Showing posts with label cerita best utk muslim. Show all posts
Showing posts with label cerita best utk muslim. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

6 Pesanan Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum wbt muslims.
Salam Tengah malam people.
May Allah bless us, in shaa Allah.

Hype uguys, ini adalah repost instagram sis Dena Bahrin on 26 August 2013 yang dah ingin di-convert dalam bentuk entri belog pulee. In shaa Allah, semoga bermanfaat buat diri sendiri dan korang-korang yang membaca jugaks.

6 Pesanan Imam Al-Ghazali,

Apabila berjumpa KANAK-KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana kanak-kanak belum dibebani dengan dosa.

Apabila berhadapan dengan ORANG TUA pula,anggaplah mereka juga lebih mulia daripada kita
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa ORANG ALIM, anggaplah dia lebih mulia
krn banyak ilmu di dadanya.

Jika melihat ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka berbuat dosa disebabkan mereka jahil 
sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Apabila berjumpa ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia,
mungkin orang jahat tersebut akn bertaubat ketika masa tuanya
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan
mereka belum tentu kafir selama-lamanya.

# Never assume. If you want to, assume only good things. Keep having positive thoughts on people and things around you. Allah is all knowing what we do, what we thing, what we say even we try to hide it.

Ada sebab kenapa tengah-tengah malam ne, aku sanggup menggeledah instagram sis Dena Bahrin untuk post lama beliau. There's something inside my head which I think to spill it out is the best thing to do. Well, kalau ikutkan hati malas nak respon atau bercakap tentang sesuatu yang aku rasa tak masuk dengan aku. Sebab aku sangat tak konpiden. Ilmu pon takat mana sangat lah sampai nak menyentuh siked psl hal agama. Boleh jadi tulisan picisan aku neh pandangan yang betul mahupun sebaliknya.

Anyway, alang-alang dah menaip ne. Let just proceed. 
Dalam beberapa hari kebelakangan ne aku perasan ad junior dari sekolah aku obviously active betui berdakwah via pesbuk dia. Which is... absolutely good effort! Dia patut teruskan usahanya itu. In shaa Allah, setiap perkara yang membawa kepada kebaikan dan perkara-perkara kebaikan yang dilakukan, ganjarannya adalah pahala. Have faith yaa *smile*

But still, I think... there were times she's going a bit too far in her status or maybe dive too deep in certain issues. I will neither said she's doing mistake nor it's the right thing to do . It is good but maybe those kind of post, I am afraid some people would misunderstand them as that so called 'judgemental' type of post. Easily claimed that this and that is jahiliyah and merosakkan ummah sort of. To me, it's not that suitable. Kita bukan boleh senang-senang nak label itu ini. There are thousands of way untuk menyebarkan kebaikan, dan menegur kesilapan instead of dengan mudahnya memberi label pada sesuatu perkara. 

Well said, contoh lah kalau aku kata directly mereka yang tak bertudung tuu konpem masuk neraka. Agak-agak kalau ad mmber aku yang tak bertudung tahu pandangan aku tuh, apa reaksi dia? Boleh jadi dia kecik hati. Tapi mungkin aku akn claimed bahawa aku ckp perkara yang betul. Hmmm.. tapi jugak, tentu lepastu aku akn lebih susah nak mendekatinya. Klw ditinjau dr aspek dakwah dan sebagainya, tak ke dakwah aku akn jadi terbatas terhadap mmber aku yang tak bertudung ne sbb aku dah buad dy kecik hati n probably dia akn judge aku sbnrnye tak suka berkawan dgn dia. Well, sape yang nak berkawan dgn ahli neraka, right?
But then... pikir balek. Adakah tak bertudung tuu menggambarkan terus seseorang tu. Ada je orang yang bertudung, tapi pakaiannya ketat dan tudungnya singkat. Ada pulak yang bertudung labuh, mulutnya cenderung pd ghibbah dan mengumpat, membuka aib org lain krn merasa diri bagus. Pikir lagi. Anything is possible. Mungkin mmber yg aku ckp konpem masuk neraka tu sebenarnya ibadah dia dengan Allah lebih terjaga dari aku. Mungkin dia dalam usaha untuk berubah dengan sepenuh mujahadah dan istiqamah berbanding aku yg rasa perfek so takjaga sangat tang aurat aku yang lain. Who knows. Mungkin cara dia memerlihara akhlak islamiah dia lebih baik dari aku yang perasan bagus. Aku bukan nak judge dia. Sejak awal lagi tak masuk dlm senarai niat aku utk judge dia. Mungkin. Actually aku cuma nak berdakwah dan menyatakan kebenaran walaupun ia pahit. Sort of. 

Berdasarkan contoh ne.. The main point is, highlight nyaaa..  ada cara yang lebih polite and appropriate untuk approach persons or things yang kita rasa tak sehaluan dengan kita. At this time, bersangka baik (macam pesanan Imam Al-Ghazali tuu) take part dan main peranan disusuli dgn cara dakwah yang lbih berkesan. Jangan melabel. tgk jugaklah kena ke tak label tuu dgn mesej kite. kadang-kadang mnde berkaitan pesbuk ne.. contohnye laaagi. kalau rasa org tu ta salu tules post sedangkan kita rasa orang tuu boe je nak sebarkan mnde-mnde dakwah, jangan pulak easily panggil dy orang yang taknak tegak syiar Islam all of sudden. Such of assuming macam tu, heavy sangat bagi aku untuk perkara-perkara yang kita hakimi secara zann sahaja. Kemon weyh... maybe dia tak salu bising kat pesbuk pasal sekian-sekian status dakwah sbb dia memilih utk diam bimbang kata-katanya menjadi fitnah ataupun sebarkan malumat yg salah keee. Sape taw. 

People, kalau orang salah.. tegur penuh hikmah. Boleh tegur secara umum, general dan public. Lebih baik jgn tegur dalam bentuk sinis sebab nada sarkastik adlh sgt awful. Rasa cam nak gadoh je dengan org yang maen perli-perli neh. Nak kongsi ilmu, kongsi hadis, ayt quran ataw quote ustaz-ustaz mahupun alim ulama, silakan. Tapi jgn pule pandang rendah atau pandang rendah pd mrk yang tidak berbuat begitu. mrk mungkin tak expert bab berkongsi ilmu macam yang kamu buat selalu. Tapi mungkin mrk expert dlm mempraktikkan apa yang kamu kongsi kpd mrk tuh. Bukan ke, saham akhiratnya akn jatuh pd kamuu jugak. So, jgn mudah melabel org ataw perkara yang berlaku. Tambah pulak kalau kita ne pengalaman takat ciput je dan menilai mengikut ap yang terzahir je. Bimbang dipanggil judgemental. nanti kamu jugak yang payah nak berdakwah macam kebiasaanya. Jangan suka sangka buruk. Bersangka baik boleh ajar kita tunduk hati, tawadhuk dan mutadayyin. Belajar bersangka baik sesama hamba, in shaa Allah senang usaha untuk bersangka baik dgn Pencipta afterwards. *winkwink*

Dah pukul 1 pagi. Panjang sayh aku menaip. Ayat berterabur.
Tentulah aku sangat risau entri ini kene kondem dan kene komplen. Almaklumlah, tulisan picisan sahaja.
Entah ada orang baca atau tak mnde panjang lebar ne. Wallahu'alam.
Harap mesej nye sampai. kalau tak sampai gakkk, *tutupmuke* malu weh.
Nak menegur tak reti, maka aku membebel.

