Friday, October 11, 2013

Soalan Trial Ekonomi Malaysia : SMK Aminuddin Baki, KL

Bahagian A:

1a) Apakah maksud pengangguran kitaran dan pengangguran geseran.
b) Terangkan bagaimana dasar belanjawan menyelesaikan masalah pengangguran kitaran.

2) Terangkan tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan.

3a) Terangkan maksud cukai langsung.
b) Terangkan empat jenis cukai tidak langsung.

4a) Bezakan antara institusi perbankan dengan institusi kewangan bukan perbankan.
b) Terangkan peranan tiga institusi pembiayaan pembangunan dalam menjana perkembangan ekonomi Malaysia.

5) Huraikan tiga masalah yang sering dihadapi oleh peminjam bagi mendapatkan kemudahan kredit.

6) Huraikan tiga punca kemiskinan di Malaysia.


[notakaki] dalam hapdet seterusnyee.. In shaa Allah aku akn cari masa utk jawab semua soalan-soalan trial econs yang ini dan yg dari sekolah aku. *program cuti peristiwa. lol*  see ya :-)

Assalamualaikum wbt. 
Selamat tgh hari uols.


Soalan Trial Syariah Sem 3 : SMK Panglima Bukit Gantang


Bahagian A (Ayat Ahkam)

1.(surah al-an'am 152-153) 

(a)konsep syirik dan bahaya syirik


(b)ciri2 mukmin dlm ayt


(c)tggjwb pnjaga terhadap ank yatim




2(surah al-furqan 63-68)


(a)jelaskn ungkapan 


i)هونا


ii)الجهلون


iii)يبيتون


(b)cra mmbntuk individu yg berciri ibadur rahman


(c)cra mmbuang sifat angkuh dlm diri




3(surah al imran 103-105)


(a)sebab nuzul

(b)konsep amar maaruf dan nahi munkar serta pendekatan yg terbaik


(c)implikasi perpecahan akibat tidak berpegang kpd agama ALLAH




Bahagian B (Hadis Ahkam)


4(a)maksud sedekah jariah serta amln yg boleh dikategorikn sbg sdkh jariah


(b)kaedah mndidik utk melahirkn amln yg soleh


(c)kebaikn menuntut ilmu dgn menyatakn dalil yg berkaitan




5(a)jelaskn mksud ungkapan


i)القوي


ii)خير وأحب


iiiوفي كل خير


iv)فان لو تفتح عمل الشيطان


(b)punca kelemahan umat islamn hadis kini


(c)cra mmbina dan mengekalkn smgt bekerja kuat brdasrkn nas dan hadis lain




6(a)mksud hadis scara ijmali


(b)cara pemilihan pengganti pemerintah berdasrkn hadis


(c)pengajaran hadis




[notakaki] buad masa ne, taktahu sumber soalan trial ne dtg dari sekolah mana. Dah dikenalpasti

nanti, ak hapdet semule. Anyway, selamat mengisi cuti dgn perkara berpekdahh dan selamat 

cube menjawab ! *wink wink*




SMKA Maahad Hamidiah : Soalan Trial STPM Sem 3 - Ekonomi Malaysia (Bahagian A)

1.
a) Bezakan jenis pengangguran berikut:
    i) Pengangguran kitaran dengan pengangguran struktur
    ii) Pengangguran bermusim dengan pengangguran geseran
b) Nyatakan dua kesan pengangguran ke atas sosial dan ekonomi sesebuah negara.


2. Huraikan tiga sebab inflasi tolakan kos berlaku

3.
a) Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pebangunan
b) Terangkan tiga jenis cukai tak langsung

4. Terangkan masalah yang dihadapi oleh PKS dari aspek berikut :
a) Pasaran dan pemasaran
b) Kekurangan bahan mentah
c) Kekurangan teknologi

5. Terangkan tiga fungsi Bank Negara Malaysia

6.
a) Bezakan antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan tegar
b) Apakah maksud pendapatan garis kemiskinan (PGK) ? Jelaskan prinsip penentuannya.




Ekonomi Malaysia Bab 5 : Institusi Kewangan di Malaysia

Institusi kewangan di Malaysia {7} :

  • Bank Pusat 
  • Bank Perdagangan
  • Bank Pelaburan
  • Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Syarikat Insurans
  • Bursa Saham

Bank Pusat

- Institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.

- Fungsi bank pusat (Bank Negara Malaysia) :
  1. Membangunkan struktur kewangan negara yang kukuh
  2. Menggalakkan kestabilan kewangan
  3. Jurubank atau penasihat kewangan kepada kerajaan
  4. Mengeluarkan mata wang, menyimpan rizab dan melindungi nilai mata wang
  5. Mempengaruhi pemberian kredit untuk manfaat negara


Bank Perdagangan

- Institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta  dan bertujuan mencari keuntungan

- Fungsi bank perdagangan :
  1. Menerima deposit sama ada dalam bentuk deposit semasa, deposit tetap dan deposit tabungan.
  2. Memberi pinjaman sama ada melalui akaun semasa, mendiskaunkan bil pertukaran, pinjaman bercagar, pinjaman tidak bercagar, dan pinjaman sewa beli
  3. Mempermudahkan urusan penerimaan dan pembayaran wang seperti melalui cek, debit langsung dan kad kredit.
  4. Menguruskan pertukaran mata wang asing
  5. Menyediakan perkhidmatan lain seperti peti simpanan keselamatan, menjual cek kembara, dan khidmat nasihat kewangan.
# yang highlight tu point penting bagi fungsi institusi kewangan, and yang tak highlight tu adalah contoh.



