Wednesday, July 4, 2012

PHOTOtoday - Bowling


Budak yang ditemui aktif berjalan antara satu lane ke lane yang lain;  Amirul Fikri :)





Eizah and Izzah whom was in the same group bowling petang tadi. bezanya aku amatur,
Kak Izzah memang dah pro abes. DAEBAK la kak.






ber-KFC di bus stop depan Warta Bangi pada petang Rabu yang bersejarah. hahah :D

Form Sixth

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia

wokeh. entri yang bakal ditaip adalah sesuatu yang diberikan base on pandangan aku; dari kaca mata seorang budak tingkatan 6 yang telah lebih 5 tahun ditarbiah di SMKA Maahad Hamidiah.

wahai kawan-kawan form 6 sekalian... kepada mereka-mereka yang tidak berjaya melayakkan diri mereka untuk menjadi ketua atau majlis tertinggi dlm badan kepimpinan baru-baru ini, harap all of you tidak berduka cita dan give up.

dari satu sudut pandang yang positif, anggaplah bahawa korang tiada rezeki untuk mendapat gelaran tersebut kerana ada sesuatu yang lebih baik menunggu korang. Perancangan Allah is the best right? :3

And pada pandangan aku, memberikan tugas atau jawatan MT kepada pelajar-pelajar form 5 juga sebenarnya adalah sesuatu yang lebih baik.
Kita semua sebagai form 6 tentu pernah diberi peluang yang sama untuk menjadi seorang yang berkepimpinan ketika berada di sekolah masing-masing sebelum ini, bukan? jadi rasanya tak salah jika peluang dan ruang ini kita berikan kepada adik2 form 5 agar diorang turut belajar sesuatu yang baru melalui pengalaman diorang sebagai seorang pemimpin.


Seseorang pernah berkata yang mereka tidak sehebat kita (form 6) kerana kita ada kelebihan dari segi ilmu, pengalaman dan kematangan yang lebih baik berbanding mereka. But guys, don't you think that by giving them chances being a leader, they will gain all the benefits we've already got and will learn to be a much better person. diorang mungkin tidak sebagus kita sekarang kerana diorang tak belajar pengajian Am dsb. but who cares?
as the elder, kita juga atas dasar kemanusiaan dan ukhuwah boleh menegur dan memberi tunjuk ajar sekiranya diorang buat salah.


Apabila kita tidak dapat menjadi pemimpin, bukan beerti kita tidak berkepimpinan tetapi sebaliknya supaya kita boleh tunjuk qudwah kepada adik2 bahawa kita boleh jadi pengikut yang baik, yang menyenangkan pemimpinnya.

Jangan kerana tidak berpuas hati, uols kata guru-guru tidak memilih uols kerana memandang serong terhadap uols. is it obviously true or it is just an assumption? anybody got an evidence? anybody know that why some of the teachers were being a little bit skeptical towards form 6?

Kalau ianya satu kenyataan yang betul pon, forsure there must be some reasons behind. Have you ever know why?  Again, sekiranya ia sesuatu yang betul that cikgu2 pandang serong terhadap form 6... then do something WOW untuk bersihkan nama bacth but not by blacklisting the teachers who judges us.
show some respect so people will respect you in return.   


Guys bila korang sebut yang korang dihina dan dicaci. seolah-olah orang yang melakukannya seperti tidak berhati perut dan tidak ikut syara' pulakk. Sedangkan pelaku yang korang maksudkan ialah seorang guru yang darjatnya sangat tinggi kalau nak dibandingkan dgn kita.  secara teorinya, perhaps the teacher don't meant to humilate you but you took it as a humilation. instead of menganggap kita dihina cikgu, lebih baik anggap kita ditegur cikgu. even diri kita akan lebih tenang dgn perkataan teguran berbanding hinaan.


