Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam sedar tak sedar, esok akan menempuh tahun yang baru. Angka umur jugak akan bertambah lagi satu angka. Menjadi 26 tahun. Inipun dah dua puluh lima tahun setengah hidup. Lagi setengah tahun sahaja sebelum genap usia.
I'm writing this as of a record to myself. If ever I have to look back to this year in a glance, of what has it becomes.
2019. Bukanlah tahun yang semuanya indah-indah atau tahun yang cuma perkara bahagia sahaja yang terjadi. Macam biasa, ada jugak fasa-fasa turun naiknya berselang-seli. Tapi apa yang aku paling, paling pasti setahun ini adalah setahun yang sangat-sangat perlu disyukuri untuk nikmat dan rahmat-NYA ke atas diri dan keluarga.
Kalau ikutkan azam paling besar nak berkahwin 2019 tak tercapai. Lesenpun masih belum ada lagini. Travelpun, masih belum ke mana juga. Hahah. Tapi, azam-azam yang lain alhamdulillah tak perlu nak carry forward dah. Banyaknya yang lebih melibatkan orang lain. Keluarga dan kawan-kawan.
Dalam ada hajat dan impian yang belum sampai dan dicapai. Banyak jugak sepanjang 2019 ni yang Tuhan izinkan terjadi, menjadi nikmat dan kerahmatan. Melalui kesatuan keluarga, keberadaan kawan-kawan, kesihatan yang baik ke atas mereka dan apa-apa sahaja kegembiraan mereka yang akhirnya menjadi kegembiraan diri sendiri semula and of so many things more. At least, 2019 lebih banyak warna-warni obviously. Tambah pulak sesudah menyambung master ni.
From sate, to supplier sandwich di koperasi umi to sambung belajar.
From family busy dengan gerai, abah kerja Gombak, sampailah ditukarkan semula ke Putrajaya then Aiman tamatkan STPM dan kita lebih banyak masa bersama, berusrah baca kitab hadis pagi-pagi, gotong royong macam nak hari-hari. Hahah.
From member yang ada kepada member baru dan dijumpakan balik dengan kenalan lama (plg lama, aku jumpa bff masa darjah 2. Lol walaupun dia tak ingat aku. Who cares, asalkan aku ingat).
From ada habit yang tak bagus, kepada finally getting rid of that said bad habit (biiznillah). Fuh alhamdulillah. Na'udzubillah taknak sangkut dah dengan habit tu.
From self language lesson to kuliah-kuliah berkenaan ekonomi Islam.
From tulis dalam blog, meroyan di twitter, expressive di fb/IG kepada sangat kurang posting, kepada lebih seratus puisi-puisi di Farezfuisi dan dpt online published Puisi-Puisi Emosi (complete).
From tidur yang nyenyak sampai subuhpun terlajak, kepada series of tahajud dan qiamullail dan segala nangis-nagis atas sejadah (biiznillah)
Untuk kawan-kawan yang masih ada. Baik yg ada jasadnya mahupun semangatnya. Semoga Tuhan terus jaga. (yang ni kena carry forward).
Dan Syahida yang masih dalam ingatan.
Yang pokok di pusaranya tetap sama merimbun dan lebat. Semoga begitulah sampai bila-bila. Semoga ingatan terhadap dia tetap membawa kami dekat sesama kami dan dekat jugak kepada-NYA.
Of every single thing.
2019 is indeed a blessing.
Farewell 2019.
Kalau tidak menghargai sekecil-kecil kenikmatan. Tak akanlah menyukuri sebesar-besar pemberian Tuhan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit. Yakni golongan yang mensyukuri nikmat.
P.s. tak ada pencapaian yang besar. Hajat umipun belum sampai juga, nak berumrah. Doakan ya. Aamiin.