Showing posts with label me school. Show all posts
Showing posts with label me school. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Timeline Throwback Bahagian Tiga


Janji ditepati!

Assalamualaikum, selamat pagi.
Nampaknya aku akan terus menaip entri,
 selagi gambar-gambar berkaitan form 6 2012/2013masih berbaki.

Atas ni gambar pelajar-pelajar asrama puteri tingkatan 6.
Tingkatan 6 atas bagi kelas tahun 2013.

(row depan) dari kiri : Fyza, alang, adek, A.K, aku, Sa'adah, Lailee, Izyan
(row tengah) dari kiri : Chibi, Shiwoo, angah, Piya, Razan, Pipah, Atiqah, Syafa, Khadijah, Wan
9row belakang) dari kiri : Wanie, Nadiah, Asyiqin, Tot, Jot, Aten, Nad, Puteri, Miramis, Atie



Razan Roslan Rajin
aku suka tagline nih.

Have fun with her, staying in my house for a night.

In shaa Allah, lepas ni nak merasa lagi air tangannya.
Mek solehah ni, sekarang makin sentimental.

Perkasanya tanda protective
hati tisunya, tanda sweet nya kakak sorang nih.

Oh ya, dulu kemainaku dan Razan.
Banyak sangat yang tak sefahaman
Ada aja yang nak ditelingkahkan. 

Sekarang bila jauh rindu,
Bila teringat rasa sayu,
kalau berjumpa kang, agaknya malu.

lol




Gambar ini ada kaitan dengan form six kahh?

hmm..
gambar dengan Imran lagi.

October 10th of 2013
Metro Point, Kajang,SDE

"Petang yang bahagia.
Kenangan yang tercipta.
Semoga redha Allah turut ada buat kita semua."

# Lama angah diam membantu, kaku membisu,
hari itu angah dan along.. kita balik macam dulu (:

*keluar topik*

Eh, terperasan strip panjang warna merah jambu tu. 

"Apa kau nak tunjuk Zah?
Sebab kau tak tahu hati dia dah berubah.

Dengan bangga kau tunjuk tali merah jambu.
Tanda dungu Jelas kau menunggu." - AKU




Hidup ne macam jigsaw puzzle yang besar dan tak terhitung banyaknye. Bila kita jumpa dgn org yg bole fit in dgn kita dan buat kita selesa dgn dia, kita akn tempatkn dia dlm hdup kita. Biasa je kita jumpe salah org, kita takkan buang tapi ketepikan dulu. kita slh cuma salah letak pd tmpt. Boleh jd, blum smpai masanye. Setiap org yg kita temui tu mst ad part and peranan masing-masing dlm hdup kita. Sma ada part of kenangan, pengajajaran, teman dll. Siapa pun yg kita jumpa tu penting. Semua org penting mcm puzzle yg takkan sempurna tanpa setiap satu kepingannye. Mcm tu laa hdup. Nak siapkn puzzle ne tak mudah, apatah lagi klw puzzle of life. Kita akn trus mencari bhgn-bhgn (sma ada org atawpun perkara) yg akn melengkapkn hdup kita sekalipun it takes sepanjang hdup. Just dun givap. Misplaced adlh perkara biasa. It can be fixed. Time will heal the pain.

# cp dari caption muka buku aku
# October 13th of 2013

Kaitan ke puzzle ni dengan form 6?

Hadiah daripada Najwa Huda Bt Mohd Shahidin,
tentu sekali sangat berkaitan.

Teringat time ramai-ramai BPians menolong aku cantum 500 keping puzzle ni bersama.
Thank you. Saya rindu BP dan BPians.


Orang kata, kalau TER-sukakan seseorang..
maka jangan TER-cair dengan kata-katanya. 
Mungkin bukan dusta, tapi janji manusia tak kekal lama.

Kalau TER-suka, 
jangan TER-pandang dia. 
jangan TER-mengharap padanya.
Dia manusia biasa yang tak mampu menjamin apa-apa.

jangan TER-suka,
takut TER-luka

akhirnya akan TER-dungu macam aku.

