Senyap.
Tapi tak senyap mana.
Tak mahu fikir lagi.
Tapi, mustahil tidak berfikir langsung.
Semalam sangat jauh.
Apatah lagi kelmarin, minggu lalu, bulan lepas dan tahun sudah.
Walau selangkah ke belakang, adalah tidak mungkin.
Patah, tetapi perlu tumbuh semula.
Hilang tentu akan ada galang gantinya.
Lumpuh, masih perlu maju ke depan.
Mereka kata, apa yang tertiggal di belakang perlu ditinggalkan
Hidup diteruskan.
Di akhir setiap masalah yang tak terungkai,
pada penghujung pilihan yang tidak dipilih
ketika persoalan dibiar tergantung tidak berjawab..
Semua orang menutupnya dengan,
aku maafkan kau dan kau maafkan aku
Kita berhenti di sini,
Barang yang lepas jagan diungkit lagi
Tentu ada natijah, pasti ada hikmah.
Noktah