Friday, October 28, 2011

ANNOUNCING...

hi and hello + assalamualaikum earthlings.
aku hapdet sikit je nih.
nak mintak korang sume doakan aku utk SPM 2011
yang hanya lagi 14 hari je lg.
jumpe korang lps ne. bnyk kott pic khatimus sirah aku nak sumbat dlm belog.
kire postpone lps SPM lah yerrrr.
oke lah guysss. aku dah jln2 skodeng belog orang. nak g smbung stadi.
doakan aku tak TERtido sbb aku salu mcm tuuu bile stadi :(

wish uols in da pink of health. May Allah bless us.
Assalamualaikum wbt. terimas sbb sanggup singgah dan baca.

Sunday, October 23, 2011

MISI KHAS DEMI SAHABAT kepada SEORANG SAHABAT yang lain

Assalamualaikum wbt :D

Sebelum berlangsung program Khatimus Sirah.. sebenarnya sesuatu yang agak tragik telah terjadi. Taklah tragik sgt, tapi tragik lahhh gak, sikit2. Harap2 Hanan Adzha tak lupa tarikh KERAMAT ne sampai bila2.

Once upon time; not long ago… seorang shbt ne telah berjumpa Hanan dan meminta dia belikan pendrive. Hanan mengiakan je lahhh. Dia kan baekkk hati. *kawanakutuh* takkan dia nak hampakan shbt tersebut kott. Tapi seryesli Hanan inform kat aku.. dia memang taktau langsung bahawa pendrive yang diminta sahabat tersebut sebenarnya adalah hadiah untuk sahabat kepada sahabat tersebut. Bbbahhhh. Kira hadiah request lah ne. *GOSH.demit* Hanan yang taktahu-menahu akan hal itu, mana nak beli pendrive tuuu since dia ponn tak berpeluang nak keluar rumah.

            Hah kau! Sahabat tuu apa lagi… risau melangit laaa bila dapat tahu Hanan yang baekk ni tak beli pendrive merangkap hadiah request tersebut. Weh uols, cuba bayangkan… Dalam situasi gamat dan gawat tuuu, respon dan reaksi sahabat berkenaan seolah-olah menunjukkan Hananlah yang BERSALAH. Cerita Hanan tak belikan pendrive seperti yang dia minta mula tersebar luas dan bertebaran dalam kalangan kawan2 kpd sahabat tuu. Korang rasa patut kerrr?
[lepas rehat; beberapa jam lagi sebelum jamuan bacth berlangsung]
Hanan takmahu susahkan mak dia demi seorang sahabat kepada sahabat tadi. Walaupun kelihatannya macam shbt tuu nak sgt pendrive tuuu TERAMATSANGAT-SANGAT, dia cuba berusaha untuk carik alternatif lain bagi merealisasikan hasrat sahabat berkenaan WITHOUT menyusahkan ibunya. *muliasikapmuNan*

            Dia jumpa Fye. Kot2 teman sekelasnyeh tuu ada TERbawak extra pendrive. Malangnye, Fye tak bawak. Berfikir punya fikir (aku pon join memikir juge okeee. I’m a gud friend tau. *perasan*) mula2 tuu ingatkan nak mintak tolong Im belikan ASAP before jamuan bacth. Time aku dah berhadapan dengan Im; bersama-sama dgn Madi…baru aku ingat yang stunt-man maahad tuu baru lepas eksiden moto. Ggggaaaahhhhhh. Rusak first plan. Takdapat mintak Im.. kitorang bercadang nak mintak tolong Darwish. Mungkin dia berhati mulia dan murni serta seterusnya nak tolong Hanan. Silmutaneously, terdetik jugak idea dari horizon minda ne nak mintak tolong Faisal. But then, terserempak dengan Timah, dia bagitahu bahawa harapan nak minta tolong Faisal sebenaqnyeh TIPIS. So, Faisal di-blacklist dalam senarai savior of the day.
           
