Aku biarkan jemariku menari di atas papan kekunci.
Ada rasa yang tersimpul mati dalam hati.
Apakah aku perlu zahirkan apa yang kau ketahui?
Aku mula tercari-cari
Dalam lena, malamku jadi termimpi-mimpi
Barangkali kerana sepi yang menghantui.
Allahu Rabbi, Tuhanku yang Maha membolak-balikkan jiwa,
tabahkan aku saat rindu melanda
jangan kerana kasihkan manusia aku binasa
Jangan buat aku meratap dan mengharapkan dia
sesungguhnya, biarlah kecintaan aku hanya buat KAU yang Maha Kuasa
Aku punya jiwa yang perlu dijaga
aku punya malu yang memagar rasa agar tak menjadi bisa
Aku punya doa yang jadi bekal dikala lara
Aku berdiam tak bererti lupa
Jujur aku ragu bersulam kecewa
andai diam kau kerana tak setia
Siapalah aku nak dibanding dengan hawa seindah permata
aku hanya gadis biasa yang sederhana
Sekejap aku teguh berdiri dek yakinnya aku akan bahagia
Sesekali terjatuh kerana percaya angan-angan ini mustahil jadi nyata
Banyak yang menduga
walau sekelumit cuma
rasa sakit yang menyulam dalam diam
Tetap kusimpan, tetap kupendam
Cukup sampai di sini
Ghazal Qalbi di malam hari
jadi saksi aku menanti
2307 h
07-03-13
Friday, March 8, 2013
#STPM'13
KALAU KAU FIKIR HANYA KAU YANG TERASA,
KETAHUILAH KAMI JAUH LEBIH KECEWA.
KALAU KAU RASA CEMUHAN DAN ARAHAN MAMPU MEMBINA,
KENAPA BIAR EMOSI YANG MENGAWAL DIRI APABILA PANDANGAN DILONTAR SECARA BERSEMUKA?
KAU KATA JIWA KAU MENANGIS MERINTIH.
MENGERTILAH BAHAWA HATI KAMI RASA LEBIH TERSAYAT DAN PEDIH.
KAU NAK DIHORMATI, TAPI KAMI TAK KAU CUBA UNTUK FAHAMI .
KAU KATAKAN KAMI TAK MATANG,
TAPI SAAT KAU DITEGUR KAU DUDUK MEMBELAKANG;
BERPALING DARI MEMANDANG.
KATA KAMI EMO TANPA SEDAR DIRI KAU YANG EGO.
MINTA KAMI BUKA HATI, TERIMA NASIHAT TANPA BELAH BAHAGI
TAPI KAU YANG LARI BILA DIRI KAU CUBA KAMI BAIKI.
INI KAH CARA TERBAIK UNTUK MEMPERKUKUH UKHUWAH
SEDANG MASING-MASING TAHU NAK MENERIMA NASIHAT SATU PERKARA YANG PAYAH ADALAH FITRAH.
hmph.....
AKU AMBIL ENTRY NEH DARI BLOG AJAD.
SELAMI KATA-KATANYA YANG MEWAKILKAN APA YANG AKU RASA ~
Bismillahirrahmanirrahim ~ Seringkas madah seindah lafaz .
Menanti keheningan malam menatap bulan nan satu , bintang nan beribu . Hembus bayu menampar lembut mencuri perhatian mengalihkan permasalahan . Di sini aku merangkak kembali setelah penat berlari . Aku rindukan bunyi cengkerik yang memecah kesunyian malam dan aku menanti nyanyian katak selepas hujan membasahi bumi .
Dalam aku berkelana , aku ceduk segala apa yang dikatakan berguna . Bermusafir tanpa henti dalam mencari identiti seperti sudah sampai ke destinasi . Aku tamak dalam menyembunyikan segalanya namun aku kalah pada satu perkara yang bernama kesedihan .
Aku pencinta ketenangan dalam persaudaraan . Aku benci sesuatu yang dipanggil perbalahan meskipun aku tahu itu titik dalam mencari persamaan . Apa yang telah kita bina hancur kerana satu bicara . Semakin jauh kita dipisahkan oleh satu batas yang tinggi dan sukar untuk dilangkahi. Satu perkataan iaitu renggang .
Inikah yang dicari ? Sudahkah semua berpuas hati ? Kesempurnaan yang dicari ialah diri sendiri dan bukan mencari celaan orang lain .
Adakah engkau sehebat Umar Abdul Aziz sehingga meletakkan Aisyah sebagai bandingan ? Sudahkah kau perkemaskan imanmu seperti Abu Bakar sebelum menjadikan Siti Khadijah sebagai satu aras penanda kepada kami ? Luka di hati begitu dalam sehingga kesannya tak bisa ditanggal .
