Tuesday, June 20, 2017

He doesn't know me

Maybe bcs he does not know me well,
so he does not know why...

why what?
Why that I pissed off getting assumed (being judge as) dependent; terlalu bergantung (pd org lain).

Sebaris "kau lah, terlalu bergantung sangat pada org lain, bukan aku je yang cakap mcmni," tak sangka meninggalkan kesan dlm hati (yang boleh tahan dalam) sampai harini. Marah betul masa dapat tahu itu hari. Marah sangat sejujurnya (entah fikirkan apa waktu tu sampai boleh tumbuk sedas dinding keras) dan terus panas hati lagi esoknya sampaikan terpaksa ambil masa untuk relax dan berlapang dada time jawab paper Usul Fiqh pd hari yg sama.

Kenapa terlalu marah? Terasa hati sebenarnya. Terasa direndah-rendahkan agaknya, iya jugak tu.
_

Kau lelaki yang aku baru kenal semester ni, berapa banyak kali sangatlah pun kita pernah berjumpa. Kau tak ada di masa susah aku, dan tak dipanggil sekalipun masa aku berhuha gembira tak ingat dunia. kau tak ada pada kedua-dua suasana. Cuma kadang-kala je kita bersua muka.

End up.. ak dpt tahu, mcm itu rupanya selama ni kau berpersepsi pada aku.
Terlalu bergantung? Kalau kau nak bercakap hal yang lahiriah ke, mungkin boleh diterima lagi.kata Ash itu mungkin first impression kau.

Hmm.. Nak bercakap soal aku tak ada rupa ke, nampak sombong ke... betul lah berkait dengan first impression. Tapi statement aku terlalu bergantung (?) bukan impresion lagi dah. Itu conclusion namnya. Judgement kau pada aku. Takde pun nak sebut 'nampak macam' atau 'maybe..' ke, tapi terus bagi statement dgn penuh yakin.

which lead to major disappointment aku terhadap kau.

Engkau aku hormat. Jujur aku kata engkau memang baik. Hampir saja sempurna mcm yg dicanang-canangkan semua org. pada aku engkau manusia yg susah nk dicari cela. aku hormat kau untuk kelebihan-kelebihan kau. Tapi dr persepsi engkau terhadap aku, obviously... nampak sgt betapa kau pandang rendah pd aku. Memang ak jd terasa. Terasa dihinakan sbnrnya.

Teori aku is, kau anggap aku cmtu based on apa yang kau perati dari cara ak berhubungan dengan kawan kau yang paling dekat. Anis dan Ash mungkin. Mintak mangkuk, mintak makanan masa ak bermalam dkt Surau Laluan C dikira ke? Mintak Anis teman semalaman dekat surau, mcmtu ke cara kau hakimi sejauh mana kebergantungan aku? Sebab kau rasa aku selalu mintak Ash itu ini? Permintaan-permintaan tersebut dikira sebagai terlalu bergantung, macamtu?

Kalau tak rapat, aku takde nak mengada-ngada mintak itu ini. Aku request benda simple je weh, tapi klw rsa berat rasa mcm aku tgh bergantung hidup dekat Ash, Ash sendiri may reject the request. Aku ingat aku dengan dia ada friend-to-friend close friendship. Kalau tak rapat, tak buat. nak mintak simple demand pun berkira. It's okay lah, fine. And kalau dr situ kau menilai tanpa tahu apa-apa. nmpk sgt kau menilai scr membuta.

Kita hidup member,member selalu tak hidup on one side. Selalunya tak syok sndiri. bab mmber-mmber. incase klau rasa mcm Ash je yg bnyk memberi. Fine lah. Ak boleh berenti meminta. Wait, aku mntak apa sgt dohhh yg smpai bergantung tergantungnya??? (wait, kereta ke?)

Aku spesis overly attached dgn org yang ak syg, atau mmber yg aku valued. Aku ada cara aku hargai org. Tapi if it is to get misunderstanding from your side, kau nmpk aku mcm menyusahkan shbt-shbt kau yg terdekat sejak-sejak kita baru kenal ni. Aku takdehal utk renggang dan blah. serious lah... dh sbb kau yg judge aku mcmtu.