            Masa makin suntuk; sejam lebih je jamuan tu akn setat. Out of the blue, Timah sarankan kitorang (time tuu aku ngan Mina je) jumpa dengan kak naqibah dia. Dia cakap akak tuu memang superb kind-hearted. Yang gi jumpa akak tuu Mina ngan Timah (Mina yg hebat sgt risaukan Hanan on tat time. Die mmg kwn yg sweeeeeettt.) aku naik kelas. Mana tau jumpa Hanan kat kelas. She need to know that kitorang sbgi kawan dia, bersungguh wanna help her.

*lagu Bruno Mars – Count On Me*

            Less than 10 minute before tamat P&P hari itu, barulah Hanan pulang ke mejanya. Aku cepat2 sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Time tgh ckp2 tuu, Hanan TERPERASAN yang Mina dah wujud di pondok Syauqi (pondok parkir motor). Pe lagi bebeh. Seperti Flashman aku dan Hanan bergegas turun dan menuju ke pondok tersebut. Walaupun dlm jarak jauh, aku jerit nama Mina. Time tuu Timah dah naik motor dah. (dia dpt kebenaran guna motor akak form 6, naqibah dia tuu)



Dalam kalut2 tuuu, akhirnya Hanan ambil keputusan untuk menjadi pembonceng Timah. Lagipon Mina seems ragu2 nak jadik pembonceng waktu tuuu. Yelakan, Timah tuuu ade license kerrrr? A bit risky sebenarnye. TETTTTT !!

            Cuba korang usya betol2.. Mina pegang duit merah kan? Ggggaahhh. Itu baru SIKIT dari duit yang ada kat tgn dia sebenar nyeh. YKW, adelah beberapa org buddies dah tolong Hanan dlm situasi ini. Diorang menyumbang dgn meminjamkan wang ringgit yg diorang ade. Takkan nak beli pendrive pakai air liur kottt, kan? Hanan pulakkk bukannyeh bawak duit bnyk2 pi skool haritu, nak makan juadah jamuan bacth lah katakan (bukan sebab dia tak BERWANG yerr). So, tindakan buddies yang menyumbang tuu sememangnye sgt membantu dlm misi kemanusiaan ni. Alhamdulillah. Aku pulak yang terharu memuncak dengan kebaikan diorang neh. Huhuhu~ taksangka kawan2 aku ne berhati suci & murni belaka. Semoga ukhuwah dgn mereka kekal selamanya. ANTARA yang menyumbang ialah Syarfa’ dan Syiqa Abd Razak. Trimas kuucapkan on behalf of Hanan dan diri ak sendiri.



Aku dah cakap dah awal2 aku nak snap2. Tapi nmpk nyeh gamba ne dh jadik gamba candit sebab takde siapa kesah dengan permintaan aku. Huhuu~ nmpk macam Mina tengah bagi pesanan dan nasihat kpd Hanan kan? Hanan yang kat tempat pembonceng tuu dah tak sabar sgt dah nak pergi. Korang agak Murti bagi lepas tak? Nasib baik lah sesi P&P dah selesai.
Kalau tak silap aku, pic ne diambil lebih kurang pada pukul 12:30 tengah hari. Rasanye lahh.

          
  Percaya tak.. Hanan bagitahu aku, dia tak putus2 berdoa je sepanjang perjalanan nak ke kedai untuk beli pendrive demi sahabat kepada sahabat tadi tuuu. Tambah2 pulak mereka ne kena lalu highway SILK tu hah untuk ke kedai yang berkenaan. Perghhh >,< bukan takat Hanan or Timah je yang cuakrisaubimbangsuspen, aku ngan Mina ponn gubra je kat skool ni. Bukan takat tu jer bebeh. Demi sahabat kepada sahabat tadi tuuu jugak, Hanan dan Timah telah merisikokan keselamatan mereka. Manataknyeh, Hanan report kat aku.. banyak lori besaq2 doe kat highway. Hailohhhh. Alhamdulillah selamat kengkawan aku yang dua orang neh. Anyway, antara perkara kelakartapijanggal  yang Hanan gambarkan kat aku adalah time diorang berdua terpaksa berhenti sebab trafficlight merah and people (maksod aku yang menunggang moto laa) were looking at them sebab mereka budak perempuan yang bertudung labuh dengan uniform skool  serta menunggang moto. Because they look weird mungkin.


