Showing posts with label karya kreatif. Show all posts
Showing posts with label karya kreatif. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Dulu yang Dirindu

Haikal menoleh , memandang Nurhanim di sebelahnya .
"Kau kenapa kak ?" Wajah kembarnya yang tidak beriak dipandang lama menunggu jawapan .
Nurhanim masih diam . Lambat-lamba dia melepaskan keluhan kecil . 
"Aku rasa macam . . ." Nurhanim masih berkira - kira ayat seterusnya . Pandangannya bertemu dengan pandangan Haikal saat dia menoleh .
"Lifeless ." Ayatnya dinoktahkan dengan sepatah perkataan . 

"Apa doe ?" Haikal angkat kening , gayanya seperti tidak bersetuju dengan jawapan saudara kembarnya itu .
"Apa yang apanya ?" 
"Lifeless . Tak hidup . Apa yang tak hidupnya kak ? Aku tengok kau okay je ."
"Ish , memanglah aku okay and hidup elok je . Kalau tak , aku tak bercakap dengan kau sekarang ni ." Automatik tangannya menumbuk perlahan bahu Haikal . 
"Slow lah kau . " Omel Nurhanim . 
"Dah tu ? Cuba explain panjang - panjang dekat aku sampai aku paham . Aku rasa istilah lifeless tu macam melampau sangat . "
"Aku rasa macam kosong . Macam ada yang tak kena sepanjang cuti semester ni . Setiap hari aku seronok habiskan masa aku marathon drama dan movie , happy lepak dengan member hari tu and enjoy je percutian family kita sebelum ni . Aku takde pulak bosan atau sedih ke hape . Tapi still somewhere aku rasa aku lifeless jugak ." Panjang lebar Nurhanim meluahkan kepada Haikal yang masih mendengar .

"Kau rasa , kenapa kau macam tu ?" Suara Haikal mendatar . Dia turut berfikir sesuatu .
"Manalah aku tahu ." 
"Cehh , jawapan macam orang hilang arah tuju . Fikirlah sikit kak ."
"Nak fikir apa lagi ? Tak ada apa pun yang kurang . Semuanya biasa . Aku bangun , makan , jalani hari - hari aku dengan gembira , solat bila masuk waktu dan tidur balik . "

"Aku rasa kak , kau sebenarnya feel lifeless tu dalam ibadah je sebenarnya . 

Haikal bangkit dari duduk dan menapak ke arah rak - rak buku pada satu sudut biliknya . 
Buku Penenang Jiwa , Pengubatan dan Rawatan terjemahan Mukasyafah al - Qulub terjemahan oleh Imam al - Ghazali dicapai dan dibelek-belek sekejap sebelum diletakkan semula pada tempatnya . 
Letak kaca mata pada batang hidungnya diperbetulkan .

"Kau rasa apa time solat atau mengaji , kak ?"
"Rasa . . . Rasa biasa je lah ." Laju Nurhanim merespon . Dia sebenarnya masih kabur dengan telahan Haikal .
"Sebelum ni kau tak macam ni . Sebelum ni kalau kau mengaji bukan takat lepas maghrib je . Asal ada waktu lapang kau ngaji . Kau bila tang berdoa lepas solat , doa kau panjang sekali . Bukan aku tak tahu kau menangis time - time macam tu . Kau rajin kejut aku bangun qiam sebelum ni . Sekarang , bukan takat kau tak kejutkan aku . Bila aku kejut kau pun , kau tak bangun  . Kau tidur lambat sebab sibuk dengan drama kau tu lah agaknya . "


Awalnya dia seperti ingin marah mendengar baris terakhir diucapkan Haikal . Terasa tersindir sekalipun kembarnya menuturkan seperti kebiasaannya . Nurhanim menunduk saat Haikal sudah kembali melabuhkan punggung di sebelahnya . Apa yang barusan diberitahu kembarnya itu seolah - olah tidak disedarinya sebelum ini . 

"Kau banyak sangat enjoy agaknya cuti ni . Kau bukan tak tahu , hiburan dunia mengurangkan kelazatan dalam beribadah . " Mata Haikal mengecil , segaris senyum tertampal pada wajahnya . 

Nurhanim diam . Sebuah kisah yang pernah dikhabarkan kepadanya kembali menerpa dalam kepala mengenai seorang pemuda . Pemuda tersebut bertanya kepada imam Syafii, "Wahai Imam, apa siksa dan azab Allah di dunia bagi orang yang melalu kan maksiat walau ia terlihat solat dan melakukan ibadah lainnya ?" Al-Imam Syafii menjawab "Hurrimat munaajatuh wa halaawatuh lillah…… Allah cabut kelazatan solat dan Allah haramkan manisnya munajat"

Keluhan berat ditahan dalam diam . Akur . Nurhanim sedar .

"Hilang kelazatan beribadah tu bentuk azab Allah dekat dunia . Kau perli aku eh ?" Nurhanim buat - buat mencebik . Sejujurnya dia terpukul dengan kata - kata Haikal . 'Dasar bekas ketua BADAR betul lah kau ni K .' Hati kecilnya mengomel .
"Mana ada aku perli kau . Tu pendapat aku based on 'lifeless' yang kau cakap tadi ."
"Kak , kalau kau rasa apa yang aku cakap tu betul kau mesti lebih tahu apa yang kau patut buat ."
"Hmm . . " Nurhanim mengangguk perlahan .

"Kak , kau rindu tak diri kau yang sebelum ni macam yang aku cakap tu ?" Haikal menyambung , ingin tahu .
"Gila kau tak rindu . Mestilah rindu . " Nurhanim mengangkat muka . 
"Thanks K . " Segaris senyuman manis ditampal pada wajahnya , dihadiahkan buat saudara kembarnya . 

Ada sesuatu yang perlu dibuat . Dia bukan perlu berubah . Dia cuma perlu kembali kepada diriya dulu , dirinya yang lebih baik . Nurhanim memasang tekad . 

- T A M A T -


[notakaki] Ada orang yang dulunya dia lebih baik dari sekarang , maka kembalilah pada waktu itu . Kita lebih tahu apa yang dirasa . Tepuk dada , tanya iman . err FYI , cerpen tak sebeghape ini sebenarnye refleksi untuk diri sendiri aje . maka sbb tu jalan cerite macam hape jeh kan . . . 

oh yeahh uols juga boleh singgah SINI kalau agak - agak terindu diri korang yang dulu :)
Assalamualaikum . Ilalliqa'



Friday, September 20, 2013

Cinta & Ukhuwah [Fasa 5]

Fasa 5

How can you say goodbye to someone you never had?
Why do tears fall for someone you never with?
And you should ask your self, why do you love someone whose love was never yours?

Nur Ainul Jihada berjalan mundar- mandir. Sekejap dia di bahagian belakang kelas 5 Alpha, kemudiannya pula dia berada di bahagian hadapan kelas aliran sains tulen tersebut.

“Wei Jiha, tak payahlah kau berulang-alik ke depan, ke belakang kelas. Macam emak kucing hilang anak, aku tengok kau.” Tegur Ilyani Hanan yang  tadinya tekun menyiapkan latihan Matematik Tambahannya. Sejujurnya, dia sendiri naik rimas melihat keadaan sahabatnya.

Nur Ainul Jihada berhenti sebentar, melabuhkan punggungnya di atas kerusi, tidak jauh daripada Ilyani Hanan. Rambut panjangnya yang diikat satu, dikemaskan ikatan reben putihnya.

