Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Fufufuf~ aku baru balik dari sekolah (3:30 ptg) dan
sebenarnya teramatlah keletihan.
Guys, hari ini hari Khamis. Malam ini akan jadi Khamis malam
Jumaat dan hari esok adalah hari Jumaat. Kalau dihitung-hitungkan, sudah genap
seminggu adik perempuan aku pergi meninggalkan kitorang di sini. (al-fatihah
buat arwah) walaupun dalam hidup ini akan ada jutaan hari Khamis dan Jumaat,
ianya takkan pernah serupa dengan Khamis dan Jumaat minggu lepas sewaktu arwah
meninggal dunia di High Dependency Ward (HDW), Hospital Serdang.
Kehilangan seseorang yang rapat dan disayangi sememangnya
memberi tamparan hebat pada diri ini. But I believe I will stay strong ^^v Abah
pernah cakap, apa yang menimpa arwah; kesakitan dan pemergiannya ini
kemungkinan merupakan pengajaran buat kami yang masih hidup. Aku yakin! Tentu
sekali suratan yang ditetapkan Allah ini ada banyak hikmah dan rahsia di
sebaliknya. Semoga kebaikan dpt dipraktikkan dan amal soleh dpt diperbanyakkan
– semoga Allah permudahkan. Manakala untuk arwah pula, secara peribadinya aku
akan sentiasa mendoakan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih NYA, ya
Rahman, ya Rahim, Allahu ya Rabbi, InsyaAllah. Kenangan dan suka duka yang
dikongsi dengan arwah adik aku adalah sesuatu yang akan aku ingat sampai
bila-bila dan akan menjadi teman aku bila aku rindukan dia. :)
My late sister was so much stronger than I am. Dua minggu
dia di KPJ Damansara, 2 minggu di wad nephrology Serdang dan almost 3 weeks di
HDW Serdang dilaluinya tanpa banyak rungutan. Aku memang tabik part tu. Aku kat
rumah kena gastrik pon dah berguling-guling meraung tak ingat dunia. Mungkinkah
kerana ketabahan arwah itu maka Allah memilihnya untuk diberikan ujian?
Wallahualam. Aku sekadar berbaik sangka. Sesungguhnya pengetahuan Allah Maha
Luas, segala puji kembali kepada NYA. Sesungguhnya ujian bukti kasih Allah
terhadap hambaNYA; aku optimis :)
Arwah sebenarnya sakit buah pinggang. Tahap kerosakan tak
ditentukan keranan keadaan arwah selalu tak stabil. Dalam surat kematian, dr tulis puca kematian adalah
kerana jangkitan kuman di wad. Katanya antibody arwah memang lemah so bila
diserang demam dan sebagainya, such of that stuff memberi impact besar dan
buruk pada keadaan arwah yang already unconcious.
Sepanjang arwah adik aku; NORFARHATUL SHAHIDA berada di HDW
dalam keadaan unconcious, aku selalu je doa moga Allah panjangkan umur arwah.
Rupa-rupanya telah tertulis di luh mahfuz usia adik aku sampai 13 tahun 9 bulan
sahaja.
Pada hari Khamis malam Jumaat pukul 10:30 malam, arwah
kembali ke rahmatullah dan meninggalkan kami selamanya. Time tu kami sekeluarga
ada dekat tepi arwah; Alhamdulillah
sempat bersamanya pada saat-saat terakhir sebelum kehibaan menyelubung kami.
Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un; dari Allah dtg, kepada Allah jualah tmpt
kembali.
*****************
لا اله الا الله ، محمد رسول الله
Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]
******************
[notakaki] entry ini di-draft-kan pada 28 Jun 2012. Assalamualaikum