Saturday, September 14, 2013

Sakit dan Sedih Diuji? Siapa yang Tidak?

Jom sama-sama kita renungkan.

1-KENAPA AKU DIUJI? 
Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!! 
Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."





6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? 
Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
Surah At-Taubah ayat 129“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

Renung2 kan setiap hari saat kita berasa hidup ini payah..

# tajuk entri cam hape je kann.. entri ne more to peringatan untuk diri sendiri, untuk kuatkan diri sendiri agar perkasa. well, korang pun sedia maklum dalam seminggu dua ne aku memang cengeng habisan. Kurang diberi peringatan agaknya. *Astaghfirullahal'azim* Kononnye pantang jauh dari sejadah, habis jiwaraga jadik lemah. Macam lah takleh nak zikir dan selawat bagi makanan kerohanian. syelepuih je kann. Cakap pandai. Hew *tembak diri sendiri* entri ini adalah repost dari page Prof Dr.Muhaya .

# hype. malam ne kenal dengan sorg member group stpm ne. admin group tak silap. Aku hargai sgt sbb dy duk post psl arwah Syahida. In shaa Allah, semoga ramai yang menghadiahkan al-fatihah buat arwah. dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayangNYA. Anyway, thankss sekali lagi kat mamat tuh ats keperihatinan beliau sebagai admin yg ambil berat hal mmber group. n.n" 

Genaidd. Assalamualaikum


Nilai Pasrah by Najwa Huda

Aku bukan menyerah 
Aku bukan mengalah 
Bukan aku tak nak mencuba
Dan bukan aku takut kecewa 
Aku cuma menghadapi realiti 

Jalan itu tidak asing buatku 
Tetapi kakiku seolah berat melangkah ke sana
Seperti ada yang menahan diri ini
Berdiri kaku aku melihat jalan itu terus disinari
Kerana aku sedar jalan itu tak mungkin ku jejaki

Ini soal diriku 
Biarkan aku berperang dengan jiwaku
Kerana itu kau tidak diberitahu
Dan kerana itu kau tidak pernah tahu
Kerana ini semua tentang aku

Ketentuan Illahi tak siapa yang tahu. Siapa yang akan menyangka kita bakal menjadi diri kita pada hari ini dan masa akan datang? Aku tak pernah bermimpi untuk menjadi seperti diriku hari ini. Siapa yang boleh menjamin bahawa kita masih bisa hidup untuk sedetik waktu lagi? Tiada siapa melainkan Allah Tuhan Yang Esa.

Jika kau rasa kau pernah dikecewakan, ingatlah yang kau jugak pernah mengecewakan tidak kira sama ada manusia ataupun Tuhan. Kau berjanji dengan-Nya itu dan ini tetapi akhirnya kau terkandas di tengah jalan. Tetapi adakah Tuhan memalingkan wajah-Nya darimu? Tidak bukan? Maka, belajarlah untuk memberi sebuah kemaafan. 

Jika kau rasa kau lah insan yang paling bahagia, ingatlah, orang lain juga turut berbahagia. Jadi tak usahlah kau hendak mencanang semua cerita. Manusia akan bosan dan menyampah apabila mendengarnya tetapi tidak buat Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Jadi, simpanlah kebaikan dan kebahagian kau hanya untuk kau dan Allah sahaja.

Jika kau rasa seolah-olah kau insan yang tak berguna lantas mengapa kau diciptakan? Adakah hanya untuk menghukumi diri atau menyesali masa silam? Kita hanya insan yang kerdil di dunia yang tak lain tak bukan hanya untuk beribadat kepada-Nya. Andai kau rasa berputus asa maka fikirkan Allah nescaya kau dapat melihat segalanya.

Di saat kau buntu, siapakah yang kau cari? Di saat kau gembira siapakah yang kau fikirkan? Di saat kau berduka, siapakah yang kau harapkan? Adakah semua yang kau cari, fikirkan dan harapkan itu tampil di hadapanmu tepat pada masanya? Tidak bukan. Hanya Allah sahaja yang sentiasa ada di setiap saat di setiap detik.

Lalu apa yang kau harapkan pada hamba-Nya? Melayani kau dengan istimewa? Mengajarmu segala ilmu Illahi?
Cuba renungkan kembali mengapa Allah meletakkan kita di atas permukaan tanah dan tidak di dasar lautan ataupun di langit tinggi? Allah mahu kita berada di antara keduanya. Tidak di atas dan di tidak di bawah. 

Apa kau tahu apa itu pasrah dan tawakal? Pasrah itu bermakna kau seolah-olah meredhai segalanya dengan dicampuri keluh serta hiba dan kau malas hendak memikirkan perkara itu kembali tetapi tawakal itu lebih indah. Kau berusaha dengan sesungguhnya dan setelah itu kau bergantung kepada kuasa Allah semata. Pasrah itu seolah-olah orang yang kecewa tetapi tawakal umpama orang yang menyedari tempat letak dirinya.