Subhanallah.
Indah ciptaan-NYA.

Alhamdulillah, 
sampai juga pelajar tingkatan 6 di sini,
bersama melakar memori.

Semua orang yang ke sana, tentu pandangannya seperti gambar ini; hanya pantai, laut dan langit biru.
Tapi kalau aku, walaupun tiada siapa. Pandang sahaja tentu terkenang waktu itu.

# Ismah Beach Resort
# Kem Kecemerlangan STPM 2012/2013



Selagi namanya bebudak,
Selagi belum dewasa.
Ajak bermain, memang semua tayang muka ceria.

Dari kiri : AinKZ, Sakinah, Feng, Razan, Najwa HUda aka adek, Sa'adah
Semuanya serba-serbi kuning hitam.
Roh R4BIA, semoga Allah lindung saudara kita di sana. Ammiin ya Rabb


Papa Shaha suruh kami campak segala sikap takbaik buruk huduh kami ke dalam Selat Melaka.
Katanya, selagi ada selagi itu lah akan menganggu fokus.

Haih.
Silap besar.
Patutnya aku campai dia sekali dalam Selat melaka ni.

Eh,
campak dia, maka matilah dia.
Maksud aku, campak kenangan dengan dia dari dalam kepala.
Campak cerita tentang dia supaya hilang rasa.

Aher



Sepetang bersama,
Ini Rasyidah Liyana.



Ini pula,
guru kesayangan.

Puan Norafza Bt Abd Rashid.
Guru Ekonomi.

Terima kasih banyak.
Alhamdulillah
Dalam tempoh bawah didikan cikhu, merasa jugak A untuk subjek ini.

Harap kita dapat jadi kawan se-universiti ya cikgu.
Eceh, 




 

Ini pulak Nur Ain Bt Kamarozaman
Bekas madu aku time zaman batu dulu.

Ada satu masa,
Pernah rasa macam raaaaapat sangat dengan dia.
Pernah jugak cemburu membabi buta even kes antara member-member je,
pernah dibelati sampai mati dek kata-kata pedastajam dia. 

"A.K, betul tak ejaan nama tuh??"




Sepetang bersama,
menghadap Selat Melaka

Papa Shaha pernah pesan,
kalau tak ada kerja, kira berapa bot nelayan yang lalu depan mata.
maka petang itu, terjadi sesi melambai dan mengira bot yang dah serupa budak kecil.



Boleh cikidaud gambar masing-masing. 
Aktiviti petang di Pantai Padang Kemunting kalau tak silap
at Ismah Beach Resort, petang itu pantai jadi meriah dek ukhuwah dan mahabbah.

*kemain ayat aku*




Alang.
Mikey
Nur Amirah Bt Razuki.

Terima kasih tunggu along yang tak lalu makan malam tu.
Kau tahu sebab apa aku macam tu. Hohoh

# Majlis Makan Malam dan BBQ
# Ismah Beach Resort





Baru perasan.
Asal nak acah - acah model.
Memang dengan alang je agaknya.

Last day di Ismah Beach Resort,
Lepas makan pagi, kita lepak tepi pantai. :)






Hari terakhir di Ismah Beach Resort.
Kami g6, dengan bangganya dapat bergambar bersama isteri cikgu Shaharuddin.
kemain kami bukak cerita pasal Papa Shaha. :')

Muka horror aku.
Konon-konon tahan ketawa.
Tak ingat lawak apa yang Hariz guna buat geli hati semua.



tiga daripada g6 ini adalah alumni sekolah Saujana.
Memang brutal tiga-tiga kalah batu.
dalam hato, Allah aje yang tahu.

Rindu tiga-tiga. 
Paling rindu yang tengah tu.

Apa khabar?
Bila boleh tak tidur sepanjang malam sama-sama lagi?

Aku yakin dia akan senyum dan tegur sapa dekat aku, kalau ada rezeki.
Allah pernah bagi aku sekali peluang itu, tak mustahil untuk sekali lagi.



the Gifted Sixth,
a gift from HIM,
to let go and accept what was past,
to experienced the bitter-sweet present
and to expect for a better future.