Assalamualaikum wbt. Genaid.



Saturday, September 14, 2013

Sakit dan Sedih Diuji? Siapa yang Tidak?

Jom sama-sama kita renungkan.

1-KENAPA AKU DIUJI? 
Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!! 
Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."





6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? 
Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
Surah At-Taubah ayat 129“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

Renung2 kan setiap hari saat kita berasa hidup ini payah..

# tajuk entri cam hape je kann.. entri ne more to peringatan untuk diri sendiri, untuk kuatkan diri sendiri agar perkasa. well, korang pun sedia maklum dalam seminggu dua ne aku memang cengeng habisan. Kurang diberi peringatan agaknya. *Astaghfirullahal'azim* Kononnye pantang jauh dari sejadah, habis jiwaraga jadik lemah. Macam lah takleh nak zikir dan selawat bagi makanan kerohanian. syelepuih je kann. Cakap pandai. Hew *tembak diri sendiri* entri ini adalah repost dari page Prof Dr.Muhaya .

# hype. malam ne kenal dengan sorg member group stpm ne. admin group tak silap. Aku hargai sgt sbb dy duk post psl arwah Syahida. In shaa Allah, semoga ramai yang menghadiahkan al-fatihah buat arwah. dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayangNYA. Anyway, thankss sekali lagi kat mamat tuh ats keperihatinan beliau sebagai admin yg ambil berat hal mmber group. n.n" 

Genaidd. Assalamualaikum


Thursday, September 12, 2013

Cinta & Ukhuwah [Fasa 4]

Fasa 4
On the authority of Abu Dhar Jundub Bin Junadah and Muadh Bin Jabal
that the messenger of Allah said :
 “Fear Allah wherever you are, and follow up a bad deed with a good one
and it’ll wipe it out, and behave well towards people.”

           Pagi itu Hawa Hanani Bt Fariz bangun pada awal pagi, lebih awal dari sebelumnya. Azan Subuh masih belum berkumandang, fajar masih belum menyingsing terbit. Pada mulanya dia berkira-kira untuk bersahur puasa sunat. Namun, mengenangkan faktor kesihatan dan kondisi badan yang memerlukan ubat pada waktu-waktu tertentu, amalan sunat yang lazimnya dilakukan itu terpaksa dibatalkan.Wani sekadar menunaikan dua rakaat solat tahajud dan dua rakaat solat hajat pada awal pagi itu. Bukan kerana tidak cukup waktu tetapi kerana sendi-sendinya dirasakan lemah, membantutkan keinginannya.
Terasa hambar kasih yang ditunjukkan kepada Penciptanya.

            Dia menangis seorang diri dalam doanya, dia atas hamparan sejadah. Bukan kerana menyesali sakit yang menimpa tetapi kerana terlampau terharu dengan perhatian yang diberikan kedua orang tuanya semenjak dia ditimpakan dugaan sebegini, terharu dengan Kak Long yang sanggup terbang, balik ke Malaysia semata-mata untuk menjaganya dan kerana terlampau rindukan Syafiq, achik dan adik Syakir.

“Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,
Perkenankanlah aku mencintaiMu,Semampuku

Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Sebisaku, dengan segala kelemahanku
Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan
seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.
Maka izinkanlah aku untuk
mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Yaa, Maha Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yang
menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku
mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunan
seayat dua ayat hafalanku
laahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku
Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim
yang  rela tinggalkan putra dan zaujahnya, Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku,
dengan mencintai manusia dan alam semesta.
Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku...”

W
ani menangis lagi.
               
Beberapa paket ubat yang berbentuk pil dimasukkan ke dalam poket hadapan beg sandang Nike biru mudanya. Semuanya atas desakan kedua orang tuanya. Tambahan pula mereka akan mengambilnya pulang dari madrasah lebih lewat dari kebiasaannya pada hari itu dan mahu dia menepati waktu pengambilan ubatnya.
‘Kalaulah aku tak migrain teruk semalam, pasti ibu dan ayah tak begitu risau.’ Getus hati kecil Wani.

******

Sudah dua minggu mereka menjadi teman semeja. Wani menggeleng lemah melihat Laila yang melekapkan kepala, berpaling darinya, dia tahu rakan sekelasnya itu sedang ralit ber-sms; barangkali dengan Akif. Wani membuat andaian sendiri. Sejujurnya, dia agak hampa dengan hubungan persahabatan mereka yang sekadar suam-suam kuku sahaja. Tiada cahaya ukhuwah yang menyinar. Laila sibuk dengan kekasih hatinya sehingga mengganggu Wani, menjadikannya serba tidak kena. Dia serba salah sama ada perihal Laila membawa barang larangan; telefon bimbit ke sekolah perlu dimaklumkan kepada pihak berwajib atau didiamkan sahaja perkara tersebut. Antara berani dan takut, Wani ambil keputusan untuk berdiam diri dahulu.

            ‘Sayangnya.’ Sepatah perkataan itu terlintas dalam benaknya, memikirkan betapa ruginya Laila Qaisarah yang pintar pada luarannya, mensia-siakan nikmat kepintaran yang dianugerahkan dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah dan sekaligus melakukan perkara-perkara dilarang oleh syariat Islam sendiri. Wani berpendapat, Laila seolah-olah kufur nikmat. Dia turut bimbang akan sahabatnya itu kerana tidak mustahil nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa sekira Allah menghendakinya.

            Wani baru ingin menyapa rakan semejanya ketika sakitnya menyerang dengan tiba-tiba. Kepalanya dipegang kuat seperti ingin mencengkamnya, akibat sakit yang mencucuk-cucuk. Antara keluar dengan tidak suara yang cuba dilontarkan oleh Wani; memanggil Laila disebelahnya kerana rakan-rakan lain sedang sibuk melakukan kerja-masing-masing ditambah pula dengan ketiadaan Puan Khaleedah; guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang mengambil cuti bersalin. Wani pasti tiada siapa menyedari keadaan dirinya yang kesakitan.

“Laila..”

“Laila..” Cubaan kali kedua gagal kerana suaranya cukup perlahan; sekadar didengari dirinya sendiri. Wani mula tertunduk; menekur lantai simen kelas. Mata sudah terpejam menahan sakit.
‘Tak mahu jadi macam semalam, Ya Allah.’ Pinta Wani dalam hati.
“Ela.” Lontaran suara yang naik satu not berjaya menyedarkan Laila yang berada di awangan percintaannya. Senyuman nya mati dan matanya membuntang seketika terlihatkan keadaan rakan semeja yang sudah kronik. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket dalam kadar segera.
“ Hawa, anti okey?” Laila bersuara cemas dan bertambah cemas apabila mendapat gelengan daripada Wani. Dia mula memanggil beberapa orang akhowat yang lain ke meja mereka.
Tahap sensitiviti Laila yang tinggi membuatkan dia tersentuh melihat keadaan Wani. Kelopak matanya mula bertakung manik-manik jernih melihatkan manik jernih sudah mula gugur dari kolam mata Wani. Sementara Nurul Jihada dan Syahirah mendapatkan guru bertugas, dia akan ke kelas 5 Al-Ghazali untuk berjumpa Syafiq, seorang diri.

