Showing posts with label Nota Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Nota Ekonomi. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Makroekonomi - Bab 2 [FINAL EPISODE]

KEGUNAAN DATA 
PENDAPATAN NEGARA

  1. UKUR TARAF HIDUP - menggunakan data KDNK per kapita 
  2. UKUR PERTUMBUHAN EKONOMI (perubahan tingkat keluaran negara dari tahun ke tahun) - menggunakan data  Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar 
  3. UKUR SUMBANGAN SEKTOR EKONOMI - dalam penghitungan menggunakan kaedah keluaran berdasarkan nilai keluaran yang dihasilkan setiap sektor 
  4. PETUNJUK PERUBAHAN SEKTOR EKONOMI - ditentukan berdasarkan kajian relatif pelbagai sektor ekonomi antara tahun
  5. ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI - Data pendapatan negara dapat membantu kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk masa depan.




*klik pada imej untuk besarkan imej ni.


Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup Antara Masa


*Sorry, gambar super tak clear. Tapi rasanya boleh nampak lagi tu. hihi

Okay kalau ikut gambarajah dan rumus di atas, disimpulkan taraf hidup penduduk Malaysia meningkat sampai enam kali ganda sebab KDNK per kapita benar tahun 2011 lebih tinggi dari KDNK per kapita benar tahin 2001. Betul ke taraf hidup penduduk dah meningkat dengan berlaku peningkatan KDNK per kapita benar? Adakah maklumat tersebut tepat?

Jawapannya TAK. Sebab perbandingan macam rumus di atas tuu mempunyai kelemahan, dan itulah yang dipanggil 'kelemahan perbandingan taraf hidup antara masa'.

Terdapat ENAM KELEMAHAN. *dalam buku aku la cemtu. Korang ada point lebih, do add up.
  • PERUBAHAN SAIZ PENDUDUK
    • Peningkatan KDNK per kapita tak semestinya menggambarkan peningkatan taraf hidup. Taraf hidup penduduk sesebuah negara hanya akan meningkat apabila kadar peningkatan KDNK per kapita melebihi  kadar pertambahan penduduk dalam tempoh yang sama. 
  • PERUBAHAN KOMPOSISI PENDAPATAN NEGARA
    • Pertambahan KDNK per kapita benar tak semestinya menunjukkan pertambahan taraf hidup sekiranya pertambahan tersebut disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang tidak bermanfaat kepada rakyat. pertambahan taraf hidup berlaku sekiranya pertambahan KDNK per kapita benar adalah disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang bermanfaat kepada rakyat.
  • PERUBAHAN CORAK AGIHAN PENDAPATAN
    • Taraf hidup penduduk akan meningkat sekiranya pertambahan KDNK per kapita benar diikuti dengan corak agihan pendapatan yang lebih adil kepada berlaku. Sebaliknya kalau pertambahan KDNK per kapita benar tanpa corak agihan pendapatan yang adil akan menyebabkan taraf hidup rakyat merosot.
  • PERUBAHAN TEMPOH MASA BEKERJA
    • Jika pertambahan KDNK per kapita benar meningkat sebab masa bekerja bertambah dan masa rehat yang berkurang, taraf hidup rakyat merosot. Masa rehat menyumbang kepada kenaikan taraf hidup rakyat.
  • KESAN LUARAN NEGATIF
    • Pertambahan KDNK per kapita benar yang disumbang oleh projek pembangunan besar-besaran tak semestinya meningkatkan taraf hidup rakyat kerana mewujudkan kesan luaran negatif. Kesan luaran negatif yang menjejaskan kualiti alam sekitar contohnya, akan menjejaskan taraf hidup rakyat.
  • PERUBAHAN KUALITI BARANG DAN PERKHIDMATAN
    • Perbandingan KDNK per kapita benar antara masa tak tunjukan tahap kualiti barang yang dinikmati rkyat. Peningkatan kualiti ini lazimnya akan sebabkan kenaikan tingkat harga umum yang mana akan menurunkan taraf hidup rakyat. Pertambahan KDNK per kapita benar akan tambah taraf hidup rakyat sekiranya peningktan kualiti barang mengatasi kenaikan harga barang.

Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup Antara Negara

*Malaysia - 9 892
Amerika Syarikat - 42 468
China - 5 184

Kita juga tidak boleh menggunakan perbandingan KDNK per kapita benar antara negara untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara tersebut kerana perbandingan ini juga mempunyai beberapa kelemahan.

Terdapat 7 Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup antara Negara

  • Perbezaan kadar pengangguran
    • data KDNK per kapita benar tak menggambarkan kadar pengangguran yang berlaku di sesebuah negara. Walaupun sesebuah negara itu mempuyai KDNK per kapita yang tinggi, taraf hidup rakyat tidak semestinya tinggi sekiranya dlm masa yang sama mengalami pengangguran yang tinggi.
  • Perbezaan masa rehat
  • Perbezaan komposisi pendapatan negara
    • Penduduk yang mempunyai KDNK per kapita benarnya rendah, taraf hidupnya relatif tinggi sekiranya tumpuan ekonomi adalah pada pengeluaran barang pengguna yang bermanfaat kepada rakyat. Berbeza dengan negara yang kadar KDNK per kapita benarnya tinggi tetapi lebih tertumpu kepada pengeluaran peralatan ketenteraan melibatkan kos yang tinggi dan kurang bermanfaat pada rakyat. Ini menyebabkan taraf hidup penduduk negara tersebut menjadi rendah walaupun KDNK per kapita benar tinggi.
  • Perbezaan tingkat harga umum
  • Perbezaan corak agihan pendapatan
  • Perbezaan kesan luaran negatif
  • Perbezaan jumlah kegiatan yang tak dipasarkan
    • Bagi negara yang mempunyai KDNK per kapita benar yang tinggi serta amalkan sistem mata wang dan pasaran, penduduknya menikmati taraf hidup yang lebih tinggi kerana taraf hidup penduduk juga bergantung kepada sama ada barang dan perkhidamatan yang dikeluarkan dipasarkan atau tidak. Berbza dengan negara yang KDNK per kapita benarnya rendah dan banyak jalankan kegitan pengeluaran tak produktif seperti untuk kegunaan sendiri atau sistem barter dan untuk kegiatan haram.. taraf hidup penduduknya rendah.