Ini adalah apa yang aku rasakan tentang diriku dan kiranya kau rasa ini bisa membuka matamu maka ambillah isinya selagi mana tintaku bisa mendatangkan manfaat buatmu dan andainya kau rasa tintaku ini sekadar picisan yang tak berharga maka abaikan sahaja.

# heyy uols, this is awesome. I am into this and will like to share because I'm liking it. Credit to Najwa Huda Shahidin *did I spell it right?* Deep. Beauty. Touched. 

"ONE FINE DAY . WHAT EVER WILL BE WILL BE . ALLAH WILL LEAD YOU . FOLLOW THE FLOW AND ALLAH WON'T LET YOU ASTRAY FROM HIM" - NAJWA 

Nusyuz dan Penyelesaiannya (An-Nisa':34-35)


Assalamualaikum wbt 


Surah An-Nisa', ayat 34 & 35:





Terjemahan ayat 34 :

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian  yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan  
sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah  yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang  
kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan  
untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”  


Terjemahan ayat 35 :

“Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya  Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
  

Sebab Nuzul Ayat :

Dalam satu riwayat menyatakan seorang Ansar datang mengadap  Rasulullah SAW bersama isterinya. Isterinya berkata, “ya Rasulullah SAW, dia telah memukuk saya sehingga meninggalkan bekas di muka saya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Dia tidak berhak melakukan sedemikian,” Maka turunlah ayat tersebut sebagai ketentuan dalam mendidik isteri. 

Munasabah ayat sebelum :

Dalam ayat sebelumnya Allah swt telah menerangkan tentang kelebihan diberikan kepada lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Dalam ayat sebelum ini juga Allah menerangkan cara bergaul dengan isteri dan cara mendidik mereka dengan sifat lemah lembut dan kadang-kadang dengan tindakan yang keras. 


Munasabah ayat selepas :

Dalam ayat selepasnya pula Allah menerangkan sebab- sebab diberikan berbanding kaum wanita serta kewajipan terhadap isteri. 


Tafsir ayat secara ijmali:


Ayat tersebut dimulai dengan penjelasan berkaitan dengan kelebihan lelaki berbanding wanita. Contohnya dari sudut fizikal, urus rumah tangga dan dengan membelanjakan sebahagian harta sebagai  
nafkkah kepada isteri dan anak-anak. Lantaran itu mereka berhak menjadi pemimpin kaum wanita. Kaum wanita khususnya isteri pula bertanggungjawab urus rumah tangga dan jaga kehormatan, dan taatkan suami baik di depannya atau semasa ketiadaannya. Dalam ayat ini Allah terangkan dua keadaan isteri.  

Yang pertama ialah isteri yang solehah yakni yang mentaati suami dan yang keduanya ialah isteri yang menderhaka  terhadap suami yakni nusyuz. Namun kerana isteri menjadi amanah maka suami disaran mencari penyelesaian terhadap tindakan isteri nusyuz dengan cara yang bersesuaian dgn syariat. Caranya adalah dengan menasihati secara hikmah, sekira tidak berkesan, mengasingkannya dari tempat tidur atau tidak melayaninya dengan tak melebihi 3 hari. Seandainya berterusan suami harus memukul dengan pukulan tak mencederakan.


Selanjutnya, dijelaskan dalam konteks rumah tangga yang diambang keruntuhan, Islam membuka peluang untuk baiki perkahwinan tersebut. Caranya adalah dengan mencari orang tengah atau hakim yang dapat menjadi pendamai antara kedua suami isteri. Pendamai itu boleh datang seorang dari pihak si isteri dan seorang lagi dari pihak suami. Sekiranya ikhtiar ini tidak berjaya barulah perkahwinan itu diputuskan mengikut pernilaian mereka yang adil. 

Tafsir ayat secara tafsili :




  • قوامون   bermaksud pemimpin atau tonggak

  • Orang lelaki jadi pemimpin. Sama ada lelaki atas wanita dan suami atas isteri. Hal ini kerana Allah melebihkan mereka dari segi akal pemikiran dan tanggung jawab serta disebabkan lelaki melebihkan sebahagian hartanya sebagai nafkah kepada keluarga. 

  • Pemimpin dalam ayat ini juga menjelaskan lelaki dalam konteks suami bertanggung jawab penuh terhadap keselamatan, pakaian dan makanan dan tempat tinggal isteri dan anak-anak.

  • Suami juga bertanggung jawab tanggung nafkah dan perbelanjaan ikut kadar kemampuannya.





  • Isteri solehah yang dimaksudkan ialah yang bertaqwa kepada Allah dan memberi ketaatan sepenuhnya pada suami, jaga kehormatan diri dan diri suami serta aibnya. 

  • Isteri yang solehah membawa kepada keluarga yang harmoni dan penuh keberkatan. 