            “Assalamualaikum.” Setelah daun pintu kelas kedua aliran sains agama diketuk, Laila menapak masuk.
“Ustazah Nazrina, saya minta izin untuk berjumpa Fatihi Syafiq. Seluruh tubuh serasa menggeletar tatkala dia menyebut nama Fatihi Syafiq.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah madrasah mungkin, seorang pelajar perempuan memanggil pelajar lelaki, untuk berjumpa ketika waktu P&P sedang berlangsung.
Barangkali Laila juga gerun untuk berjumpa Syafiq kerana pelajar tersebut terkenal dengan ketegasannya dan sangat menjaga batas ikhtilatnya.
Puan Nazrina perasan mata Laila yang kelihatan merah. Dia yakin Laila mempunyai alasan tersendiri untuk mengganggu sesi pengajarannya ketika itu. Dia tidak jadi menyoal lanjut.
Puan Nazrina mengangguk beberapa kali seraya memanggil Syafiq yang menurut. Penolong Exco Al-Ikhwan itu tenang menapak ke luar kelas.
“Ada apa?” Soal Syafiq sebaik dia berjumpa Laila.
“Emm, ahh.. Hawa.” Bicaranya kurang teratur. Sementara itu, Syafiq yang masih tidak jelas dengan apa yang cuba disampaikan, berkerut muka.
“Hawa sakit dekat kelas. Nampak macam kronik sangat. Beberapa orang akhowat kelas ana dah panggilkan guru bertugas. Ana datang sebab nak maklumkan hal ini pada anta.” Sekali nafas sahaja Laila menyampaikan pemberitahuannya. Serta merta wajah Syafiq berubah.
“Dah lama Wani sakit?”
“Baru je. Baru tadi.”  Balas Laila.
“Terima kasih. Ana akan menyusul anti ke bilik rawatan lepas ni.” Syafiq menapak ke dalam kelas; ingin mendapatkan kebenaran guru untuk keluar sekali lagi; meninjau keadaan saudara kembarnya sementara Laila sudah melangkah ke bilik rawatan.
Hanya dalam masa yang singkat, dia melupakan Akifuddin dan perasaan cintanya. Dalam masa yang singkat sahaja, dia sudah mula jatuh sayang pada rakan semeja yang selama ini tidak dilayan sebaiknya dan hanya dalam masa yang singkat sahaja dia merasakan diri dihormati seperti dulu; dilayan tanpa rasa janggal, seperti pelajar lain juga.

Dalam hati Laila Qaisarah, ketika itu doanya cuma satu, ‘Semoga Hawa baik-baik sahaja ya Allah,’

WARKAH BUAT HAWA

Hawa...
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu, jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini...
Hawa...
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah S.W.T dalam urusan_Nya. Bayangkanlah Hawa... Sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan...

Hawa...
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda di saat ini. Tapi permintaanku, duhai Hawa... Cubalah! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah... Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu kini, kian berubah...
Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata.
Duri-duri yang  melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah S.W.T sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami, kaum ajnabimu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari? Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu ki
an meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...
Sedarkah kau Hawa...?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa...
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu di saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini...

Hawa...
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya. Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ... Aduh! Banyaknya seksaan menantimu...!

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?
Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana, tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana, jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa...
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu. Tapi ingatlah, cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu dan jua tubuhmu...

Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah S.W.T membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...
Akhir kata, ketahuilah... “ Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (HR.Muslim)

f.o.i



Laila melepaskan nafas kasar memandang lembaran yang baru diterimanya sekembalinya dari melawat Wani di bilik rawatan. Pada mulanya dia menyangka lembaran tersebut ditujukan kepada Hawa Hanani, rakan semejanya. Namun setelah meneliti isi warkah tersebut, dia pasti ‘hawa’ yang dimaksudkan ialah kaum perempuan dan ditujukan khas sebagai ingatan dan teguran ikhlas kepadanya. Tidak tegar hatinya membuang helaian yang diterima, tidak dinafikan juga kebenaran bagi setiap baris ayat yang terdapat dalam lembaran tersebut. Warkah itu disimpan ke dalam beg galasnya.
Dia pasti lembaran kali ini dan lembaran yang sebelumnya  bukan kiriman Nur Iman Aimi. Hanya egonya sahaja yang gemar membuat pertuduhan melulu begitu.
Selesai mengikuti kelas mata pelajaran Al-Quran dan As-Sunnah, Laila Qaisarah bersegera. Beg sandang Nike berwarna biru muda milik Hawa Hanani turut digalas bersama. Sekali lagi dia menapak ke bilik rawatan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Ibu minta maaf banyak-banyak Fiq. Tapi ibu dan ayah tak dapat ambil Wani sekarang. Fiq jaga Wani buat sementara waktu ini dulu, ya?” Puan Rafidah berhati-hati mengatur kata. Bukan niatnya mahu melewat-lewatkan pengambilan Wani dari sekolah pada hari itu sebaliknya kedua mereka terpaksa kerana terdapat urusan yang jauh lebih penting terpaksa didahulukan dan dilakukan. Hati orang tua mana yang tidak risau mendengar perkhabaran mengenai anak yang sedang dalam kesusahan? Naluri keibuannya meronta-ronta ingin mendapatkan anak ketiganya itu. Dia memohon pengertian Syafiq ketika itu.
“InsyaAllah. Fiq doakan semoga urusan ibu dan ayah dipermudahkan.”Hampanya hati Syafiq hanya diketahui Allah dan dirinya. Siapalah dia untuk mengubah ketetapan yang direncana terhadap mereka sekeluarga hari itu.
“Ibu dan ayah sayang kamu berdua. Jaga Wani, ya. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam, bu.” Gangang telefom awam yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar-pelajar oleh pihak madrasah diletakkan pada tempat asalnya. Syafiq melemparkan senyum segaris kepada teman setia, Farouq yang menunggunya.
“Anta pergilah solat Zohor dulu. Anan nak tengokkan Wani sekejap.” Syafiq melangkah sekali lagi ke bilik rawatan setelah menerima anggukan dari Farouq Faqihin.