“Ann, patut atau tak, aku confess dekat Q feeling aku ni?” Riak wajah Nur Ainul Jihada tampak gelisah ketika dia mengajukan soalan itu kepada Ilyani Hanan.

‘Jiha ni, merosakkan fokus, betul.’ Sudahlah soalan latih tubi Matematik Tambahan yang dihadapinya ketika itu sanagat rumit. Ditambah pula dengan kerumitan dilema sahabatnya itu. Kepala Ilyani Hanan bertambah pusing dan pening.

“Aku cadangkan, better kau tak payah confess feel kau tu. Kau kan tahu, Q tak layan benda-benda yang dia rasa mengarut ni.” Ilyani Hanani membuang nafasnya. Perlahan.

“Tapi kalau kau nak go on dengan niat murni kau tu, terpulanglah. In my opinion, tak salah kalau kau nak terus terang perasaan kau. You should grab the chance untuk confess sebelum dia pindah dari sekolah kita ni. Ikut engkau lah, Jiha.” Pelajar perempuan tingkatan 5 Alpha yang memakai kaca mata phrameless itu kemudian menyambung kembali tugasnya setelah kata-katanya dihabiskan. Nur Ainul Jihada yang kebingungan dibiarkan.

“Apa ni Ann? Kau suggest supaya aku tak confess feeling aku dekat Q and in the same time, kau suruh aku grab the chance while he’s still here. Mana yang patut aku buat ni?” Soal Nur Ainul Jihada sekali lagi. Ilyani Hanan seperti sudah malas merespon bicara sahabatnya yang mula kedengaran seperti rengekan kanak-kanak kecil.

Ketukan perlahan pada muka pintu kelas 5 Alpha disusuli pula dengan ucapan salam oleh seseorang, sekaligus membuatkan Nur Ainul Jihada kaku serta merta untuk seketika.

“Ada apa, Jiha?” Aju Ayisy Naqiuddin Bin Dato’ Abu Bakar. figura sederhana tinggi yang berdiri di bahagian hadapan kelas 5 Alpha itu memulakan perbualannya dengan menyoal Nur Ainul Jihada Bt Dato’ Khusairi yang berdiri tidak jauh, dihadapannya. Lambat-lambat figura itu menarik kerusi ke hadapan sebelum menjadikan kerusi tersebut sebagai tempat menghilangkan lelahnya.

*****

Selepas menunaikan solat Zohor di rumah pangsa milik ibunya, dia bersegera pula menyudahkan kerjanya menyusun pakaian dan keperluannya ke dalam sebuah bagasi yang telah disediakan. Sebolehnya dia mahu meluangkan lebih masa bersama ibunya pada hari itu memandangkan Brother Joe akan mengambilnya dari sana pada petang nanti. Namun, apakan dayanya untuk melakukan semua aktiviti tengahari itu mengikut perancangannya. Dalam keadaan terpaksa, dia gagahi dirinya untuk melangkah kembali ke sekolah dek pesanan penolong ketua tingkatannya ketika sesi persekolahan pagi itu.

“ Q, aku nak jumpa kau. Lepas Zohor, dekat kelas ni.” Cepat-cepat Ainul Jihada melangkah setelah pesanannya disampaikan. Ayisy Naqiuddin yang baru berpaling ke belakang tidak sempat merespon.

“Jiha!” Suaranya tinggi beberapa not; berharap penolong ketua tingkatan 5 Alpha masih belum beredar dari kelas untuk ke kantin. Ayisy Naqiuddin tidak perasan wajah putih melepak Ainul Jihada sudah memerah, malu bertentangan mata dengannya.

“Ada apa-apa yang nak disampaikan?” Nur Ainul Jihada mengangguk laju.

“Kau sampaikan pada waktu sekolah je lah. Kalau tak pun, sebaik sesi P&P tamat. Boleh?” Cadangan Ayisy Naqiuddin mendapat gelengan empunya tubuh ramping di hadapannya. Ayisy Naqiuddin naik pusing. Setiap pertanyaanya dijawab dengan bahasa tubuh oleh Nur Ainul Jihada.

“Aku ada urusan yang perlu diuruskan mengenai perpindahan aku. Mustahak sangat, Jiha. “ Intonasi suara garaunya seakan merintih. Ayisy Naqiuddin bukan stok lelaki yang suka merayu. Dia sekadar memerlukan pengertian rakan sekelasnya.

“Aku nak bincangkan sesuatu dengan kau. Tentang kelas kita. Perkara ini pun mustahak juga.” Balas Nur Ainul Jihada. Lebih yakin dengan pertuturannya. Ayisy Naqiuddin mengeluh perlahan. Sebagai ketua tingkatan, dia merasakan dia tidak punya pilihan lain apatah lagi dengan tanggungjawab yang sedia tergalas di bahunya.

“Demi kelas. Please Q. Sekejap je.” Nur Ainul Jihada mencelah. Suaranya dilembutkan pada akhir bicara. Ayisy Naqiuddin yang tidak berkesempatan merespon, akhirnya sekadar mengangguk lemah.

*****

“Q, aku suka dekat kau sebenarnya.”
Ayisy Naqiuddin terpana beberapa saat. Sekelip mata ulang-tayang senario yang terjadi pada pagi itu sirna serta merta.

Barangkali Ayisy Naqiuddin tidak menumpukan perhatiannya terhadap Nur Ainul Jihada memandangkan sejak mereka bertemu tengahari itu, figura di hadapannya hanya bertanya khabarnya, bertanya ‘dah packing baju ke?’, ‘Q, kau dah makan?’ ,  ‘nanti kau akan pindah ke sekolah mana?’ dan soalan-soalan remeh lain yang sewaktu dengan yang sebelumnya. Sebentar tadi, soalan-soalan sebegitu hanya dibalasnya dengan anggukan, gelengan dan baris-baris perkataan pendek, yang mudah-mudah.

“Q, kau dengar tak? I am confessing right now.” Tempik Nur Ainul Jihada dalam pada kadar tahap kelembutan suaranya masih dikawal dengan cemerlang. Dia tidak berpuas hati melihat wajah bersih di hadapannya begitu tenang mendengar pengakuannya sementelah dia begitu gabra, risau dan berdebar-debar dengan tindakannya sendiri.

Ayisy Naqiuddin bangkit dari duduk. Tangan kanannya yang diseluk ke dalam kocek seluar dikeluarkan. Kerusi yang digunakannya, disorong kembali ke tempat asal. Dia memandang ke arah Nur Ainul Jihada tetapi memastikan pandangan mereka tidak bertembung antara satu sama lain.

“Aku ingatkan kau betul-betul nak jumpa aku sekarang sebab urusan kelas yang penting. Aku kena pergi dulu, Jiha. Mak aku tunggu aku balik.”  Ayisy Naqiuddin berkira-kira untuk melangkah keluar. Sakit hatinya mengenangkan kebodohannya mempercayai cakap  Nur Ainul Jihada bulat-bulat dan kemudian menghabiskan waktu yang sepatutnya digunakan untuk meluangkan masa bersama ibu yang tersayang.

“You are about to move to the other school and because of that, I’m confessing my feeling to you.  This is about my feelings and it’s important.” Hancur hati perempuan Nur Ainul Jihada yang selama ini memendam perasaannya kepada Ayisy Naqiuddin. Dia mula menunjukkan sikap sebenarnya yang tidak sabar.

I’m not couple yet and I’m not liking anyone else except him, for three years. Ini yang aku dapat? He rejected me just now, straight away in front of me, mentah-mentah! I’m ruining my own pride as anak Dato’ Khusairi because I lke him. This is too much and shameful.’ Getus hati kecilnya.

