Selamat 10:41 pagi.
Aku baru selesai mengemas bilik dan dapur seperti yang telah diamanatkan oleh umi.
*smile*
Umi pula mungkin sekarang berada di Ampang; menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara.
Actually aku tak rasa perlu pon pada mulanya untuk menaip entry tentang PRU dan sebagainya.
Aku memang tak berminat sangat nak cakap tentang industri politik di negara ini krn aku sendiri merasakan aku sangat lackin' dalam bnyk hal.
Tapi niat awal itu aku batalkan kerana aku dah tak mampu nak pendam lagi apa yang aku rasa. Maka aku putuskan utk berkongsi pandangan picisan dan pendapat jalanan aku mengenai demam beraya ni. Err.. I mean, berpilihan raya. *smile again*
before everything, mohon maklum.. jangan disalah tanggap entry ini. Jangan cuba-cuba jugak nak trace aku pangkah mana. Sebab aku pun memang masih belum layak memangkah lagi. Sweet 19 wannabe gitu. *winkwink*
Ramai yang inginkan perubahan. Yeahhhh.... kata mereka, negara ini negara kotor. Almaklumlah korupsi dan maksiat melata di bumi. Banyak bukti yang dikeluarkan.
Pihak yang satu lagi pun tak kurang hebatnya berhujah dengan manifesto masing-masing.
maka, berlakulah sesi condemn meng-condemn dengan jayanya. baik dalam kalangan politikus mahupun pengundi serta yang masih tak layak mengundi pun.... masing-masing turut serta mengumpul keburukan pihak yang dirasakan salah dan bercanggah..
Mengukur dosa pahala seseorang, membicarakan soal akidah dengan sewenang-wenangnya, mengatakan tentang syurga neraka ibaratnya macam semuanya dalam pengetahuan kita (yakni hamba yang dhaif dan serba serbi terbatas pemikiran dan penegetahuan kita) membuka aib orang lain semata-mata untuk membuktikan kebenaran kononnya, mengada-ada kan cerita, saling conteng-menconteng bendera parti yang dipasakkan di bahu jalan depan umum, caci-mencaci, maki-memaki, menipu dan buad ape sahaja demi korupsi dan kepentingan diri...
Allahu Rabbi, bagi aku lahh kan... politik sebegini sungguh tidak matang. Mana-mana pihak pun sungguh tidak pro.
Konsep 'undi adalah rahsia' tidak terlaksana langsung. dek masing-masing terlalu emosi ber'parti'
pandangan aku tentang undi adalah rahsia .....
walau berlainan parti, masih boleh duduk semeja menjelang pilihan raya dan paling penting, boleh memberi pandangan dan saling menerima pandangan instead of menzahirkan dan terlalu cuba memenangkan pihak sendiri. i mean, sort of emosi. Kita suka tolak kata-kata orang tanpa selidik dulu. mindset kita awal-awal dah letak orang yang dipihak lain itu pandangannya fanatik dan taksub. Sebenarnya sama je pihak mana-mana pun. ngeh ~
Obviously, kita suka mengkaji. tetapi pengkajian kita tak pernah sempurna kerana kita mengkaji sekadar utk membuktikan betapa kotornya sesebuah pihak yang lain. Bukan kerana kita berada di tengah-tengah dan inginkan kebenaran. Jarang ada yang mengkaji kedua-duanya. Tepuk dada tanya iman, kamu tahu kamu bias. Tidak semua yang berkata tentang PRU itu ini, mereka punya maklumat yang holistik dan menyeluruh tentangnya. phrase ini aku tujukan untuk most of teens macam aku. Tapi bila berhujah sentiasa nak tunjuk macam kita dah tahu semua perkara. Sedangkan informasi yang ciput-ciput sampai pada kita pun belum tentu sahihnye. almaklumlahhh semuanya by forward-forward mcg semata.
belum tentu yang zahir nampak benar itu....benar apa yang dibawanya.
Politikus (ahli politik) juga manusia biasa. Bukan maksum dan benar setiap masa. Pegang itu erat-erat..ketat-ketat. jangan dek fanatik habis kita pukul rata semua orang yang kita rasa tak sehaluan dengan kita. jangan kerana fanatik juga, manusia lain yang dirasakan kelabu dengan ideologi pihak kita, kita hukum rata semuanya.
