akhirat. 





Thursday, September 5, 2013

All Out Confession - Throwback 2012

Assalamualaikum. Selamat malam kalian.

Alhamdulillah, setelah 3 hari tak online sbb unifi rumah kena potong..
akhirnya aku berpeluang untuk berblogging lagi. *yeayy*

Hepi rasa hati tgk post view yang tinggi. even tak sampai ribu-ribu view gaya retis tuhh...
tapi dah teramat sangat gembira dan berbangga. Aku rasa nk teruskan usaha buat nota dalam blog.
sebab aku suka and disebabkn ade viewer juge. In shaa Allah, berkat perkongsian ilmu ini, aku harap makin kuatlah ingatan aku tntg apa yang aku dah belajar. Kannn ~~~
Aku rasa, aku bleh leka dengan blog dan study cara ini.
Get busy, so hati pon tak terganggu nanti. Well, entah kenapa couple of days ne aku makin sensitif bila teringatkan dia. aku rasa die rileks je. hmmm....

btw, ini flashback nukilan aku tentang zaman lower 6 aku di SMKA Maahad Hamidiah.
Ditaip dlm evernote.com aku pada 13 November 2012.
saje jee nak tayang kat sini, demi kehendak sendiri. Boleh abaikan je. silakan :)
nak baca boleh. jangan komen-komen tawww. sebab gaya bahasa memang hancus lah kann. ahahah.

# sangat jeless dgn Abe; kucing kesayangan akuh yg aman damai je membongkang kat tepi neh.
aku pulak baru terhegeh-hegeh nak menaip untuk PBS Arab. Ikutkan hati taknak buad jeh taw. Malas. ahahah.. tapi sebab ramai yang dah submit PBS mereka, malu lah pulak kalau aku ikutkan ajee kemalasan aku neh. Hmmm.. paham ke aku, tulisan klasik abah aku neh? Alahaii....
*Bismillahirrahmanirrahim* Semoga dipermudahkan urusanku u.u"



Tmptku bukan di situ,
Nmun utk menolak ak xmmpu,

Ini bukan soal hatiku,

Ku terima krn ayh dn ibu

Saatku melangkah,
Aku menapak dgn lemah,

Tanpa rasa ghairah,

Menyambung pengajian di ting. 6 bwh,
Sekali lg di Maahad Hamidiah,
Dlm diam kupendam keluh-kesah


Aku keseorangan,
Ketika berjalan aku sendirian

Ketika mknku tidak berteman,

Kulalui hariku yang serba kesepian,
Dgn segenap usaha kutempuh kejanggalan,


Hari pertama aku di situ,
Hanya kukenal rakan di belakang dan di sebelahku,

Yang lain masih membisu,

Dan aku terdiam kaku,

Suatu pertemuan,
Yang menjadi permulaan,

Apakah kebetulan atau ketentuan?


Saat kita saling tak mengenali,
Ada rasa yang berbisik dlm hati,

Tntg lelaki ini,

Yang pertamanya kutemui,

Senyumannya memikat,
Guraunya bertempat,

Bicaranya berhemat,

Walau sekadar bertukar pendapat,

Pertemuan aku dan dia hanya terhenti di situ,
Seolah mencalit warna pd hari kelamku,

Tinggallah aku setelah dia berlalu,

Andai dikenang psti terukir senyumku,

Siapa namanya?
Apa gerangan orangnya?

Perasaan aneh apakah yang mengusik jiwa?

Sedangkan baru sekali berbicara bersama,

Perasaan itu aku abaikan,
Bagai angin lalu kulepaskan,

Aku tak ltkkn hrpn,

Bimbang akn bertepuk sblh tgn,
Lalu ku putuskn utk jalinkn persahabatan.


Pantaskah aku berteman dgnnya??
Kita bukanlah dlm kelas yang serupa.

Teringatkah engkau akanku sekira kita bersua?

Atau pertemuan itu ibaratnya tak pernah tercipta?

Monologku berlanjutan,
Dlm benakku berlegar segala mcm persoalan,

Tanpaku sedar Tuhan memberi jwpn.


Kusangka akn menyendiri xberkesudahan,
Rupanya aku silap membuat percaturan,

Bukanlah selamanya sendirian tak berteman,

Masa adlh keperluan,
untuk aku sesuaikn diri dgn persekitaran.


Seni dan lukisan adlh hidupku jiwaku,
Muncul seni maka aku tak sepi,

Dgn seni aku tak mati, 

Lukisan jadikan aku ketagihan, 
Biar mereka tahu aku dan seni tak dpt dipisahkn,


Saat aku ambil keputusan,
Dinding kosong itu kucorakkan,

Maka tercorak jugalah sebuah kehidupan,

Dgn kisah yang tak dijangkakan.

And here, my story begin

Aku tersenyum,

Sekali lg kita bersua
Terjadi lg sesi bertukar bicara

Dlm diam kukorek rahsia

Aku dgr segala cerita
Demi mengenal hati, budi dan jiwa.


Kita semakin rapat,
Buat aku melupakan tekad

Kite bersama utk satu amanat,


Saat itu apabila rasa mula bercambah
Harapanku kian bertambah

Berkalungkan rindu yang membuah


Dlm diam
Aku pendam

Tiada dendam

Tanpa kau hariku kelam