Actually ak tak sangka.
betapa bersangka-sangkanya engkau tanpa usul periksa.
Tanpa kau tahu aku siapa.

Yes aku nampak mcm loser. But hello, I can walk to anywhere alone n even eat alone with no company. and then kau assumed ak terlalu bergantung semata sbb aku suruh Ash bayar duit dkt cashier? Simply? Do you think that I asked so bcs I couldn't do and in need of him? instead sbnrnya sja je bila ak mntak tu adalah tgh dtg ak punya clingy.  I am actually (admit) tht a little bit clingy to those I (thought) I am close to. Ak boleh buat, tapi aku mintak dia tolong. apa payah sgt smpai perlu keluar statement tu (yg ckp ak terlalu bergantung) over some requests "tlg amikkan straw utk ak", "tlg amikkan air aku etc.
Kau boleh kata aku mengada-ngada. Bila aku betul tengah mengada, and oftentimes ada je bila tgh ongoing call dgn Ash and dia ckp ak mengada, ak belum pernah marah lagi sbb tahu apa yg disebutkan tu betul tengah buat. well I am girl. lol.

Tapi nak cakap terlalu bergantung pada sorg manusia yang ada experience jln kaki balik part time every day pukul 3pg, jalan kaki sorg smpai sesat dkt lapang sasar UUM tu, I am indeed offended.

_

Aku buang terus number mamat ni. Memandangkan at the first place dia pun tak pernah save phone number aku. nampak sgt tak anggap aku kawan dia. Melainkan kawan atas kawan.

Ash pun anggap aku terlalu bergantung. Ingat aku tak tawar hati dengan Ash? Taktahu kat mana yang terlalu bergantungnya. Ash pun mengikut je statement rakan sebilik tersayang, macamlah baru kenal aku sehari dua; macam baru kenal semalam.

Aku chill je skrg. Ada orang dtg whatsapp msa nak gunapakai aku dan kemahiran aku. Still dare to call me that way. My ego is yet I set a little too high.

I learnt a lot. Dari perasaan seronok berkawan plus rasa bertuah kenal yang (perhaps) up to 80% skrg kurang separuh agaknya. atau mungkin kurg lg. Tak berdendam. Cuma ak jadi sedar dirilah. Tak sama tinggi rupanya ak berdiri dengan orang yang rasa dia begitu berdikari ni.

Chill je. ak nak kawan lama dgn Ash sbb dh lama kenal.
Tapi kalau betul dia tak percaya aku, lama-lama takdir pun akan kekalkan aku dengan org yg ikhlas berkawan sahaja.

p.s. Sebab kau hutangkan aku duit ke? Sebabtu aku terlalu bergantung? hmm. Ya, aku tahu nak bayar. Kalau disebabkan hutang kau boleh terus terang. Jangan label aku dgn benda yang aku taknak jd. Kalau tak ak tak tnjuk betapa boleh seorang dirinya aku.

Tuesday, March 28, 2017

6thSem Stories - Program Pertama



Bismillahirrahmanirrahim.
Asalamualaikum if there's any fellow reader.

Thanks for coming, lol. Since I haven't frequently update the blog, so kalau ada yang tersinggah - terbaca tu memang ajaiblah. I have a lot of things going, running and jumping over places inside my head actually. Tambah pulak semester keenam sesi pertama tahun 2017 ini tinggal berbaki separuh sahaja, forsure all of the stories memang banyak. It keeps adding on as days are passing by. 

First story first, I wanted to share here about my first program I get officially involved to, this semester. Program Ultimate Tuition adalah program anjuran DUTA UUM which I even barely known this "DUTA" thingy before. A friend of mine is one of them, being selected by the KPT as an ambassador of our university. Hebat rupanya kawan yang seorang ini. I never really give a damn about it. Sebab semester-semester sebelumni I just focus on my kolej je.

So he invited me, and sebab I thought the program pun macam chill je that I just come to aid the organizer and facilitate student - bukan I yang organize pening kepala the way I did so many times long before untuk kolej; yang mana I get tired of it.Then I agreed.