            Syafiq keluar dari pantri yang terdapat dalam bilik rawatan yang menempatkan dua lagi bilik kecil di dalamnya sambil membawa secawan milo panas. Sengaja disediakan buat saudara kembarnya yang masih kelihatan lemah walaupun kesihatannya semakin beransur pulih berbanding ketika di kelas 5 Ibnu Khaldun pagi tadi.
“Akak.” Kole merah hati yang bercorak rama-rama yang berwarna-warni diangkat separas bahu, mahu Wani melihat apa yang disediakannya.
Wani angkat kening kiri, pura-pura tidak mengerti.
“I serve you a cup of hot milo, miss.” Suaranya digaraukan seperti suara garau pelayan lelaki di sesebuah restoran terkemuka. Wani buat muka.
“Enjoy it.” Tambah Syafiq lagi.
“Aceceh abang. Caring lah pulak.” Wani tersengih nakal. Kole merah hati itu bertukar tangan. Perlahan milo panas yang dibancuh, dihirup.
“Oh abang, tawar nya air milo mu.” Wani sempat mengusik. Dia berbahasa baku.
“Kakak tak baca bismillah tu. Sebab tu lah tawar. Ish. Ish. Ish.” Syafiq membalas usikan tersebut. Dia menggeleng beberapa kali. Bukan selalu dia berpeluang mengusik atau bermanja dengan saudara kembar sendiri ketika di madrasah. Hal yang demikian kerana selama ini, mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Sekiranya berjumpa, pasti tiada usikan sebegini, melainkan bertanya khabar ataupun kerana Wani tidak cukup wang poket semata-mata.
“Kakak baca dalam hati, okay. Don’t assume me, sesuka hati je.” Milo panas yang sudah mula suam dihirup sekali lagi.
“Maybe sebab tak ada gula ataupun susu disediakan.” Syafiq balas ala kadar. Dia berlagak bingung.
“Maybe? Abang ni buat air, takkan lah tak tengok ramuan kot? Failed sungguh.” Air milo yang berbaki separuh diletakkan di meja sisi katil. Kepala Wani disekeh lembut dengan buku lima Syafiq.
“Hey, apa ni bang? Main kasar. I’m not verry well yet, okay.” Wani buat muka masam.Kononnya dia geram.
“Bising lagi. Siapa suruh.” Syafiq menghadiahkan senyum manisnya kepada Wani di katil.
“Cakap pasal sakit. Kenapa kakak boleh sakit? Bukan kakak dah buat check up ke, haritu?” Dia perasan saudara kembarnya itu kelihatan pucat sedikit.
‘Terukkah sakit Wani?’ Syafiq menyoal dalam hati. Terasa dungu kerana dia tidak menyelidiki mengenai penyakit adik kembarnya sendiri dan dalam masa yang sama merasa terkebelakang kerana masih samar-samar mengenai kondisi Hawa Hanani yang sebenar-benarnya.
Soalan Syafiq tidak dijawab oleh Wani. Dia mendiamkan diri beberapa ketika.
“Ponteng makan ubat, ye?” Soal Syafiq lagi. Kali ini lebih serius berbanding sebelumnya.
“Alah, bang. My illness bukannya temporary illness. It takes time to heal. Check up isn’t treatment yang boleh settle kan problem immediately.” Terang Wani.Suram.
“But I taught, at least it should make you feel much better than before.” Dia ambil nafas untuk meneruskan kata-katanya.
“Sebelum ni akak mana pernah sakit kronik, so sudden dalam kelas. Ubat-ubat yang kakak ambil tu suppose dapat halang kakak dari sakit macam tadi tu. Abang terkejut sangat tadi.” Suara Syafiq mula mengendur.
“Ubat bukannya boleh buat apa pun.” Wani jawab perlahan.
“Abang dah solat Zohor ke belum, ni?”  Dia sengaja menukar topik perbualan. Syafiq menggeleng perlahan.
“Ya Allah, teruknya perangai Penolong Exco al-Ikhwan madrasah ni.” Ejek Wani. Perbualan mereka cuba diwarnakan kembali.
“Siapa nak jaga akak dekat sini? Ibu dengan ayah ada urusan luar dan ambil kakak lambat, hari ni.”
“Tahu lah. Ibu dengan ayah dah bagi tahu awal-awal, lagi.” Balas figura yang bersandar di atas katil itu.
“Habis tu, akak tak solat?” Saudara kembarnya disoal pendek.
“Akak, tak solat tak apa. Abang, tak solat berdosa, tahu.” Syafiq angguk beberapa kali, mengerti lah dia. Beg Nike warna putih kesayangannya dicapai.
“Got to go, kak. Assalamualaikum.
“Wa’alaikumussalam.
Langkah Syafiq yang baru menapak keluar dari bilik rawatan 1, terbantut seketika terpandang susuk tubuh Laila Qaisarah yang duduk di ruang tamu bilik rawatan.
“Anti dah lama sampai?” Soal Syafiq. Nada suaranya mendatar, seperti kebiasaannya. Dia pasti kehadiran Laila adalah sebagai peneman adiknya, melihatkan teman setingkatannya itu turut membawa bersamanya beg Nike biru muda milik Wani.
“Baru je.” Bohong Laila.
“Oh. Anti tolong tengok-tengokkan Wani, ya.” Anggukan daripada Laila melegakan hatinya.
“Terima kasih.” Dia membalas pendek sebelum langkahnya dipercepatkan ke Surah As-Solihin, surau madrasah mereka.

            Laila pula bangkit dari duduk. Daun pintu bilik rawatan 1 yang dibiarkan terbuka sedikit, diketuk beberapa kali sebelum dikuak perlahan.
“Assalamualaikum Hawa.” Kedatangan Laila Qaisarah seperti kejutan gembira untuk Wani. Dia terlupa bahawa rakan semejanya telah memberitahu kedatangannya sebelum ini.
Laila mengambil tempat duduk di sisi katil. Anak matanya memfokus pada kole merah hati di atas meja sisi.
“Air milo je yang anti ada?” Wani tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Itu pun abang ana yang baik hati nak bancuhkan. Kalau tak, ana lunch ubat je lah, jawabnya.” Wani membalas ramah. Walaupum sebelum ini mereka jarang bersama dan menyepi diri antara meraka. Namun, baik Wani atau Laila, kedua-duanya tidak janggal dengan keakraban yang entah bagaimana terjalin sesama mereka.
 Sebungkus makanan yang diletakkan dalam plastik merah jambu bersaiz S diajukan kepada Wani.
“Ana bawakan nasi goreng kampung kurang pedas campur telur dadar untuk anti.”
“Ya Allah, anti. Ana tak nak menyusahkan anti. Sungguh, ana minta maaf kalau ada menyusahkan anti. Bila-bila nanti, anti minta claim okay.”
“I don’t mind lah. Bukan ana masak pun, Brother Amad yang masakkan. Tak susahkan ana langsung. Bila ana susah nanti, anti tolong ana pula, ya.” Bekas polistrin bertukar tangan.
“Baca bismillah tahu. Sebelum makan. Nanti tawar pulak nasi spesial Brother Amad tu.” Usik Laila, merujuk kepada perbualan Syafiq dan Wani sebentar tadi. Wani tersenyum manis, semanis gula-gula kapas bersaiz XL.

Kole merah hati dicapai Laila sebelum dibawa ke pantri.