Gamba di atas takkan menimbulkan sebarang kontroversi bukan? I trust uols. Jangan bawak citer tak baek taw. Aku amek gamba ne just nak menggambarkan keadaan di ‘tempat kejadian’ setelah Hanan dan Timah bertolak keluar. Lagipun cuma pic motor je kottt.
*taktipu* time aku nak amek pic ne, aku agak risau kalau ada budak putera terperasan kelibat aku kat sini bersama kamera di tangan serta bersama-sama Mina. Takut gak kalau budak putera TERperasan, diorang akn label aku mcm2. who know rite? Sebab betol2 few second after aku snap pic ne… Salam dgn Pjol otw ke pondok tersebut. Baaahhhhh >,< mau terkulai lemah jantung aku on tat time. Harapan aku moga2 depa tak pikiaq buruk pasai aku. (loghat sesat tiba2).


See? I’ve told uols. Salam dan Pjol memang benar2 wujud di situ. Sebaik diorang otw menapak ke pondok moto, aku ngan Mina dah cabut lari siap2. kui3~ taklah jauh ponnn, dekat curb ne je lerrr. Pjol dengan Salam keluar dari pagar sekolah tak lama lepas Hanan dengan Timah keluar dulu dr pagar skool. Depa nak pi mana? (TETTT. Loghat lagi!!) aku rasa diorang nak g practice koreografi zapin kottt. Jokejoke. Aasif.



Anyway.. sebagai seorang yang bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada, time Hanan dan Timah berjuang dekat highway SILK, aku dengan Mina lak buat photoshoot dekat curb tuu. Kenalkan, ini jiran semeja aku. Namanyeh Nurul Najmina Ittry Bt Adnan. (Mina!!! Kalau ada salah eja…SORRY :| ) Dia lahir on 16th April 1994. Seorang yang sangat penyabar dengan sikap emo aku dan seorang yang hebbak juga dlm akdemiknye. SALUTE Mina. Hidup dia AGAK signifikan dgn insan yang namanye start with S. huhuuu… cukuplah tentang diri Mina. Ramai dh kenal dia ponnnn.


Alhamdulillah. All tengs to Allah. Seperti yang korang nampak. Dua orang kawan aku yang pergi berjuang dah pulang ke pangkal jalan dengan selamat. Muka masing2 terlukis sinaran bahagia sebab harta rampasan berjaya diperoleh dengan gemilangnya. Pada tengah hari yang terik dan panas tuu pendrive yang diinginkan oleh seorang sahabat tersebut untuk diberikan kepada shabatnye yg lain berjaya dibeli dengan diskaun rm 5 semata-mata sbb Hanan dan Timah pakai baju skool. Rm 5 yang didiskaunkan tersebut pulak telah diberikan kepada akak naqibah form 6 ketika Timah dan Hanan buat sesi menyerahkan kunci moto pada akk yang kind-hearted tuu. Kire bayar duit minyak moto gitu.

Oke korang; pembaca yang budiman. (ade orang baca ker entry pnjg aku neh?)
Cerita aku telah tamat. Hope sangat korang tak nyawa2 ikan krn baca entry panjang yang amat ne. Seriously, aku harap pic2 ne membantu menghilangkan rasa bosan korang.

[notakaki] Wahai sahabat berkenaan…, kau seorang yang baik. Lima tahun kenal dan usya muka comel kau tuuu, aku pasti kau takde buat salah kat aku. Nasihat aku, lain kali bila nak bagi information.. makesure info tersebut disampaikan dgn jelas dan terperinci. Jangan ulang mis-comunication mcm ne AGAIN and AGAIN. Janganlah jugak buat orang lain serbasalah melangit sedangkan orang tersebut tak bersalah. Behave and kalau ada prob, lets have a proper conversation dgn pihak yg satu lagi. Jangan mudah sgt menangistakberlagu on a prob yang sbnr nyeh berkemungkinan utk ditangani.
Aku bukan Hanan and it seems yang aku tak berapa layak nak ckp over2 tentang hal ni. Aku tahu kau gembira gile dpt pendrive tuuuu demi shbt kau tuuu. tengs yang diucapkan oleh kau berkali-kali is something obvious yang menunjukkan kau bersyukur gile benda tuuu berjaya wujud di tangan kau on that time. Just wanna you know, benda tuuu SEBENARnye taklah mudah sgt didapatkan. Hope kau appreciate Hanan. *macamakupulakHanan*
Sahabat, thanks jugak sebab kalau tak kerana pendrive yang kau inginkan…MUNGKIN haritu takkan jadi HARI BERSEJARAH untuk Hanan dan hari yang aku takkan lupakan.