[notakaki] Dah Zohor. Wahhhh... siap jugak lah nota bab dua aku yang macam seabad aku ambil masa nak siapkan ni. *acah acah over eksaited* Puii.. bab dua baru. hihih. Okay chow. Zohor bebeh. Anyway, yang part last ni ada point yang aku tak sertakan dengan huraian sebab aku rasa korang boleh faham huraiannya yang tak jauh beza pun dengan huraian bagi point yang lebih kurang sama dalam subtajuk sebelum tu. In case tak faham. Do leave some comment. Aku boleh membebel penerangannya di situ.

Assalamualaikum wbt
Selamat tengah hari.







Makroekonomi - Bab 2 [Episod Tiga]

MASALAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
*ada LAPAN. Fahamkan kelapan-lapan point secara sepintas lalu. Hafal LIMA.

  • Pengiraan dua kali
    • Masalah ni jadi disebabkan sukar/susah nak bezakan antara barang akhir dengan barang perantaraan.
    • Kalau barang perantaraan dianggap barang akhir, masalah pengiraan dua kali akan berlaku dan nilai pendapatan negara dilebihnyatakan.
  • Barang yang tidak dipasarkan/hasilkan untuk kegunaan sendiri
    • Barang dan perkhidmatan yang tak dipasarkan seperti kegiatan gotong-royong, amalan barter yang tak linilai atkan wang dan penanaman sayur misalnya untuk kegunaan sendiri tidak dihitung dalam pendapatan negara.
    • Pendapatan negara hanya ambil kira barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dan melibatkan wang. Kesannya, nilai pendapatan negara yang dihitung akan jadi kurang tepat.
  • Penentuan harga
    • Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam setahun dinilai based on harga pasaran dan kos faktor. 
    • Hakikat bahawa harga barang dan perkhidmatan yang berbeza sepanjang tahun dan berbeza mengikut tempat (bandar dan luar bandar) menyukarkan penentuan harga  dengan tepat dan seterusnya menjejaskan pengiraan pendapatan negara.
  • Kegiatan haram
    • Aktiviti ekonomi yang dilakukan secara haram tak dihitung dalam pendapatan negara kerana data atau maklumat tentang aktiviti ekonomi tersebut sukar diperoleh.
  • Pengumpulan data
    • Sikap sesetengah individu atau firma yang susah nak bagi data atau maklumat lengkap tentang nilai pendapatan yang diperoleh sebab nak elak dikenakan cukai menjadikan nilai pendapatan negara lebih rendah dari yang sepatutnya.
  • Menganggar susut nilai
    • Sebab setiap pengusaha menganggar susut nilai dengan kaedah berbeza, so anggaran ini beri kesan kepada nilai pendapatan negara setelah ditolak susut nilai.
  • Masalah kenaikan harga & perubahan kualiti barang
  • Kegiatan yang tak dibayar dalam bentu wang

[notakaki] kalau hade point yang tak paham, dipersilakan bertanya pada ruang komen. Kalau boleh jawab, aku jawab soalannya. Kalau tak boleh jawab, korang rujuk laa cikgu korang memasing ye.

Okay. Take five jap. 
Sambil-sambil tu renggangkan badan yang dah sengal dek membongkok mengadap laptop dari tadi...
In shaa Allah pasni update final episod untuk nota makroekonomi Bab 2 dan kita boleh proceed bab 3 pulak.

May Allah ease.


Makroekonomi - Bab 2 [Episod Dua]








Klik mind-map kalau agak-agak tak cukup nampak apa point nya kat situ kay.
Anyway, additional info. Malaysia hanya guna dua kaedah untuk menghitung pendapatan negara which are Kaedah Perbelanjaan iaitu dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan Kaedah Keluaran yakni dengan mengambil kira nilai ditambah - lagi senang ingat perhitungan yang melibatkan tiga sektor ekonomi.

Okay. Sudah sepagian-ke-petang-ke-malam siapkan mind map makroekonomi bab 2 Episod Dua nii.
Sampai sini dulu. In shaa Allah akan update untuk episod seterusnya. Again to be continued. Haaa.. dah macam sitkom giteww. Cepat Zah cepat. Berapa hari je lagi nak STPM Sem 2 *k monolog jap.

Assalamualaikum.
Gottago. Chow.
Got lots of errands to do.


Sunday, October 20, 2013

Ekonomi Malaysia Bab 5 - Institusi Pemberi Kredit

Sebahagian daripada institusi kewangan berfungsi sebagai institusi pemberi kredit atau pemberi pinjaman. Kegiatan ini membolehkannya mencari keuntungan  melalui faedah yang dikenakan atas peminjam.