Biasa dengar tak.. "kita takkan tahu kelemahan kita tetapi orang lain lebih tahu kerana mereka yang melihat."
sentiasa lah anggap diri itu serba kekurangan dan berlapang dada dengan teguran. kalau kita rasa kita terbaik dan lebih baik, kita akan tolak pandangan orang lain yang kita anggap tidak sebaik kita. kalau terluka sabarlah kerana sabar menjadi lambang kekuatan kita.

aku dgr ceramah dkt OASIS, "pada suatu masa Rasulullah duduk dgn para shbt, Apabila slh sorg shbt yg duduk di sisi baginda didatangi seseorang, dituduh dan dimarahi tetapi masih berdiam diri dan bersabar, baginda saw. tersenyum. Sekali lagi apabila diperlakukan perkara yang serupa dan shbt tersebut naik marah.. baginda mula berganjak dari tempat duduknya. Apabila shbt tersebut bertanya, kata Rasulullah, ketika dia bersabar rasulullah saw tersenyum krn para malaikat mengelilinginya dan rasulullah berganjak pergi ketika dia marah kerana melihat iblis dan syaitan menegrumuninya." - ampun maaf sbb tak ingat hadis apa dgn matan sanad n perawinya.. err~ sori


satu lagi, bila cikgu disiplin kata form 6 langgar peraturan sekolah, form 6 bangun lambat, form 6 itu, form 6 ini and bla bla dkt asrama.. tahukah korang yang apabila cikgu mensabitkan kita bersalah bukan lah maksudnya adik2 junior lain tak ada langsung buat salah dan baik all the time. it is just kesalahan kita lebih sikit dari kesalahan yang selalunya dilakukan oleh adik2 bawah kita. Why don't we take it positively jika kita taktahu menahu tntg sesuatu itu secara jelas? Bersangka baik tidak akan merugikan kita kawan-kawan. tetapi bersangka buruk itu lebih bahaya. tepuk dada, tanya iman. we know ourselves better. 

dari satu sudut yang berbeza : takkan cikgu disiplin nak lantik seorang upper 6 yang bawak barang haram ke sekolah sebagai pemimpin, sedangkan ada junior yang lebih muda dan berkelayakan pluss tak pernah langgar peraturan sebagai calon lain? contohnya laa


banyak lagi nak taip tapi keadaan xmengizinkan. ehem x3.. aku tak sure ada kerr budak2 dari kalangan form 6 mahad akan baca entry neh? rasa mcm xmungken laa. tp kalau korang terbaca, aku tataw apa yang korang rasa tentang pandangan aku neh. huhuhuhu~

mende neh dh lama tersimpan dlm hati aku. nk luahkan tp tak berapa nak berani. rasa macam aku je yang  fikir macam ni. satgi orang kata aku menggelabah pulak. aku bagi pandangan ne taksemestinya aku tak menyokong taw..taw. cuma aku agak ralat bila soal hina-menghina ne disebut-sebut. kadang-kadang mnde tu melibat cikgu-cikgu yang dah banyak mencurah ilmu kpd aku sebelum ini. jadi x sedap lah kan, bila sampai ke telinga aku. mungkin korang tak kenal lagi atau mungkin korang pon baru menilai secara luaran cikgu2 ni, tapi setakat dua atau tiga tahun diajar dan bersama dgn beberapa org cikgu2 (especially guru disiplin) ne, aku yakin yang mereka sgt baik, at least taklah sampai tahap berniat hina-menghina tuu.

memang aku tak rasa apa yang korang rasa.. tapi just hope you guys can take things positively. pesanan aku, beware of provocation and always think positive. jadikan masalah sebagai batu loncatan utk jadi lebih baik sebab aku pon yakin kita semua lebih baik, InsyaAllah.

[notakaki] bowling harini memang best. dan Rabu kali ini merupakan Rabu paling bersejarah untuk tahun ini. tak lupa juga... THANKS Kak Wan Nurul Izzah. ngeee~ hepi betoi petang tadi.. :)

kbai. sori la panjang nor entrinya. Assalamualaikum.