“Anti nak buat apa pula tu?” Suara Wani naik satu not dari biasa.
“Ana nak bancuhkan milo panas baru untuk anti and untuk ana jugak. Yang manis punya.” Balas Laila Qaisarah dari dalam pantri. Kata-katanya mengundang tawa kecil Wani yang sedang menikmati nasi goreng kampung kurang pedas dicampur telur dadarnya, masakan oleh Bother Amad, chef cafeteria madrasah.
“Ana tengok, anti dengan kembar anti rapat betul tadi. Rasa cemburu pulak. Ana rasa sayu tiba-tiba. Ana dengan ibu ana dah tak ada masa nak bermanja-manja macam anti dengan Syafiq. Ana yang menjadi punca, ana yang merugikan diri sendiri. Ana yang menghilangkan keindahan bersama keluarga. Ana rasa, lah.” Suara Laila Qaisarah jelas kedengaran dari dalam pantri.
Wani diam. Tidak tahu membalas. Dia tidak menyangka, dia telah mendengar luahan hati Laila ketika itu. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana dikurniakan abang yang begitu penyayang seperti Syafiq. Sekejap-sekejap, wajah kedua orang tuanya pula berlayar dalam ingatan sebelum bersilih ganti dengan wajah Kak Long, achik dan adik Syakir. Wani tersenyum lagi. Hamdalah dituturkan perlahan beberapa kali.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::

“Selamat datang, Encik Fariz, Puan Rafidah.” Dr. Muslih menyambut tetamunya pada awal petang itu dengan wajah yang dimaniskan. Kedua-dua figura awal lima puluh-an itu dipersilakan untuk duduk.
“Saya minta maaf kerana memanggil Encik Fariz dan isteri secara tiba-tiba. Pada mulanya pihak saya menjangkakan imbasan MRI yang dilakukan ke atas anak Encik dan Puan, Hawa Hanani akan siap laporannya pada hujung minggu ini. Namun, laporan imbasan tersebut telah siap beberapa hari lebih awal . Saya terpaksa memanggil Encik Fariz dan isteri kerana merasakan hal berkaitan laporan ini perlu kita bincangkan dalam kadar segera.” Doktor Muslih berpaling ke belakang. Tangannya mencapai sepucuk sampul coklat bersaiz A3 yang berada di atas meja kerjanya. Encik Fariz kekal tenang, tertunggu-tunggu bicara Dr. Muslih selanjutnya. Puan Rafidah juga kelihatan tenang walaupun jauh disudut hatinya, dia sebenarnya begitu berdebar-debar menanti laporan yang bakal menyusul diberitahu.

            Lampiran Sinar X bahagian kepala Wani diklipkan pada skrin papan putih yang terdapat di dalam bilik Dr Muslih.

“Encik Fariz, Puan Rafidah, Berdasarkan laporan MRI Hawa Hanani, pihak hospital mendapati Hawa  Hanani bukan sekadar migrain. Tetapi sebenarnya, terdapat ketumbuhan di dalam kepalanya yang kami anggarkan berukuran kosong perpuluhan kosong lima milimeter. Hal ini benar-benar membimbangkan kerana tumor ini akan terus membesar dari semasa ke semasa.” Dr Muslih menerangkan satu persatu. Dia pasti Puan Rafidah terkejut dengan apa yang baru dia sampaikan. Ibu pesakitnya itu cuba menyembunyikan kesdihannya yang terang-terang tergambar pada wajahnya.

            Encik Fariz berkira-kira untuk mengajukan sesuatu. Dr. Muslih pula sedang mengumpul keuatan sebelum menerangkan dengan lebih lanjut keadaan sebenar pesakitnya.

            Suasana bilik Dr. Muslih,  ketika itu hening seketika.


Conversation about Friendship by Aiman Azlan ft. Zeyara



Assalamualaikum wbt.



Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah merahmati kita semua; muslimin dan muslimat.

Umi bercerita pasal kerenah dan ragam ank murid umi. umi kata baru tingkatan empat, dah pandai saling berbalas-balas rindu antara lelaki dan perempuan. GULP! Hamekauu.. terase jugak sebab, cam penah buad je mnde tuh. Hmm... umi tak suka mnde tuh. Kalau umi tahu aku pon satu ketika pernah lalu fasa buad gitu, mesti umi tak suke kann. Insaf kejap. tibe-tibe aku yakin balik dengan keputusan yang aku amek. hah kauuu, takpelahh Zah, diam aje. Pelihara sifat malu tu. Ada jodoh tak kemana. Kalau takde jodoh, rindu lah banyak mana pun, tak bawa kemana jugee. Choiii!! sendiri termuhasabah. 

Drop the subject pasal rindu-rinduan dan jiwang-jiwang yang umi tak suka tuh. Takpe, yang dah buat tuu jangan ulang dan yang akan datang mesti maw elakkan dari kesilapan yang sama. 

Actually uols, 
harini aku nak berkongsi video Aiman Azlan mengenai soal jawab tentang persahabatan.
In shaa Allah semoga sama-sama dapat jadi manfaat dan teguran serta peringatan
untuk diri aku sendiri dan korang-korang semua. Anyway, kalau nak usya lagi video-video best dari vloger dan youtuber yang hebat-hebat cam neh, boleh klik 'video' dekat tab 'Label' di sebelah kiri blog. ok yaww, enjoy the video sambil-sambil kita imporove english masing-masing. *winkwink*




# Suami kepada ustazah Asiah, kawan sekerja umi meninggal pagi tadi. Sama-sama lahh kita hadiahkan al fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan mahabbahNYA. In shaa Allah, arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aaamiinn..

Monday, September 9, 2013

Cinta & Ukhuwah [Fasa 3]


Fasa 3
Agama melarang sesuatu perbuatan sekiranya perbuatan itu merosakkan jiwa.
Agama tidak menyuruh sekiranya suruhan itu tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
-Hamka-

Tipu jika dia katakan, dia sekadar marah dengan tindakan Akif yang biadap menepis bahu Aimi. Unsur peribadi itu tidak dapat dinafikan. Hati syababnya agak tertarik kepada Nur Iman Aimi sejak kali pertama dia perasan kehadiran gadis bermata bundar itu ketika dia diterima masuk ke madrasah setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah; PMR. Dia marah, panas hati dan menahan geram kerana seseorang yang disukainya dilukai sedemikian rupa

‘Ahhh. Kusut. Jiwang. Malunya aku.’ Hatinya terdetik, merungut sendiri. Dia menyesal dengan tindakan tidak matangnya ketika berkumpul dengan beberapa pelajar madrasah malam semalam di Masjid As-Solihin. Malu kerana sikapnya itu disedari ikhwan yang kebanyakan mereka menghormati dan menjadikan dirinya contoh ideal selain Farouq dan beberapa lagi orang pelajar lelaki. Bertambah memalukan apabila tindakannya turut disedari akhowat yang terlibat pada malam itu.

Runut lagu Kasih Kekasih nyanyian kumpulan nasyid In-Team berbunyi lagi, memenuhi segenap ruang dalam bilik tidur Syafiq yang kelihatan luas dicat dengan warna biru langit dan indigo. Syafiq membaca mesej daripada Farouq beberapa ketika sebelum menampal senyum pada wajah tampannya. Sahabat sejati punya naluri, a friend in need is a friend indeed. Sepintas lalu kata-kata hikmat yang pernah diperkatakan Puan Nursyidah, guru Bahasa Inggerisnya melintas dalam kotak fikiran.