Agensi Pemberi Kredit di Malaysia
{ada enam. Dua daripadanya adalah institusi kewangan}

  1. Bank Perdagangan (termasuk Bank Islam)
  2. Syarikat Insurans (termasuk Syarikat Takaful)
  3. Koperasi
  4. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  5. Pajak Gadai (termasuk ar-Rahnu)
  6. Pemberi pinjaman berlesen

  • Bank Perdagangan (termasuk Bank Islam)
    • Pemberian kredit merupakan teras dlm bank perdagangan dan paling menguntungkan.
    • Bank perdagangan memberi kredit kepada peminjam (pihak yang memerlukan dana) dgn menyalurkan deposit (wang) yang disimpan oleh pendeposit (penyimpan)
    • Enam jenis kredit yang disediakan oleh pihak bank :
      • Pinjaman sewa beli - beli barang pengguna esp. kenderaan/kereta dan bayar secara ansuran untuk satu tempoh yg panjang. kadar bunga tetap akan dikenakan. Hak milik barang akn berpindah dr pihak bank kpd pembeli apabila pembeli dah selesaikan keseluruhan pinjaman termasuk bayaran kadar bunga. - Meningkat perbelanjaan penggunaan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi bg industri hartanah dan pembuatan kereta.
      • Pinjaman bercagar - pinjaman yang diberi kepada pembeli yang mengemukakan aset tetap sebagai cagaran untuk beli harta tetap. Nilai aset yang dicagarkan mestilah lebih tinggi berbanding harga harta tetap. Sekiranya pembeli gagal buat bayaran balik termasuk bayar kadar bunga, bank akn merampas atau menjual cagaran (geran rmh, geran tanah, barang kemas dll) tersebut untuk dapatkan tunai sbgi bayaran balik pinjaman. - Meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi sektor perumahan.
      • Pinjaman tidak bercagar - Pinjaman yang diberi tanpa perlu peminjam membuat cagaran. Namun peminjam perlu kemukakan penyata gaji, menyenaraikan nama penjamin, menyatakan tujuan membuat pinjaman serta dptkan kepercayaan pihak bank tntg keupayaannya membuat bayaran balik pinjaman. Bayaran balik boleh dibayar scr ansuran ataupun sekaligus, namun jika peminjam gagal bayar balik pinjaman akn ditanggung oleh penjamin.
      • Kad kredit - Kad kredit membolehkan seseorang membeli sesuatu barang tanpa kemukakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai dari mesin juruwang automatik (ATM). Bank akn buat bayaran kpd penjual bg pihak pemegang kad kredit. pemegang kredit pula akn membayar balik pinjaman tersebut (bayaran kpd pihak bank) scr sekali gus atau ansuran mengikut keupayaan pemegang kad kredit tersebut. 
      • Kemudahan overdraf -pendahuluan yang diberi pada pemegang akau semasa bank tersebut dan pemegang akaun itu boleh mengeluarkan sejumlah wang melebihi baki dalam akaun semasa. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan oleh pihak bank dan kadar bunga hanya dikenakan untuk jumlah overdraf (jumlah wang yg melebihi simpanan akaun semasa) shj. - Menggalakkan urusniaga dlm kalangan firma.
      • Mendiskaunkan bil pertukaran - Bank juga akan beri pinjaman dgn memberi diskaun bil-bil pertukaran pelanggannya (membeli bil dgn nilai yang kurang dr muka bil tersebut). Bank perdagangan kemudiannya akn beri sejumlah wang kepada pelanggan dan dpt komisen dari bil-bil pertukaran yang didiskaunkan) Bank perdagangan akn tuntut bayaran dari pihak yg mengeluarkan bil apabila sampai tarikh matang bil. {bil pertukaran adalah surat jaminan yg dikeluarkn penghutang kpd pemberi hutang. dlm bil itu, penghutang berjanji akn membayar sejumlah wang kepada pemberi hutang atau pemegang bil pada masa akn dtg}
  • Syarikat Insurans (termasuk Syarikat Takaful)
    • Terdapat dua jenis pinjaman oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi insurans hayat :
      • Pinjaman polisi - faedah an dikenakan pd pinjaman ini. Bayaran balik pinjaman dan faedah boleh dibuat oleh pemegang polisi (org yang ambil insurans; yg buat pinjaman polisi) sama ada scr sekaligus ataupun ansuran. Jika faedah dan pinjaman tidak dibayar, maka faedah akn ditambah ke ats pinjaman. Jika jumlah faedah dan pinjaman jd lebih besar dr nilai tunai, makan polisi insurans tersebut mungkin akn luput tnpa nilai. Namun sekiranya berlaku kemalangan atau kematian ke atas pemegang polisi, pinjaman yg tak dibayar berserta faedah akan ditolak dari jumlah pampasan.
      • Pinjaman premium automatik
  • Koperasi
    • Dua jenis kemudahan kredit yang diberi koperasi :
      • Pinjaman bercagar
      • Pinjaman tidak bercagar
    • Kadar faedah kebiasaannya tidak membebankan peminjam selaras dgn matlamat utk menjaga kebajikan ahlinya.
    • Pendekatan dlm pemberian kredit :
      • Menggunakan sumber dalaman
      • Menggunakan sumber pinjaman bank yang disalur terus kpd koperasi utk jalankan aktiviti kredit.
    • Tempoh bayaran balik koperasi :
      • Tak melebihi lima belas tahun bagi pinjaman tak bercagar
      • boleh melebihi lima belas tahun bagi pinjaman bercagar
      • mengikut tempoh yg diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
    • Lima jenis kredit yang ditawarkan :
      • Ikhtiar Rezeki
        • I-Mesra - pembiayaan pertama dgn jumlah max rm20k untuk biaya projek ekonomi yang diyakini dpt beri pulangan yang baik kpd Sahabat AIM
        • I-Srikandi - Diperkenalkan kpd Sahabat AIM sekiranya mempunyai projek-projek yg berjaya dan berdaya maju + beri kemudahan kredit kpd shbt lama agr tak perlu cari modal dr agensi kewangan lain.
        • I-Wibawa - pinjaman mudah kpd Sahabat AIM yg tgh ambil I-Mesra atau I-Srikandi tapi memerlukan modal tambahan utk jalankan projek secara bermusim.
        • I-Wawasan - Skim utk menggalakkan Sahabat AIM agar terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
      • Ikhtiar Penyayang - skim untuk bantu Sahabat AIM yang menghadapi kegagalan dlm projek ekonomi sprt benacana alam dsb
      • Ikhtiar Bestari - skim utk bantu Sahabat AIM utk biayai kos pendidikan serta kemahiran yg ingin dipelajari.
      • Ikhtiar Sejahtera - skim yg bertanggungjawab utk membiayai keperluan-keperluan semasasprt pembelian rmh, jentera pertanian dan tanah
      • Program Kewangan Mikro Bandar - Skim utk jana potensi bekerja sendiri bagi golongan yang berpendapatan rendah.
    • Kelebihan skim pemberian kredit AIM :
      • Tak perlukan cagaran atau penjamin
      • Disokong oleh kerajaan
      • Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang
      • Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia
    • Pemohon yang layak adlh mrk yang miliki harta tetap tidak melebihi rm50k serta pendapatan kurang rm2k sebulan.
  • Pajak Gadai dan ar-Rahnu
    • Pajak gadai ialah tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sebagai barang gadai ataupun cagaran.
    • Pajak gadai konvensional dan ar-Rahnu merupakan sistem gadaian untuk mendapatkan wang. 
    • Fungsi kedai-kedai pajak adalah untuk memberi pinjaman wang tunai ke atas brg gadaian bagi tempoh enam bulan dgn faedah 2% sebulan.
    • Pinjaman yang boleh diperoleh daripada pajak gadai tidak melebihi rm10k {Akta Pemegang Pajak Gadai 1972}
    • Sekiranya tak dapat tebus barang gadaian sebelum tamat tempoh (6 bulan maksimum) boleh lanjutkan tempoh masa tidak kurang tiga bulan
    • Sekiranya pemajak gadai gagal tebus barang gadaian :
      • pinjaman yang kurang dari rm200, barang yg digadai akn menjadi pemilik pemegang pajak gadai
      • pinjaman melebihi rm200, pajakan boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen.
    • Kelemahan pajak gadai ;
      • Kadar faedah sgt tinggi
      • barang emas yang digadai biasanya tdak ditimbang ataupun diukur
      • pemajak gadai tidak diberi notis tentang barang gadaian yang telah dilelong dan terdapat wang lebihan
      • Jika berlaku rompakan, kebakaran kedai pajak gadai dll, pemegang pajak gadai hanya perlu membayar jumlah cagaran yang ditambah 25% kepada pemajak gadai sebagai pampasan.
    • Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kpd suatu barang yang berharga yang dijadikan sandaran serta terikat dengan hutang bercagar dan boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tak dapat dijelaskan.
    • Kelebihan pajak gadai Ar-Rahnu berbading dgn pajak gadai konvensional ;
      • Tidak mengenakan kadar faedah (tiada unsur riba) - mengenakan caj perkhidamatan yang rendah shj
      • Nilai cagaran tidak merosot - tiada penyelewengan dalam sistem ar-Rahnu
      • Wang lebihan dari gadaian dikembalikan.
  • Pemberi Pinjam Wang Berlesen
    • Dua bentuk pinjaman yang dibenarkan :
      • pinjaman bercagar 
      • pinjaman tidak bercagar
    • Kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap peminjam :
      • 18% setahun bagi pinjaman tanpa cagaran
      • 12% setahun bagi pinjaman bercagar
      • Sekiranya peminjam lewat menjelaskan ansuran hutang, maka pemberi pinjam wang berhak mengenakan kadar faedah 8% setahun dari jumlah pokok dan faedah yang tertunggak dikira dari hari ke hari sehingga jumlah tersebut dijelaskan sepenuhnya.
- t a m a t -
Rujukan Lai Mooi Chang, Teks Pra-U Ekonomi (Ekonomi Malaysia), PEARSON




