Showing posts with label al-sunnah. Show all posts
Showing posts with label al-sunnah. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Usul Fiqh : Dalil Disepakati ; Al - Sunnah ( Hadis) {Part 2}

HADIS DARI SUDUT KESAHIHANNYA

  • Terbahagi kepada TIGA KATEGORI hadis :
    • Hadis Sahih
    • Hadis Hasan
    • Hadis Dhoif

  • HADIS SAHIH
    • Pengertian :-
      • Bahasa ( as - sahih ) - Ertinya sihat . Hadis yang sihat dan benar , tidak terdapat penyakit dan cacatnya . Lawannya sakit ( as - saqim ) .
      • Istilah - Hadis yang muttasil atau bersambung rantaian sanadnya , diriwayatkn oleh perawi - perawi yang adil , dhobit ( tepat dan kuat ingatan ) , tiada sebarang kejanggalan dan tidak ada kecacatan atau 'illah padanya .
    • Ciri - ciri Hadis Sahih :- 
    1. Sanad bersambung - Rangkaian perawi dlm sanad hndaklah bersambung hngga smpai kpd Rasulullah saw . Ulama' hadis menetapkan syarat berikut utk mengetahui sama ada bersambung atau tidak sesuatu sanad :-
      • Mencatat semua periwayat yg diteliti
      • mempelajari riwayat hidup semua periwayat
    2. Perawi bersifat adil - Para perawi hadis hendaklah terdiri dari orang - orang yang siqah dlm erti adil dan dhobit . Mestilah seorang muslim , mukalaf , bukan fasik dan tidak pula buru akhlaknya . 
        • Sifat adil termasuk , seseorang perawi itu tidak difitnah atau dituduh dgn lima perkara , iaitu :-
      • Berdusta , fasiq , jahil dan bid'ah
      • Bergaul dgn orang tidak bermaruah 
      • Keterlaluan dlm bergurau senda
      • Membuang air kecil di jalanan
      • Makan di jalanan
        • Pokonya sifat adil ialah seorang yang soleh , bertaqwa serta mempunyai ciri - ciri berikut :-
      • Mengerjakan suruhan dn taat pada Allah
      • Tidak melakukan dosa - dosa besar
      • Menjauhi perkara yg menggugurka iman
      • Tidak mengikut mana - mana hadis yang bercanggah dgn syarak
      • Menjaga maruah , baik pada sudut syarak mahupun adat
    3. Perawi bersifat dhobit - Mempunyai daya ingatan yang sempurna terhadap hadis yang diriwayatkannya . Dalam erti kata lain perawi itu kuat daya ingatan , cerdik dan faham hadis yang diriwayatkn dlm bentuk hafazan mahupun tulisan serta dpt menjaga tulisannya dr penambahan , pengurangan atau perubahan disebabkan terlupa lalai atau cuai . 
        • Sifat kedhobitan perawi hadis menurut ulama' dapat diketahui melalui :-
      • Kesaksian ulama hadis
      • perbandingan apa yang diriwayatkannya dengan riwayat orang lain yang telah diyakini kdhobitannya . Tidak hadis syaz iaitu hadis diriwayatkn oleh perawi siqah tapi menyalahi riwayat ramai / berlaku kejanggalan . 
    4. Tiada syaz - Tidak terdapat kejanggalan / perbezaan riwayatnya dengan riwayat siqah perawi lain .
    5. Tiada 'illah  - Tidak berlaku kecacatan pd hadis . Sanad dn matan hadis bebas dr kecacatan pd pelbagai segi . Contohnya sanad bersambung tetapi tertinggal seorang perawi , perawi dlm rangkaian sanad seorang fasiq dn sebagainya . 
    • WAJIB diamalkan sebagai hujah atau dalil syarak 
    • Martabat hadis bergantung kpd tinggi dn rendah kedhobitan dan keadilan para perawinya . Tingkat sanad terbahagi kepada TIGA :-
      • Asahah al - Asanid 
      • Ahsan al - Asanid
      • Adh'af al - Asanid
    • Jenis Hadis Sahih :-
      • Hadis Sahih Li Zatih - lengkap dari segi 5 aspek yang diperlukan bagi sesebuah hadis sahih
      • Hadis Sahih Li Ghairih - Menjadi sahih ekoran dibantu oleh keterangan lain ataupun , belum sampai pd taraf sahih namun kemudian terdapat dalil lain yg menguatkannya . 

















