Monday, March 24, 2014

Keputusan Peperiksaan

Hi, hello fellow readers.
Assalamualaikum.

Here I am typing my latest entry from my work place.
It has been that I am not frequently update my blog the way I used to before.
Maybe because I don't have time since I am working and maybe because line tenet kat rumah dah kena cut off this month.
So, enough of ajet ajet nak speaking omputih.
Haaa... Aku cakap bahasa ibunda je lah. *sengih*

Keputusan peperiksaan STPM aku actually tak officially announce lagi.
Dalam bulan April kott dia keluar. By that time I am hoping that my pointer will get higher, In shaa Allah. Bagi fellow batch mate yang repeat, I am wishing them the same as well. Semoga Allah permudahkan bagi kami kejayaan dan keputusan yang lebih baik untuk kami. Semoga dengan apa jua keputusan yang kami peroleh, ia dapat memberi manfaat kepada orang lain jua.
Roughly result haritu.. Alhamdulillah I've got 3.25 over all. Not the best achievement ever, tapi lega dan puas hati sebab at least lepas border 3.0 pointer. Expected? No way. Bagi aku keputusan peperiksaan bukanlah sesuatu yang boleh dijangkakan. Especially when it comes to MY RESULT. Sejujurnya malam nak dapat result tu memang cuak gaban kalau pointer tak melepasi border. Even tak begitu konpiden, sejujurnya paling koman aku mengharapkan keputusan STPM aku biarlah kadarnya melebihi pencapaian SPM aku. So that me, myself  don't feel like I'm wasting my two years. At least I feel like it was worth struggling dalam dunia pra-universiti yang bermacam ranjau, onak duri dan liku-liku. lol ayat aku.

Oh yeahhh... to not talk just about me. Aku sempat usya keputusan sahabat-sahabat yang lain. sempat ambil tahu gambaran umum the whole pencapaian jugak. Alhamdulillah, super congrats to my fellow batch-mate because majority-nya lulus principle keempat-empat subjek yang diambil. *tepuk tangan tepuk tangan*As I had ask here and there, aku dapati kebanyakannya beroleh obove border 2.0 pointer. Alhamdulillah lagi. Sebab aku rasa pencapaian tu is fine and okay. Soalan paper STPM is super tough tahap nak arwah, so above 2.0 means you had die hard dalam medan pertempuran peperiksaan. Bukan senang duhh. Tambahan pulak, sebahagian daripada kebanyakannya nih ialah mereka yang mengulang, aku yakin pointer sahabat-sahabat ni akan get higher dan the whole things about pencapaian keseluruhan STPM sekolah aku pun will turn out better. Aamiin, in shaa Allah. *senyum* 13 exclude me got above 3.0 pointer. mohon statistik ini berubah menjelang bulan April nanti. *yakin, yakin..yakinx3!!*

Keputusan peperiksaan yang sebenar-benarnya, bagi aku bukanlah tentang peperiksaan yang diduduki seseorang. Personally bagi aku keutusan yang diperoleh berkait rapat dengan hubungan kita sesama orang sekeliling, ihsan kita dengan makhluk Allah yang lain, adab dengan guru, akhlak terhadap kedua orang tua, sikap terhadap pemimpin, isu dosa pahala kepada Pencipta yakni Allah swt dan sebagainya which is bukanlah semata-mata kerana kita pandai atau kurang pandai maka keputusan kita lebih atau kurang berbanding orang lain. Ada sebahagian orang yang Allah kurniakan kejayaan barangkali kerana selama ini dalam setiap kegagalannya dia bersabar. Aku kira tak mustahil jugak ada orang yang Allah beri kurang baik keputusannya kerana Allah menangguhkan kejayaan yang lebih baik untuknya di masa akan datang. Ada yang berjaya barangkali bukan sebab banyak mana dia ingat ilmu yang dihafal-fahamkannya, mungkin kerana saham usahanya yang mendirikan qiamullail ketika orang lain nyenyak tidur ketika malamnya. Ada orang yang sepatutnya dapat rendah lagi dari apa yang dia peroleh sekarang ini, tetapi Allah kurniakan dia keputusan yang sederhana tetapi dalam masa yang sama memudahkan urusannya yang lain adalah berkat doa dan restu kedua orang tuanya. Ada orang mungkin hasilnya tak seperti apa yang diusahakan tetapi ganjaran atas semangat tidak putus asa dan kesabarannya Allah double-kan. Siapa tahu *senyum segaris* Sebab itu bila tang bab keputusan peperiksaan, apa jua keputusannya orang kata kita kena terima dan redha kerana apa yang Allah dah tetapkan itulah sebaik-baik percaturan. Yang penting kena bersangka baik. siapapun yang beroleh kejayaan super cemerlang dengan pointer super tinggi tidak boleh terlalu banggan dan riak. Dia diuji dengan kenikmatan agar dengan nikmat dia memanjatkan kesyukuran. Sesiapun yang beroleh keputusan yang sederhana, bersyukurlah apabila melihat ada yang lebih rendah darinya dan pupuklah semangat dan sabar dalam proses lepas nih untuk mendapatkan yang lebih baik dari keputusan sebelumnya. Siapapun yang merasakan dia mendapat keputusan yang mengecewakan, barangkali Allah nak uji dengan kesabaran. Kalau rasa usaha dah tip top vavavoom tapi Allah tak beri apa yang dirasakan layak diperoleh, mungkin ada mana-mana hal yang perlu diperbaiki atau maybe Allah postponed kejayaan harini untuk kecemerlangan hari esok. Kadang-kadang yang keputusan sedang-sedang tu, Allah murahkan rezeki dalam hal lain pulak. Peperiksaan bukanlah everything but still it is part of something.
Aku pernah rasa dapat banyak-banyak A, acah-acah cemerlang je kononnye. Tapi tak ke mana. Kalau tak kuat, mmg lah rasa nak down sampai ke dasar laut gituww. Tapi to understand that everything happened for a reason, finally I made it to comfort myself.

Choyy.. banyak dan panjang lak aku membebel.
Sape je nak baca ni bebeh - -"


[notakaki] congrats to  angah, alang, adek, aje, ainkz and foreber batch mate abdul rahman shuib. Izyan gak, congratss. Sama-sala la ittew berdoa untuk April ni. tahniah gak Rizal. Tahniah laaa sume orang yang dapat result fixed tuh and yang tak fixed ponn. lagi penting doakan kite satu batch murah rezeki dapat sambung degree by September in shaa Allah.