Friday, October 11, 2013

Ekonomi Malaysia Bab 5 : Institusi Kewangan di Malaysia

Institusi kewangan di Malaysia {7} :

  • Bank Pusat 
  • Bank Perdagangan
  • Bank Pelaburan
  • Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Syarikat Insurans
  • Bursa Saham

Bank Pusat

- Institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.

- Fungsi bank pusat (Bank Negara Malaysia) :
  1. Membangunkan struktur kewangan negara yang kukuh
  2. Menggalakkan kestabilan kewangan
  3. Jurubank atau penasihat kewangan kepada kerajaan
  4. Mengeluarkan mata wang, menyimpan rizab dan melindungi nilai mata wang
  5. Mempengaruhi pemberian kredit untuk manfaat negara


Bank Perdagangan

- Institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta  dan bertujuan mencari keuntungan

- Fungsi bank perdagangan :
  1. Menerima deposit sama ada dalam bentuk deposit semasa, deposit tetap dan deposit tabungan.
  2. Memberi pinjaman sama ada melalui akaun semasa, mendiskaunkan bil pertukaran, pinjaman bercagar, pinjaman tidak bercagar, dan pinjaman sewa beli
  3. Mempermudahkan urusan penerimaan dan pembayaran wang seperti melalui cek, debit langsung dan kad kredit.
  4. Menguruskan pertukaran mata wang asing
  5. Menyediakan perkhidmatan lain seperti peti simpanan keselamatan, menjual cek kembara, dan khidmat nasihat kewangan.
# yang highlight tu point penting bagi fungsi institusi kewangan, and yang tak highlight tu adalah contoh.