‘Ya sodiqi, nta free tak? Ana ingat nak belanja nta minum petang J kita jumpa di warung baru buka dekat Simpang Lima. Boleh pekena mi bandung sekali J Kita berdua je.’
Syafiq memandang jam Nike pada perglangan tangannya. Jarum pendeknya sudah menginjak ke angka 4 manakala jarum panjang pada angka 6. Syafiq mula bangkit dari kerusi di beranda, bersiap-siap untuk keluar.

Syafiq mengangkat tangan sebaik terpandang susuk tubuh Farouq yang berpakaian T-shirt  dan track bottom di warung yang popular kerana keenakan mi bandungnya. Kecur pula air liurnya, terbayangkan keenakan mi bandung tersebut.

“Assalamualaikum.” Huluran salam Farouq bersambut setelah dirinya dipersilakan duduk semeja.
“Anta dari mana ni, Farouq?” Farouq tersenyum manis. Dia dapat mengagak pertanyaan itu disebabkan pemakaiannya yang sedikit berbeza.

“Ana baru habis main tenis dengan Kak Nur.” Senyum yang tertampal masih belum sirna dari wajah Farouq. Barangkali kerana momen bermain tenis bersama kakak angkatnya itu mempunyai makna yang tersendiri terhadap dirinya.

Seorang pelayan wanita mendatangi mereka berdua, mengambil pesanan dua mangkuk mi bandung berserta segelas teh O ais dan segelas milo ais, sebelum dia beredar dari meja mereka.
“Anta ni, ana tengok, bahagia semacam bila sentuh perihal Kak Nur. Ada apa-apa ke?” Seloroh 

Syafiq, sengaja mengusik. Kak Nur merupakan kakak angkat Faroq Faqihin sejak dia berumur setahun lagi. Beza  umur antara kedua mereka hanya lah dua tahun. Berdasarkan makluman yang pernah diberitahu Farouq, Kak Nur kini sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban dalam jurusan kedoktoran.

“Ada pula bahagia semacam? Anta sengaja nak sakat ana. Bukan anta tak tahu Kak Nur tu dah macam kakak kandung ana sendiri. Dia dah ada calon, tahu. Merepek saja anta ni. Ana panggil anta kerana nak duduk berborak tentang anta, bukannya ana.” Ada tawa kecil pada permulaan bicara Farouq. Lucu memikirkan sangkaan yang sengaja dibuat-buat oleh teman sepermainannya itu. Syafiq diam. Kekusutan yang sarat menimpa benaknya kembali menganggu.

“Kenapa boleh jadi macam tu, malam semalam?” Soal Farouq terus terang melihatkan Syafiq sekadar mendiamkan diri.

“Wallahu’alam. Ana pun tak pasti. Teruk sangat kah?” Syafiq menyoal, bertanyakan pandangan Farouq yang dirasakannya lebih matang dalam berfikir.
“Tak adalah melampau sangat. Cuma mereka semua agak terkejut. Ana rasa lah.”
“Anta tak terkejut pula?”
Farouq tergelak kecil.
“Ana tahu, anta ada hati dengan Nur Iman Aimi.”

Syafiq diam. Sahabatnya tahu kerana dia pernah bercerita kepada sahabatnya itu perihal perasaannya.

Dia menyukai Nur Iman Aimi kerana kecantikan akhlaknya serta ketegasan setiausaha BaDA tersebut. Aimi ada keistimewaannya yang tersendiri sehingga mampu membuatkan dia jatuh hati walaupun mereka tidak pernah berbual mesra, tidak pernah duduk bersembang bersama, tidak berhubung di face book, twitter atau telefon serta ber-sms berjam-jam lamanya dan jauh sekali menyentuh Aimi yang bukan mahramnya itu. Syafiq tetap menyukai Nur Iman Aimi. Fakta ringkas itu hanya diketahui Farouq dan Wani sahaja.

My bad. Ana tak dapat control rasa bengang ana bila ana dengar yang Akif buat macam tu dekat Aimi, masa tu.” Terang  Syafiq.
Dia ikut Farouq menikmati pesanan yang barusan sampai ke meja mereka.
“Ana rasa, kalau Akif buat perkara yang sama pada mana-mana akhowat lain pun, ana mungkin akan memberi reaksi yang sama.” Syafiq menambah.
“Mungkin. Mungkin juga anta sekadar marah dan takkan tertumbuk dinding Masjid As-Solihin kelmarin.” Perkataan ‘ter’ ditekankan. Farouq Faqihin sekadar mengusik.
“Ana risau juga. Kalau boleh tak mahu lagi perkara yang sama berulang lagi. Ana tak mahu zahirkan perasaan yang tak pasti ni, depan orang lain. Segan lah Farouq.” Syafiq berterus-terang.
“Tak apa lah. Bab-bab perasaan ni bukannya senang nak kawal. Perasaan ini fitrah. Anta kena pandai peliharanya. Asalkan anta sedar keterlanjuran anta dan ada inisiatif untuk berubah atau maintain dengan kebaikan yang anta sentiasa tunjukkan. Itu pun dah memadai, InsyaAllah.” Balas Farouq kembali. Dia mengangkat kening melihat Syafiq di hadapan yang mula tersengih-sengih sendiri.
“Anta gelakkan ana? Ana cakap betul lah.” Tukas Farouq, tidak bersetuju dengan respon sahabatnya itu.
“Perkataan keterlanjuran tu buat ana geli hati. Anta ni, macam dah tak ada vocab yang sesuai je untuk digunakan. Yang kedua, ana tengok cara anta bercakap ni mengalahkan orang yang merasa perasaan gini. Anta ada pengalaman ke, Farouq?.” Syafiq menyakat sahabat yang telah lama dikenalinya itu. Kekusutannya semakin berkurangan. Dia melafazkan hamdalah dalam hati.

“Entah apa-apa betul, anta ni. Ana rasa okey je.” Farouq membalas pendek, malas melayan loyar buruk Syafiq. Farouq menampakkan senyum segaris mendengar andaian Syafiq sebentar tadi.
Dia lega kerana sahabatnya itu tidak terlalu memikirkan perihal kertelanjuran yang dilakukan.
‘Kertelanjuran.’
‘Apa yang tak kena dengan word ni?’
Persoalan yang remeh dan tidak penting itu dipadamkan dari kotak fikirannya. Farouq memilih untuk menikmati mi bandung yang sedia terhidang. Sedap.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hari itu hari pertama persekolahan setelah pelajar-pelajar madrasah diberi cuti semester pertama selama lebih tiga minggu.

            Sejak beberapa hari sebelum persekolahan bermula, Encik Fariz dan Puan Rafidah telah membuat keputusan bahawa anak perempuan mereka, Hawa Hanani akan berulang alik ke sekolah dan menetap di rumah atas faktor-faktor kesihatan. Sebagai anak, Syafiq dan Wani sekadar bersetuju dengan keputusan kedua orang tua mereka.