Buat program dekat Napoh je. almost like my kem kecemerlangan zaman-zaman sekolah dulu. Anyway, at first I had no idea wht kind of facilitators I might meet on this program.Do I know them or do I not? Berapa orang yang get involved pun I tak tahu. Bluntly following this one friend, (I think) simply bcs I trust him and that's that. 

Malam before gerak ke Napoh untuk check in penginapan tu, I got this very hard core bad feeling. Wallahi, sedih bukan main lagi nak tinggal geng-geng blok pasal apa tah. Budak-budak ni chill je.
Tak dinafikan, it happened that way sebab I nervous (plus takut - tapi taknak mengaku takut) barangkali. I am that "over thinking" type of person, kann. Pergi semberono je, malam tu baru sampai rasa cuaknya. There are things I feared of. I tak pernah berperogram without my kolej member; budak-budak eon, plg kurang.. sorang yang I familiar with, mesti ada in any program or event I ever did termasuk masa I dgn PBS. Since my first semester, they are my one and only circle kott. 
Thus, you can say that I rasa mcm sehelai sepinggang sebatang kara gitu.

I even cried that night. trolololll. Sebab I sayu sangat ke apetah. those childish feelings and over thingking hit me like truck. I joined this Ultimate Tuition Program following my friend, kann. But the fact is, selama kita berkawan I tak pernah involved dengan dia bila dia berkerja. (organizing program or event is working, right). I tahu apa yang dia buat. But whenever we met, we went for hangout ke apa, bukan dalam formal/official working mode. Kita keluar atau bersembang untuk fun and unofficial matters. I takut, I can't adapt towards his way of working (and leading the team) sebab selama ni kan boss I dalam kalangan orang lain. Dekat kolej, Sometimes even I the one yang had high authority leading the event. I afraid yang cara kita tak sama then I might get uncomfortable towards him. 

Nahhh... dah cakap dah, my thinking can get way too overboard. Acah-acah sungguhlah. (My bad!)
 







Surprisingly, as soon as I meet everyone - dalam empat orang lagi ahli jawatankuasa program, it took no time for us to bond and fit in together. I mean, kita boleh makan semeja, bergelak gurau sekali; within no time agak impressive, kan. Pelik bak kata Ash, cepat sangat kitaorang ngam. Padehal I barely known any of them sebelumni. Well, semuapun setudent dari kolej laluan lain. So that's why. Surely I am so much grateful sebab kita tak ramai, and I boleh sesuaikan diri dengan strangers yang asing sekali dalam kehidupan sehari-hari I sebelumni. I am thankful too sebab, gelabah je lebih pasal takleh adapt-lah apa yet it turned out my one friend is leading the whole team just fine. I learnt a lot dari new ppl I met here. They are all great student. Mantan-mantan majlis tertinggi belaka dan sangat berpengaruh. Different ppl lead to different characters which that is an interesting experience.

The program was so short. 2 days one night packed left me quite and impact with affection to most of them. Rasa macam tak puas dan berharap untuk bekerjasama lagipun ada. It gives me excitement whenever I meet them by chance afterwards  kampus. that kind of impact, lah.  Alhamdulillah 



Thursday, February 9, 2017

Bebananggung Hutang


Tajuk entri kalini actually adalah singkatan kepada 'bebanan menanggung hutang'. Teruk  singkatannya, kan. Dah macam bangang pun ada jugak bunyinya.

Bangang tak bangang, hakikatnya memang tersangatlah membebankan.

"Macam mana nak selesaikan hutang yang kurang lebih 20k kesemuanya padehal kau masih belajar, tak amik PTPTN dan duit poket yang mak ayah bagi sekadar cukup-cukup untuk buat belanja sepanjang dekat u saja; setiap bulan? Dan untuk menambahkan drama lagi, macam mana nak diselesaikan hutang-hutang ini semuanya dalam tempoh satu semester?" Ada yang boleh tolong aku? Eh silap ayat. Ada yang boleh bagi buah fikiran, macam mana aku nak tolong diri sendiri hadapi mendeni?