  • Ayat ini sebenarnya mengingatkan wanita dan isteri agar tidak berlaku curang serta tidak mendedahkan kelemahannya walaupun ketika ketiadaannya. Isteri tidak boleh membawa orang lain masuk ke rumah tanpa kebenaran suami. Isteri sebegini bukan sahaja dikira curang malahan menyebabkan keretakan dan kemarahan suami. 




  • والتى تخافون    - dan mereka (isteri-isteri) yang dikhuatiri, ditakuti, atau dibimbangi. 
  • فعظوهن - maka nasihatlah. Ayat ini memberi jalan penyelesaian kepada para suami dalam menangani isteri yang nusyuz atau mereka khuatiri derhaka terhadap mereka.

  • Langkah nya adalah dengan menasihati atau menegur isteri dengan berhikmah atau dengan memberitahu ugutan dan kemurkaan Allah atas isteri yang nusyuz.

  • Seandainya nasihat itu tidak berkesan suami hendaklah berpisah tempat tidur dengan isteri. Dengan kata lain termasuklah tidur membelakanginya, tidak melayaninya, dan tidak bertegur sapa tak melebihi tiga hari. 

  • Sekiranya masih tidak berkesan dan jelas isteri nusyuz maka suami diharuskan memukulnya tetapi bukanlah dengan pukulan mencederakan, tidak secara bertalu-talu, tidak sampai luka dan patah dan tidak boleh pada wajahnya. Jangan pukul pada satu tempat sahaja. Pukulan itu pukulan yang ringan untuk beri pengajaran dan dilakukan ketika terdesak secara terpaksa sahaja. 



  • Ayat ini menjelaskan tegahan menyusahkan para isteri atau mengambil kesempatan atasnya setelah dia insaf dari perbuatan nusyuznya. 

  • Suami jangan sengaja mencari-cari jalan untuk menganiayai isteri atau menyusahkannya serta menggunakan ayat ini sebagai alasan berbuat demikian. 

  • Dalam erti kata lain ayat ini merupakan peringatan kepada suami supaya berhati-hati dalam mengguna kuasanya sebagai suami yang memimpin. 

  • ‘Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Besar’ adalah amaran agar suami tidak merasa dirinya lebih tinggi kekuasaanya terhadap isteri. Suami yang menzalimi isteri setelah isterinya mentaatinya akan mendapat balasan azab.  



  • Ayat ini merupakan saranan al-Quran mengenai konflik rumah tangga yang berlaku dan kaedah terakhir seandainya isteri berterusan derhaka setelah dinasihat, dipulau dan dipukul. 

  • Langkah yang seharusnya diambil oleh suami atau orang yang terlibat serta berkemampuan adalah dengan melantik orang tengah, hakim atau kata lainnya pendamai antara keduanya

  • Hakim tersebut boleh dilantik sama ada daripada pihak isteri mahupun suami atau melalui keluarga salah seorang atau kedua mereka.  

  • Orang tengah yang paling utama ialah ibu bapa atau individu lain yang disegani dan dalam hal ini pendamai juga boleh jadi kaunselor. 

  • Pendamai diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga bagi mengelakkan penceraian suami isteri


- T A M A T -

Awwwww... sweet kan gamba ne. ittew pung nak husband cenggini. eceyh *beranganjap*



# Alhamdulillah. Phew ~~~ selesai nota Syariah ketiga. Ringkas je dan tak menyeluruh pung. Macam biasa lahh, harap dapat jadi rujukan bermanfaat walaupun tak sebeghapee. In shaa Allah, utk ayat ahkam Penyelesaian Nusyuz ne, ada masa aku sambung. Kalau dapat buat dengan hadis ahkam Ciri-ciri Isteri Solehah pung best gak sebab saling berkait. Heeee.. n.n" Adios. Assalamualaikum, wbt


Ekonomi Malaysia - Bab 3; Langkah Mengawal Perdagangan Antarabangsa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Selamat malam.
Salam Final Pesta Bola Merdeka yaww..

ahahahh.

Alhamdulillah, finally prezi ketiga untuk subjek ekonomi yang lama dah bertangguh telah pun siap.
Maaf sebab presentation kalini sangat ringkas. Namun, harap-harap bermanfaatlah untuk kita semua.
View presentation full screan okeyh kalau nak view yang lebih jelas.

so, here's the link of Ekonomi Malaysia - Bab 3; Langkah Mengawal Perdagangan Antarabangsa
*klik jangan tak klik*

# Puas hati and hepi taw dengan total viewer yang bertambah terhadap entries berkaitan nota-nota STPM. Respon yang positif ne buat aku bersemangat lagi nak share ilmu yang aku dah dapat di sekolah dengan viewer yang lain. In shaa Allah, dikira sebagai ilmu yang berterusan sebagai saham akhirat.
Choiii... perasan je aku. xp okiee, bye. Assalamualaikum. Adios.