Bank Pelaburan

- Institusi perbankan yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan borong perbankan kepada syarikat korporat

- Fungsi bank pelaburan
  1. Menyediakan khidmat nasihat korporat
  2. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam pasaran saham
  3. Menjalankan aktiviti pembrokeran produk-produk pasaran modal 
  4. Menjalankan perniagaan pengurusan dana dan unit amanah
  5. Memberi pinjaman bersindiket (gabungan pinjaman beberapa buah bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek mega syarikat-syarikat berhad.
  6. Menanggung jaminan terbitan saham baru.
# nak senang, ingat key word bahagian depan setiap ayat : *sedia, *gerak, *jalan-jalan *beri *tanggung



Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)

- Terdapat 6 IKP di Malaysia, ditubuhkan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembangunan sektor keutamaan tertentu dan merupakan pakar dalam penyediaan pembiayaan jangka sederhana dan jangka panjang bagi projek-projek yang mempunyai risiko pasaran yang tinggi.

  • Fungsi Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank)
    • Pusat kewangan dan pembangunan perniagaan sehenti untuk pembiayaan keperluan PKS di Malaysia.

    • Menyediakan perkhidmatan pembiayaan  dan nasihat kepada PKS yang terlibat dalam sektor-sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan.
  • Fungsi Bank Pembangunan Malaysia Berhad  (BPMB)
    • Menyediakan kemudahan kredit jangka sederhana dan panjang untuk membiayai projek-projek infrstruktur, maritim, industri yang berintensifkan modal dan teknologi tinggi.
  • Fungsi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
    • Menggalakkan simpanan daripada ahlinya
    • Menyediakan perkhidmatan pembiayaan kepada ahli dan bukan ahli.
  • Fungsi Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
    • Menyediakan kemudahan kredit bagi membiayai dan menyokong eksport-import barangan, perkhidmatan dan projek luar negara.
    • Menyediakan peruntukan bagi perkhidmatan insurans kredit eksport, insurans pembiayaan eksport, insurans pelaburan luar negara dan kemudahan jaminan.
  • Fungsi Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Menggalak dan menggembleng simpanan terutamanya dari penyimpan kecil.
    • Menanam tabiat berjimat-cermat dan menyimpan.
    • Menyediakan saluran menyimpan untuk orang awam
    • Menggunakan dana untuk pelaburan, termasuk membiayai pembangunan ekonomi negara
  • Fungsi Agrobank (Bank Pertanian Malaysia)
    • Menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian 
      • menyelaras dan menyelia bantuan kredit
      • mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan penghasilan dan pemasaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

- Institusi milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor swasta dan awam yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian.

- Fungsi KWSP 
  1. Menjaga keselamatan sosial pesara
  2. Menjaga kebajikan ahli KWSP dan keluarga kerana caruman boleh dikeluarkan apabila pekerja berkenaan kehilangan upaya fizikal, mental atau meninggal dunia dan sebahagiannya boleh juga dikeluarkan untuk membiayai kos membeli rumah atau kos perubatan bagi penyakit kritikal
  3. Memastikan simpanan ahli selamat dan mendapat dividen berpatutan (sekurang-kurangnya 2.5% setahun)
  4. menjadi sumber pinjaman utama kepada kerajaan persekutuan bagi tujuan membiayai belanjawan kurangan dan membiayai kos pembangunan ekonomi.

Syarikat Insurans

- Entiti perniagaan yang ditubuhkan oleh pihak swasta untuk menawarkan skim insurans.

- Fungsi Syarikat Insurans
  1. Mencari keuntungan melalui pengutipan premium insurans daripada masyarakat yang ingin memperoleh perlindungan kewangan.
  2. Memberi perlindungan kewangan (membayar pampasan) kepada masyarakat terhadap risiko-risiko yang boleh diinsuranskan seperti kemalangan dan sebagainya.

Bursa Malaysia 

- Fungsi Bursa Malaysia
  1. Membenarkan syarikat-syarikat yang disenaraikan menjual saham mereka kepada orang ramai untuk mengumpul atau membesarkan modal perniagaan.
  2. Membenarkan orang ramai yang berkemampuan untuk menjadi pemegang saham bagi syarikat-syarikat yang tersenarai. 

- t a m a t -
Rujukan Lai Mooi Chang, Teks Pra-U Ekonomi (Ekonomi Malaysia), PEARSON

[notakaki] Alhamdulillah, selesai jugak nota tak sebeghaape untuk subtopik institusi kewangan di Malaysia. In shaa Allah, aku plan lepas ne nak buat nota untuk institusi pemberi kredit pulak. hohohh, kalau rajin lah :-)
Sebarang flaw, silalah tegur ye. Sebarang kekurangan, boleh tambah laa pape yang patut kat ruangan komen. sharing's caring yawww. 

gedmoninkk!! Assalamualaikum wbt.




Saturday, September 28, 2013

Ekonomi Malaysia Bab 1 - Upah

Hype. Assalamualaikum and gnaidd fellas.
Today I'm going to make some update for my stpm note's page. 
I need to even I don't really want to. Because if I'm not updating, then I'll not going to do any revision. So, that is worst. Right? This is better :-)

I'm going to share  note about 'upah' 
here we go .....