In shaa Allah,
Allahu yusahhil 'alaina.fi hayatuna



* * * * *

Serious talk

Gambar banyak lagi dekat timeline facebook

janagn fed up sebab nampaknya aku akan update lagi lepas ni.

Untuk entri keempat.


[Bila aku baca semula entri ni di blog, baru perasan typo banyak,
pandai-pandai lah korang re-correct sendiri ya *mukemalas*]


















TimelineThrowback Bahagian Dua


Assalamualaikum. 
Selamat malam.

Ayuh sambung.
Masih ada gambar timeline facebook yang belum diterobek lagi.



Aku...
Tang batch ni memang semangatnya luar biasa.
Hal kumpul tanda tangan tak bersebab pun aku perbesarkan dek rasa teruja. 

Aku hendak kita, tingkatan enam berdiri sebagai satu.
Hmm.. tapi mana mungkin kalau semuanya nak ikutkan kehendak aku.

Kenalkan kalau tak kenal, dari kiri...
gambar atas : Jot dan Nadiah. Rakan se-ekonomi aku. 
gambar bawah : (row belakang) Asyiqin - naib pres MPPU 2012/2013 dan 
Fyza penolong 6 atas IBH tercinta.
(row tengah) Tot - cicit akuu, Jot cucu aku dan Piya
(row depan) Nad, Sa'adah dan Nadiah

masa : prep petang 



Acah-acah model.
Alang dan aku. 
Alang the super supporter. 
Trimas yaww.
dalam bahasa yang lebih murninya...
"Jazakillaha khayr kathir, barakallah 'alaiha."

Jujur. 
Selagi kau panggil aku along.
Selagi aku panggil kau alang.
Aku suka, super gembira.

uhuk *cam sentimental lak akuh*


Masih di petang yang sama.
Sesi photo shoot bersama alang.
Thanks photog Izyan Rasul.

"Ada satu hari yang agak bahagia, sebab angah turut serta.
Kami main yes or no game.
Teringat jawapan aku utk soalan alang ketika itu. Aku kata aku suka alang yang dulu.
Tetapi lebih selesa dengan alang yang sekarang. "

Lol

Jawapan yang aku tak kunci.
Sekarang selesa dengan suka. Aku dapat dedua. - AKU



Bahagia. 
Aku panggil kelas 6 Atas Ibnu Hisyam sebagai Tadika Hijau. 
Sebab ketika hari sekolah ganti ni,
blok pra-universiti memang meriah dengan keletah mereka aje. 
Almaklumlah sekolah ganti. 
Budak lelaki tak nampak bayang, pelajar lain pun raamai tak datang.


Trend Gwiyomi yang sangat popular akhirnya menjadi asbab mereka mencipta kenangan ^^
dan aku, cuma ambil gambar dan menyaksikan

Almaklumlah aku tak gwiyomi *tak comel maksudnya*


July 24th of 2013.

Saat mini library disergah dengan mereka si pemegang amanah,
maka tercatatlah sejarah Fyza dan Eizah.

Handphone kena rampas.
Pandai aku bawak,
pandai jugak aku angin satu badan.

dan pandai jugak aku action.
Siap call umi dan abah kejap untuk maklumkan handphone dirampas adik-adik.

Lawak.



Nadiah, partner AJK persiapan dewan dan pentas. 
Bersama Nasirah, Wan, Aten, Puteri dan Atiqah, madu akuu.

*keluar topik*

Teringat jelas.
Duduk dengan mereka.
Dalam keadaan air mata masih bersisa.
Konon baru lepas buad luah perasaan dengan dia.

Bodoh kejap.
Sebab nangis depan dia.
Sebab salah sangka, aku dipersalahkan dalam komen di muka buku.

hamekau,
Bulan Julai aku sangar tak perkasa.
"Allahu laa syarikalah"


Teacher Rasyidah turut serta membantu.

