Sunday, April 20, 2014

Dalil Tidak Disepakati : Sadd Dhariah

makna dari sudut
BAHASA

  • Sadd
    • Menutup sesuatu yang cacat atau rosak
    • Mencegah atau menyekat jalan
  • Dhariah
    • Jalan atau wasilah dan sebab jadinya sesuatu
    • Perantara dan jalan kepada sesuatu
makna dari sudut
ISTILAH

  1. Mencegah sebarang perkara yang boleh bawa kepada kerosakan dan bahaya.
    • Contoh : Melihat aurat wanita ajnabi
  2. Menghalang perkara harus yang boleh bawa kepada perkara haram.
  3. Mengeluarkan hukum syarak mengikut kaedah 'menutup saluran kerosakan'
4 BAHAGIAN AL DHARIAH
  1. PASTI BAWA KEMUDARATAN
    • Bererti pasti bawa kerosakan
      • Contoh 1 : Minum arak akan membawa kepada hilang kewarasan akal
      • Contoh 2 : Berzina akan mencampuradukkan nasab keturunan
      • Contoh 3 : Mencela sembahan orang kafir menyebabkan mereka mencela Allah
  2. DUGAAN KUAT BAWA KEMUDARATAN
    • Besar kemungkinan membawa bahaya, cenderung bawa kerosakan dan masalah
      • Contoh 1 : Sewakan rumah kepada pelacur besar kemungkinan rumah akan menjadi tempat berlaku kemaksiatan atau pelacuran.
      • Contoh 2 : Menjual buah anggur kepada pembuat arak besar kemungkinan anggur yang dibeli pembuat arak akan diguna dalam proses membuat arak.
  3. JARANG BAWA MUDARAT
    • Maslahah lebih besar dari keburukan
      • Contoh : Melihat kepada wanita yang merupakan calon isteri.
  4. BANYAK BAWA MUDARAT TETAPI TIDAK SAMPAI TAHAP GHALIB
    • Lagi banyak timbulkan kerosakan tetapi belum atau tidak capai peringkat ghalib.
      • Contoh 1 : Tangguh mas kahwin
      • Contoh 2 : Menjual barang secara ansuran
# bahagian Dhariah keempat  menjadi perselisihan ulama sama ada dhariah wajib ditutup atau sebaliknya.



BEZA AL-DHARIAH DAN MUQADDIMAH
AL-DHARIAH
  • Sesuatu yang membawa kepada yang dilarang dan mengandungi kemudaratan
  • Alat penghubung atau jalan kepada maksud atau tujuan tertentu
  • Wasilah kepada sesuatu perbuatan terhadap sesuatu tujuan
  • Contoh analogi : Sebagai tangga untuk sampai ke bumbung
MUQADDIMAH
  • Perbuatan hukum yang memang menjadi sebahagian rangkaian hukum tertentu.
  • Perbuatan pendahuluan yang merupakan bahagian yang tak terpisah dari rangkaian sesuatu perbuatan. Tanpanya rangkaian perbuatan tersebut tak sempurna.
  • Contoh analogi : Tanpa wudhu' (muqaddimah), solat (rangkaian perbuatan) menjadi tidak sah.

[notakaki] Nota ringkas yang memang sangat ringkas. Semoga bermanfaat walaupun sedikit, In shaa Allah. Bersumberkan buku saiz poket - buku catatan syariah sem dua duaribu tiga belas.

Punca Pengabaian Hak Wanita dan Langkah Mengani Isu Pengabaian

                    Wanita merupakan golongan pemangkin dan peneraju dalam sesebuah institusi khususnya dalam institusi kekeluargaan. Peranan wanita amat penting dalam pembentukan asas generasi masa kini. Namun begitu, pengabaian hak wanita telah menjejaskan peranan golongan ini serta membawa kepada isu global yang rancak diperkatakan.

                    Antara punca pengabaian hak-hak wanita yang dikenalpasti adalah persepsi atau pandangan golongan lelaki bahawa wanita merupakan kaum yang kemah. Persepsi sebegini menyebabkan berlakunya es-kes keganasan rumah tangga yang melibatkan penderaan golongan wanita khususnya isteri dan ibu. pencabulan seksual juga berlaku terhadap gadis remaja atau kanak-kanak perempuan bawah umur kerana mereka dilihat sebagai golongan yang lemah.

                  Punca lain pengabaian hak-hak wanita adalah diskriminasi gender yang berlaku ketika bekerja. Kebolehpercayaan yang rendah terhadap golongan wanita menyebabkan peluang untuk mereka menceburkan diri dalam sektor pekerjaan yang lasak dan mencabar adalah terbatas swalaupun mereka mempunyai potensi dalam bidang tersebut. Norma masyarakat yang kuno menganggap bahawa tempat wanita itu hanya di rumah dan berkaitan hal ehwal rumah tangga sahaja. 

                    Melihat kepada antara punca pengabaian hak-hak wanita yang telah menjadi isu sehingga ke peringkat global, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menangani isu tersebut. Antara usaha yang digembleng kerajaan di peringkat antarabangsa dapat dilihat ketika Deklarasi Putrajaya. Isu-isu yang dibincangkan dalam deklarasi tersebut adalah untuk memperkasakan golongan wanita dan memperbanyakkan penglibatan golongan wanita dalam sektor awam dan sektor pentadbiran.

                   Usaha lain dalam menangani isu hak-hak wanita yang diabaikan adalah melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertindak selaku badan pemantau dalam isu ini serta menyediakan perkhidmatan kaunseling, peluang dan ruang bagi golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka. Kerajaan juga telah memperkemas sistem aduan kecemasan bagi golongan wanita dengan mewujudkan perkhidmatan Talian Nur sebagai tanda sokongan kepada golongan wanita dan dengan tujuan penguatkuasaan undang-undang.

                   Usaha lain adalah melalui penglibatan Malaysia dalam Deklarasi Hanoi yang turut membincangkan tentang isu HIV AIDS. Penyakit HIV AIDS yang lebih sinonim dengan wanita ini menyebabkan pandangan serong segelintir masyarakat. Perbincangan isu ini melibatkan kempen yang direncana bertujuan mengubah persepsi serta memberi hak yang sewajarnya dalam bentuk rawatan dan kemudahan kesihatan kepada penghidap HIV AIDS.

                   Kesimpulannya, kerajaan prihatin mengenai isu ini dan kerjasama di peringkat antarabangsa seharusnya diteruskan agar kesedaran tentang hak-hak golongan wanita tidak dipandang enteng. Dalam masa yang sama, masyarakat selaku 'role model' juga perlu menghakis pandangan-pandangan pesimis seperti diskriminasi gender agar dapat hidup aman dan bersatu. 


*notakaki: esei ini adalah esei STPM kertas 3, Bahagian C. Ditulis oleh aku pada tahun duaribu tiga belas dan disemak oleh Cikgu Shaharuddin Abu Kassim, cikgu subjek Pengajian Am SMKAMH. Markah, duapuluh per.... berapa tah; tak ingat. In shaa Allah, semoga bermanfaat sedikit sebanyak kepada mereka yang memerlukan. Maaf atas kekurangan dari segi bahasa, isi dan sebagainya.