Seek for Allah’s bless and love should be your priority, Jiha. Liking me wouldn’t give you anything  even hapiness and satisfation. Trust me, you won’t dissapoint for seeking His love. Faith Him.  It’s true and forever.” Balas Ayisy Naqiuddin. Kata-kata itu terpacul sendiri tanpa dirancang.

I’m liking you for three years and I am serious about my feeling towards you. “ Sikap sebenar Nur Ainul Jihada Bt Dato’ Khusairi yang tidak pantas menyerah kalah semakin terserlah. Ayisy Naqiuddin mengurut pelipisnya. Kerenah Nur Ainul Jihada sukar untuk dipenuhi kerana rakan sekelasnya itu tetap berdegil; menegakkan keinginannya.

“Aku hargainya. Tapi, aku minta maaf, perasaan aku bukan sesuatu yang boleh dipaksa.” Balas Ayisy Naqiuddin perlahan.

‘aku juga kecewa dengan kau yang tidak hargai cinta sebenar  yang sewajarnya kau kejar dan gilakan. Cinta sebenar adalah dengan mencintai Ilahi.’ Baris seterusnya sekadar diungkap dalam hatinya.

            Sudah menjadi kelaziman, kaum perempuan sememangnya begitu mudah berkecil hati dan mengalirkan air mata. Hati mereka selembut sutera.

Tubir mata yang semakin sarat dengan air mata penyesalan dek tidak menghiraukan nasihat Ilyani Hanan sebelumnya cuba dibendung sebaik mungkin dari pecah; menangis. Nur Ainul Jihada sakit hati mengenangkan egonya yang dirasakan teruk tercalar oleh seorang lelaki yang selama ini kelihatan sempurna di matanya.

Ayisy Naqiuddin malas berfikir panjang.. Dia tunduk sekejap, menekur lantai.

“Jiha, aku balik dulu. Jaga kelas baik-baik. All the best for both of you. Pergi dulu, ya.”  Dia mengukir senyuman nipis kepada Ilyani Hanan yang dirasakan begitu bersabar mendengar dan menyaksikan drama sebabak oleh Jihada dan dirinya. Ayisy Naqiuddin menuturkannya dengan sekali lafaz. Dia melangkah keluar dari kelas dan berjalan pulang ke rumahnya.

Nur Ainul Jihada menjerit kecil, nyaring. Menghamburkan ketidakpuasan hatinya. Dia merasakan dirinya ‘looser’ pada awal petang itu. Nur Ainul Jihada menagis teresak-esak persis anak kecil.  Ilyani Hanan yang masih setia dengan buku latih tubi Matematik Tambahannya menggeleng beberapa kali.

‘‘Kenapa lah, perempuan mesti memalukan diri sendiri dan menjadi selemah ini? Tak kuasa aku.’’ Dia menghamburkan persoalan, disusuli keluhan pada akhir monolognya. Perlahan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
          
  Jauh pula dirasakan perjalanan dari sekolahnya ke rumah walaupun dia melangkah laju.

“Assalamualaikum mak.”

Ayisy Naqiuddin meluru masuk. Kakinya diteruskan melangkah ke dapur, mencari segelas air masak sebagai penghilang lelah.
“Dah habis dah, urusan awak dekat sekolah tu?” Puan Haslin mendapatkan anak lelakinya yang baru pulang ke rumah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ayisy, di atas sofa biru tua yang mulai lusuh di ruang tamu mereka.

Ayisy Naqiuddin mengangguk.

“Tak ada pun yang penting.Tu yang cepat-cepat Ayisy balik teman mak.” Puan Haslin tersenyum nipis. Dia gembira dengan kehadiran Ayisy Naqiuddin dalam hidupnya kerana anaknya itu pandai mengambil hati, manja dan sangat rajin membantunya.
“Kawan awak yang perempuan tu rindu awak agaknya. Tambah pula hari ini hari terakhir awak bersekolah dengannya.” Usik Puan Haslin.
“Eh, tak adalah mak. Kawan-kawan Ayisy tak adanya yang layan jiwang  macam mak cakap tu. Ada-ada je, mak ni.” Balas Ayisy Naqiuddin. Dia senyum segaris melihat ibunya menguntum senyum, mengusik. Untuk seketika, wajah Nur Ainul Jihada melintas dalam pemikirannya.
Mereka menjadi rakan sekelas selama tiga tahun berturut-turut. Ayisy Naqiuddin benar-benar tidak menyangka dirinya disukai Nur Ainul Jihada dalam diam sepanjang tempoh waktu tersebut. Bukan ingin berlagak sombong atau sengaja menyakiti Ainul Jihada, Ayisy Naqiuddin sememangnya seorang yang tidak cenderung tentang soal cinta dan perasaan. Sebagai satu-satunya anak kepada ibu yang berstatus ibu tunggal, sejak awal fokusnya hanya untuk ibu. 

'Mungkin aku belum rasa. Sampai satu masa, aku juga akan rasa, perasaan mencintai seseorang dan ingin dibalas cinta. Cuma waktuya bukan sekarang.' Getus hati kecilnya.

“Barang-barang keperluan dan baju yang nak dibawa ke rumah papa awak dah dimasukkan kesemuanya dalam beg?” Puan Haslin inginkan kepastian. Kata-katanya mematikan lamunan Ayisy Naqiuddin.
“Dah.” Anak lelakinya menjawab pendek.
 “Jom.” Dia bangkit dari duduk. Diikuti Ayisy Naqiuddin.
“Nak pergi mana, mak?”
“Solat Asar lah sayang oi. Tak lama lagi Brother Joe kamu tu sampai.”
“Kak Johanna lah mak.” Ayisy Naqiuddin ketawa kecil di hujung kata-katanya.
“Awak imamkan mak, ya.”
“Ya lah, mak. Takkan lah mak yang imamkan Ayisy.” Ayisy Naqiuddin membalas nakal. Dia menyangka petang masih di awal waktu. Melihatkan jarum jam yang sudah menginjak pada angka lima, dia tahu dia telah tersalah andai.
“Main-main pulak budak ni.” Figura Puan Haslin sudah menghilang di sebalik daun pintu biliknya.

            Usai menunaikan solat Asar berjemaah, Puan Haslin yang sudah bersiap berbaju kurung sibuk menyiapkan juadah minum petang di dapur sambil dibantu Ayisy Naqiuddin.
“Assalamualaikum.” Salam Joe yang kedengaran disambut oleh Puan Haslin. Dia bergegas ke pintu hadapan, menyambut kedatangan tetamu yang tiba.

“Sihat puan?” Joe ramah bertanya sebaik dipersilakan masuk. Dato’ Abu Bakar menyusul di belakang langkah pemandunya.

Puan Haslin mengangguk.

Ayisy menyalami tapak tangan bapanya sebaik Dato’ Abu Bakar menjejakkan kakinya, masuk.
Kempat-empat mereka menuju ke dapur untuk menikmati minum petang yang telah disediakan.