Dalam keadaan jadual kuliah (akan) sangat packed naik semester ni sebab banyak kertas nak diulang, part time mungkin membantu. Tapi mungkin lambat sangat. Nak buat sikit-sikit bolehlah, tapi nanti bila tekanan datang, boleh jadi terduduk juga. Pemiutangnya bukan seorang. Bila ramai, bimbang bermacam ragam kerenah lagi nak dihadam. Orang tidak tahu apa kita lalu. Yang penting ada ouput; itu yang orang mahu tahu. Dalam keadaan jadual kuliah yang disusun maksimum macam ni pada semester-semester penghabisan ni, obvious kan, tentang betapa aku terdesak untuk cuba graduate sekali dengan kawan-kawan seangkatan yang lain 'on time'.ahahah. Jadinya, (akan) sibuk bekerja, part time dan cari duit sampingan untuk langsaikan hutang-hutang ni jugak merisaukan aku akan terkorbankan status kuliah aku yang jugak sudah nyawa-nyawa ikan.

Soalnya, datang mana hutang banyak-banyak? Dibuat berjimba? Kalau tengok pada jumlah yang menelan puluhan ribu, macam nak diguna beli kereta sebijik pun ada. Ahahahah. Tak adalah. Bukan diguna duit-duit yang banyak tu untuk mengenyangkan perut sendiri. Ada sejumlahnya, hutang kerana teraniaya bila berperogram sebelum ni. Manakala yang selebihnya kerana program yang lain pula; yang boleh dikatakan tak cekap pengiraan dan pengurusannya menjadikan kos pelaksanaannya jauh lebih tinggi dari dana yang mampu diberi pihak universiti. Masa berprogram, kerana programnya bagus, boleh tak boleh hendak dilaksanakan jugak. hutangpun terciptakan.

Siapalah yang boleh mengagak, hutang-hutang ini terwujud sebab keculasan orang lain yang akhirnya meletakkan aku dalam keadaan tersepit sendiri. serabut? of course. Macam manapun gelak ketawa yang aku mampu tunjuk, dalam kepala dah mula bersepah dengan bermacam-macam cara yang nak di-stand by guna untuk survive semester yang mendatang ni.

Iya, hutang ini hutang bersama. Tapi kalau setakat hutang ribu riban kerat tiga empat orang, ke manalah sangat. Nak disebut, tersekat dek serba salah di tengah kerongkong sebab beban hutang memang akan kedengaran menyusahkan. Mereka yang terlibatpun macam aku jugak, struggle dgn kuliah masing-masing yang Tuhan saja tahu rahsia keputusan peperiksaan lepas macam mana tekanannya ats tiap-tiap orang serta dalam masa yang sama tahu sangat sedang tersepit dengan apa. Nak berdiam tak boleh; hutang emas perlu dibayar, hutang budi dibawa ke mati. Setakat empat kerat yang ada, alhamdulillah tahu belaka.

Dua ke tiga hari jugak lepas dapat semak result, aku tertekan sediri sebab rasa berat dan terbeban. Soal hutang ini yang sangat menganggu sebenarnya. Menambah MSG pada keputusan peperiksaan yang tak kemana ditambah terdesaknya aku nak mengejar menghabiskan jam kredit yang masih banyak.

Apapun untuk aku dan kawan-kawan yang tiga empat kerat ni aku sangat bersyukur setakat sekarang mereka masih ada. Harap sangat akan kekal ada dan terpaksa mendoakan agar dapat sama-sama kuat suapaya tidaklah tertinggal aku seorang terkapai-kapai nak melangsaikannya. Aku ada 1k yang perlu dilangsai sendiri. Yang ini bahagiannya kerana teraniaya dengan AJK program aku sendiri, dulu.

Aku akan naik ke Sintok dalam dalam dua hari lagi. Cukup takut jika tak boleh bawa diri, dan taknak jugak terabaikan mana-manapun aspek yang berkaitan baik pelajaran mahupun hutang-hutang yang perlu dilangsaikan. tengoklah, aku akan guna diri sendiri pada tahap yang paling mampu. Cuma harap-harap, dapat menggunakan dengan sebaiknya.

p.s. Lebih baik berhutang dan bermati-matian nak membayarnya dari senyap-senyap makan duit orang dan bersenang lenang atasnya.