            “Hari ini, tempat duduk kamu semua akan dirombak. Sebagai guru tingkatan kamu, saya tidak mahu mendengar sebarang bantahan daripada kamu semua. Sebarang masalah, boleh datang jumpa saya. InsyaAllah saya akan pertimbangkan. “  Kelas masa kedua pada hari pertama persekolahan hari itu bukan sahaja menghampakan Akif dan Laila yang duduk berdekatan antara satu sama lain namun turut mengundang keluhan beberapa pelajar lain. Masing-masing mula menunjukkan wajah kelat terhadap Akif dan Laila. Apabila Puan Nazrina membuat keputusan, sememangnya keputusan itu sukar diubah. Kelas 5 Ibnu Khaldun suram pada pagi Isnin itu.

            Masa yang diambil untuk merombak kedudukan keseluruhan isi kelas aliran sastera sekadar memakan masa lebih kurang lima belas minit. Watak utamanya, Akif mendapat tempat duduk di sebelah tingkap, bersebelahan dengan Jayjay manakala heroin kelas tersebut mendapat tempat di tengah-tengah kelas. Ketara. Wajah Laila Qaisarah masam mencuka. Dia menyumpah seranah hari Isnin itu tidak henti-henti. Rimas. ‘Taknak sekolah.’ Fikirannya mula mengakses idea yang bukan-bukan.

            “Ustazah Nazrina, saya ada masalah dengan tempat duduk baru saya.” Wani memberanikan diri ke hadapan kelas dan mengemukakan masalahnya kepada Puan Nazrina yang terkenal dengan ketegasan beliau sebagai muallimat biro disiplin di madrasah tersebut. Puan Nazrina mencerunkan pandangannya memandang susuk tubuh Wani. Kaca matanya terlurut ke bawah pangkal hidung.
“Apa masalah awak Hawa?” Soal beliau.
“Saya minta maaf ustazah. Saya tak selesa dengan tempat duduk baru saya. Bila duduk di bawah kipas, saya start migrain. Sebab saya tak tahan sejuk pagi-pagi begini, agaknya.” Terang Wani, satu persatu dengan terperinci dan cermat.
Puan Nazrina terdiam. Beliau berfikir beberapa ketika sebelum memulakan bicara, memberikan keputusannya.
“Baiklah. Untuk mengelakkan risiko, saya akan tukarkan tempat duduk awak.” Beliau bangkit dari duduk di meja guru Kelas 5 Ibnu Khaldun. Matanya meliar ke setiap koordinat kelas yang telah dirombak, kedudukan pelajar-pelajarnya.

“Awak duduk di sebelah Laila ya, Hawa? Tempat tu nampak sesuai memandangkan kedudukannya yang jauh dari kipas dan berada di tengah-tengah kelas. Mungkin akan membantu awak untuk lebih fokus bila belajar nanti.” Wani menurut. Dia berpindah ke tempat duduk bersebelahan dengan Laila Qaisarah yang memandangnya tidak beriak. Masing-masing diam. Kelas 5 Ibnu Khaldun memulakan sesi pembelajaran subjek Sejarah mereka setelah keadaan dalam kelas terkawal dan tampak lebih tersusun berbanding susunan asal. Puan Nazrina berpuas hati. Seluruh isi kelas menyepi diri, fokus pada Bab 3, subjek Sejarah dalam sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan lima.

Cinta & Ukhuwah [Fasa 2]

Fasa 2
Cinta itu harus diberikan kepada yang paling LAYAK MENERIMAnya,
Diberikan kpd yg pandai MEMBALAS CINTA,
Cinta itu harus MENYELURUH, IKHLAS
Dan sebaik-baik sasaran cinta adalah ALLAH SWT

Cuti semester pertama hanya berbaki tiga hari lagi. Laila mengeluh, hatinya tidak senang apabila terfikirkan madrasahnya, Madrasatul Hanafi Islamic Private School (MaHIPS).

“Leceh betul lah nanti. Mesti tak habis-habis diorang nak mentality toture aku. Nak buat apa-apa pun payah. Aku macam kena guard, full time!” Omel Laila Qaisarah seorang diri tatkala sedang menilik wajah putihnya di hadapan cermin. Pagi itu, anginnya tidak baik setelah dimarahi oleh ibunya, Puan Maimun sebaik sahaja dia menyatakan hasrat untuk bercuti di Melaka bersama dengan Akif.

“Leceh.” Bentak Laila sekali lagi.
“Awak dah hilang akal ke, Ela?” Antara terkejut dan kecewa. Perasaan Puan Maimun ketika itu bercampur menjadi satu. Runsing jadinya, wanita pertengahan 40-an itu mengenang sikap anak perempuannya.
“Ela, bukan pergi berdua dengan Akif. Abang dan kakak dia pun ada sekali lah, mak. Boleh lah mak. Ela dah plan lama dah. Takkan nak cancel macam tu je.  Tempat menginap pun dah booking.” Laila memberi alasan.
“Awak jangan mak tak tahu. Memanglah abang dan kakak dia pun ada. Tapi, setahu mak, diorang pun bawa pasangan masing-masing kan? Sebab itu lah, mak taknak izinkan awak pergi, Ela. Keputusan mak, muktamad.” Puan Maimun cuba bertegas kerana sudah acap kali beralah dengan anak sulungnya itu.
“Mak, sekali ni je. Tolong lah bagi Ela rasa bahagia. Cuti dah nak habis lah mak.” Laila masih cuba memujuk.
“Mak tak dapat lah, Ela. Awak pujuk lah macam mana pun, mak tetap tak izinkan. Kalau awak nak pergi jugak dengan Akif ke Melaka, awak berdosa dengan mak.” Habis bicaranya, Puan Maimun terus melangkah keluar dari bilik tidur Laila. Dia sendiri bimbang akan termakan pujukan Laila sekiranya berada lebih lama lagi di situ. Perangai Laila yang melebihkan Akifuddin Aiman berbanding dirinya, membuatkan dia makan hati dengan sikap anaknya.

‘Tak pernah kah Ela terfikir bahawa Ela sebenarnya telah dibahagiakan oleh mak berkali ganda jauh lebih baik daripada Akifuddin?
Tak pernah kah Ela faham perasaan mak yang seringkali dilukai oleh Ela disebabkan sikap Ela, itu sendiri?
Ela selalu memalukan mak dan ayah seolah-olah kami tidak mendidik Ela dengan baik. Sedangkan, kami telah beri kasih sayang kami pada Ela dan didikan yang terbaik untuk mu.
Boleh dikatakan sebulan sekali, sekolah akan panggil mak atau ayah untuk berbincang mengenai masalah berkenaan sahsiah dan disiplin Ela. Di mana kami nak sorokkan muka kami.?
Kami ini orang terpelajar yang seharusnya dikenali kerana sikap terpuji anak-anak. Bukan dikenali kerana sikap buruk anak yang mencoteng arang ke muka kami.
Apa kebaikan dan kepentingannya, ber’couple’ di mata Ela, sehingga Ela sanjung hubungan seperti itu?
Pentingkah hubungan Akif dan Ela, walaupun mak sering terluka dan redha Allah tidak bersamamu?
Ela sudah cukup dewasa. Seharusnya dapat membezakan yang mana baik dan buruk serta antara yang hak dan batil, halal dan haram sesebuah perhubungan.’  Puan Maimun menyimpan berbagai persoalan serta kekecewannya di dalam hati yang rawan. Walaupun tidak pernah berpuas hati dengan sikap Laila Qaisarah, dia malas untuk berkata-kata lanjut sehingga menyebabkan pertelagahan antara mereka berdua.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

            Ibu, ayah dan Wani telah pulang semula ke villa pada petang, hari Jumaat. Syafiq lega melihat saudara kembarnya itu baik-baik sahaja. Wani tidak banyak bercerita kepadanya tentang pemeriksaan kesihatan atau penyakit yang dihadapinya. Adik kembarnya itu lebih banyak berbual kosong dan meminta maaf kepadanya.