            “Rindu lah saya lepas ni. Ayisy dah jauh sikit. Jarang-jarang berjumpa pula tu.” Puan Haslin mengemukakan pendapatnya. Dia lihat Dato’ Abu Bakar mengangguk beberapa kali tanda mengerti.
“Masa dia balik wajib nanti, Lin telefon saja si Joe tu, minta dia bawakan Ayisy ke sini. Abang tak kisah pun”

Dato’ Abu Bakar berhenti seketika sebelum menyambung kata-katanya.
“Lin tahu, bukan. Abang pindahkan Ayisy ke sekolah barunya untuk berikannya didikan yang lebih baik. Tambahan pula tahun ini tahun terakhirnya bersekolah dan merupakan tahun paling penting buatnya. Abang inginkan yang terbaik untuknya seperti mana yang diharapkan oleh Lin. Walaupun kita dah berpisah, abang tidak mahu lalai dalam menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang ayah kepada Ayisy Naqiuddin.” Suara Dato’ Abu Bakar sayu. Dia terkenangkan jodohnya dengan Puan Haslin yang tidak berpanjangan.
“Lin faham dan berterima kasih pada abang sebab bertolak ansur dengan Lin. Setiap tahun abang minta izin Lin untuk tukarkan Ayisy ke sekolah swasta pilihan abang tu, Lin selalu berdegil dan abang tak kisah pun. Sebaliknya, abang  memberi peluang kepada Lin, bersama dengan Ayisy lebih lama dari apa yang dirancang.
“Lin berhak kerana Lin ibunya. Lin, tak usah risau lah. InsyaAllah, abang dan keluarga abang akan jaga Ayisy baik- baik sepanjang dia dalam jagaan kami. Anak awak tu sudah besar dan menjadi anak yang baik. Abang pasti dia akan cepat sesuai belajar dan menuntut di sekolah barunya.” Dato’ Abu Bakar pula membalas kata-kata bekas isterinya. Panjang dan terperinci.
“Tuan, kita dah boleh berangkat.” Ucap Joe pendek, penuh hormat. Ayisy Naqiuddin bersalaman dengan ibunya.

“Ayisy  mesti rindu mak nanti.” Dato’ Abu Bakar yang mendengar kata-kata Ayisy Naqiuddin mengukir senyumannya. Kemesraan antara bekas isterinya dengan anaknya begitu ketara.
“Jaga diri awak baik-baik. Jangan jadi budak nakal.” Pesan Puan Haslin. Dia berlapang dada dipisahkan buat pertama kali, untuk sementara waktu dengan anak tunggalnya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Kak Long, kakak. Tengok Adik Syakir ni, dia kacau orang buat kerja orang.” Rengek Achik, meminta simpati daripada Hana Hazwani dan Hawa Hanani.
Hana Hazwani angkat kening. Dia sendiri bingung bagaimana caranya untuk memuaskan hati Achik. Masuk kali ini, sudah tiga kali Achik datang dan merengek mengenai Adik Syakir di hadapan mereka semenjak mereka sampai ke rumah petang tadi.
“Apa pula kali ni, Achik?” Soal Nani lembut. Rambut panjang paras bahu adiknya disisir kemas dari menutupi wajah putih gebunya.
“Syakir tu kacau orang. Orang nak buat kerja sekolah orang lepastu dia pergi ambil pensel yang orang guna tu. Tak minta izin pun, Kak Long.” Terang Achik panjang lebar, bersungguh-sungguh. Walaupun sudah menginjak dua belas tahun, susuk tubuh Achik yang halus dan sikapnya yang lebih manja menyebabkan dia kelihatan seperti anak bongsu dalam keluarga berbanding Adik Syakir.
“ Syakir! Ke sini sekejap.” Nani memanggil adiknya yang seorang lagi. Sementara itu Achik sudah melabuhkan punggung di sebelah Wani. Dia membisikkan sesuatu kepada kakak keduanya. Dia minta dibela.

“Syakir buat apa pada Achik?”

“Dia ambil pensel orang, tak minta izin. Syakir berdosa.” Achik memotong kata-kata Nani sebelum sempat dihalang Wani di sebelahnya. Kak Long dan kakak, keduanya menggelengkan kepala dengan sikap adik perempuan mereka.

“Jangan potong cakap Kak Long.” Wani bertegas.
“Orang nak pinjam pensel Achik, kejap je. Mana orang tahu Achik tengah buat kerja sekolah dia sebab dia asyik tengok TV je. Achik bukannya buat kerja.” Balas Adik Syakir.
“Orang buat kerja sekolah lah! Mana ada orang tengok TV. Orang nak UPSR tahun ni, orang tak malas macam Syakir.” Bidas Achik sekali lagi.
“Achik kata orang malas. Achik tu perasan rajin.” Ejek Adik Syakir. Mereka berdua mula bertikam lidah. Wani dan kakak sulungnya, Nani berpandangan sesama mereka.
“Kakak tak mahu Achik dengan Syakir bergaduh macam ni. Tak elok, tahu.”
“Achik kan dah besar. Bertolak ansur lah dengan Syakir ni. Maafkan lah dia kalau dia buat salah. Berapa kali kakak perlu bagi tahu, memaafkan orang, pahalanya besar. Sedangkan Rasulullah ampunkan umatnya, takkan lah Achik tak boleh maafkan adik sendiri?”
“Syakir pun sama. Jangan timbulkan salah faham dengan Achik. Buat kerja sama-sama. Hormat Achik. Lagipun setahu kakak, kau orang tak macam ni masa duduk dengan Tok Wan. Kau orang nak tarik perhatian kakak, ya.”  Wani menampal senyum lebar melihatkan adik-adiknya yang membisu dileterinya.
“Kalau abang ada, abang mesti backup orang.” Syakir menokok perlahan.
“Kalau dia ada, dia pun akan cakap benda yang serupa seprti yang kakak cakapkan tadi.” Laju Wani memintas kata-kata adik bongsunya yang berusia sembilan tahun itu. Adik Syakir mencebik, tidak puas hati.