Menghukum manusia yakni hamba itu hak Allah. Sedangkan Allah juga menegaskan dalam kalam NYA bahawa setiap manusia adalah berbeza amalannya mengikut apa yang dikerjakan mereka. mana ada semua sama. Ingat ne majaz kulliyyah ke? Hukum semua salah tapi maksudkan sebahagian shj dari keseluruhan tuh. macam tu ke?
jangan sampai kita dok hebah-hebah nakkan negara fully practic islam tapi dalam masa yang sama kitalah yang jadi penyumbang dalam melakukan tradisi-tradisi jahiliah seperti assobiyah taksub dan fitnah-memfitnah.
Mungkin kita (especially adik-adik yang bru nk membesar dan mereka-mereka yang sebaya aku ne) perasan dalam arena politik ini, kita rasa hanya ada dua pihak sahaja yakni yang benar dan yang batil. Mungkin dan boleh jadi sebenarnya ada pihak ketiga yang sedang rancak memerhati, menjadi setan di blkg tabir, mentertawakan manusia yang bersaudara (yakni bersaudara kerana agama Islam) bertelagah sesama sendiri. Jangan bila kita dah tersilap langkah, pihak ketiga yang banyak tipu daya dan muslihat ne ambil alih.... terduduk kita semua menyesali ketidaksepaduan kita. Apa yang aku cakap ini boleh jadi taw. Ada potensinya dan dah tentulah ada buktinya. Tapi jauh dalam hati sanubari aku, na'uzubillah laa.
Silap-silap..... negara bersih takterlaksana juga dek korupsi yang melata dan negara Islam juga tak tercapai kerana pluralisme dan liberalisme menjadi yang utama. Maw gitu? Na'zubillah. Aku dengan korang sama-sama taknak, right?
Mohon Allah jauhkan kita semua dari petaka macam ni. Melaui pemerhatian dan dgn mengukur secara kasar tentang tabiat dan 'uruf masyarakat seagama dengan aku di negara ini (termasuklah aku) aku kira...... kita semua masih belum mampu untuk menghadapi cabaran sesukar itu. Mohon Allah tak timpakan pada kita sesuatu dengan perkara yang kita tidak mampu. Aamiin *raup muka dengan tapak tgn*
Aku harap siapa pun yang menjadi kerajaan nanti..... pihak tersebut dapat mengekalkan nikmat yang aku telah kecapi pada hari ini dengan izin Allah swt, Aku sentiasa doakan, keamanan ini dapat dikekalkan. kerana dengan keamanan ini lah bagi aku, agama dapat dimartabatkan dan bangsa dapat dipertahankan.In shaa Allah *nada serius* Harapan aku, siapa jua yang pegang tampuk pemerintahan, aku nak mengundi lima tahun akan datang, jangan sampai aku tak dapat hak ngundi tuu dah lah. huhuu..
*jangan tamak der. kalau kau nak penambah baikan, ckp kau nak tambah baik apa yg sedia ada. Jangan sbb kau nak penambaikan tuu, kau pukul rata semua mende macam apa yang kau dapat selama ne darurat yang menjahanamkan nusa bangsa, macam tak ada kebaikan yang pernah diberi pada kau*
Harap mereka yang mengundi.... redha lah dengan apa jua keputusan. Jangan mudah melatah walau di pihak mana pun anda berada. Jangan buat spekulasi, itu yang terpenting sekali. Kata redha. Maka, jika redha buat cara redha. Allah tentu ada rencana NYA sendiri. Yakinlah pada NYA.
[notakaki] Aku bebel pasal PRU takat ini je laa. Zahirnya aku sekadar cuba menjadi sebahagian dari perayaan yang dirayakan.Walaupun STPM Penggal 2 tinggal kurang dua minggu saja lagi. Bukanlah berniat untuk mengetepikan apa yang lebih aula buat diri ini. Hohoho *gelak kaver*
Pandangan aku, korang boleh panggil pandangan jalanan, contengan picisan, pendapat ketidakmatangan... haaa.. apa-apa je lah. Tapi kalau korang bukak minda dan cuba terbuka, korang akan dapati bahawa aku tak menaip bodohx2 and tak menaip tanpa sebab. Mungkin tak semua yang aku katakan adalah betul tapi aku yakin, tentu ada sesuatu yang baik yang boleh diambil dari entry ini. Kerana aku bercakap secara umum dan aku tidak berada di mana-mana pihak. In shaa Allah. Bagi yang membaca, mohon anda tidak pemikiran stereotaip dalam menilai entry ini.
Adios ~
Innalahama'ana
Barakallahufikum
Salam Sejahtera
*Aku doakan yang terbaik untuk kita semua*