ASSALAMUALAIKUM wbt.

-TAMAT-

Saturday, October 22, 2011

Khatimus Sirah 2 [Photo Talk + Karangan]



 DI KELAS :: 5 RUSYD



Specially wrapped for Manal Istifa’. Kui3~ *segan* aku balut tak kemas doe.
-gamba ini di-snap pada waktu pagi, after susun2 kerusi SEMULA di dewan.-




Mardhiah dan hadiah untuk requsternye. Aku tak ingat siapa punye.
Anyway, pic ne shot dekat sebab nak di-focus-kan pada hadiah, bukan orangnye k.



Tasnim get prepared for class Pengajian Quran Sunnah. Tapi
dalam kerajinannye, sempat juge mintak aku ambil gamba die.




Sebab harini jamuan bacth, aku pon amek kesempatan laa
import kasut dari rumah. Tak terniat ponnn nak mencapub; pakai dlm kelas k.






Mardhiah sedang mempengerusikan mesyuarat tingkap pagi tuuu. Tah cakap
pasal apa la mereka2 tu. Heheh, anyway.. sorry sbb snap pic candit korang.




Muka bengang Hanan Adzha. Yang sebelah kiri muka gangster habis.
Yang sebelah kanan pulak gangster tak jadi.
-gamba ni diambil after rehat ye anak2-





 Pakatan murni antara Hanan Adzha dan Rufaidah Omar,
yang sebenarnye tak membuahkan hasil yang diinginkann. Fufuffu~




Kerajinan masing2 terbantut saat camera depan mata. :D






Oh Raihan, my forever friends.. akhirnya dpt merasa sama kelas dengan
kau  macam waktu form 1 dulu. :D



Nissa dan Mardhiah; best friend tuuuu~






















Sejarah Berulang ? - 17 Okt 2011

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbt.
Macam biasalah, uols apa khabar?
Aku sihat, alhamdulillah.

Kepada yang dah terbaca entry ini, aku bagi warning awal2.. entry ne bukan sebarang entry. U can consider it as karangan standard SPM. Panjang yang amat and also a photo-less entry. So jangan marah kalau korang bored to death baca entry ni. And jangan salahkan aku atas kebosanan korang. Aku dah warning kay.

Untuk entry kalini aku nak story-mory tentang peristiwa pra - jamuan bacth ting. 5 yang berlangsung dekat sekolah aku. As I’ve typed above.. nama program (a.k.a jamuan bacth) itu adalah Khatimus Sirah which means penamat cerita.

AHAD MALAM ISNIN; MALAM JAMUAN BACTH

            Sejujurnye lahhh… aku memang eksaited dengan jamuan bacth. Taklah eksaited teramat, tapi eksaited lah jugak. And disebabkan keterujaan aku tuhhh, aku buat persiapan ke sekolah  (eg: susun jadual & iron baju) malam tuuu jugak. Salunyeh aku buat mende2 berkenaan waktu pagi sebelum bertolak; punyelah pemalas nak prepare awal2. Tapi sebab semangat sgt, dengan baju2 mak ayah aku sekali, semua SELESAI di-iron-kan before midnight. Adik2 aku sndiri terkejut dengan kerajinan aku mlm tuh. Menjelang tengah mlm pulakk, terkial-kial tgn cemerkap aku ni membalut hadiah request untuk Manal. Perghhh… berjam-jam kottt aku ambil masa nak balut mendalah kecik tomey tuh. Sambil2 membungkus, menggunting dan men-salotape sana sini, aku usya lew rancangan korea yang di sajikan oleh chanel ONE dan KBS bergilir-gilir. Rasa heaven jeh. Bukan sebab cite best, tapi sebab pk esoknya aku ade jamuan bacth. Huhuhu~  BTW, dlm masa yg sama, silmutaneously hati aku yang tulus mulus neh, tak henti berdoa moga2 jamuan esoknyeh tuu SUKSES!