*****

            “Bila Kak Long and the geng tu sampai?” Suara Syafiq dalam talian tersebut mematikan lamunan Wani mengenai peristiwa yang berlaku di rumah setelah waktu makan malam tadi.
Pardon?” 
“Akak mamai, ya? Abang tanya,  bila Kak Long dan yang lain-lain tu sampai ke rumah?”
“Awal petang tadi.” Wani membalas pendek. Sesekali dia menguap, menahan kantuk yang diganggu.
‘Apa lah, abang ni call malam-malam buta macam ni.’ Rungut nya dalam hati. Achik yang tidur lena di sisinya, tidak terjejas langsung dengan bunyi nada dering yang kuat memekik minta diangkat sebentar tadi.
“Kenapa Kak Long balik sini? Ada apa-apa yang terjadi?” Soal Syafiq lagi.
“Tak ada lah, bang. Kak Long cuma rindukan rumah. Dia bawa Achik dengan Adik Syakir sebab dia orang pun dah lama tak balik. Noted.”
“Oh.”
“Abang, kenapa call akak pukul dua pagi ni? Ada problem, ya?”
“Tak lah. Nak kejut akak untuk solat tahajud.” Ada tawa kecil bersisa pada hujung bicara Syafiq.
“Serius lah sikit, abang oi.”
“ Tadi ada spot check dekat asrama al-Ikhwan. Semua exco terlibat sama dengan beberapa orang warden. Baru saja selesai.”
“Baru selesai pukul dua pagi?” Wani mula berminat dengan cerita Syafiq.
“Dah selesai sejam lebih awal. Farouq jumpa telefon bimbit dalam dorm budak junior. Bila diselidik, telefon tu mengandungi beberapa gambar dan video lucah. Apa lagi, mengamuk lah  Farouq. Dia ambil masa sejam bersemuka dengan budak junior tersebut.
“Abang terlibat juga?” Wani bertanya lanjut. Dalam hati, dia mengutuk perbuatan pelajar yang terlibat melakukan perbuatan teruk sebegitu.
“Abangkan exco al-Ikhwan. Mestilah terlibat. Tapi yang banyak ‘membasuh’ budak tu, Farouq lah. Sampai menangis budak tu di’basuh’nya.”
“Akak rasa simpati pula dekat budak junior tu. Walaupun Farouq jenis yang penyabar, baik hati serta banyak bertolak ansur dalam tugas dia, sekali dia marah, kata-katanya mesti menyakitkan dan sinis. Bukannya akak tak kenal dia.” Wani terbayangkan saat Farouq memarahi seorang pelajar sebayanya ketika mereka belajar di darjah enam. Dia yang memegang jawatan ketua pengawas ketika itu, mengamuk sakan dengan tindakan rakan sebayanya yang mengaitkan nama ibunya ketika ditegur kerana merokok di tandas lama .   
“Tak perlu nak simpati. Budak tu melakukan perbuatan yang salah dan menegurnya adalah tanggungjawab kami sebagai pelajar senior. Farouq merupakan KU madrasah. Tanggungjawabnya lebih besar. Dia bagitahu abang, di kesal dengan perkara yang terjadi seolah-olah salah laku budak junior tadi adalah disebabkan kelalaian dia bertegas dalam berkongsi tarbiah di madrasah dengan mereka semua. Dia mahu kembalikan bi’ah solehah madrasah yang semakin menghilang.”
Syafiq berhenti bercakap untuk seketika.
“Akak tak perlu lah membayangkan apa yang terjadi waktu sekolah rendah dulu. Sesi ‘membasuh’ tadi tidaklah seteruk yang akak bayangkan. Farouq sudah semakin matang. Kata-katanya mungkin menyakitkan dan sinis tapi, sangat berhikmah, intonasi suaranya tegas dan keras tapi dia tidak sekali-kali pun menengking budak tersebut.”
“Lega akak dengar abang cakap macam tu.”
“Baguslah. Abang ucapkan terima kasih sebab sudi menadah telinga mendengar cerita abang pagi-pagi buta macam ni.” Syafiq membalas ramh. Suaranya lembut menutur kata-kata dalam talian.
“Kalau ibu tahu, teruk abang kena leter sebab ganggu masa tiduk akak.”
“Abang menganggu? Sorry ya kak.”
“Secara konsepnya, ya. Tetapi, kalau bukan pada kakak, siapa pula lah agaknya mangsa menjadi pendengar setia abang.”
“Okay lah, kak. Take care. Baca doa tidur, sebelum tidur. Kirim salam pada Kak Long yang abang respect, Achik yang cute and Syakir yang dirindui dengan lafaz Assalamualaikum.”
“InsyaAllah. Abang pun, jaga diri ya. Isnin nanti kita jumpa di madrasah. Kalau abang tak busy dengan urusan exco abang, tu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”


Wani meletakkan telefon bimbitnya di meja sisi. Lampu meja sisi dimatikan. Perlahan-lahan selimut ditarik menutup tubuhnya yang kesejukan akibat pendingin hawa. Dia mahu tidur nyenyak, seperti Achik di sebelahnya.

Saturday, September 14, 2013

Nilai Pasrah by Najwa Huda

Aku bukan menyerah 
Aku bukan mengalah 
Bukan aku tak nak mencuba
Dan bukan aku takut kecewa 
Aku cuma menghadapi realiti 

Jalan itu tidak asing buatku 
Tetapi kakiku seolah berat melangkah ke sana
Seperti ada yang menahan diri ini
Berdiri kaku aku melihat jalan itu terus disinari
Kerana aku sedar jalan itu tak mungkin ku jejaki

Ini soal diriku 
Biarkan aku berperang dengan jiwaku
Kerana itu kau tidak diberitahu
Dan kerana itu kau tidak pernah tahu
Kerana ini semua tentang aku

Ketentuan Illahi tak siapa yang tahu. Siapa yang akan menyangka kita bakal menjadi diri kita pada hari ini dan masa akan datang? Aku tak pernah bermimpi untuk menjadi seperti diriku hari ini. Siapa yang boleh menjamin bahawa kita masih bisa hidup untuk sedetik waktu lagi? Tiada siapa melainkan Allah Tuhan Yang Esa.

Jika kau rasa kau pernah dikecewakan, ingatlah yang kau jugak pernah mengecewakan tidak kira sama ada manusia ataupun Tuhan. Kau berjanji dengan-Nya itu dan ini tetapi akhirnya kau terkandas di tengah jalan. Tetapi adakah Tuhan memalingkan wajah-Nya darimu? Tidak bukan? Maka, belajarlah untuk memberi sebuah kemaafan. 

Jika kau rasa kau lah insan yang paling bahagia, ingatlah, orang lain juga turut berbahagia. Jadi tak usahlah kau hendak mencanang semua cerita. Manusia akan bosan dan menyampah apabila mendengarnya tetapi tidak buat Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Jadi, simpanlah kebaikan dan kebahagian kau hanya untuk kau dan Allah sahaja.

Jika kau rasa seolah-olah kau insan yang tak berguna lantas mengapa kau diciptakan? Adakah hanya untuk menghukumi diri atau menyesali masa silam? Kita hanya insan yang kerdil di dunia yang tak lain tak bukan hanya untuk beribadat kepada-Nya. Andai kau rasa berputus asa maka fikirkan Allah nescaya kau dapat melihat segalanya.

Di saat kau buntu, siapakah yang kau cari? Di saat kau gembira siapakah yang kau fikirkan? Di saat kau berduka, siapakah yang kau harapkan? Adakah semua yang kau cari, fikirkan dan harapkan itu tampil di hadapanmu tepat pada masanya? Tidak bukan. Hanya Allah sahaja yang sentiasa ada di setiap saat di setiap detik.

Lalu apa yang kau harapkan pada hamba-Nya? Melayani kau dengan istimewa? Mengajarmu segala ilmu Illahi?
Cuba renungkan kembali mengapa Allah meletakkan kita di atas permukaan tanah dan tidak di dasar lautan ataupun di langit tinggi? Allah mahu kita berada di antara keduanya. Tidak di atas dan di tidak di bawah. 

Apa kau tahu apa itu pasrah dan tawakal? Pasrah itu bermakna kau seolah-olah meredhai segalanya dengan dicampuri keluh serta hiba dan kau malas hendak memikirkan perkara itu kembali tetapi tawakal itu lebih indah. Kau berusaha dengan sesungguhnya dan setelah itu kau bergantung kepada kuasa Allah semata. Pasrah itu seolah-olah orang yang kecewa tetapi tawakal umpama orang yang menyedari tempat letak dirinya.

Ini adalah apa yang aku rasakan tentang diriku dan kiranya kau rasa ini bisa membuka matamu maka ambillah isinya selagi mana tintaku bisa mendatangkan manfaat buatmu dan andainya kau rasa tintaku ini sekadar picisan yang tak berharga maka abaikan sahaja.

# heyy uols, this is awesome. I am into this and will like to share because I'm liking it. Credit to Najwa Huda Shahidin *did I spell it right?* Deep. Beauty. Touched. 

"ONE FINE DAY . WHAT EVER WILL BE WILL BE . ALLAH WILL LEAD YOU . FOLLOW THE FLOW AND ALLAH WON'T LET YOU ASTRAY FROM HIM" - NAJWA 

Thursday, September 12, 2013

Cinta & Ukhuwah [Fasa 4]

Fasa 4
On the authority of Abu Dhar Jundub Bin Junadah and Muadh Bin Jabal
that the messenger of Allah said :
 “Fear Allah wherever you are, and follow up a bad deed with a good one
and it’ll wipe it out, and behave well towards people.”

