Saturday, September 28, 2013

Repost from sis Dena Bahrin #2





# Huda ckp aku suka dia kerana rupa. Ouchh. That's a bit harsh and I am quite offended back then. Am I being that rupalistik? Yeahh, I admit that these couple of days, I've been telling her that I adore how handsome he is, how smart he looked, how I stare at him, getting his picture and sort of. Tengah putus fius agaknye, sampaikan sikap gile mengusya tu singgah kejap. But anyway, I still insist that I don't like him because of his look. Look is something subjective and it is different between people. I've been crying, waiting, missing, liking, praying, longing all the way before. I did experienced those feels of nervousness and got butterfly in my stomach just to be near or bumped into him. His outer appearance come second. When I am re-thinking about what she's saying, I think she said so because it's not like my feeling is serious anymore. It seemed like his look has became the factor of attraction. Lol. Maybe I am too stable that my feeling ain't cling all over my emotion that's why I don't look like the typically and pathetic me. Haahhh.. entah lahh. 
Bole jadi je sebenarnya, feeling aku dah start fade away. maybe aku tak perasan. Wallahu'alam. Dalam tempoh tak contact dan tak interact by any means to each other ne, aku masih belajar utk tentukan whether feeling aku ini serius mahupun tidak. Well said, aku pun salu doa kalau betul takde jodoh and tak boleh bersama.. aku harap perasaan ne boleh pergi tanpa aku sedar. That's much better and less pain, right?  Bila feeling tu natural, aku pun boleh istikaharah tanpa dipengaruhi emosi dn perasaan. How I wish for it. In addition, klw betul feeling ne fade away.. good to know sbb aku beranggapan dia tentu dah tak berperasaan dkt aku skang ne. Boleh redha dgn sebenar-benar redha dan act matured. :-)  

Ekonomi Malaysia Bab 1 - Upah

Hype. Assalamualaikum and gnaidd fellas.
Today I'm going to make some update for my stpm note's page. 
I need to even I don't really want to. Because if I'm not updating, then I'll not going to do any revision. So, that is worst. Right? This is better :-)

I'm going to share  note about 'upah' 
here we go .....

np Maulaya - Maher Zain *bestbest*


 Upah 
  1. Upah Wang
    • Pembayaran yang diberikan dalam bentuk wang kpd buruh atas sumbangan mereka dlm proses pengeluaran.
  2. Upah Bukan Wang
    • Pembayaran yang diberikan dlm bentuk perkhidmatan atau barang kepada buruh ats sumbangan mrk dlm proses pengeluaran.
  3. Upah Benar
    • Kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk mendapatan sejumlah barang atau perkhidmatan.
 Upah Benar 
  1. Kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh/dapatkan sejumlah barang atau perkhidmatan.
  2. Upah wang mempunyai kaitan dengan perubahan tingkat harga umum. 
  3. Semakin tinggi tingkat harga umum sesuatu barang atau perkhidmatan, semakin merosot nilai upah benar
  4. Kerana upah benar dipengaruhi perubahan harga umum, maka upah benar dihitung melibatkan indeks harga pengguna (IHP) iaitu IHP0 (Indeks Harga Pengguna tahun sebelumnya) dan IHP1 (Indeks Harga Pengguna Tahun Semasa) 
  5. Formula :
      6.  Upah benar mempunyai hubugan songsang dengan indeks harga pengguna.
    • Apabila indeks harga naik, upah benar turun
    • Apabila indeks harga turun, upah benar menaik

Faktor yang membezakan upah buruh :-
  1. faktor yang membezakan upah mengikut sektor
  2. faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

Faktor yang membezakan upah buruh mengikut sektor

- Secara umumnya upah yang dibayar kpd buruh dlm sektor pembuatan lebih tinggi berbanding upah yg dibayar kpd buruh dlm sektor pertanian. hal ini disebabkan faktor-faktor berikut :-

  •  Perbezaan daya pengeluaran 
    • Pengeluaran dlm sektor pembuatan yg lebih cenderung kepada kaedah berintensifkan modal dgn gunakan teknik saintifik dan amalkan pengkhususan menyebabkan daya pengeluarannya adalah sangat tinggi.
    • Sebaliknya pengeluaran dlm sektor pertanian yang cenderung menggunakan kaedah intensif buruh serta guna teknik tradisional pula menyebabkan daya pengeluarannya lebih rendah.
    • Oleh itu, upah yg dibayar kpd buruh dalam sektor pembuatan kebiasaanya sentiasa lebih tinggi krn daya pengeluarannya yang lebih tinggi.