PAGI JAMUAN BACTH

            Walaupun ayah aku mem’basuh’ aku otw nak ke skool pagi tuu atas asbab tertentu… mood aku tetap tak goyah dek ‘basuhan’ ayah aku tuu. Aku tetap menjejakkan kaki keluar kereta dan melangkah masuk pagar sekolah dengan mood yang 100 % baekkk.
Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Disebabkan khemah2, kerusi2 dan meja2 time makan malam Permata Sabtu sebelumnya masih TAK DIKEMASKAN di dataran perhimpunan, semua orang automatik gi ke dewan tanpa dipinta (taat bukan? Budak sekola KLUSTERRRR la katakannn). Aku pon tak terkecuali. Sampai kat dewan je aku naek pelik gak tengok budak2 puteri mostly duduk luar tak masuk ke dlm. WHY? WHY? Disebabkan rasa inkuiri yang tinggi, aku masoklah ke dewan. TERKEZUT bebeh! Dewan rupa2nya telah disusun dan dipersiapkan untuk Jamuan Bacth tengah hari nanti. Ggggagagagag. Lawa2, tersusun dan it just nice. Memang osem. Mesti budak asrama punye keje. Pastilaaaakan. HEBBAK2!
           
But then, satu masalah dapat aku hidu.. It seems like perhimpunan akan berlangsung kat dewan. Macam mana dengan persiapan dewan yang budak2 asrama ni dah buat bebeh? Takkan nak ruin the whole thing just like that? Persolan2 berkenaan mula berekreasi dalam horizon minda aku. Anyway, walaupun takde secebis tenaga yang aku sumbangkan dalam bab menyusun2 ne, tapi aku yakin yang persiapan ne bukan dibuat senang2 je. Mesti budak2 asrama dah berpenat lelah nak menyiapkan. Budak tadika pon tahu kott the preparation is not easy as ABC. Beberapa budak puteri asrama yang dah sampai dulu kat dewan dah mula buat muka pra-kopi tanpa gula. Tambah2 pulak CP form 4 putera (entah sape tah; mls nk sebut nama) yang wujud dlm tuhhh dah tunjuk tanda2 nak suruh dewan tuu dikemas SEMULA demi perhimpunan, lagilaaa they ol buat muka. Aku yang takterlibat ponn dah mula risauu kott.

And finally, mamat tu lontarkan suara dia yang padu… dia arahkan budak2 junior putera untuk mengemas dewan, meja2 yang dah tersusun diminta diangkat ke luar dewan. Sekelip mata je dewan yang penuh dengan meja2 dan kerusi jadi kosong. Budak2 asrama dah mula nak buat sesi air mata. Tengok diorang sedih camtu, tak pasal2 aku join leleh sekali. Pelikkan? Dahlahh budak luar, tak terlibat dengan keje2 mengemas dewan… tapi turut tacing dengan tindakan mamat tuu pagi tuu. Pagi tuuu JUGAK, senang2 je aku bagi mamat tuu pahala free. Mana taknyeh, bila budak emo mcm aku tacing… maka keluarlah beberapa atau banyak (laa jugak) perkataan yang tak patut keluar dengan jayanya. Ayat tangkap sentap je pagi tu. (aku tak mencarut yepppp. Ank dara tak cun mencarut-carut ne, aku tahu tuuu) aku dpt tau mostly budak2 KL yang uruskan dewan, backdrop n bla3 yang sewaktu dgn nyeh. Diorang balik asrama the nite before lebih kurang pukul 1 pg lebih. Konpem penat tak hilang lagi. Aku juga dpt tahu yang dewan telah disewa sepanjang haritu; BERBAYAR. Bertambah sakit hati aku on tat time bila info2 tambahan ne sampai kat aku.