           Pagi itu Hawa Hanani Bt Fariz bangun pada awal pagi, lebih awal dari sebelumnya. Azan Subuh masih belum berkumandang, fajar masih belum menyingsing terbit. Pada mulanya dia berkira-kira untuk bersahur puasa sunat. Namun, mengenangkan faktor kesihatan dan kondisi badan yang memerlukan ubat pada waktu-waktu tertentu, amalan sunat yang lazimnya dilakukan itu terpaksa dibatalkan.Wani sekadar menunaikan dua rakaat solat tahajud dan dua rakaat solat hajat pada awal pagi itu. Bukan kerana tidak cukup waktu tetapi kerana sendi-sendinya dirasakan lemah, membantutkan keinginannya.
Terasa hambar kasih yang ditunjukkan kepada Penciptanya.

            Dia menangis seorang diri dalam doanya, dia atas hamparan sejadah. Bukan kerana menyesali sakit yang menimpa tetapi kerana terlampau terharu dengan perhatian yang diberikan kedua orang tuanya semenjak dia ditimpakan dugaan sebegini, terharu dengan Kak Long yang sanggup terbang, balik ke Malaysia semata-mata untuk menjaganya dan kerana terlampau rindukan Syafiq, achik dan adik Syakir.

“Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,
Perkenankanlah aku mencintaiMu,Semampuku

Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Sebisaku, dengan segala kelemahanku
Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan
seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.
Maka izinkanlah aku untuk
mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Yaa, Maha Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yang
menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku
mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunan
seayat dua ayat hafalanku
laahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku
Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim
yang  rela tinggalkan putra dan zaujahnya, Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku,
dengan mencintai manusia dan alam semesta.
Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku...”

W
ani menangis lagi.
               
Beberapa paket ubat yang berbentuk pil dimasukkan ke dalam poket hadapan beg sandang Nike biru mudanya. Semuanya atas desakan kedua orang tuanya. Tambahan pula mereka akan mengambilnya pulang dari madrasah lebih lewat dari kebiasaannya pada hari itu dan mahu dia menepati waktu pengambilan ubatnya.
‘Kalaulah aku tak migrain teruk semalam, pasti ibu dan ayah tak begitu risau.’ Getus hati kecil Wani.

******

Sudah dua minggu mereka menjadi teman semeja. Wani menggeleng lemah melihat Laila yang melekapkan kepala, berpaling darinya, dia tahu rakan sekelasnya itu sedang ralit ber-sms; barangkali dengan Akif. Wani membuat andaian sendiri. Sejujurnya, dia agak hampa dengan hubungan persahabatan mereka yang sekadar suam-suam kuku sahaja. Tiada cahaya ukhuwah yang menyinar. Laila sibuk dengan kekasih hatinya sehingga mengganggu Wani, menjadikannya serba tidak kena. Dia serba salah sama ada perihal Laila membawa barang larangan; telefon bimbit ke sekolah perlu dimaklumkan kepada pihak berwajib atau didiamkan sahaja perkara tersebut. Antara berani dan takut, Wani ambil keputusan untuk berdiam diri dahulu.

            ‘Sayangnya.’ Sepatah perkataan itu terlintas dalam benaknya, memikirkan betapa ruginya Laila Qaisarah yang pintar pada luarannya, mensia-siakan nikmat kepintaran yang dianugerahkan dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah dan sekaligus melakukan perkara-perkara dilarang oleh syariat Islam sendiri. Wani berpendapat, Laila seolah-olah kufur nikmat. Dia turut bimbang akan sahabatnya itu kerana tidak mustahil nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa sekira Allah menghendakinya.

            Wani baru ingin menyapa rakan semejanya ketika sakitnya menyerang dengan tiba-tiba. Kepalanya dipegang kuat seperti ingin mencengkamnya, akibat sakit yang mencucuk-cucuk. Antara keluar dengan tidak suara yang cuba dilontarkan oleh Wani; memanggil Laila disebelahnya kerana rakan-rakan lain sedang sibuk melakukan kerja-masing-masing ditambah pula dengan ketiadaan Puan Khaleedah; guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang mengambil cuti bersalin. Wani pasti tiada siapa menyedari keadaan dirinya yang kesakitan.

“Laila..”

“Laila..” Cubaan kali kedua gagal kerana suaranya cukup perlahan; sekadar didengari dirinya sendiri. Wani mula tertunduk; menekur lantai simen kelas. Mata sudah terpejam menahan sakit.
‘Tak mahu jadi macam semalam, Ya Allah.’ Pinta Wani dalam hati.
“Ela.” Lontaran suara yang naik satu not berjaya menyedarkan Laila yang berada di awangan percintaannya. Senyuman nya mati dan matanya membuntang seketika terlihatkan keadaan rakan semeja yang sudah kronik. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket dalam kadar segera.
“ Hawa, anti okey?” Laila bersuara cemas dan bertambah cemas apabila mendapat gelengan daripada Wani. Dia mula memanggil beberapa orang akhowat yang lain ke meja mereka.
Tahap sensitiviti Laila yang tinggi membuatkan dia tersentuh melihat keadaan Wani. Kelopak matanya mula bertakung manik-manik jernih melihatkan manik jernih sudah mula gugur dari kolam mata Wani. Sementara Nurul Jihada dan Syahirah mendapatkan guru bertugas, dia akan ke kelas 5 Al-Ghazali untuk berjumpa Syafiq, seorang diri.

            “Assalamualaikum.” Setelah daun pintu kelas kedua aliran sains agama diketuk, Laila menapak masuk.
“Ustazah Nazrina, saya minta izin untuk berjumpa Fatihi Syafiq. Seluruh tubuh serasa menggeletar tatkala dia menyebut nama Fatihi Syafiq.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah madrasah mungkin, seorang pelajar perempuan memanggil pelajar lelaki, untuk berjumpa ketika waktu P&P sedang berlangsung.
Barangkali Laila juga gerun untuk berjumpa Syafiq kerana pelajar tersebut terkenal dengan ketegasannya dan sangat menjaga batas ikhtilatnya.
Puan Nazrina perasan mata Laila yang kelihatan merah. Dia yakin Laila mempunyai alasan tersendiri untuk mengganggu sesi pengajarannya ketika itu. Dia tidak jadi menyoal lanjut.
Puan Nazrina mengangguk beberapa kali seraya memanggil Syafiq yang menurut. Penolong Exco Al-Ikhwan itu tenang menapak ke luar kelas.
“Ada apa?” Soal Syafiq sebaik dia berjumpa Laila.
“Emm, ahh.. Hawa.” Bicaranya kurang teratur. Sementara itu, Syafiq yang masih tidak jelas dengan apa yang cuba disampaikan, berkerut muka.
“Hawa sakit dekat kelas. Nampak macam kronik sangat. Beberapa orang akhowat kelas ana dah panggilkan guru bertugas. Ana datang sebab nak maklumkan hal ini pada anta.” Sekali nafas sahaja Laila menyampaikan pemberitahuannya. Serta merta wajah Syafiq berubah.
“Dah lama Wani sakit?”
“Baru je. Baru tadi.”  Balas Laila.
“Terima kasih. Ana akan menyusul anti ke bilik rawatan lepas ni.” Syafiq menapak ke dalam kelas; ingin mendapatkan kebenaran guru untuk keluar sekali lagi; meninjau keadaan saudara kembarnya sementara Laila sudah melangkah ke bilik rawatan.
Hanya dalam masa yang singkat, dia melupakan Akifuddin dan perasaan cintanya. Dalam masa yang singkat sahaja, dia sudah mula jatuh sayang pada rakan semeja yang selama ini tidak dilayan sebaiknya dan hanya dalam masa yang singkat sahaja dia merasakan diri dihormati seperti dulu; dilayan tanpa rasa janggal, seperti pelajar lain juga.