  •  Perbezaan Keanjalan permintaan dan penawaran barang 
    • Dalam sektor pembuatan, barang perkilangan mempunyai permintaan dan penawaran yang lebih anjal berbanding dgn barang pertanian.
    • Penawaran yang lebih anjal bermakna, barang keluaran kilang senang ditambah apabila harga naik.
    • Permintaan yang lebih anjal pula bermakna, barang perkilangan tak menghadapi perubahan harga yg besar apabila berlaku perubahan dlm penawaran
    • Hal ini menunjukkan kestabilan harga barangan kilang. Oleh sebab ini, upah yg dibayar kpd buruh dlm sektor pembuatan adlh lebih tinggi berbanding buruh dlm sektor pertanian.

  •  Perbezaan keanjalan pendapatan antara sektor 
    • Pertambahan isi rumah membawa kepada pertambahan permintaan yang lebih besar terhadap barang perkilangan seperti telefon bimbit dan komputer berbanding permintaan terhadap barangan pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
    • Keadaan ini menambahkan keuntungan firma dlm sektor pembuatan dgn kadar yg lebih besar drpd sektor pertanian.
    • Oleh itu upah yang dibayar kepada buruh dalam sektor pembuatan sentiasa lebih tinggi berbanding upah kepada buruh dalam sektor pertanian.

  •  Perbezaan mobiliti buruh antara sektor 
  •  Perbezaan keluaran antara sektor 
  •  Perbezaan Kesatuan sekerja 

Faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan

- Upah yang dibayar kepada buruh adalah berbeza mengikut sektor tidak kira dalam sektor pertama, kedua mahupun ketiga. Hal ini dipengaruhi faktor-faktor berikut :-

  •  Perbezaan sifat pekerjaan 
    • Buruh yang mempunyai pekerjaan yang mudah dan selamat akan dibayar dengan upah yang lebih rendah  berbanding buruh mempunyai jenis pekerjaan sukar dan berbahaya.
    • Buruh yang mempunyai jenis pekerjaan memerlukan kebolehan mental (cth doktor) atau kebolehan fizikal (pemain bola sepak professional) yang tinggi dibayar upah yang lebih tinggi.

  •  Perbezaan jumlah jam bekerja 
    • Buruh yg dibayar mengikut jumlah jam bekerja atau mengikut jumlah keluaran akan dibayar lebih tinggi sekiranya sanggup bekerja lebih lama/ lebih masa.
    • Contohnya:
      • Tukang jahit yang sanggup menerima tempahan menjahit baju yang lebih banyak akan mendapat upah yang lebih tinggi.
      • Pekerja pusat membeli-belah yang sanggup bekerja ketika cuti umum juga dibayar upah yang lebih tinggi krn sanggup mengobankan masa rehat sempena cuti umum,

  •  Perbezaan bakat semula jadi/ keanjalan penawaran 
    • Individu yang mempunyai bakat semula jadi luar biasa (cth pelukis penyanyi dan pelakon popular) merupakan buruh yg penawarannya tak anjal sempurna.
    • Buruh yang penawarannya tak anjal sempurna bermakna dia sukar digantikan dan akn menerima upah lebih tinggi berbanding buruh kurang berbakat.

  •  Perbezaan kos latihan dan taraf pendidikan 
  •  Perbezaan kekanan-an (seniority)/kebolehan 
  •  Perbezaan tanggung jawab 
    
DONE UPDATING! Alhamdulillah. Guys, untuk faktor yang membezakan upah buruh aku letak tiga sahaja out of six factors each. Sorry, masa tak mengizinkan untuk menaip lebih terperinci.
Anyway, there's certain factors and explanation come with the word 'keanjalan' sort of. If ta berapa clear tentang istilah tersebut bolek try rujuk SINI. Agak panjang dan terperinci. I guess, this is the syllabus for matriculation student. Hahah. Tape lahh, In shaa Allah rasanya boleh membantu jugak siked sebanyak :-)

Gnaiddmorning! 
Till we meet again in my another notes, In shaa Allah.
Adios