            Mula2 rasa nk skip perhimpunan. Tapi tak jadik. Aku duduk jelah dlm barisan, tapi kat belakang sekali. Dekat belakang, ramai pulak sahabat2 tengah emo melangit. Kebanyakannye mata  merah belaka. Ada yang tak sudah2 menangis ( especially orang kuat yg handle jamuan bacth. Eg. KB) and tak kurang jugak budak2 yang PAKSA-RELA duduk dlm dewan tuu. Ucapan2 oleh pihak pentadbir kat depan tuuu mcm angin lalu je bg diorang. Ada jugak yang anggap mende tuu lullaby kott that’s y ade yang tertidor kat ceruk barisan yang hujung2. Aku sedih lagi time tuuu tapi takleh lawan lah kesedihan dk asrama, so aku cool down sket. Aku yang tak tahu apa2 ne, lebih prefer rasa bengang dekat CP form 4 yang  command kemas dewan td tuu. Tapi kata2 Fasyaz buat aku sedar yang sebenarnyeh, bukan salah mamat tersebut atas apa yang terjadi. Arahan sebenar pastilah dtg daripada mulut pentadbir rite (?) Not even from the teachers, sebab cikgu2 pon tahu bahawa dewan telah disiapkan oleh FORM FIVE untuk JAMUAN BACTH.

IMO (in my opinion), sekarang form 4 yang pegang kuasa sebab form 5 sume dah pencen. So, diorang kenalah tunjuk dekat pentadbir yang any program sekolah dapat berlangsung like nothing happened. [WALAUPUN persiapan tadi TERPAKSA DIKEMAS SEMULA.] So then, barulah pentadbir akan salute diorang like they were all great sebab dapat tangani sebarang masalah as long as program sekolah berjalan dengan unggulnya. Fasyaz agk offended dengan form 4 sbb to her, form 4 at least backup-lah bacth form 5. Say something strong that worth before they ruin things upside-down. Sekurang-kurangnye kita tahu yang they were not willing to do such things yang offend everyone; form 5. Still, ada unsur2 kemanusiaan di situ. Aku… setuju je.

Lepas perhimpunan yang panjang (pelncaran bulan bhsa), our respected cikgu sejarah panggil form 5 utk stay dlm dewan tuu. Aku ingatkan she will lecture us as it seems like budak2 form 5 punya kekecewaan memang terzahir, terpancar dan terlukis pada wajah masing2. mana tau, kot2 beliau nak marah kitorang for such protes yang takdapat disembunyikan. Rupa2nya cikgu nak minta maaf kat kitorang sebab dewan TERPAKSA digunakan pada pagi barakah tu sekaligus TERPAKSA turned persiapan untuk jamuan bacth form 5 upside-down. Dengar cikgu Ezana cakap camtu buat aku nanges lagi. Bahhhhh. Aku takpasti kenapa but it touched me quite deep into my heart. I could see Aen menangis jugak. Fufufuf~ ramai lagi yang nanges after kata2 cikgu Ezana. Sebabnye, diorang jelah tau. Wallahu’alam. TT_TT

Beramai-ramai lah form 5 menyusun BALIK dewan seperti yang telah dirancang. Itupun HEM tak bagi berlama-lamaan di dewan. Beliau pantau je kitorang2 ne nak pastikan kitorang memang mengemas bukan ambil kesempatan bersenang-senang. Lagipon, jadual anjal tetap berlangsung macam biasa. Mestilah kitorang kena buat mende tuu mcm flashman sebab pelajaran is priority-kannn (?) Tapi sebab banyak keje takes longer period… HEM terpaksa arahkan kitorang masuk juge ke kelas. Orang2 yang terlibat are the only exception untuk stay di dalam dewan tersebut.  Aku pon bergeraklah ke kelas dengan kepala yang 70-30 pk pasal jamuan bacth. Kuikuikui.. *taktipu* Tamatlah sudah liputan langsung aku tentang keadaan pagi tu.

