Thursday, January 10, 2019

Masakan Makjah : Flaker Toast

Assalamualaikum, Jum'ah mubarakah gaes...

Just done with my workout session and house chores even before that.
Masa dah senggang macamni barulah boleh nak duduk menaip dan berkongsi resipi sarapan aku pagi tadi. Ceritanya, ingat nak breakfast conrnflakes dengan susu je pagini. Alih-alih, dah dihabiskan rupanya. Maka terpaksa tukar menu berbanding plan awal.

Toast? nama fancy haa. orang melayu panggil roti telur as the menu goes like roti salut telur dan goreng/bakar atas pan je, gitu. Biasanya kalau nak mudah memang buat toast je, sedappun sedap. Kalau aku, buat cicah dengan gula atau madu. Ada orang prefer makan dengan sos-kan.

Tapi itulah, pagi tadi nak ber-toast rasa macam too plain pulak. dah selalupun satu hal. so I make a little twist on the recipe. Because I have cornflakes anyway, sayang pulak disia-siakan semata-mata takde susu.

yang penting, sarapan pagi tadi super easy-peasy to make and sangat-sangat mengenyangkan. Sesuailah if korang jenis nak buat simple common breakfast tapi taknak bosan sangat buat yang sama je hari-hari plus nak cepat kenyang. Highly recommended untuk mak-mak yang nak siapkn bekal makanan sihat untuk anak-anak tapi bahan macam limit je at times and even suitable utk student U jugak rasanya dan orang bujang macam aku, yang nak kerja senang.

{A.K.A} Sarapan Mudah dan Mengenyangkam



so here, the Flaker Toast. Bahan-bahannya :-

1) telur 2 biji (pukul kembang)
2) lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk dan gilis halus)
** Selain lada hitam, bahan gantian yang aku rasa ngam jugak adalah hirisan daun bawang (untuk rasa savori)
** Nak tauk serbuk kayu manis (Ceylon) pun aku rasa ngam jugak. cuma the whole dish akan jadi sweet-lah bukan jenis savori which korang perlu gantikan the garam part supaya diletak secubit dua sahaja. Ganti dengan gula teruspun boleh haaa...

3) garam 1 sudu kecil or so
4) Cornflakes ambil segenggam dua - ikut portion kebiasaan makan (tumbuk/blend)
** Takyah tumbuk/blend lumat sangat sampai tekstur tepung tuh. 70-80% hancur just nice dah nak dapat dia punya crunchiness tu.

5) Planta/butter 1 sudu kecil
** substitute utk Planta/butter, bolehlah letak mayonis ke... buttercup ke or susu segar. cembese, sikit je just untuk bagi lemak-lemak.

Cara nak masak dan siapkan :

1) Salut roti dengan telur yang dah dicampur Planta, garam and lada hitam serta dipukul rata.
2)  Dah salut dengan telur betul-betul, kemudian disalut dengan Cornflake hancur pulak. bagi wide spread lah salut tu ya.
3) Api sedang-sedang tau dengan minyak masak sikit (dalam sesudu besar gitu). agak bila minyak dah panas tu letaklah roti tadi dan goreng kaup/balik sampai masak.

and yessss, sesudah tu angkatlah roti dari pan. dan hidangkan!
aku makan dua keping tadi se'eh jugaklah perut dek kekenyangan. Alhamdulillah

Yeay I got to GOT

Assalamualaikum. Currently 0133hours in the morning whence I am insisting to post up an entry. This one entry will just be a glimpse and likely a little throwback of my latest life-turning point - graduating a degree life. Alhamdulillah I got to GOT (graduate on time) on mid November last year. It came and went by so quick tbh, not as long as those times I was anticipating upon it. Duatiga tahun sebelumnya, bukan main lama memasang angan nak graduate on time. Rupanya bila dah sampai masa, sekejap je sebelum tempoh bergraduasi tu berlalu dan memasuki fasa kehidupan seterusnya pulak - fasa dewasa.

Alhamdulillah untuk graduasi. Aku sangat bersyukur kerana disampaikan pada hasrat dan hajat untuk ikut keraian konvokesyen dan diraikan pada tahun 2018. Sejujurnya, hasrat macamtu tak dinafikan sedikit sebanyak berpunca dari diri aku sendiri jugak, yang tak rasa aku kuat and mampu (macam segelintir kawan-kawan lain) sekiranya masih perlu teruskan pengajian dan mengakhirnya tahun ini (2019) pulak. So centulah andaian aku. Bahawa tentang betapa aku bertuah sebab hasrat untuk GOT tercapai di samping tidak ada pulak sesiapa yang seangkatan dengan aku yang rugi sekalipun tarikh graduasi diorang dibawa ke sesi yang seterusnya November nanti.

