Monday, June 24, 2013

My steps to mujahadah (Pre-Ramadhan update)


Assalamualaikum wbt.



Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." 
Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." 

Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." 
Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi. 

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin." 

Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat.

Kalau ikut bahasa aku sendiri, 
mujahadah tuu kira macam fight diri sendiri. Tahu diri sendiri silap, culas, khilaf and berdosa.
So, mengaku, berubah dan istiqamah.
Hahh... amacam? berani?
Tepuk dada, tanya iman masing-masing k ~



Bukan aku je....
kita semua muslimin dan muslimat sekalian semakin hampir dengan bulan Ramadhan, right?
and disebabkan itu aku rasa, personally.. aku kena buat sesuatu untuk menghadapinya.

Aku namakannye Steps to Mujahadah (Upgrade menjelang Ramadhan) Heeee o(^^)o

Aku tak jamin apa yang aku akan kongsikan ni hundred percent ak ikut n konpem xlanggar.
Well, tapi dah tentu lah aku akan cuba penuhinya. At least aku merancangnya. 
Bagi aku ia lebih kepada garis panduan peribadi. *smile*

  1. 5 kali sehari solat fardhu jgn culas. Kasi semat dalam hati. Ini basic.
  2. Subuh jangan terlajak, and jangan langgar! *amaran keras*
  3. Untuk dapatkan Isyak yang berkualiti, limitkan masanya sampai pukul 12 tgh mlm je *elak mengantuk tersengguk-sengguk time solat.*
  4. Tiap kali lepas solat fardhu, ngaji. Target nak khatam by Ramadhan. Get used to.
  5. Cuba rajin-rajinkan buat Solat Sunat Dhuha (nnti mesti tade buat hape sgt time puasa)
  6. Istiqamahkan baca ma'thurat sughra pagi dan petang. Sbgi langkah awal, buat pd sala satu wktu pon takpe. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
  7. Kurangkan/sederhanakan pengambilan makanan (dah biase bnyk mkn kang, berat nak buat ibadat. Macam mana dgn mse dpn terawih aku?? dapat penghayatan atau sekadar ikutan mcm zaman dulukala?)
  8. Tidur ikut waktu dan isi masa sepertiga malam. (Bukankah org yg berjaya tu adlh org yang mempunyai ibadat tersembunyi antara dia dgn Tuhannya yakni Allah? wallahu'alam)
  9. Belajar mesti rajin dan sungguh-sungguh barulah tak mudah terganggu fous dengan mende-mende laen yang lagha dan melalaikan
  10. Jangan mudah touching, emo or sensitip. Please lah. Sikap hati tisu melampau aku ne berpotensi merosakkan hubungan aku dgn member. (jaga hubungan sesama manusia! senyumx3 )
# Nak ulang baca Contengan Jalanan untuk dapatkan feel dan mood susana menjelang Ramadhan. Anggaplah aku ulang bacaan tuh sebagai kit-bantuan utk ak dapatkn sedikit sebanyak ruuhh Ramadhan tahun ini. In shaa Allah. Tak ada yang mustahil kan? *wink wink*


Dedikasi Buat Abah




Dari kecil hingga besar panjang,
Mendidik dengan kasih dan sayang,
Tak kira susah mahupun senang,
Ketika malam dan juga siang.

Ingin bersama teman lagi dihalang,
Sesekali aku naik berang,
Sampai bila nak dikekang,
Waktu suka riaku dikala senggang.

Tak tahu aku abah resah abah gelisah,
Ingin melepaskan tetapi payah,
Biarlah dihabiskan waktu bersama abah,
Kelak dewasa akan jauh terpisah,
Tentulah rindu datang menjengah.

Abah tak mengongkong,
Sikapnya gemar menolong,
Perkara yang baik tentu disokong.

Hatinya lembut bak sutera,
Sekali terluka tercarik jua,
Bicaranya hikmah penuh natijah,
Tetap ditelan walau hakikatnya payah,
Kasih sayangnya tiada berbelah,
Untuk anak-anak yang menjadi anugerah

Sayang abah.


# dedikasi ne dah dinukilkan right before bukak sekolah lepas cuti due minggu harituh.
Tapi tak kesampaian nak submit untuk contest farther's day by Sis Dena Bahrin sebab dah kalut nak balik 
hostel. Well, even hari bapa dah sampai expired date and contest pon dan tamat... aku tetap nak 
post nukilan ne. It comes from heart ya know. Takkan lahh nak simpan dalam memo sampai berhabuk kott.
Heeee ~~ setiap harikan hari bapa; beliaulah yang perlu dihormati saban ketika *smile*