 [notakaki] hanan look everything in her positive view. Die ckp kat aku yg tgh emo dkt CP fom 4 putera (dlm nada seloroh; kononnye). “Buatpe nak kutuk2 mamat tu bila ko dah bengang kat die. Kalau aku laaa, takde masa nak bagi mamat tuuu pahala free2 je lepas die dah buat aku sakit hati. Tak pasal2 nanti aku pulakkk yang kena gi mintak maaf kat die sebab dah mengata die.” Bila kena susun kerusi meja semula, Hanan cakap dekat aku yang tgh tangkap leleh tat time, “nilah masanye kita bagi sumbangan dekat bacth sendiri. Kalau kerusi dan meja tak kena susun semula, mesti budak2 luar takde peluang nak menyumbang untuk bacth sgt. Sekurang-kurangnye skrg kita bole membantu susun mende2 ni balik.” *respekcaradie*
Walaupun aku macam tak denga ckp dia masa tuu, tp sbnrnyeh… memang terkesan dekat aku. She keep showing good example; buat aku malu dengan dirisendiri. Wafa ngan Capa’ pulak, bila aku tanya sama ada diorang tak sedih ke (sbb diorang nmpk tak sedih sgt) dgn things happened, diorang jawab… “sedih lah. Tapi kalau semua orang dalam bacth nee sedih melangit  macam yang lain, sape pulak yang nak memujuk.” (melangit – perkataan aku reka jehhh) Betoi tuuu betoii :D

Aku sedar sangat bahawa bahasa blog aku sekarang memang tak berseni langsung, tak interesting, carca-merba dan agak huru-horror. You can blame it on me atas kehodohan entry ini. Soseomida, gomet, sorry, aasif dan maaf sgt2.

Lenguhmenaip-FarhatulNFE
11:18 malam
18/10/11

Friday, October 14, 2011

Photo Talk


sepuluh mug dengan dua design yang telah disiapkan. penat doe. tapi enjoy menconteng.





 Manal dengan contengannya yang jauh lebih cunnn dari yang aku punye. I loike!



 Taktahu sape yang buat mug ne. sebab time aku sampai mug2 ni dah diconteng dengan jayanye :D



 Timah yang bekerja keras untuk mug2 ne! pewiiitt! hehe, ABCD punye pic takdelah.
anyway tengs lah sesangat sebab bagi aku peluang dan ruang untuk conteng mug2 tuuu.



Mug retak ne sbnrnyeh. so, aku cilok lewww n conteng2 sket.
tulisan korea dekat mug ne sume Izzah Fauzi yang conteng kayyy. bukan kerja aku.
-purple-



 Yang kat atas ne mug lebih (tak retak ok) yang diberi kepada aku sebab aku nak. Lagiponnn
aku dah siapkan kerja2 menconteng aku. So, kire upah leww kannn.
cun tak? Aku ske! Taktau lah uolsss.

[notakaki] Bismillahirrahmanirrahim. Aku doakan supaya jamuan bacth form 5 2011 [Khatimus Sirah] Isnin depan dapat berlansung dengan sukses nyeh. Everybody dah buat yang terbaekkk utk jamuan ni. moga semua dapat enjoy nanti. anyway, Happy Becoming Birthday ABCD. Semoga surprise yang dirancang berjaya dilakukan Isnin nanti :)

Flashback entry [Baby]



sedih.hampa.rindu.sayang

Bukan aku je yang sedih. Semua orang sedih. *starttosob* Baby aku yang TERkachak dalam dunia dah mati. *WARGHHHHHH!* harinikan fes day jadual anjal. So balik pukul 5.30 petang.
Time dalam kereta aku tanya umi... Baby tak balik lagi ke dari semalam (?) Kalau tak balik je, aku takkesah sgt. Tp ni, batang hidung pun tak menjelma. Aku cakap lagi... agaknya Baby akan balik time abah balik nanti kotttt (abah tgh outstation; balik esok). Baby suka abah. Kalau Baby tak muncul2 kat umah, salunyeh bila abah panggil dia datang. Umi denga. Umi angguk2 je. Macam biasalah umi lebih prefer mendengar dari mengulas.

         Sebaik saja umi parkir kereta Oddessey dekat depan umah; aku nampak Aiman yang tgh main kat taman permainan. Punyelah risau dekat Baby, aku nih. So, aku panggillah adik laki aku sorang tuuu n tanya sal Baby. Tau Aiman cakap pe? Dia tanya, umi takbagitau ke (?) Baby dah mati. BAHHHHHHHHHHHH >..< Taktau apa yang aku rasa sebenar-benarnya time tuuu. SHOCK siottt. *sobakdadoden* aku pandang umi... aku tengok muke umi dah bertukar jadi kopi pahit. Huaaaaa! Sah latuhhh, Aiman taktipu. 
   