- T O  B E  C O N T I N U E D -

[notakaki] Nampaknya dlm tempoh dua jam , banyak ini shj yang dapat disiapkan . *muke keciwee* In shaa Allah akn disambung lg bab Hadis neh dr semasa ke semasa . Nota ne cuma nota ringkas jeh . Maaf atas kekurangan . Klw content salah , boleh komen lah ye . peace yaww :)

Kalau tak keberatan , mohon korang KLIK ads (iklan nuffnang) dkt bahagian kiri blog ni :) TQ .


Wednesday, December 11, 2013

Usul Fiqh : Dalil Disepakati ; Al - Sunnah ( Hadis) {Part1 }

PENGERTIAN AL - SUNNAH

 BAHASA :
- al'tariqah al mu'tadah .
Ertinya cara atau peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali .
- Turut dikenali sebagai al - sirah . 

ISTILAH :
- perkara yang lahir daripada Nabi Muhammad saw selain drpd al - quran ) ( sama ada dlm bentuk ucapan , perbuatan , sifat , pengakuan dan taqrir ) ( baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas baginda dibangkitkan menjadi rasul . )

Hadis terbahagi pada DUA .
1 ) Dari aspek kesahihan
2 ) Aspek bil . perawi

Hadis dari sudut bilangan perawi 

  • Jumhur ulama ' membahagikan sudut bilangan perawi kepada dua bahagian  iaitu hadis mutawatir dan hadis ahad . Hadis masyhur pula termasuk pd pembahagian hadis ahad . 
  • HADIS MUTAWATIR
  • Ciri - ciri hadis mutawatir :
    1. Diriwayatkan oleh sejumlah perawi - ertinya hadis yang diriwayatkan dalam setiap rangkaian sanad dan pada setiap tabaqah (peringkat) adlh ramai / banyak . 
    2. Diterima ramai orang - ertinya , jumlah periwayat yang ramai dalam setiap sanad adalah dengan jumlah yang seimbang . Jika jumlah tersebut hanya pada sebahagian sanad shj maka tidak dinamakan mutawatir .
    3. Mustahil sepakat berbohong - ertinya mustahil bagi akal (tak logik) periwayat mampu sepakat melakukan pemalsuan sedangkan hadis tersebut diriwayat secara beramai - ramai dalam setiap sanad pada setiap tabaqat . 
    4. Sandaran berita pada pancaindera - ertinya periwayat menggunakan lafaz yang memberi keyakinan kepada sesiapa yang mendengarnya . Dlm erti kata lain penyampaian hadis bersandarkan pancaindera adlh seperti periwayat mengguna lafaz سَمِعْنَا atau رَأَيْنَا pada permulaan sesebuah hadis .
  • Contoh hadis mutawatir :
    • مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّار - Hadis ini diriwayatkan oleh 70 org sahabat . *rujuk SINI*
    • لَقِّنوا مَوْتَاكُمْ لآ اله الآ الله - Hadis ini diriwayatkan lebih 20 orang sahabat *rujuk SINI*
    • المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ - Hadis ini telah diriwayatkan oleh 13 orang sahabat . *rujuk SINI*
  • Kategori hadis muatawatir :
    • Mutawatir Lafzi - mutawatir periwayatannya dalam satu lafaz . Makna dan hadis , kedua-keduanya memang mutawatir (sama dr sudut lafaz dan makna dalam setiap periwayatan) 
      •  مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّار
- Hadis riwayat Anas Bin Malik RA , maksudnya : Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadapku , maka tempatnya di neraka . (Ahmad, Al - 'Asyarah: 11723)