np Maulaya - Maher Zain *bestbest*


 Upah 
  1. Upah Wang
    • Pembayaran yang diberikan dalam bentuk wang kpd buruh atas sumbangan mereka dlm proses pengeluaran.
  2. Upah Bukan Wang
    • Pembayaran yang diberikan dlm bentuk perkhidmatan atau barang kepada buruh ats sumbangan mrk dlm proses pengeluaran.
  3. Upah Benar
    • Kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk mendapatan sejumlah barang atau perkhidmatan.
 Upah Benar 
  1. Kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh/dapatkan sejumlah barang atau perkhidmatan.
  2. Upah wang mempunyai kaitan dengan perubahan tingkat harga umum. 
  3. Semakin tinggi tingkat harga umum sesuatu barang atau perkhidmatan, semakin merosot nilai upah benar
  4. Kerana upah benar dipengaruhi perubahan harga umum, maka upah benar dihitung melibatkan indeks harga pengguna (IHP) iaitu IHP0 (Indeks Harga Pengguna tahun sebelumnya) dan IHP1 (Indeks Harga Pengguna Tahun Semasa) 
  5. Formula :
      6.  Upah benar mempunyai hubugan songsang dengan indeks harga pengguna.
    • Apabila indeks harga naik, upah benar turun
    • Apabila indeks harga turun, upah benar menaik

Faktor yang membezakan upah buruh :-
  1. faktor yang membezakan upah mengikut sektor
  2. faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

Faktor yang membezakan upah buruh mengikut sektor

- Secara umumnya upah yang dibayar kpd buruh dlm sektor pembuatan lebih tinggi berbanding upah yg dibayar kpd buruh dlm sektor pertanian. hal ini disebabkan faktor-faktor berikut :-

  •  Perbezaan daya pengeluaran 
    • Pengeluaran dlm sektor pembuatan yg lebih cenderung kepada kaedah berintensifkan modal dgn gunakan teknik saintifik dan amalkan pengkhususan menyebabkan daya pengeluarannya adalah sangat tinggi.
    • Sebaliknya pengeluaran dlm sektor pertanian yang cenderung menggunakan kaedah intensif buruh serta guna teknik tradisional pula menyebabkan daya pengeluarannya lebih rendah.
    • Oleh itu, upah yg dibayar kpd buruh dalam sektor pembuatan kebiasaanya sentiasa lebih tinggi krn daya pengeluarannya yang lebih tinggi.

  •  Perbezaan Keanjalan permintaan dan penawaran barang 
    • Dalam sektor pembuatan, barang perkilangan mempunyai permintaan dan penawaran yang lebih anjal berbanding dgn barang pertanian.
    • Penawaran yang lebih anjal bermakna, barang keluaran kilang senang ditambah apabila harga naik.
    • Permintaan yang lebih anjal pula bermakna, barang perkilangan tak menghadapi perubahan harga yg besar apabila berlaku perubahan dlm penawaran
    • Hal ini menunjukkan kestabilan harga barangan kilang. Oleh sebab ini, upah yg dibayar kpd buruh dlm sektor pembuatan adlh lebih tinggi berbanding buruh dlm sektor pertanian.

  •  Perbezaan keanjalan pendapatan antara sektor 
    • Pertambahan isi rumah membawa kepada pertambahan permintaan yang lebih besar terhadap barang perkilangan seperti telefon bimbit dan komputer berbanding permintaan terhadap barangan pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
    • Keadaan ini menambahkan keuntungan firma dlm sektor pembuatan dgn kadar yg lebih besar drpd sektor pertanian.
    • Oleh itu upah yang dibayar kepada buruh dalam sektor pembuatan sentiasa lebih tinggi berbanding upah kepada buruh dalam sektor pertanian.

  •  Perbezaan mobiliti buruh antara sektor 
  •  Perbezaan keluaran antara sektor 
  •  Perbezaan Kesatuan sekerja 

Faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

- Upah yang dibayar kepada buruh adalah berbeza mengikut sektor tidak kira dalam sektor pertama, kedua mahupun ketiga. Hal ini dipengaruhi faktor-faktor berikut :-

  •  Perbezaan sifat pekerjaan 
    • Buruh yang mempunyai pekerjaan yang mudah dan selamat akan dibayar dengan upah yang lebih rendah  berbanding buruh mempunyai jenis pekerjaan sukar dan berbahaya.
    • Buruh yang mempunyai jenis pekerjaan memerlukan kebolehan mental (cth doktor) atau kebolehan fizikal (pemain bola sepak professional) yang tinggi dibayar upah yang lebih tinggi.

  •  Perbezaan jumlah jam bekerja 
    • Buruh yg dibayar mengikut jumlah jam bekerja atau mengikut jumlah keluaran akan dibayar lebih tinggi sekiranya sanggup bekerja lebih lama/ lebih masa.
    • Contohnya:
      • Tukang jahit yang sanggup menerima tempahan menjahit baju yang lebih banyak akan mendapat upah yang lebih tinggi.
      • Pekerja pusat membeli-belah yang sanggup bekerja ketika cuti umum juga dibayar upah yang lebih tinggi krn sanggup mengobankan masa rehat sempena cuti umum,

  •  Perbezaan bakat semula jadi/ keanjalan penawaran 
    • Individu yang mempunyai bakat semula jadi luar biasa (cth pelukis penyanyi dan pelakon popular) merupakan buruh yg penawarannya tak anjal sempurna.
    • Buruh yang penawarannya tak anjal sempurna bermakna dia sukar digantikan dan akn menerima upah lebih tinggi berbanding buruh kurang berbakat.

  •  Perbezaan kos latihan dan taraf pendidikan 
  •  Perbezaan kekanan-an (seniority)/kebolehan 
  •  Perbezaan tanggung jawab 
    
DONE UPDATING! Alhamdulillah. Guys, untuk faktor yang membezakan upah buruh aku letak tiga sahaja out of six factors each. Sorry, masa tak mengizinkan untuk menaip lebih terperinci.
Anyway, there's certain factors and explanation come with the word 'keanjalan' sort of. If ta berapa clear tentang istilah tersebut bolek try rujuk SINI. Agak panjang dan terperinci. I guess, this is the syllabus for matriculation student. Hahah. Tape lahh, In shaa Allah rasanya boleh membantu jugak siked sebanyak :-)

Gnaiddmorning! 
Till we meet again in my another notes, In shaa Allah.
Adios


Saturday, September 14, 2013

Ekonomi Malaysia - Bab 3; Langkah Mengawal Perdagangan Antarabangsa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Selamat malam.
Salam Final Pesta Bola Merdeka yaww..

ahahahh.