-L A M B E N T-

A sporting, super cantik dan teacher yang cool.
Maka kerana beliau, berbahasa Inggeris menjadi semakin seronok dipelajari.
Thanks that I've gained band 4 for MUET was because she had been helping me a lot.


Tengah hectic menguruskan dewan untuk LAMBENT, 
sempat lagi mereka bergambar.

Precious friends,
dari kiri alang, adek, A.K, Sa'adah 

Ya, urusan persiapan dewan dan pentas demi LAMBENT pada tanggal 1 Ogos,
somehow it was super sweet moments.
Sekalipun ada sesi dibelati dengan kata-kata ust Zainaphi,
sekalipun sukar kehendak Cikgu Shahruddin nak dipenuhi,
sekalipun ada sesi sakit hati dan merajuk sendiri ketika orang lain happy.
Masih manis lagi.

Cuma sekarang, 
aku rasa macam nak CTRL+ALT+Z, BACKSPACE, delete semua moment tuh.
Sebab dalam event ini ada dia. Sebab akan terbayang dia.

As time flies, the sweetest things might turn bitter. 
That's how a person grows and be mature.


kenalkan, Adibah Alifah Zaharin.
Aku panggil Dib with spelling 'dyb'.
Rakan se-ekonomi yang tak se-emo aku. 

- masih ketika persiapan dewan untuk LAMBENT
- August 1st of 2013


Feng (kiri) dan Sulee (kanan)

Yang berjubah hitam itu pendebat.
bahasnya cermat.

Yang berjubah putih ialah speaker dewan perdebatan,
merangkap penjaga masa yang bijaksana.

- malam LAMBENT
- August 1st of 2013


Dua sahabat,
dengan ukhuwah yang erat.

Seorang ketua batch pelajar puteri.
Seorang lagi MT dalam badan sahsiah murid sekolah.

Wani dan Rasyidah Liyana.


the BPians.

Kak long Nad, Fyza, alang dan Sa'adah.




berdua.
Rakan sekerja.
Menguruskan dewan 
dan menghias pentas.

Eizah dan Nadiah. sahaja.


* * * * * * * * * *

Mengantuk.
Maka tangguh pargi esok.

Sooner or later, kita jumpa lagi.

Assalamualaikum
















Friday, December 13, 2013

Throwback : Di Sebalik Tabir Kembali ke Maahad

23 Mei 2012 

Tengah harini dari Hospital Serdang ,abah hantar aku ke SMKA Maahad Hamidiah . Aku ingat nak talk dengan Cikgu Shaharuddin Bin Abu Kassim ; cikgu Bahasa Melayu aku time form 3 dan form 4 . Kott laa beliau boleh tolong permudahkan niat murni aku untuk sambung belajar kat mahad . Pengajian form 6 , atau bahasa santeknyeh , pengajian di pra-universiti gituww . Tak kisah lah kann even keba pakai baju sekolah and ambil STPM bagai sebab aku rasa mende ni taklah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan tak sambung belajar langsung lepas form 5 . Kalau tak sambung belajar lajar langsung , mana nak sorok muka daripada member - member ? Hohoh . Buad malu jeh , result 7 A punn tak ke mana .

Tipu lah kalau tak dapat tawaran langsung . Dapat memang dapat . Matrikulasi Perlis , jurusan akaun . Adehhh . . . Memang tak dapat lahh aku nak terima . Jauh . Jurusan tuh ponn macam asing sangat untuk aku memandangkan aku ambil aliran Sains time SPM . Lagi pulak , Syahida adik perempuan aku tengah sakit . No way aku akan duduk jauh dari family dlm keadaan mereka semua perlukan aku .