“Akak, okay?” Soal Syafiq. Dia yang berbaring di riba adik kembarnya mendongakkan kepala, memandang Wani.
“Emh, okay.” Jawab Wani pendek. Dia senyum segaris. Dia malas mahu menceritakan perihal pemeriksaannya semalam.
“Kenapa senyap? Mengelamun ya?” Soal Syafiq sekali lagi. Wani menggeleng beberapa kali. Dia menampal senyum segaris untuk memuaskan hati saudara kembarnya itu.
‘Demi abang, terpaksalah akak simpan rahsia ni sorang-sorang..’ Getus Wani dalam hati. Matanya difokuskan pada kaca televisyen, sedangkan fikirannya mula terbang entah ke mana. Barangkali mengulang tayang sesi pemeriksaan dengan Doktor Muslih semalam. Drama Jepun; Nodame yang agak humor itu tidak lagi menarik perhatiannya.
Syafiq ketawa beberapa kali, kelucuan. Namun, dia dapat mengesan kelainan pada Wani apabila dilihatnya, adik kembarnya itu seperti termenung jauh.
“Kak,” tegur Syafiq lembut.
“Huh? Apa dia, abang?” Respon Wani mengiakan telahan Syafiq. Syafiq tersenyum lebar, menampakkan lesung pipit kiri yang sukar ditunjukkan oleh Ketua Exco Asrama Al-Ikhwan itu. Wani pula menjadi hairan dengan reaksi abangnya.
“Kenapa bang?” soal Wani sekali lagi. Dia membiarkan sahaja Syafiq bangkit dan bersandar di sebelahnya.
“Nak ikut abang tak, kita join majlis ilmu dekat tempat Edy? Masjid As-Solihin, kalau tak silap.” Cadang Syafiq. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Menyemak mesej daripada kawannya semalam. Wani ikut tersenyum. ‘Sebab tu, rupanya. Ingatkan apalah tadi. Senyum sampai ke telinga tiba-tiba, macam dah buang tebiat.’ Omel Wani dalam hati.
“Wani okay je. Tapi kita kena minta izin dengan ibu dulu.”
“Kenapa pula? Sebelum ni, ibu tak larang pun kalau kita nak menghadiri majlis ilmu macam ni.”
Wani senyum segaris.
‘Tak prihatin sungguh, abang ni.’ Hati Wani berbisik.
“Abang, Wani kan baru je lepas buat check-up semalam. For my safety precaution, kita minta izin lah dengan ibu dulu. Kalau ibu risau, macam mana?” Terang Wani.
Syafiq mengangguk beberapa kali, mengiakan.
‘Tak terfikir pula, aku.’ Getus Syafiq dalam hati.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

            “Akif.. Akif tepis bahu Amy sebelum dia hamburkan kata yang bukan-bukan pada dia. Itu yang buat Amy patah hati dan kecewa.” Ruqaiyah mengeluh di hujung bicara.
            BUK! Syafiq menumbuk dinding putih Masjid As-Solihin, padu. Panas hatinya dengan khabar berita barusan yang disampaikan oleh Ruqaiyah.
Ruqaiyah terdiam. Akhowat yang lain juga perasan dengan bunyi dentuman itu. Wani mula bimbang, sepertinya, dia dapat mengagak bahawa bunyi itu disebabkan abang kembarnya.

*****
            Seperti yang dijanjikan pada malam sebelumnya, Syafiq dan Wani telah bergerak ke Masjid As-Solihin sebelum maghrib untuk menghadiri majlis ilmu pada malam itu. Wani turut mempelawa beberapa orang sahabatnya untuk turut serta. Dalam banyak pelawaannya, hanya Aimi yang tidak dapat turut serta. Pelajar lelaki yang seperti telah berjanji berjumpa malam itu ialah, Farouq, Kamal Adri, Azizi, Kamarul, Fadhil dan Syafiq sendiri.
Selepas ceramah keagamaan di masjid itu telah selesai, sekumpulan pelajar keluaran madrasah yang sama itu telah berkumpul dalam ruang solat untuk membincangkan suatu isu hangat yang sedang melanda madrasah mereka.
Pelajar lelaki di sebelah ruang solat lelaki manakala pelajar perempuan berada di ruang solat wanita. Mereka dipisahkan oleh tabir di tengah-tengah antara kumpulan itu. Farouq bertindak sebagai ketua dalam kumpulan. Mereka berbincang bersama-sama mengenai masalah yang ditimbulkan oleh Akif dan Laila. Antara mereka yang paling ketara memberi buah fikiran dan cadangan kebanyakannya merupakan Ahli Majlis Tertinggi Madrasah (AMTM). Wani, Ruqaiyah, Fatimah Zulfa, Azizi dan Fadhil lebih banyak mendengar dari merespon.

Tidak lama. Tempoh perbincangan mereka khususnya antara, Farouq, Sofia, Syafiq, Kamarul, Kamal Adri dan Wan Syafiqah tidak mengambil masa yang panjang.
Suasana agak senyap sebelum Ruqaiyah mencelah. Dia menceritakan peristiwa yang telah berlaku antara Aimi , Laila dan Akif, beberapa hari sebelum cuti semester.

            “Fiq.” Tegur Farouq tegas. Dia pasti akhowat di belakang tabir turut mendengar dentuman kecil akibat tumbukan Syafiq ketika Ruqaiyah sedang bercerita perihal Aimi kepada mereka. Kalau tidak, masakan Ruqaiyah berhenti berbicara tiba-tiba
“Anta kena lah kawal emosi tu.” Celah Kamal Adri yang duduk di sebelah Syafiq. Belakang Syafiq ditepuk beberapa kali, perlahan.
“Istighfar banyak-banyak.” Nasihat Kamal Adri dipersetujui rakan-rakannya yang lain.
“Ana panas hati dengan sikap Akif tu. Sambil lewa sungguh.” Syafiq menjawab, perlahan. Jarinya dikepal buku lima.
Ikhwan yang lain mengangguk mengiakan. Mereka juga turut makan hati dengan sikap Akif yang semakin menjadi-jadi.
‘Kalau Akif itu di depan mata aku, sudah lumat aku kerjakan.’ Amarah masih menyala dalam hati Syafiq.