Sekalung tahniah kepada semua graduan khususnya yang termasuk dalam kalangan kenalan dan kawan-kawan. dan berkalung-kalung tahniah lagi kepada insan-insan di sebalik kejayaan dan pencapaian setiap graduan. Kalau aku, orang yang disebalik aku... the first two names on the list would be abah dan umilah. Followed by adik-adik dan berjela-jela kemudiannya adalah senarai nama-nama yang seterusnya. Semoga setiap kebaikan sama ada yang diberi kepada aku dalam sedar mahupun tidak semuanya dibalas dengan ganjaran kebaikan yang jauh lebih baik di sisi Allah. Aamiin. 

em k. so ayuh layan gambar jelah apa yang ada. 
pre-convo ke post-convo ke, aku letak belaka buat tatapan (semula di hari muka) semua.

Regardless of the heavy photo-editing I did myself, sejujurnya I favor my make up look that day. Berbaloi sis upah orang contengkan. muka heheh






One pre-convo with abah and umi on the left side and another one gambar sesudah keluar dari sidang. Thanks umi untuk bunganya and especially to abahlah, yang sangat gigih haritu jadi photographer tak bertauliah. Ikut beria ambilkan gambar aku dan kawan-kawan. 



One with the closest yang tak memasal impromptu terjoin the pre-convo session.
Without Wuraidatul thou, sebab dia tengah dalam sidang masani. Generally we act team up since kenal dekat Eon Star Summer Camp do. Hail my first program. ahaha



And one with the Muad's Gals. Aku dengan Farhana dah memang rapat, macam Husna dengan Tikahlah. we even know each other since before-pun sbb course-mate, kann.. But better, towards the final year and especially after kursus halal, empat-empat orang sekali jadi makin ngam pulak. and they stay. Agaknya sebab empat-empat pesen masuk air kott. tu sbnrnya punca ngam!! hahah

Balik ke Kedah bertujuankan konvokesyen masatu memang tak menyempatpun nak jumpa ramai orang. Hasrat nak berjumpa tu banyak, tapi lebih banyak lagi yang tak terlunas. Tak apalah, panjang umur dan berjodoh nanti boleh je ditemukan di waktu dan tempat yang lain. Lagipun menjelang final sem dekat UUM sebelumni, sedaya upayanya aku pulun untuk jumpa dan meluangkan masa dengan setiap orang yang aku rasa penting kepada aku. So, considerably tak adalah frust sangat tak berjumpa. Cukup faham tentang kesibukan masing-masing.

Adalah seorang dua yang datang meraikan aku masa konvo tu. Setiapnya akan aku ingat sebagai mengenang budi. Sebab bersungguh betul gaya derang nak spare time tu. Tersangatlah membebankan diri sebenarnya. But they did made it to me!! Masyeh. 

Okay, sampai sini je lah update kalini. Tahniah belaka dan terima kasih semua untuk masa-masa indah yang dah berlalu. sama-sama kita doakan untuk masa yang mendatang pulak.

truth be told, degree life aku dipenuhi dengan sangat banyak penyesalan dan kebodohan. 
Macam lost pun ada bila mengenangkan "eh empat tahun ni, buat apa je?". As if, macamtu. But after all the resentment and regrets, indeed... the so called degree life tetap adalah antara fasa paling bersejarah yang akan aku rindu. Khususnya insan-insan yang aku kenal di sepanjangnya  dan masa yang aku lalui dengan setiap seorang daripadanya. 

Assalamualaikum.

Masakan Makjah : Ayam Epal Berlada

Assalamualaikum. Hola.

Alangkan tengah ada semangat, so here another recipe within 24 hours. heh
Actually, alangkan tengah ada masa. Jadi resipi hat masak sebelum-sebelumni bolehlah ditaip lump sum, gituh. Since the basic fundemental dalam resipi aku adalah makanan aneh serba bukan ada-ada, so aku rasa lauk ayam epal berlada ni kena jugaklah dengan konsep. cembese, yang penting no MSG (sebab selagi boleh elak, kita elak ye dak).

so lets...
Ayam Epal Berlada (cara sis)

Bahan-bahannya,
1) Ayam (potong sedang-sedang, gaul dengan serbuk kunyit dan garam secubit dua)
2) Bahan Tumis -
- bawang merah sebiji (mayang biasa)
- bawang putih seulas (ketuk)
- halia seco'et (3-5 keping kalau hiris nipis panjang jari kelingking tu)

3) Cili padi sebanyak-banyaknya (dalam 15biji gak, campur air gula sesudu besar dan tumbuk lumat)
4) Bahan kering -
- serbuk kari ikan
- serbuk kunyit
- daun kari (3-5 keping or so, racik-racik kecil)

5) garam (secubit dua)
6) Epal hijau (sebiji, potong panjang - mcm potong timun untuk laksa tu)
7) air (2-3 cawan)

cara-cara nak memasaknya...

1) Buh minyak dalam kuali yang dah dihidupkan api sederhana dan tunggu minyak panas.

2) Masukkan bahan tumis dan tumis sampai naik bau.

3) Masukkan bahan 1), 3) dan 4) satu-persatu, gaul rata dua ke tiga minit dan lepastu katup dengan penutup bagi masak elok isi ayam. Tunggu dalam 5-7 minit, kaup balikkan ayam dan tutup sekali lagi dalam 5-7 minit.