Dah dua bulan Syahida sakit . Tak lama lepas aku keluar PLKN , awal bulan 4 tuh kitorang satu family dapat tahu dia ada masalah buah pinggang . as time flies dalam sebulan neh  and after she went thru banyak check out . . . doktor inform yang ekceli simptom sakit dia menunjukkan yang dia menghidap SLE . Rare . Aku rasa aku kenal penyakit neh pun macam sekali due kali je time belajar subjek Biology dulu . Setakat yang aku paham , penyakit ne penyakit makan tuan . antibody takleh nak defend badan n even harm it , kacaw sana sini part of body . sort of macam tu lah . Syahida dr Hospital KPJ Damansara n 16 Mei lepas admitted to Hospital Serdang pulak . Since dia dekat hosp . Serdang neh aku memang da stop keje tadika . Setiap pagi aku akn ikut abah ke hospital ziarah Syahida sementara adik - adik di sekolah . Umi memang cuti tak bergaji since Syahida masuk hospital early in April . Umi tidur hospital hampir setiap hari dan aku uruskan rumah . Abah pulak akan ulang - alik dari hopital serdang , putrajaya dan kajang , menguruskan semuanya sebagai ketua keluarga .

 Ok drop pengenalan panjang lebar . Aku sampai dekat Dataran Pengetua SMKA Maahad Hamidiah time awal tengah hari . Ramai bebudak time tu , time balek lah kott . Hari Rabu . Malu je smpai situh . Al maklumlah dress code sesuka hati dengan pashmina segala . Selama ne dlm lima tahun sekolah , mana penah dress code camtuh . Balek - balek tudung labuh baju kurung . Tapi memikirkan aku ne dahh acah - acah alumni so aku buad tak tahu je lahh dgn pandangn bebudak . Ada ke yang kenal aku ? lol .


Straight ke office Cikgu Shaharuddin . Direct je aku cakap tujuan kedatangan aku . Alhamdulillah . Maybe dek mengenangkan nasib ank murid dia yang tak ke mana neh , cikgu berkesudian masukkan aku ke fom 6 mahad . Aku boleh start form 6  lepas cuti penggal pertama pada 11 Jun 2012 .  Kemasukan pelajar form 6 sebenarnya pada 8 Mei lepas , lama dah . Hmmm . . .  Selain apply UPU , aku jugak apply utk amek form 6 di sekolah agama bawah kelolaan JAIS . Aku target nak masuk sama ada SMAP Labu atau KISAS . Amar dapat tawaran SMAP Labu . Dia member yang aku kenal di PLKN . Aku dgn dia apply pd waktu yang sama . Bila tahu dia dah dpt surat tawaran kemasukan , pahamlah aku yang permohonan aku tak berjaya .

Aku kira aku dah diterima masuk form 6 di Maahad Hamidiah . selain umi dan abah yang tahu hal ini , Aqem pun tahu jugak . Aqem pun member PLKN aku , kebetulan kami sekelas dan sekumpulan . Dia dah terlebih dulu masuk form 6 dekat sekolah lama aku tu . So , aku contact dia utk dapatkan maklumat sebagai persediaan aku nk masuk form 6 .


27 Mei 2012


Baru hari ketiga cuti sekolah penggal pertama . Hari Ahad . Hari jadi aku . Pagi tu abah bawa aku dan adik - adik ke Alamanda sebelum melawat Syahida di hospital . Dalam pukul 9 lebih camtu kami sampai di Hospital Serdang . Syahida tak beberapa sihat harituh asyik batuk je . Batuk dia berdarah . Doktor bertugas kata jadi camtuh sebab luka pd tekak dia sbb kerap batuk . Sekali tu dia batuk gaya tercekik camtuh , doktor bertugas datang , nurse datang gak dgn segala jenis peralatan yang aku tak tahu mende . Tutup curtain sekeliling katil tu . Lama aku tunggu . Aku dgn adik - adik lain dah mula menangis . Risau .

Last sekali aku dapat tahu dia dah koma tak sedarkan diri . Syahida dipindahkan ke HDW - High Dependent ward di ting . 4 . Org kata HDW tuu bawah siked ahh taraf dy dari ICU , tp same jeh sbnrnye .
Hari jadi aku . Hari adik aku tak sedarkan diri . Allahu . . .


