Saturday, January 11, 2014

Permohonan Online UPU dan Pembelian no.PIN

Bagi yang tertunggu bilapermohonan UPUdan penjualanPin/ Unik IDuntuk kemasukan keIPTAtahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.
Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.
Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID :20 Januari 2014
Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :
Kategori A ( Harga RM 10.60 )
  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Kategori B ( Harga RM 15.60 )
  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.
Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber :Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

Program Biasiswa Peneraju Tunas Potensi


klik SINI utuk pautan lanjut.