    • Mutawatir Maknawi - Hanya maknanya yang mutawatir tetapi lafaznya tidak mutawatir . (Sama hadis dalam periwayatan pada setiap tabaqat adlh pada sudut sama maknanya)
      • كان رسول الله صلّى الله عليه وسلم يرفع يديه في الدعاء حتَّ يُرَى بياضا إبطيه 
- Anas Bin Malik menyatakan , maksudnya : Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya ketika berdoa sehingga terlihat kedua ketiaknya yang putih . ( Ahmad , Al - 'asyarah : 13006)
      • كان رسول الله صلّى الله عليه وسلم إذا رفع يديه في الدعاء لم يحطَّهما حتَّ يمسح بهما وجهه  
- Umar bin Al - Khattab RA mengatakan . maksudnya : Apabila Rasulullah mengangkat kedua tangannya ketika berdoa , Baginda tidak akan menurunkan tangannya sehingga baginda menyapukan kedua tangannya ke mukanya . (Al - Tirmizi , Al - Da'awat : 3334)
    • Kedua - dua hadis mutawatir maknawi di atas berbeza lafaz dan perincian maknanya namun mengandungi pengertian umum yang sama iaitu , mengangkat tangan ketika berdoa . Persamaan inilah yang merujuk mutawatir pd makna tidak pd lafaz .
  • Jumhur ulama sepakat bahawa hadis Mutawatir menduduki tempat kedua selepas Al-Quran . Ulama' sepakat hadis mutawatir memberikan pengetahuan yakin dan qat'i . Sesiapa yang menolak hadis mutawatir dikira kafir.
  • HADIS AHAD 
  • Ciri - ciri hadis ahad : 
    • Mempunyai jalan - jalan riwayat yang berbagai hingga sampai kpd Rasulullah saw . 
    • Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat rawi 
    • Jumlah rawi tidak mencapai jumlah rawi hadis mutawatir . Ada yang kata tidak melebihi 10 orang rawi dlm satu tabaqah . 
    • Jika sesetengah tabaqah sampai ke bilangan mutawatir dan sesetengahnya tidak , ia juga dipanggil hadis ahad . 
  • Kategori hadis ahad :
    • Terbahagi pd tiga : Masyhur , 'Aziz , dan Gharib
    • Hadis Masyhur - Diriwayatkan oleh TIGA orang perawi dan ke atas dlm setiap tabaqah , tetapi tidak mencapai jumlah hadis mutawatir ( kurang 10 orang dalam setiap tabaqah) 
      • contoh hadis masyshur dlm kalangan ahli hadis : المسلم أخو المسلم 
      • contoh hadis masyhur dlm kalangan ulama fiqh : لا ضرر و لا ضرار
    • Hadis 'Aziz - Diriwayatkan oleh DUA orang perawi sama ada dlm satu tabaqah ataw beberapa tabaqah sanad . 
    • Hadis Gharib - hadis yang diriwayatkan oleh SEORANG PERAWI pada mana-mana tabaqah 
      • contoh hadis : إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى
  • Hukum yang diambil dr hadis ahad adlh bersifat zanni tetapi wajib beramal dgnnya jika cukup syarat sebagai hujah syarak .

- T O  B E  C O N T I N U E D  -

[notakaki] sorry tak dpt habeskan the whole topic about al - Sunnah . Nampaknya aku amek masa yg lebih lama drpd yang aku jangkakan . In shaa Allah aku akan sambung nota ini secepat mungkin sooner . BTW , setakat apa yang dapat disudahkan pd siang harini , semoga bermanfaat hendaknya . Assalamualaikum gaiss .

# Kalau tak keberatan , mohon korang KLIK ads (iklan nuffnang) dkt bahagian kiri blog ni :)