Tuesday, March 12, 2013

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

 PBS IN MAKING
*pray for me*
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Yang Tersakiti








Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh


*****************************************************

Sakit itu ada banyak puncanya.
Setiap kesakitan yang dirasa tentu ada penawarnya.
Sakit itu ada yang terzahir dan ada juga yang tersembunyi.
Sakit itu adakalanya mematangkan,
Kebiasaannya sakit tentu menjatuhkan.

******************************************************

Mungkin aku bercakap tentang sakit kerana aku sendiri tengah tak berapa sihat. Kata orang sakit ne sebagai kafarah dosa. In shaa Allah. Harap macam tu lah. Semoga Allah bagi kekuatan pada aku untuk
tempuh rasa sakit ini. Time-time tengah nak ber-PBS dan merasa sibuk dengan STPM penggal 2 nih, time ni lahh nak sakit badan dan tak sihat segala. Kalau tak kuat semangat, boleh lumpuh segala usaha. *na'uzubillah*

Sakit kerana perjumpaan batch haritu, masih meninggalkan kesan dalam hati. Ibarat paku yang ditusuk dicabut kembali, lubang kecilnya tetap meninggalkan parut dan kesan yang mendalam. 

           Bertambah sakit dan terluka bila aku dapat tahu yang sebenarnya, perjumpaan tu nak ditujukan kepada aku, dan bertujuan untuk menegur aku. Isu apa pula kalinih? Ikhtilat lagi? *tertunduk hampa*
Tak sangka dalam aku cuba menjaga, masih ada yang buruk sangka. Tak berhenti fitnah yang melata. 
Kata aku selalu berjumpa dengan dia dalam mini library. Dua perempuan dengan seorang lelaki.
Alahai... Bila masa pulak ni? *recall recall* Mana buktinya?
Kalau lah yang menyampaikan tuu betul-betul berhadapan dengan aku yang kononnya berada dalam situasi dinyatakan, kenapa tak ditegurnya aku? kenapa pergi tanpa sebarang kata? 
Sebarang khilaf, balik-balik kesalahannya dituding pada perempuan :/ 
Tapi pasal yang perjumpaan tu nak tuju pada aku, sebenarnya tak pasti lagi. Mungkin betul, dan mungkin jugak itu khabar angin dan ura-ura yang direka untuk menganggu jiwa semata. hoho ~

           Sesungguhnya mende ni, yang takpasti betul salahnya, yang tak tentu lagi sahih khata'nya... buat aku banyak berfikir semalam. Sekaligus buat aku tawar hati jugak. Tawar hati dengan kawan-kawan dan tawar hati dengan dia. Segalanya serba tak kena. Sakit tentunya.

          Sebagai kawan, tengok kawan aku yang seorang ni dalam kesakitan juga sesuatu yang menyakitkan. Dia sakit dalam dan sakit luar jugak. Malah dari caranya, mungkin dia jauh lebih sakit dari aku. Dia yang selalu menguatkan aku dan jadi tak kuat sekarang, aku jadi hilang kekuatan. Aku rindu suara dia, gaya gurauannya dan cara kami yang buat aku selesa. Mungkin ada yang kata diamnya takkan kekal lama. Tak kesah lah yang tu, bagi aku kesakitan dia dia lebih tahu. Rasa macam nak mengeluh panjang. Rasa macam nak mengungkit apa yang dah ditakdirkan terjadi dan rasa macam nak mempertikai perkara yang seharusnya boleh dielakkan tuh yakni perjumpaan batch. Secara peribadi, aku sendiri sekarang tak selesa dengan beberapa orang pelajar putera. Bukan kerana apa yang dikatakan mereka pada malam tu salah, dan bukan kerana aku nak kondem diorang. Tapi mungkin apa yang terjadi lebih kepada reflek semula jadi. Semata-mata kerana sakit tak sembuh lagi. Wallahu'alam.

Andai ada yang membaca...
apa yang aku taipkan ni mungkin tak sampai maksudnya pada korang.
Takpelah, entry ni bukan untuk difahami.
Mungkin pada korang entry ini cenderung berbaur emosi.
Anggaplah aku cuma nak berkongsi.

Aaasif