4) Masukkan epal hijau dan air.
**kalau nak berkuah air tu 3 cawanlah. kalau tak berapa nak berkuah dan portion hidangan tak besar 1-2 cawan cukup dah. Depends atas citarasa.

5) masukkan garam secukup rasa, gaul rata dan tunggu sampai mendidih.

6) Siap, angkat, hidang - settle!

Selamat mencuba resipi pelik ni. Jangan risau. epal hijau tu ala-ala kentang je teksturnya. cuma ada masam-masam buah sikit.

[TIPS] nisbah epal kepada ayam tu 3:7 atau 4:6 just nice lah. taknak banyak sangat. macam kentang dalam lauk ayam masak kicaplah, mana boleh kentang melebihi ayam, kann. lebih kurang gitu. 

okay bye.

Masakan Makjah : Sayur Goreng Butter

Hi Assalamualaikum.

Petangni suddenly, I have decided to post an entry tentang resipi makanan. haa ttibberrr, kan? heh
Neither that kind yang fancy-fancy punya menu tu, nor those common menus too. Mine will be resipi masakan yang considerably luar biasa tapi sangatlah tak adaada. yeah, kurang lebih begitulah konsepnya. Practically, what I've cooked at home myself.

[Disclaimer] Sorry that I have no picture of anything to put up together with this posting. So basically cuma patah-patah perkataan sahaja. I will try to do better in the becoming posting, in shaa Allah.

so lets...
Sayur Goreng Butter (my version obviously)

Bahan-bahan yang digunakan (yang ada dalam peti/dapur sis) :

1) Bahan tumis -
- bawang merah sebiji (mayang biasa)
-bawang putih dua ulas (ketuk leper)
-halia (1 cm gitu je, hiris/potong nipis)

2) sayur -
- Epal hijau (potong panjang-panjang)
- Lobak merah (potong bulat/separa bulat, nipis-nipis)
- Broccoli

3) Mentega/Planta
4) Cili padi 3-6 batang (potong kecik-kecik)
5) Ikan Sebelah (sepotong kecil)
6) Susu segar (satu sudu besar)
7) garam (secubit dua)

okay tu saja tang bahan.

step by step pulak nak kabo masak macam mana...

1) Letaklah kuali ke pan ke, atas dapur..  hidupkan api sederhana kecil

2) masukkan 2-3 sudu besar planta (ganti minyak masak) sampai cair belaka and agagak panas.

3) Masukkan bahan tumis dan potongan ikan Sebelah tu. Makesure gaul sikit dengan serbuk kunyit and garam.
** selain dari ikan Sebelah, guna ikan apape yang lainpun ok je rasanya. masukkan isi je tau! ni nak dijadikan sebagai perasa lauk. kalau nak ganti dengan ikan bilis, isi ayam ke udang/udang kecil pun okay. yang penting, elakkan bahan perasan buatan MSG.
** Letak halia seciput tu nak bagi elak hanyir ikan/ayam/udang tu je.

4) masukkan cili padi yang dah potong kecik-kecik tadi
.
5) Dah mula naik bau bahan tumis, bolehlah letak sayur-sayurnya. bagi keutamaan pada sayur yang jenis keras dulu tauk dalam kuali. sebab masaknya kena lama sikit, sampai lembut isi sayur. In my case, broccoli dan lobak merah masuk dulu. epal hijau boleh tunggu dulu dlm dua tiga minit. Katup kuali dengan penutup.

6) Masukkan epal hijau, bukak api besar sikit. tambah lagi dua sudu planta untuk gaul rata dengan sayur-sayur. Bolehlah goreng kilas sambil-sambil tu.
** Nak masukkan sayur-sayur lain pun boleh. the more the merrier, kann. sayur pesen-pesen macam kacang panjang ke, kacang peas ke, bunga kobis or terung macam ngamlah. jangan masukkan ulam raja, bendi or pucuk betik pulak. Sebab rasa mcm tak kena dengan genre. lol.

7) Masukkan susu segar. jangan banyak-banyak kang muak. Ni just nak bagi lemak sikit je and buat tekstur. tabur garam secubit dua and gaul rata sebelum kuali dikatup sekali lagi untuk lebih kurang 5-6 minit nak bagi sayur masak/lembut bebetul.

8) Dah konfiden sayur dah lembut and masak rata belaka... apa lagi, angkat dan hidanglah. Sayur Goreng Butter, siap!

Senang je, serius senang.

[TIPS] Garam secubit dua tu ikut portion lauklah. kalau banyak letak tigapat cubit.
tang nak memperasakan makanan, please guna instinct all out ya. kalau tak konfiden, boleh Bismillah dan selawat dulu then kemudian nyambil memasak, boleh rasa ok tak ok. In shaa Allah kalau bahan tumisan naik bau elok (and tak dan hangit), isi ikan/ayam goreng elok and garam secukup rasa... MSG ain't in need any longer.

SEKIAN.
till the next Masakan Makjah