Doktor kata dalam tiga hari in syaa Allah dia sepatutnya sedar . Tiga hari tu kami sekeluarga tunggu dengan sepenuh pengharapan dan doa pd DIA . Sementara menunggu tiga harituh , setiap kali aku ziarah dia di wad aku belajar biasakan diri berkomunikasi dengan adik sendiri yang koma . Selalu tengok dalam drama and rasa macam kekok je nak buad in real life . Tapi di tmpt aku , aku takde pilihan . Bergilir - gilir baca surah dlm al - Quran dan berbual dgn dia . yang merespon aku cuma mesin bacaan tekanan darah yang ada dkt tepi katil . Bila tekanan darah dia yang tak stabil pelan - pelan stabil time aku ckp dgn dia , cukup utk aku rasa dia seolah -olah dgr apa yg aku tgh ckpkan . Lama - kelamaan aku jadi biasa macam tuh .


29 Mei 2012

Harini hari jadi abah . Kitorang pegi hospital mcm biasa . melawat Syahida yang koma mcm dua hari sebelumnya . Doktor kata sepatutnya dia sedar harinih . Doktor kata dia patut sedar dlm masa tiga hari . Well said , itu kata doktor . Ketentuan Allah takde yang tahu . Anyway harituh aku dgn Huda memang sembang kencang dengan dia . kitorang sebut macam - macam termasuklah tentang hari jadi abah dan betapa dia patut bangun meraikannya . Blood pressure dia naik mendadak . Aku rasa macam dia force diri utk bangun sebenarnye . Huhuhhh . . . teruk betul . sebab naik blood pressure dia tuh kitorang kena marah dgn juru rawat yg bertugas . Kitorg terlalu memaksa adik kitorang yang tak mampu nak terjaga neh , katanye . Seharian , harapan nk tgk dia terjaga pd hari jadi abah tu berlalu mcm tu je . Kitorang terima kenyataan . Syahida koma . panjang umur , terjagalah dia . Sejak harituh aku punn taubat lah nak sembang tahap eksaited yang amat dgn dia . Taknak dia paksa diri . Cukup dengan respon biasa dari mesin bacaan tekanan darah dia , tu pun dah memadai .

         Ada satu hari tuh aku baru perasan yang aku dapat surat tawaran kemasukan ke form 6 KISAS . in - take ke berapa entah lah tapitarikh kemasukannya time bukak sekolah lepas cuti penggal . Aku bawa surat tuh ke hospital malam tu . Ekceli aku happy gila dapat surat tawaran KISAS . well , sbb mmg itu pon yang aku apply sebelum ne . Time dkt lobby umi dgn abah jumpa aku . Takde ckp tahniah ke hape , sebaliknya dorang mintak sangat aku tolak tawaran tuh . Maahad Hamidiah pun dah terima aku jadi tak ada lagi istilah toleh belakang gituw . Keadaan Syahida yang koma lg mendesak berbanding sebelumya . Aku kena duduk rumah tengok adik - adik cuti neh . Bagi mereka sokongan moral sepanjang ketidaan umi dan abah ke hospital dn jarang balik rumah . Tambah pulak adik bawah aku ambil PMR tahun neh . Abah harap aku dapat bagi tunjuk ajar pada dia . Hampa . tapi aku terima saranan umi abah . Akur .

 Sebabkan tawaran KISAS yg aku terpaksa tolak tuhh . . . sikedlah hati aku terusik .
Aku jadi berbelah bahagi jugak dgn maahad . sbb umi dgn abah tak perasan kegembiraan aku dgn tawaran tuh aku jadi sedih dn takde semangat kejap . anyway , Aqem encourage aku betapa aku patut berbangga dpt sambung belajar di sekolah lama aku . well said , takde rezeki di KISAS , tentu ada natijahnya .
Maahad , aku datang .



Wednesday, October 16, 2013

Weeks on Counting for STPM Final Semester

Assalamualaikum dan hai ols.