Nasihat itu ubat yang menyembuhkan dan bukan racun yang membunuh . Mengapa ditolak apa yang diperkatakan ? Adakah apa yang diperkatakan sama seperti apa yang dilakukan ?
Aku suka hari Rabu haritu. Kau?
mode bosantapitaknakbuadPBSdanpenat ON
assalamualaikum.
kalau nak tahu sebenarnya ada sebuah entry panjang telah di-publish pada pukul 7 petang tadi.
Entry tersebut mengenai perjumpaan batch yang berlangsung malam semalam.
Entry tu tentang betapa perjumpaan tersebut sangat memberi impak dan kesan dalam diri aku dan kawan-kawan yang lain.
Korang mungkin akan panggil entry tuu sekadar pendapat picisan dan pandangan peribadi aku.
Aku tak kesah. Bukan itu sebabnya aku sorok entry panjang tadi.
Tapi sbb rasa jenuh nak menyambung entry tersebut yang sebenarnya masih tak sempurna penceritaannya.
Biarlah tak publish pon. Biar jadi rahsia. ecewahh.. poyo je.
Buat seketika.. aku ambil keputusan untuk deactivate facebook dan twitter. Tinggallah hanya instag dan blog yang masih hidup di alam maya.
Ada banyak je mende yang jadi sepanjang awal bulan Mac ni. Tapi aku rasa bakat bercerita aku dah hilang. so, takdapat lah nak membebel panjang. Nak majaz pon... idea tak banyak dan ilham tak datang. huhu..
yang menunggu,
AKU.
p/s.
1. Abah dah tahu. harap maklum. #ehhh.
2. Sahabat-sahabatku di Kaherah sekalian... aku rindu korang
3. Wafa, jom sembang!
4. Selamat melancong dan ber-penanda aras kepada Ain Pika, Aman dan Amiera Razuki ^^
5. Alhamdulillah untuk Syariah dan MUET. aku makin sayang kedua-duanya.
ADIOS
Pendam; My Newmade Song
Kali pertama ketemu dirimu,
Dan aku terpandang ingat wajahmu,
Kubawa ke mimpi hari-hariku
Tercari-cari dalam jagaku.
Kali kedua kita bersua,
Saat berbicara antara dua,
Kau pandang ke mata dan aku merasa,
Debar di dada hanya ku yang merasa,
Ohh.. ohooo..
c/o* Tak inginku pendam apa yang kurasa,
Engkau di hatiku ku ingin kau tahu,
Ku amat mencinta; cintai dirimu,
Kau yang satu-satunya di dalam hatiku,
Kau masih di situ.....
Dan kini kita kerap bertemu,
Saling memendam diam membisu,
Dalam hatiku merindu dirimu,
Perasaan cinta berbaur ragu
Ulang c/o*
c/o** Oh begitu juga dengan diriku
Lihatlah oh sayang ku beri peluang,
Tak inginku pendam; seperti dirimu,
Apa yang kurasa, engkau di hatiku
Kau tetap di situ..
Jyeahh. Rasa macam awful je lagu ni, kan?
But still, aku gembira kerana berjaya menyempurnakannya.
Dalam banyak-banyak lagu yang aku buat sejak zaman kanak-kanak ribena aku,
lagu ne je laa satu-satunye lagu yang sempurna dan
langsung tak bertemakan broken-hearted. LOL.
Nampak tak permainannya di situ? *sengihlebar*
Thanks to Ajad sebab menjadi inspirasi dan menjadi pencetus untuk chorus kedua tuh.
Thanks to Qasyaf sebab kesungguhan die yang tak berapa bersungguh nak paksa aku fikir intro,
telah menyebabkan intro tuu datang dekat aku. *senyummanis*
Thanks to A.K yang menjadi penyeri dan pemberi inspirasi even die memang tak berminat
dengan lagu tak bertauliah ne.
Thanks to Zayn sbb kadang-kadang bile die humming lagu neh, aku rase cam die support aku.
*ayatpoyogebangje*
Thanks to Mikey and semua orang sbb tak menyampah dengan aku yang dok memekak-mekak nyanyi Pendam dalam bilik prep. Serius sori andai suara katak ne buad uols kecik hati. *peaceyo*
Err.. thanks gak Fyza!! *eksaited* sebab aku rasa kau laa yang paling hardcore dgn lagu aku walaupun lagu aku sumenye cam hampeh dan tipikal belaka.
Huahuahahahaha. Trimas. Eh, japx3 ~
Entah kenapa aku taip aprisiasi ne, aku pon tak pasti. *pelikbukan?*
Ayat memang gaya macam baru menang award kategori Lagu Terbaik AJL je. LOL *tahpape* *tutupmuka! malu*
Adios.
Ihklas dari AKU,
yang buta notamuzik (:
Subscribe to:
Posts (Atom)