Agensi Pemberi Kredit di Malaysia
{ada enam. Dua daripadanya adalah institusi kewangan}
- Bank Perdagangan (termasuk Bank Islam)
- Syarikat Insurans (termasuk Syarikat Takaful)
- Koperasi
- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
- Pajak Gadai (termasuk ar-Rahnu)
- Pemberi pinjaman berlesen
- Bank Perdagangan (termasuk Bank Islam)
- Pemberian kredit merupakan teras dlm bank perdagangan dan paling menguntungkan.
- Bank perdagangan memberi kredit kepada peminjam (pihak yang memerlukan dana) dgn menyalurkan deposit (wang) yang disimpan oleh pendeposit (penyimpan)
- Enam jenis kredit yang disediakan oleh pihak bank :
- Pinjaman sewa beli - beli barang pengguna esp. kenderaan/kereta dan bayar secara ansuran untuk satu tempoh yg panjang. kadar bunga tetap akan dikenakan. Hak milik barang akn berpindah dr pihak bank kpd pembeli apabila pembeli dah selesaikan keseluruhan pinjaman termasuk bayaran kadar bunga. - Meningkat perbelanjaan penggunaan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi bg industri hartanah dan pembuatan kereta.
- Pinjaman bercagar - pinjaman yang diberi kepada pembeli yang mengemukakan aset tetap sebagai cagaran untuk beli harta tetap. Nilai aset yang dicagarkan mestilah lebih tinggi berbanding harga harta tetap. Sekiranya pembeli gagal buat bayaran balik termasuk bayar kadar bunga, bank akn merampas atau menjual cagaran (geran rmh, geran tanah, barang kemas dll) tersebut untuk dapatkan tunai sbgi bayaran balik pinjaman. - Meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi sektor perumahan.
- Pinjaman tidak bercagar - Pinjaman yang diberi tanpa perlu peminjam membuat cagaran. Namun peminjam perlu kemukakan penyata gaji, menyenaraikan nama penjamin, menyatakan tujuan membuat pinjaman serta dptkan kepercayaan pihak bank tntg keupayaannya membuat bayaran balik pinjaman. Bayaran balik boleh dibayar scr ansuran ataupun sekaligus, namun jika peminjam gagal bayar balik pinjaman akn ditanggung oleh penjamin.
- Kad kredit - Kad kredit membolehkan seseorang membeli sesuatu barang tanpa kemukakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai dari mesin juruwang automatik (ATM). Bank akn buat bayaran kpd penjual bg pihak pemegang kad kredit. pemegang kredit pula akn membayar balik pinjaman tersebut (bayaran kpd pihak bank) scr sekali gus atau ansuran mengikut keupayaan pemegang kad kredit tersebut.
- Kemudahan overdraf -pendahuluan yang diberi pada pemegang akau semasa bank tersebut dan pemegang akaun itu boleh mengeluarkan sejumlah wang melebihi baki dalam akaun semasa. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan oleh pihak bank dan kadar bunga hanya dikenakan untuk jumlah overdraf (jumlah wang yg melebihi simpanan akaun semasa) shj. - Menggalakkan urusniaga dlm kalangan firma.
- Mendiskaunkan bil pertukaran - Bank juga akan beri pinjaman dgn memberi diskaun bil-bil pertukaran pelanggannya (membeli bil dgn nilai yang kurang dr muka bil tersebut). Bank perdagangan kemudiannya akn beri sejumlah wang kepada pelanggan dan dpt komisen dari bil-bil pertukaran yang didiskaunkan) Bank perdagangan akn tuntut bayaran dari pihak yg mengeluarkan bil apabila sampai tarikh matang bil. {bil pertukaran adalah surat jaminan yg dikeluarkn penghutang kpd pemberi hutang. dlm bil itu, penghutang berjanji akn membayar sejumlah wang kepada pemberi hutang atau pemegang bil pada masa akn dtg}
- Syarikat Insurans (termasuk Syarikat Takaful)
- Terdapat dua jenis pinjaman oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi insurans hayat :
- Pinjaman polisi - faedah an dikenakan pd pinjaman ini. Bayaran balik pinjaman dan faedah boleh dibuat oleh pemegang polisi (org yang ambil insurans; yg buat pinjaman polisi) sama ada scr sekaligus ataupun ansuran. Jika faedah dan pinjaman tidak dibayar, maka faedah akn ditambah ke ats pinjaman. Jika jumlah faedah dan pinjaman jd lebih besar dr nilai tunai, makan polisi insurans tersebut mungkin akn luput tnpa nilai. Namun sekiranya berlaku kemalangan atau kematian ke atas pemegang polisi, pinjaman yg tak dibayar berserta faedah akan ditolak dari jumlah pampasan.
- Pinjaman premium automatik
- Koperasi
- Dua jenis kemudahan kredit yang diberi koperasi :
- Pinjaman bercagar
- Pinjaman tidak bercagar
- Kadar faedah kebiasaannya tidak membebankan peminjam selaras dgn matlamat utk menjaga kebajikan ahlinya.