Dalam hati Laila Qaisarah, ketika itu doanya cuma satu, ‘Semoga Hawa baik-baik sahaja ya Allah,’

WARKAH BUAT HAWA

Hawa...
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu, jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini...
Hawa...
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah S.W.T dalam urusan_Nya. Bayangkanlah Hawa... Sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan...

Hawa...
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda di saat ini. Tapi permintaanku, duhai Hawa... Cubalah! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah... Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu kini, kian berubah...
Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata.
Duri-duri yang  melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah S.W.T sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami, kaum ajnabimu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari? Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu ki
an meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...
Sedarkah kau Hawa...?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa...
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu di saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini...

Hawa...
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya. Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ... Aduh! Banyaknya seksaan menantimu...!

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?
Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana, tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana, jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa...
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu. Tapi ingatlah, cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu dan jua tubuhmu...

Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah S.W.T membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...
Akhir kata, ketahuilah... “ Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (HR.Muslim)

f.o.i



Laila melepaskan nafas kasar memandang lembaran yang baru diterimanya sekembalinya dari melawat Wani di bilik rawatan. Pada mulanya dia menyangka lembaran tersebut ditujukan kepada Hawa Hanani, rakan semejanya. Namun setelah meneliti isi warkah tersebut, dia pasti ‘hawa’ yang dimaksudkan ialah kaum perempuan dan ditujukan khas sebagai ingatan dan teguran ikhlas kepadanya. Tidak tegar hatinya membuang helaian yang diterima, tidak dinafikan juga kebenaran bagi setiap baris ayat yang terdapat dalam lembaran tersebut. Warkah itu disimpan ke dalam beg galasnya.
Dia pasti lembaran kali ini dan lembaran yang sebelumnya  bukan kiriman Nur Iman Aimi. Hanya egonya sahaja yang gemar membuat pertuduhan melulu begitu.
Selesai mengikuti kelas mata pelajaran Al-Quran dan As-Sunnah, Laila Qaisarah bersegera. Beg sandang Nike berwarna biru muda milik Hawa Hanani turut digalas bersama. Sekali lagi dia menapak ke bilik rawatan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Ibu minta maaf banyak-banyak Fiq. Tapi ibu dan ayah tak dapat ambil Wani sekarang. Fiq jaga Wani buat sementara waktu ini dulu, ya?” Puan Rafidah berhati-hati mengatur kata. Bukan niatnya mahu melewat-lewatkan pengambilan Wani dari sekolah pada hari itu sebaliknya kedua mereka terpaksa kerana terdapat urusan yang jauh lebih penting terpaksa didahulukan dan dilakukan. Hati orang tua mana yang tidak risau mendengar perkhabaran mengenai anak yang sedang dalam kesusahan? Naluri keibuannya meronta-ronta ingin mendapatkan anak ketiganya itu. Dia memohon pengertian Syafiq ketika itu.
“InsyaAllah. Fiq doakan semoga urusan ibu dan ayah dipermudahkan.”Hampanya hati Syafiq hanya diketahui Allah dan dirinya. Siapalah dia untuk mengubah ketetapan yang direncana terhadap mereka sekeluarga hari itu.
“Ibu dan ayah sayang kamu berdua. Jaga Wani, ya. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam, bu.” Gangang telefom awam yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar-pelajar oleh pihak madrasah diletakkan pada tempat asalnya. Syafiq melemparkan senyum segaris kepada teman setia, Farouq yang menunggunya.
“Anta pergilah solat Zohor dulu. Anan nak tengokkan Wani sekejap.” Syafiq melangkah sekali lagi ke bilik rawatan setelah menerima anggukan dari Farouq Faqihin.

            Syafiq keluar dari pantri yang terdapat dalam bilik rawatan yang menempatkan dua lagi bilik kecil di dalamnya sambil membawa secawan milo panas. Sengaja disediakan buat saudara kembarnya yang masih kelihatan lemah walaupun kesihatannya semakin beransur pulih berbanding ketika di kelas 5 Ibnu Khaldun pagi tadi.
“Akak.” Kole merah hati yang bercorak rama-rama yang berwarna-warni diangkat separas bahu, mahu Wani melihat apa yang disediakannya.
Wani angkat kening kiri, pura-pura tidak mengerti.
“I serve you a cup of hot milo, miss.” Suaranya digaraukan seperti suara garau pelayan lelaki di sesebuah restoran terkemuka. Wani buat muka.
“Enjoy it.” Tambah Syafiq lagi.
“Aceceh abang. Caring lah pulak.” Wani tersengih nakal. Kole merah hati itu bertukar tangan. Perlahan milo panas yang dibancuh, dihirup.
“Oh abang, tawar nya air milo mu.” Wani sempat mengusik. Dia berbahasa baku.
“Kakak tak baca bismillah tu. Sebab tu lah tawar. Ish. Ish. Ish.” Syafiq membalas usikan tersebut. Dia menggeleng beberapa kali. Bukan selalu dia berpeluang mengusik atau bermanja dengan saudara kembar sendiri ketika di madrasah. Hal yang demikian kerana selama ini, mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Sekiranya berjumpa, pasti tiada usikan sebegini, melainkan bertanya khabar ataupun kerana Wani tidak cukup wang poket semata-mata.
“Kakak baca dalam hati, okay. Don’t assume me, sesuka hati je.” Milo panas yang sudah mula suam dihirup sekali lagi.
“Maybe sebab tak ada gula ataupun susu disediakan.” Syafiq balas ala kadar. Dia berlagak bingung.
“Maybe? Abang ni buat air, takkan lah tak tengok ramuan kot? Failed sungguh.” Air milo yang berbaki separuh diletakkan di meja sisi katil. Kepala Wani disekeh lembut dengan buku lima Syafiq.
“Hey, apa ni bang? Main kasar. I’m not verry well yet, okay.” Wani buat muka masam.Kononnya dia geram.
“Bising lagi. Siapa suruh.” Syafiq menghadiahkan senyum manisnya kepada Wani di katil.
“Cakap pasal sakit. Kenapa kakak boleh sakit? Bukan kakak dah buat check up ke, haritu?” Dia perasan saudara kembarnya itu kelihatan pucat sedikit.
‘Terukkah sakit Wani?’ Syafiq menyoal dalam hati. Terasa dungu kerana dia tidak menyelidiki mengenai penyakit adik kembarnya sendiri dan dalam masa yang sama merasa terkebelakang kerana masih samar-samar mengenai kondisi Hawa Hanani yang sebenar-benarnya.
Soalan Syafiq tidak dijawab oleh Wani. Dia mendiamkan diri beberapa ketika.
“Ponteng makan ubat, ye?” Soal Syafiq lagi. Kali ini lebih serius berbanding sebelumnya.
“Alah, bang. My illness bukannya temporary illness. It takes time to heal. Check up isn’t treatment yang boleh settle kan problem immediately.” Terang Wani.Suram.
“But I taught, at least it should make you feel much better than before.” Dia ambil nafas untuk meneruskan kata-katanya.
“Sebelum ni akak mana pernah sakit kronik, so sudden dalam kelas. Ubat-ubat yang kakak ambil tu suppose dapat halang kakak dari sakit macam tadi tu. Abang terkejut sangat tadi.” Suara Syafiq mula mengendur.
“Ubat bukannya boleh buat apa pun.” Wani jawab perlahan.
“Abang dah solat Zohor ke belum, ni?”  Dia sengaja menukar topik perbualan. Syafiq menggeleng perlahan.
“Ya Allah, teruknya perangai Penolong Exco al-Ikhwan madrasah ni.” Ejek Wani. Perbualan mereka cuba diwarnakan kembali.
“Siapa nak jaga akak dekat sini? Ibu dengan ayah ada urusan luar dan ambil kakak lambat, hari ni.”
“Tahu lah. Ibu dengan ayah dah bagi tahu awal-awal, lagi.” Balas figura yang bersandar di atas katil itu.
“Habis tu, akak tak solat?” Saudara kembarnya disoal pendek.
“Akak, tak solat tak apa. Abang, tak solat berdosa, tahu.” Syafiq angguk beberapa kali, mengerti lah dia. Beg Nike warna putih kesayangannya dicapai.
“Got to go, kak. Assalamualaikum.
“Wa’alaikumussalam.
Langkah Syafiq yang baru menapak keluar dari bilik rawatan 1, terbantut seketika terpandang susuk tubuh Laila Qaisarah yang duduk di ruang tamu bilik rawatan.
“Anti dah lama sampai?” Soal Syafiq. Nada suaranya mendatar, seperti kebiasaannya. Dia pasti kehadiran Laila adalah sebagai peneman adiknya, melihatkan teman setingkatannya itu turut membawa bersamanya beg Nike biru muda milik Wani.
“Baru je.” Bohong Laila.
“Oh. Anti tolong tengok-tengokkan Wani, ya.” Anggukan daripada Laila melegakan hatinya.
“Terima kasih.” Dia membalas pendek sebelum langkahnya dipercepatkan ke Surah As-Solihin, surau madrasah mereka.