Alhamdulillah, finally prezi ketiga untuk subjek ekonomi yang lama dah bertangguh telah pun siap.
Maaf sebab presentation kalini sangat ringkas. Namun, harap-harap bermanfaatlah untuk kita semua.
View presentation full screan okeyh kalau nak view yang lebih jelas.

so, here's the link of Ekonomi Malaysia - Bab 3; Langkah Mengawal Perdagangan Antarabangsa
*klik jangan tak klik*

# Puas hati and hepi taw dengan total viewer yang bertambah terhadap entries berkaitan nota-nota STPM. Respon yang positif ne buat aku bersemangat lagi nak share ilmu yang aku dah dapat di sekolah dengan viewer yang lain. In shaa Allah, dikira sebagai ilmu yang berterusan sebagai saham akhirat.
Choiii... perasan je aku. xp okiee, bye. Assalamualaikum. Adios.

Tuesday, August 27, 2013

Ekonomi Malaysyia Bab 3 : Kesan Perdagangan Antarabangsa terhadap Ekonomi

Hi peeps.

This is my second prezi.
sila klik utk nota Ekonomi Sem3 ; Bab 3 - Kesan Perdagangan Antarabangsa terhadap Malaysia
In shaa Allah semoga ia dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat utk kita semua.

Enjoy d=making prezi. Kalau ada kelapangan ak plan nak buat utk subjek yang lain pulee
*winkwink* Thanks siapa yg menjenguk page di link berkenaan.
Sekian, Assalamualaikum wbt

Monday, August 26, 2013

Ekonomi Sem 3 - Bab 3 - Kesan Perdagangan Antarabangsa

Kesan Positif Perdagangan Antarabangsa

  1. MEMPERLUAS PASARAN
Û°         Apabila malaysia mengadakan kegiatan eksport, PASARAN KELUARAN TEMPATAN dpt DIPERLUAS ke negara-negara asing.
Û°         Seterusnya MENGGALAKKAN PENGELUARAN scr besar-besaran dlm industri eksport.
Û°         Sektor eksport DAPAT MENIKMATI EKONOMI BIDANGAN – mengeluarkan barang pd kos purata lebih rendah.
Û°         Hasilnya, kerjasama ekonomi ini MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA
Û°          
  1. PENINGKATAN GUNA TENAGA & KEPAKARAN DLM NEGARA
Û°         Perluasan psrn antarabangsa dlm kegiatan eksport import TAMBAH PELUANG PEKERJAAN  & TINGKAT GUNA TENAGA dlm negeri khususnya.
Û°         Membawa kepada PENURUNAN KADAR  PENGANGGURAN & TAMBAH PENDAPATAN NEGARA
Û°         Perpindahan kepakaran dr negara maju MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKON. NEGARA
Û°          
  1. PERTAMBAHAN BEKALAN WANG
Û°         Kegiatan eksport menyebabkan PENGALIRAN MASUK MATA WANG ASING dn seterusnya TAMBAH BEKALAN WANG dlm negara
Û°         Pertambahan ini, MENGURANGKN KADAR BUNGA PINJAMAN, TINGKATKAN PELABURAN & KELUARAN NEGARA = galakkn pertumbuhan ekon.
Û°         Arus globalisasi juge membawa masuk modal pelabur asing (FDI) yg dpt MEMPERCEPAT PERTUMBUHAN EKONOMI TEMPATAN.

  1. DAPAT IMPORT PENGELUARAN (BARANG YG TAK DIHASILKN DLM NEGARA SENDIRI
Û°         Malaysia dpt import pengeluaran penting yg tak ada dlm negara dr negara luar contohnya seperti besi dan keluli.
Û°         Sekaligus MELANCARKAN PROSES PENGELUARAN dan pertumbuhan ekonomi dlm negara AKAN BERTERUSAN TERJAMIN dgn adanya bekalan input dr negara luar.
Û°          
  1. PEMINDAHAN TEKNOLOGI MODEN DAN TEKNIK PENGELUARAN
Û°         Negara kurang maju dpt IMPORT TEKNOLOGI MODEN & TEKNIK PENGELUARAN  yg lebih baik dr negara maju.
Û°         Pemindahan sebegini melalui kegiatan import dapat TINGKATKAN KECEKAPAN PENGELUARAN dan seterusnya DAPAT MENGGERAKKN PEMBANGUNAN EKONOMI dlm negara tersebut.

  1. MENGGALAKKAN PENGALIRAN MODAL ANTARA NEGARA
Û°         Galakan pengaliran modal pelaburan langsung asing (FDI) antara negara akan menambahkn FDI dan seterusnya MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI negara-negara berkenaan
Û°         Walau bagaimanapun negara yg amalkan ekonomi terbuka HADAPI RISIKO SERANGAN SPEKULATOR dlm pasaran saham.