Wallahu'alam.
Doakanlah jugak.

Harap kawan-kawan yang menguatkan kekal ada untuk memberi kekuatan.
Terima kasih aku mungkin akan kedengaran murah, tapi kehadiran engkorang ketika aku sebenarnya rasa macam dah takde tinggal apa-apa ni terlalu berharga.

Aammin. Kita cuba Zah.
Ya, aku pun teringin nak membuktikan aku boleh tempuh.
dan akhirnya mampu menghela nafas lega dan tersenyum beryukur.

yang mendoakan agar azam dan tekad sendiri cukup kuat nak menempuh segalanya,



Monday, February 6, 2017

The Biggest Fear


Tadi check result. Bukan main merudum jatuh menjunam pointer aku. Tak adalah hairan sangat sebab rasanya result dengan usaha sepanjang sem lepas memang matching; tak semenggah manapun. Tapi nak kata tak sedih tu, entahlah. Separuh nyawa rasa berputus asa gak nih. hmm..

Dua paper mintak diulang untuk sem akan datang ni. Aku dah lah ada dua sem je lagi berbaki, risau kalau tak mampu perabis subjek. The biggest fear, is tak dapat graduate sekali dgn kawan-kawan satu batch yang lain. Risau kalau akan sorang-sorang lunyai dan lembik.

Apa yang jadi sem lepas ya, sampai macamni punya teruk keputusannya?

Semua orang duk ingat, aku ada banyak masa nak fokus belajar lepas settle program last dengan Franky itu hari and lepas aku tarik diiri dari program dia yang satu lagi. Padehal waktu itu, lepas program pun, aku cukup tersepit nak selesaikan beberapa urusan berbaki seorang diri. Ada konflik kejap, yang kemudiannya beransur reda. Tapi beban program sejujurnya masih ada.

Tak. Down teruk result ni bukan pasal program. Pasal diri sendiri sebenarnya. Diri sendiri yang tak bijak nak buat keputusan bila melibatkan pilihan. Banyak memilih perkara yang akhirnya merugikan diri sendiri sudahnya. Orang lain dijaga, diri sendiri jadi korban pun iya jugak. Yang waktu itu, dah tersepit macam itupun still tak reti-reti nak balik dan bergantung pada Allah. Culas hubungan dengan Tuhan, aku rasa itulah kesilapan yang paling membinasakan sekali. Nak bayar hutang keliling pinggang, bukan main aku buat part time sampai 3 pagi hari-hari. Penatnya ma shaa Allah. Kalau balik tu terus tertidur, bayangkan sajalah Subuh tu macam mana. Kalau bertahan sampai ke Subuh, bayangkanlah pulak tenaga yang diguna seharian berikutnya tu cuma tinggal berapa. Hidup memang tunggang langgang. Jauh dengan Quran. Tahajud yang dulunya selalu, memang tinggal bayang-bayang.

Kalau sem empat dulu, semakin rapat dengan kawan-kawan, menjadikan tak terjaga batasan... paling tidak bila balik bilik bukan main sedar lagi. Pernah terjadi, nangis teruk dengan doa panjang lagi sebab tahu diri tu dah berdosa. punya risau. tapi semni, yang dosa silapnya tak nampak jelas pada mata, mulalah culas saja. sempit dah rasa hari-hari.. tapi lepatu banyak counter balik nak sedap hati dengan hal-hal yang makin melalaikan saja.

Mampu ke ni, untuk berhadapan dengan sem akan datang? Nak merasa penat sebelum memerah keringat; mencuba, looser benar gayanya. Ego sendiri tercalar. Tapi, rasa mcm dh terlambat pun ada. Banyak mana je yg dan nak cover ni?

Betulkan diri dlu Jah. Baiki mana yang patut baiki.
Kau settle dengan Tuhan, kau tengoklah nanti Allah bagi clear jalan kau macam mana.

Semoga.


to give it a try and improvise
or to give it up at all?

Mati tak mencuba 
Atau mati tak berjaya?