Thursday, May 2, 2019

Masakan Makjah : Nasi Lemak Mudah & Sedap


Alangkan tengah tunggu buka puasa, aku taip balik apa yang dimasak semalam sambil terliur sorang-sorang.

Pre ps - Aku masak ni untuk 8 orang makan (8pax) dan bahan-bahan masakannya yang asas dan ringkas sahaja. Macam sambal tu, mungkin lagi sedapdapdap kalau dibual sambal bilis. Ada yang pesen tambah Aji dsb. Tapi sebab abah berpantang dari ikan bilis  dan especially bahan perasa buatan (gout kan) so, ini sejenis sambal yang mesra-abah aku. Hiks.

So lets. Resipi Sikmok Jah
(read: nasi lemak) 

Bahan-bahan nasi :-
- beras 5 ½ cawan
- santan 7 cawan
- daun pandan 3 jalur
- halia 3-4 hirisan nipis
- garam secubit rasa
- minyak masak secubit dua

Sambal :-
- bawang besar 4biji
- bawang putih 5-6 ulas
- cili boh ½ paket
- gula 4-5 sudu besar
- garam 1 sudu teh
- halia ½-1inci (3-4 rincih)

Tanak nasi (guna Noxa cooker)
• masukkan beras 5½ cawan
• masukkan santan/perahan dari kelapa 1½ cawan lebih dari sukatan beras. Which is 7 cawanlah.
• 3 jalur daun pandan disimpulkan, dicampak mesra ke dalam periuk (LOL)
• Campakkam sekali 2-3 rincih halia ½cm - means, masukkan sikit je bagi tambah aroma.
• Titiskan minyak masak 1-2 kali supaya nasi tak melekat dan dimasak cantik.
• Set high pressure 13 minute, lepas dah siap boleh keep warm sehingga sedia untuk hidang.

Masak sambal.
• 3½ biji bawang besar,  dimayang biasa dan 4 ulas bawang putih ditumbuk kemudian semuanya di-kisar. Boh air ya, nak kisar halus tu. Tak halus manalah, sedang-sedang je untuk tekstur sambal yang elok. Asing tepi jap.
• Baki lagi setengah biji bawang besar dipotong bulat manakala baki 2 ulas bawang putih diketuk sekali dua bagi merekah.
• Buka api, masukkan minyak masak dalam 1 senduk dan panaskan minyak. Agak-agak minyak dah panas, setkan api sederhana.
• Mulakan dengan masukkan bawang putih yang dah dikisar dan baki bawang putih yang diketuk dulu. Biar dalam 10-15 saat shj berselang sebelum masukkan bawang besar yang dikisar dan yang telah dipotong bulat.
• Akhir sekali untuk tumisan, masukkan hirisan halia.
• Kacau-kacaukan tumisan setiap 5-7minit untuk dua ketiga kali. Nak confident, biar sampai bau dah semerbak. In shaa Allah tandanya bawang ditumis dgn baik.
• Masukkan setengah paket cili boh (kalau pakai cili kering, prosedur lain pulak ya) dan masakkan untuk 10-15 minit. Kacau balikkan sambal tu supaya tak kering atau hangit bawah.
• Masukkan air tapis/air masak setengah cawan, kacau balikkan sekali lg sekejap dan biar masak dalam 10-15 minit atau sampai nampak menggelegak. Buat dua kali. Perlahankan api
• Kacau sambal untuk elakkan kering/hangit. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biar cili masak lagi. Kacau balikkan dua tiga kali dalam tempoh 30 minit.
• Tambah air ¼ cawan yang terakhir biar masak dalam 15minit. Siap dan boleh dihidang.

Tips untuk sambal :
× Kunci rasa sambal adalah pada gula dan garam. Perlu gula yang banyak untuk counter rasa pedas, tetapi perlu nisbah garam yang sesuai jugak supaya sambal tidak terlebih manis semata-mata.
× Proses meletak air dan biar menggelegak berkali-kali penting untuk pastikan rasa cili tu pedas yang sedap (instead of pedas mati or pedas buta) sebab cili dah betul-betul masak, sebati dengan tumisan dan pecah minyak. Dari merah terang sampai merah gelap biasanya warnanya.

Cadangan untuk lauk “add-on” :
× Ayam goreng tepung / Ayam goreng biasa
× telur rebus goreng / telur mata
× Bilis dan kacang goreng
× Mentimun

P.s. Alhamdulillah first try, kena dengan tekak orang yang dijamu. Terlepaslah dari jatuh air muka. Fuh. Oh, kecuali Aiman. Ahahahah. Takpelah, asalkan menang majoriti. Anyway guys, segala angka dalam pos ni tak bersifat tepat (accurate) melainkan bersifat agak-agak dan anggaran (approximately) semata. The best lead is to follow guts and instinct. Guna lidahlah untuk merasa (tapi aku jenis tak rasa makanan yang aku masak, melainkan lepas dia siap). So yeah. Ikutlah masing-masing.

Masyeh. Assalamualaikum wbt.