            Laila pula bangkit dari duduk. Daun pintu bilik rawatan 1 yang dibiarkan terbuka sedikit, diketuk beberapa kali sebelum dikuak perlahan.
“Assalamualaikum Hawa.” Kedatangan Laila Qaisarah seperti kejutan gembira untuk Wani. Dia terlupa bahawa rakan semejanya telah memberitahu kedatangannya sebelum ini.
Laila mengambil tempat duduk di sisi katil. Anak matanya memfokus pada kole merah hati di atas meja sisi.
“Air milo je yang anti ada?” Wani tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Itu pun abang ana yang baik hati nak bancuhkan. Kalau tak, ana lunch ubat je lah, jawabnya.” Wani membalas ramah. Walaupum sebelum ini mereka jarang bersama dan menyepi diri antara meraka. Namun, baik Wani atau Laila, kedua-duanya tidak janggal dengan keakraban yang entah bagaimana terjalin sesama mereka.
 Sebungkus makanan yang diletakkan dalam plastik merah jambu bersaiz S diajukan kepada Wani.
“Ana bawakan nasi goreng kampung kurang pedas campur telur dadar untuk anti.”
“Ya Allah, anti. Ana tak nak menyusahkan anti. Sungguh, ana minta maaf kalau ada menyusahkan anti. Bila-bila nanti, anti minta claim okay.”
“I don’t mind lah. Bukan ana masak pun, Brother Amad yang masakkan. Tak susahkan ana langsung. Bila ana susah nanti, anti tolong ana pula, ya.” Bekas polistrin bertukar tangan.
“Baca bismillah tahu. Sebelum makan. Nanti tawar pulak nasi spesial Brother Amad tu.” Usik Laila, merujuk kepada perbualan Syafiq dan Wani sebentar tadi. Wani tersenyum manis, semanis gula-gula kapas bersaiz XL.

Kole merah hati dicapai Laila sebelum dibawa ke pantri.

“Anti nak buat apa pula tu?” Suara Wani naik satu not dari biasa.
“Ana nak bancuhkan milo panas baru untuk anti and untuk ana jugak. Yang manis punya.” Balas Laila Qaisarah dari dalam pantri. Kata-katanya mengundang tawa kecil Wani yang sedang menikmati nasi goreng kampung kurang pedas dicampur telur dadarnya, masakan oleh Bother Amad, chef cafeteria madrasah.
“Ana tengok, anti dengan kembar anti rapat betul tadi. Rasa cemburu pulak. Ana rasa sayu tiba-tiba. Ana dengan ibu ana dah tak ada masa nak bermanja-manja macam anti dengan Syafiq. Ana yang menjadi punca, ana yang merugikan diri sendiri. Ana yang menghilangkan keindahan bersama keluarga. Ana rasa, lah.” Suara Laila Qaisarah jelas kedengaran dari dalam pantri.
Wani diam. Tidak tahu membalas. Dia tidak menyangka, dia telah mendengar luahan hati Laila ketika itu. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana dikurniakan abang yang begitu penyayang seperti Syafiq. Sekejap-sekejap, wajah kedua orang tuanya pula berlayar dalam ingatan sebelum bersilih ganti dengan wajah Kak Long, achik dan adik Syakir. Wani tersenyum lagi. Hamdalah dituturkan perlahan beberapa kali.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::

“Selamat datang, Encik Fariz, Puan Rafidah.” Dr. Muslih menyambut tetamunya pada awal petang itu dengan wajah yang dimaniskan. Kedua-dua figura awal lima puluh-an itu dipersilakan untuk duduk.
“Saya minta maaf kerana memanggil Encik Fariz dan isteri secara tiba-tiba. Pada mulanya pihak saya menjangkakan imbasan MRI yang dilakukan ke atas anak Encik dan Puan, Hawa Hanani akan siap laporannya pada hujung minggu ini. Namun, laporan imbasan tersebut telah siap beberapa hari lebih awal . Saya terpaksa memanggil Encik Fariz dan isteri kerana merasakan hal berkaitan laporan ini perlu kita bincangkan dalam kadar segera.” Doktor Muslih berpaling ke belakang. Tangannya mencapai sepucuk sampul coklat bersaiz A3 yang berada di atas meja kerjanya. Encik Fariz kekal tenang, tertunggu-tunggu bicara Dr. Muslih selanjutnya. Puan Rafidah juga kelihatan tenang walaupun jauh disudut hatinya, dia sebenarnya begitu berdebar-debar menanti laporan yang bakal menyusul diberitahu.

            Lampiran Sinar X bahagian kepala Wani diklipkan pada skrin papan putih yang terdapat di dalam bilik Dr Muslih.

“Encik Fariz, Puan Rafidah, Berdasarkan laporan MRI Hawa Hanani, pihak hospital mendapati Hawa  Hanani bukan sekadar migrain. Tetapi sebenarnya, terdapat ketumbuhan di dalam kepalanya yang kami anggarkan berukuran kosong perpuluhan kosong lima milimeter. Hal ini benar-benar membimbangkan kerana tumor ini akan terus membesar dari semasa ke semasa.” Dr Muslih menerangkan satu persatu. Dia pasti Puan Rafidah terkejut dengan apa yang baru dia sampaikan. Ibu pesakitnya itu cuba menyembunyikan kesdihannya yang terang-terang tergambar pada wajahnya.

            Encik Fariz berkira-kira untuk mengajukan sesuatu. Dr. Muslih pula sedang mengumpul keuatan sebelum menerangkan dengan lebih lanjut keadaan sebenar pesakitnya.

            Suasana bilik Dr. Muslih,  ketika itu hening seketika.