Semester tiga dua ribu tiga belas. Bulan enam hingga bulan dua belas, cemtula tempohnya semester tiga ni.
Dalam tiga semester yang aku perlu lalu sebagai seorang pelajar pra-unversiti, setelah dibuat throwback dan reflect berkali-kali aku dapati semester tiga adalah semester penuh onak liku duri ranjau pancaroba drama dan air mata.
Bermain dengan soal hati dan perasaan boleh diibaratkan macam bermain dengan api. Memang bahaya dan menghanguskan. Lol. Aku cenggitu lah zaman tu. Kasihkan sangat hamba Tuhan yang serba kekurangan, akhirnya aku yang menangis gaya tak keruan. Memang setakat ni tak boleh lupa lagi apa yang terjadi. Memang kaw-kaw sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Semester tiga yang diiringi berbaldi air mata - bukan pasal persaan jiwang karat semedang je yang buat aku jadi macam biskut marie lemaw kena celup dalam milo. Pasal kawan pun boleh jadi isu seantero jiwerage. Kacau betul aku zaman tu. Lemah lembik je, macam apa ponn ta bley..
Perasaan yang terpaling sangat peribadi aku sorok simpan dalam hati, dekat tikar sejadah adalah dalam sebaldi air mata sambil-sambil aku report kisah sedihtaktertanggung aku pada DIA yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah la enn, zaman tu rajin lagi nak bangun qiam sebab Allah izinkan jadi tetamu sepertiga malamNYA. Tang yang tak boleh sorok, siked-siked ada jugak aku muntahkan pada member sana-sini. Ada tukang pujuk, ada yang sampai peluk aku, ada tukang teman stay up nak study, ada yang tukang marah nak sedarkan aku yang tengah rebah. Banyaklah tukang" yang kehadiran mereka sangat dihargai. Tang tak boleh sorok jugak bila bersua muka dengan umi. Magic. Tak payah cerita tapi umi macam dah tahu semua. Umi tak korek dalam. Umi tebas atas je. aku macam dah kena tembak dengan peluru kuasa giga. Sebab umi is umi.
Teringat semester tiga, mesti terselit sekali bayangan pusat sumber mini pra-universiti. Bila hati kerabu sama ada tentang member, tentang dia atau tentang siapa-siapa sahaja, situlah tempatnya. Tempat melalak bermacam lagu spontan yang dialun ikut emosi yang retak menanti belah, yang keluar dari mulut direct dari hati. Situlah tempatnya, bila tacing dengan member tercinta tahap takleh nak kata apa, bukak Quran perkata yang super gedabak tuu, baca sambil nangis gitew. Bukan nagis pasal paham. Lol. Nangis sebab sedih. Nangis sebab takde kemampuan nak ubah apa-apa, nothing, Sebab tahu sangat Allah je yang ada kuasa tu, tentulah DIA yang membolak-balikkan hati hambaNYA and opkos whatever happened Allah tentu ada perancangan yang super terbaik. Nagis sebab, memang cemtulah gayanya kalau tengah mengadu.
Dalam banyak-banyak babak sedihpenuhemosidanairmata dekat situ, ada satu babak yang paling legend. Babak menangis sorang-sorang tahap acah-acah kena bunuh hidup-hidup. That moment, petang tu sorang-sorang di sekolah.. tu yang lupe daratan kejap melalak. Air mata dengan air hidung sama je non-stop, gaya sebak sangat. Nangis puas-puas la sebab konon taknak nangis, esoknya dah masuk 1 Muharam 1435 Hijriah. Mesti la nak bukak buku baru. Kan kan? Haritu empat november. kebetulan sebelum balik sekolah, time dalam bilik bahasa Arab tu kena tamparan hebat dek ayat dia 'aku dengan dia dah settle, nak minta maaf apa lagi?'. pfft. Tu salah satu faktor jugaklah agaknya terjadi babak ter'legend' di pusat sumber mini pra-universiti.
so empat november menangis yang paling menggila tahap tak ingat akhirat. lima november terus nak recover dengan semangat membara vavavoom je nak masuk periksa. enam november periksa bahasa Arab. Hamekau sekali keputusan Bahasa Arab Sem 3 gagal dengan jayanya. logik sangat. memang tak mustahil gagal tu. sebab orang yang da terjun KLCC mana boleh terus lari pecut cemtu. Patah riuk dulu, kene simen, dok sepital, merangkak, bertongkat, berjalan dulu baru laaa mungkin boleh berlari. hmmm
Rasa terbayar. Tak semestinyalah Allah bagi aku rasa kejayaan ni sebab nak bayar segala yang terjadi pada aku zaman semester tiga dua ribu tiga belas. Allah bagi - besar kemungkinan, fes and fomos dek berkat doa umi dan abah untuk aku, berkat doa guru-guru yang mengajar saban waktu. Boleh jadi berkat doa sahabat-sahabat kat ceruk mana tah, kot laa yang terlalu rindu lalu mendoakan kejayaan aku. Kawan-kawan aku ramai yang mulut masin air garam agaknya - tang menganjing menyakat memang lah kerap je diorang sebut yang baik-baik untuk aku. Jadi doa mungkin. Tapi yang pasti bukan solid kerana usaha aku. Usaha aku sederhana aje macam banjaran Titiwangsa tu; ada naik dan turunnya. Apa pun yang pasti, aku rasa puas untuk diri sendiri dan sangatlah berharap keputusan ini akan membawa manfaat dan kebaikan untuk diri sendiri dan lebih baik lagi jika dapat disumbang buat orang sekeliling. Kalau bukan sekarang nanti. Kalau bukan secara lahiriah, mungkin saja sebagai pembakar semangat untuk adik-adik yang masih belajar lagi.
Keempat-empat subjek yang diambil dalam stpm semester tiga dua ribu tiga belas, kesemuanya beroleh pointer 4.oo. Tak prnah mimpi pulak nak score sampai cemni. Gaya macam tak mungkin akan dapat je. Tapi ternyata itu semua dusta. Tidaklah keputusan menjadi kayu ukur kecemerlangan seseorang. kawan-kawan lain yang tak payah nak rembat semua empat perpuluhan kosong pun jauh lebih cemerlang sebenarnya daripada aku. At least, bila difikir-fikirkan.. keputusan ni boleh buat pujuk hati yang masih berbaki sebesar taik kuku lagi kedukalarahibaan atas segala drama sad-ending semester tiga tahun lalu.
Okay. sudah menaip. Terlampau panjang pulak bila sekali menaip.
Minggu depan hapdet lagi. Bolehlah nak kongsi pasal Keputusan Peperiksaan [episod dua].
In shaa Allah, berita baik yang akan dikongsikan nanti.