  1. PEMINDAHAN BURUH ANTARA NEGARA
Û°         Lebihan buruh di sesebuah negara boleh dipindahkan ke negara lain yang kekurangan tenaga buruh
Û°         Negara yang mengalami kekurangan buruh mahir pula boleh mengimport dari negara lain yang mempunyai buruh berkenaan

  1. MENIKMATI FAEDAH EKONOMI BIDANGAN
Û°         Negara – negara yang melakukan pengkhususan antarabangsa boleh MENIKMATI FAEDAH EKONOMI BIDANGAN
Û°         Pengeluaran secara besar-besaran atau ekonomi bidangan membolehkan negara-negara berkenaan menghasilkan banyak barang DALAM KOS YANG LEBIH RENDAH


Kesan Negatif Perdagangan Antarabangsa

  1. BERLAKU INFLASI DIIMPORT
Û°         Jika harga barang import semakin menaik akan BERLAKU INFLASI DIIMPORT
Û°         Kenaikan harga barang pengguna yang diimport MENAIKKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Û°         Kenaikan harga imput yang diimport MENAIKKAN KOS PENGELUARAN sektor firma tempatan

  1. PERSAINGAN YANG LEBIH HEBAT
Û°                     Sektor firma tempatan MENGALAMI PERSAINGAN HEBAT apabila negara menambah import dr negara-negara asing
Û°                     Firma yg tak dapat bersaing MUNGKIN TERPAKSA MENGEHENTIKAN OPERASI & KELUAR DR PASARAN
Û°                     Industri muda yg baru berkembang dlm negara membangun TIDAK DPT MENIKMATI EKONOMI BIDANGAN, maka industri ini tidak dpt berkembang berbanding industri yg telah berkembang
Û°                     Kos purata pengeluaran yang tinggi, menyebabkn harga jualan yg lebih tinggi, maka PERMINTAAN ADLH RENDAH

  1. PENGURANGAN BEKALAN WANG DALAM NEGARA
Û°         Kegiatan import menyebabkn PENGALIRAN KELUAR MATA WANG ASING yang seterusnya AKAN MENGURANGKAN BEKALAN WANG DLM NEGARA
Û°         Hal ini sekiranya EKSPORT BERNILAI NEGATIF – iaitu nilai import melebihi nilai eksport

  1. PENGALIRAN KELUAR BURUH MAHIR (BRAIN DRAIN)
Û°         MOBILITI BURUH MAHIR MENINGKAT – mrk akan cenderung BERHIJRAH KE NEGARA ASING krn gaji yang ditawarkan lebih tinggi serta prospek kerjaya yang lebih baik
Û°         Pengaliran keluar ini (brain drain) MENGHALANG PERKEMBANGAN PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) TEMPATAN
Û°         Seterusnya MENJEJASKAN PEMBANGUNAN EKON. NEGARA yg memerlukn tenaga buruh mahir.

  1. LAMBAKAN WARGA NEGARA ASING
Û°         Negara maju mungkin melaksanakan lambakan di negara kurang maju.
Û°         Lambakan bererti AKTIVITI MEMONOPOLI PASARAN NEGARA DAGANG dgn menjual barang pd harga yg jauh lebih rendah
Û°         Keadaan ini menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagang KEHILANGAN PASARAN  dn WUJUD PENGANGGURAN

  1. PENJAJAHAN EKONOMI
Û°         Membuka pintu ekonomi bererti membolehkan pasaran TERDEDAH KPD PEMONOPOLIAN OLEH FIRMA ASING
Û°         Kesan drpd monopoli dan dominasi ekonomi oleh pelabur asing, KEKAYAAN SUMBER NEGARA MENJADI KURANG MAJU SERTA DIEKSPLOITASI  malahan tenaga buruh tempatan mungkin DIEKSPLOITASI DGN KADAR UPAH YG LEBIH RENDAH.

  1. MERUGIKAN NEGARA MEMBANGUN
Û°         Kebanyakan negara membangun mengeksport bahan mentah atau barang pertanian manakala negara maju mampu mengeksport barang perkilangan.
Û°         Hal ini merugikan negara membangun krn harga bahan mentah dn barang pertanian yg dikeluarkan kebiasaannya adlh RELATIF LEBIH RENDAH
Û°         Negara sedang membangun perlu mengeksport jumlah barang yang lebih banyak untuk mengimport barang perkilangan yg sama nilainya
Û°         Kesannya, WUJUD JURANG KEKAYAAN YG BESAR antara negara sedang membangun dgn negara maju.


  1. IMBANGAN PEMBAYARAN NEGATIF
Û°         Negara mundur biasanya kurang membuat pelaburan asing di luar negeri dan kurang maju dlm sektor perkhidmatannya
Û°         Imbangan pembayarannya cenderung bernilai negatif
Û°         Imbangan pembayaran negatif MENGURANGKAN RIZAB PERTUKARAN ASING bg negara mundur seterusnya MENJEJASKAN KADAR PERTUKARAN ASING negara berkenaan.



# Semoga nota ini bermanfaat buat student-student ekonomi Pra-U hendaknya. :-) Maaf yeee kalau ada yang tak sempurna. Okay, all the best ! 

Sunday, August 25, 2013

Ekonomi Penggal 3 - Bab 1 - Pengangguran, Guna Tenaga & Upah


Assalamualaikum.
Salam sepertiga malam.

In shaa Allah setelah seharian bertungkus lumus membuatnyeh,
aku nak berkongsi nota pertama Ekonomi Penggal 3 Bab 1 :-)

Sungguh taktipu, ada lacking dlm presentation ne. Maybe sebab ne
first time aku try guna Prezi. Anyway, harap masih dpt jd bahan yg bermanfaat buat kita semua
*winkwink* In shaa Allah, klw tak jemu and ada kelapangan, aku buad lagi utk chapter lain
dan in shaa Allah utk subjek lain pulakk *wa sembang luu*
Aku suke wooo gune mnde ne. Tapi... leceh gak lah :\

Anyway, sorry.. tajuk upah takde pon dlm ne. Maybe buad slide laen pulee.
tak sempat loh. *maafx100*

Okay.. sila KLIK SINI utk nota Ekonomi Malaysia Bab 1 tersebut :-)

# Right now listening to Menjemput Bidadari by Seismic