Suddenly rasa nak mengapdet di tengah malam yang aman damai ini.
Takde cerita yang menarik pun.
Nota STPM pun bukan. Buad masa ne mungkin hold dulu buad nota sebab semangat da terbang.
Nak kena gather mood study semula baru boleh buad nota and revise dengan jayanya, In shaa Allah.

*np takbir raya *masih dalam hari tasyrik kan :-)

Huuhhh.. berdebar rasanya. STPM Sem 3 tinggal lagi 3 minggu aje oiii. Aku dengan buku still pangkat bau-bau bacang lagi. Adehhhh...

Anyway, cepat sungguh masa berlalu. Macam semalam baru menjejakkan kaki semula ke Maahad; mintak tlg dengan Cikgu Shaharuddin untuk serap aku masuk STPM, even surat tawaran KISAS dah smpai ke rumah :' Macam baru semalam rasa kekok yang teramat sangat berhadapan dengan manusia-manusia baru tingkatan enam. Masa tu cuma kenal and rasa rapat nan Aqem je. Pilih nak amek econs pon sebab ikut dia on that time. Lol. Macam baru semalam je pertemuan pertama kat bilim PIBG mahad tuh terjadi. ahakss. Kemainkann, sume nyee ak nak feeling macam fes time *poyoss*

Tinggal lagi tiga minggu nak ngadap muke member-member form 6 yang yang tersayang.
Member-member fom 6 kalini memang luar alam tahap tak hengatt. Kejap-kejap matured, gile-gile selalu je, bajet taiko pon ye jugak, skema tayah cite ler. kau hadee? All in one doe. ahahahah :-) Aku selesa je dengan kesemua mereka even kadang-kadang geram, saket hati, sayang, rindu tu bercampur-campur and amek turn all over again. Standard lah, turun naik dlm persahabatan dan perkenalan itu lumrah. manusia yang tak sempurna, tentulah akan mencipta kenangan dan peristiwa-peristiwa yang tak sempurna juge.

Aku rasa macam penjajah yang berjaya dapatkn pengaruh pembesar-pembesar melayu, rasa best dapat berkawan dan kenal dengan semua orang beb. In shaa Allah, tak ada dah sikap puak-puak zaman batu dulu. *yakinyakin* Aku bersyukur sgt sebenarnya krn dipertemukan dengan mrk-mrk. *alhamdulillah* *grateful* Tak kesah laa kan, putera atau puteri.. bagi aku masing-masing take part dalam melengkapkan dan memberi impak yang baek untuk diri ini, in shaa Allah.

lavyuuugaiss *ehh..terkonpess pule*
ok dah. inaff. Aku taktahu nak cakap hape and aku tahu, dah cukup panjang dahh entry aku neh.

[notakaki] semangatt gile aku nak design baju batch tok fom 6. err... tapi taktahu lah respon dorg terhadap design tu macam mana. Aku akan tekad redha tabah aje kalau reaksi they ols suam-suam kuku atau sejuk beku ke hape. Lagipun aku assume dorg sekarang mesti tgh sibuk study dan focus on STPM ahead, takde mase sgt nak spend on t-shirt thingy. Kalau dorg tak berminat, ak boleh alter and re-design untuk others yang berminat. Their disagree isn't the end of everything. hohoh.

By the way, as for my self aku sangat puas hati. ini first time ak design t-shirt not by sketching and drawing but using my own lappy. tak kesah lah even merangkak-rangkak dan tersangat manual nak men-design nye , yang penting siap. It took my whole day and night kott. tak pasal-pasal, secara tak sengaja aku dah jumpa minat baru. In shaa Allah kalau minat on designing t-shirt ne tak fade away, aku nak try open small business on designing printed t-shirt  after stpm tahun ini. *smiling wink wink* I plan, Allah plan and HE's the best planner.


Style # 1
BG Color : White
Sleeve Color : Option
Type of T-shirt : Raglan Sleeve t-shirt












Style # 2
BG Color : Dark Purple
Sleeve Color : Dark purple (1 color/ piece)
type of T-shirt : Standard plain T












Assalamualaikum
Ok fellas.
Gnaidd

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar wa lillaahil hamd