- Pendekatan dlm pemberian kredit :
- Menggunakan sumber dalaman
- Menggunakan sumber pinjaman bank yang disalur terus kpd koperasi utk jalankan aktiviti kredit.
- Tempoh bayaran balik koperasi :
- Tak melebihi lima belas tahun bagi pinjaman tak bercagar
- boleh melebihi lima belas tahun bagi pinjaman bercagar
- mengikut tempoh yg diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
- Lima jenis kredit yang ditawarkan :
- Ikhtiar Rezeki
- I-Mesra - pembiayaan pertama dgn jumlah max rm20k untuk biaya projek ekonomi yang diyakini dpt beri pulangan yang baik kpd Sahabat AIM
- I-Srikandi - Diperkenalkan kpd Sahabat AIM sekiranya mempunyai projek-projek yg berjaya dan berdaya maju + beri kemudahan kredit kpd shbt lama agr tak perlu cari modal dr agensi kewangan lain.
- I-Wibawa - pinjaman mudah kpd Sahabat AIM yg tgh ambil I-Mesra atau I-Srikandi tapi memerlukan modal tambahan utk jalankan projek secara bermusim.
- I-Wawasan - Skim utk menggalakkan Sahabat AIM agar terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
- Ikhtiar Penyayang - skim untuk bantu Sahabat AIM yang menghadapi kegagalan dlm projek ekonomi sprt benacana alam dsb
- Ikhtiar Bestari - skim utk bantu Sahabat AIM utk biayai kos pendidikan serta kemahiran yg ingin dipelajari.
- Ikhtiar Sejahtera - skim yg bertanggungjawab utk membiayai keperluan-keperluan semasasprt pembelian rmh, jentera pertanian dan tanah
- Program Kewangan Mikro Bandar - Skim utk jana potensi bekerja sendiri bagi golongan yang berpendapatan rendah.
- Kelebihan skim pemberian kredit AIM :
- Tak perlukan cagaran atau penjamin
- Disokong oleh kerajaan
- Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang
- Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia
- Pemohon yang layak adlh mrk yang miliki harta tetap tidak melebihi rm50k serta pendapatan kurang rm2k sebulan.
- Pajak Gadai dan ar-Rahnu
- Pajak gadai ialah tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sebagai barang gadai ataupun cagaran.
- Pajak gadai konvensional dan ar-Rahnu merupakan sistem gadaian untuk mendapatkan wang.
- Fungsi kedai-kedai pajak adalah untuk memberi pinjaman wang tunai ke atas brg gadaian bagi tempoh enam bulan dgn faedah 2% sebulan.
- Pinjaman yang boleh diperoleh daripada pajak gadai tidak melebihi rm10k {Akta Pemegang Pajak Gadai 1972}
- Sekiranya tak dapat tebus barang gadaian sebelum tamat tempoh (6 bulan maksimum) boleh lanjutkan tempoh masa tidak kurang tiga bulan.
- Sekiranya pemajak gadai gagal tebus barang gadaian :
- pinjaman yang kurang dari rm200, barang yg digadai akn menjadi pemilik pemegang pajak gadai
- pinjaman melebihi rm200, pajakan boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen.
- Kelemahan pajak gadai ;
- Kadar faedah sgt tinggi
- barang emas yang digadai biasanya tdak ditimbang ataupun diukur
- pemajak gadai tidak diberi notis tentang barang gadaian yang telah dilelong dan terdapat wang lebihan
- Jika berlaku rompakan, kebakaran kedai pajak gadai dll, pemegang pajak gadai hanya perlu membayar jumlah cagaran yang ditambah 25% kepada pemajak gadai sebagai pampasan.
- Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kpd suatu barang yang berharga yang dijadikan sandaran serta terikat dengan hutang bercagar dan boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tak dapat dijelaskan.
- Kelebihan pajak gadai Ar-Rahnu berbading dgn pajak gadai konvensional ;
- Tidak mengenakan kadar faedah (tiada unsur riba) - mengenakan caj perkhidamatan yang rendah shj
- Nilai cagaran tidak merosot - tiada penyelewengan dalam sistem ar-Rahnu
- Wang lebihan dari gadaian dikembalikan.
- Pemberi Pinjam Wang Berlesen
- Dua bentuk pinjaman yang dibenarkan :
- pinjaman bercagar
- pinjaman tidak bercagar
- Kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap peminjam :
- 18% setahun bagi pinjaman tanpa cagaran
- 12% setahun bagi pinjaman bercagar
- Sekiranya peminjam lewat menjelaskan ansuran hutang, maka pemberi pinjam wang berhak mengenakan kadar faedah 8% setahun dari jumlah pokok dan faedah yang tertunggak dikira dari hari ke hari sehingga jumlah tersebut dijelaskan sepenuhnya.