Bank Pelaburan

- Institusi perbankan yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan borong perbankan kepada syarikat korporat

- Fungsi bank pelaburan
  1. Menyediakan khidmat nasihat korporat
  2. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam pasaran saham
  3. Menjalankan aktiviti pembrokeran produk-produk pasaran modal 
  4. Menjalankan perniagaan pengurusan dana dan unit amanah
  5. Memberi pinjaman bersindiket (gabungan pinjaman beberapa buah bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek mega syarikat-syarikat berhad.
  6. Menanggung jaminan terbitan saham baru.
# nak senang, ingat key word bahagian depan setiap ayat : *sedia, *gerak, *jalan-jalan *beri *tanggung



Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)

- Terdapat 6 IKP di Malaysia, ditubuhkan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembangunan sektor keutamaan tertentu dan merupakan pakar dalam penyediaan pembiayaan jangka sederhana dan jangka panjang bagi projek-projek yang mempunyai risiko pasaran yang tinggi.

  • Fungsi Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank)
    • Pusat kewangan dan pembangunan perniagaan sehenti untuk pembiayaan keperluan PKS di Malaysia.

    • Menyediakan perkhidmatan pembiayaan  dan nasihat kepada PKS yang terlibat dalam sektor-sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan.
  • Fungsi Bank Pembangunan Malaysia Berhad  (BPMB)
    • Menyediakan kemudahan kredit jangka sederhana dan panjang untuk membiayai projek-projek infrstruktur, maritim, industri yang berintensifkan modal dan teknologi tinggi.
  • Fungsi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
    • Menggalakkan simpanan daripada ahlinya
    • Menyediakan perkhidmatan pembiayaan kepada ahli dan bukan ahli.
  • Fungsi Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
    • Menyediakan kemudahan kredit bagi membiayai dan menyokong eksport-import barangan, perkhidmatan dan projek luar negara.
    • Menyediakan peruntukan bagi perkhidmatan insurans kredit eksport, insurans pembiayaan eksport, insurans pelaburan luar negara dan kemudahan jaminan.
  • Fungsi Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Menggalak dan menggembleng simpanan terutamanya dari penyimpan kecil.
    • Menanam tabiat berjimat-cermat dan menyimpan.
    • Menyediakan saluran menyimpan untuk orang awam
    • Menggunakan dana untuk pelaburan, termasuk membiayai pembangunan ekonomi negara
  • Fungsi Agrobank (Bank Pertanian Malaysia)
    • Menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian 
      • menyelaras dan menyelia bantuan kredit
      • mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan penghasilan dan pemasaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

- Institusi milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor swasta dan awam yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian.

- Fungsi KWSP 
  1. Menjaga keselamatan sosial pesara
  2. Menjaga kebajikan ahli KWSP dan keluarga kerana caruman boleh dikeluarkan apabila pekerja berkenaan kehilangan upaya fizikal, mental atau meninggal dunia dan sebahagiannya boleh juga dikeluarkan untuk membiayai kos membeli rumah atau kos perubatan bagi penyakit kritikal
  3. Memastikan simpanan ahli selamat dan mendapat dividen berpatutan (sekurang-kurangnya 2.5% setahun)
  4. menjadi sumber pinjaman utama kepada kerajaan persekutuan bagi tujuan membiayai belanjawan kurangan dan membiayai kos pembangunan ekonomi.

Syarikat Insurans

- Entiti perniagaan yang ditubuhkan oleh pihak swasta untuk menawarkan skim insurans.

- Fungsi Syarikat Insurans
  1. Mencari keuntungan melalui pengutipan premium insurans daripada masyarakat yang ingin memperoleh perlindungan kewangan.
  2. Memberi perlindungan kewangan (membayar pampasan) kepada masyarakat terhadap risiko-risiko yang boleh diinsuranskan seperti kemalangan dan sebagainya.

Bursa Malaysia 

- Fungsi Bursa Malaysia
  1. Membenarkan syarikat-syarikat yang disenaraikan menjual saham mereka kepada orang ramai untuk mengumpul atau membesarkan modal perniagaan.
  2. Membenarkan orang ramai yang berkemampuan untuk menjadi pemegang saham bagi syarikat-syarikat yang tersenarai. 

- t a m a t -
Rujukan Lai Mooi Chang, Teks Pra-U Ekonomi (Ekonomi Malaysia), PEARSON

[notakaki] Alhamdulillah, selesai jugak nota tak sebeghaape untuk subtopik institusi kewangan di Malaysia. In shaa Allah, aku plan lepas ne nak buat nota untuk institusi pemberi kredit pulak. hohohh, kalau rajin lah :-)
Sebarang flaw, silalah tegur ye. Sebarang kekurangan, boleh tambah laa pape yang patut kat ruangan komen. sharing's caring yawww. 

gedmoninkk!! Assalamualaikum wbt.