       Walaupun taksure tapi aku agak, perasaan aku time tu adalah sedih.hampa.rindu.sayang dekat Baby.
Aku SEDIH dia mati. Terkilan sebab kat skool tadi baru je aku eksaited dpn Izzah ngan Mina gi tayang gambar macho Baby. HAMPA membuatkan aku menyalahkan embah (nenek dlm bhs jawa) aku tak pasal2. Embah aku tak suka kucing. Beliau pernah nak TERcekik Baby kesayangan aku tuu kau tau. Sebab embah lahhh kitorang TERpaksa bia Baby dok luarr walaupun Baby sepatutnyeh dok dlm umah. RINDU. Aku akan rindu Baby. *naknangeslagi* banyak sgt doe gamba Baby dlm simpanan camera aku. aduhaiiiii T_T SAYANG tuu tentulah. Aku rajinnn kottt bagi dia makan di saat dan ketika adek2 aku yg laen malas nk buat keje tuuu. Sian gk kat Baby sebab dia baru 7 bulan. Naperr laa mati cepat sangat (?) still a kitten bebeh.
*uminadektngusyapic Baby* umi yang paling sedih rasanya. Deeply touched tuuu.







Air mata aku dah kering. Let’s stop here. Sori lewww, tak bagi salam dulu. Mahal kita.
Assalamualaikum wbt.

Entry Panjang & Photo-less


Assalamualaikum wbt.

        Hai u ols. Apa khabar? Jasad kalian sihat? Hoho.. Iman kalian macam mana pulak? Sihat tak?
Aku? Aku macamtulahhh, sekejap sakit, sekejap macam nak oke. Entahlaa. Aku rasa aku kena buat terapi hati dan mindalah. Semenjak dua menjak ni; memandangkan SPM ponnn dah semakin dekat.. banyak pulak penyakit emosi yang menjangkiti aku. Senang emo, TERgedik tanpa sebab dan TERamat mudah berfikiran negatif serta AGAK PEMALAS juga.  Aku dah cuba nak delete penyakit2 ni, but YKW .. it is not as easy as A, B, C taw. Kalau semudah tuuu, mesti aku dah berjaya menjadi insan gemilang, terbilang dan bla3. *negativeminded?*

      Aku macam nak buat appointment dengan DR.CINTA. huhu~ tapi beliau doktor CINTA, mesti rawatannya tuuu dikhususkan untuk penyakit tu jeh. Aku dah takde problem dalam bab2 tuh. *setakatnilewww;Alhamdulillah* huhu.. takpelah sis, lain kalilah appointment. *selamberlandjeh*
Anyway.. rasanya salah satu PUNCA keimanan dan semangat aku dijangkiti penyakit kronik ni adalah disebabkan aku dah suntik hiburan duniawi melebihi dos yang disarankan. *sigh* aku akui hal itu. Believe me... K-POP satu wabak and aku mangsanya. Huhhhh.. serious ckp.. takpayah jadi fanatik ponnn korang boleh dijangkiti penyakit macamni. [ATAU, mungkin korang takkan dijangkiti penyakit tuuu sebab antibody korang TAKSELEMAH aku. Wallahu’alam.]
“Maafkan Izah mi, sebab berperangai hodoh macam sekarang. Dulu pon sama jugak. GOMETT”

       Judgemental tuuu sama tak dengan suk’uzon (bersangka burukk) ? Aku rasa aku pernah jugak dijangkiti penyakit nih. Tapi rasanya berjaya ditepis dan ditangkisss kott. Alhamdulillah. Aku doakan korang yang sentiasa ber-husnuzonn semoga istiqamah dengan positive-minded korang tu.
[Dropthesubject] Korang nak tau takkk, dulu kalau aku emo.. aku suka betul buat sajak. Sebenarnya bukan sajaklah tapi ,macam luahan hati diri aku sendiri BUT dalam versi yang berbunga-bunga dan Bahasa Melayu Tinggi. BTW, jgn lah marah kalau penggunaan vocab BM aku salah. Aku main hentam kromo je waktu nih.. hehe. Tegur baek2 naaa kalau ada error kat mana2.  Lets usya dua daripada beberapa poem yang aku pernah TER-record dalam  simpanan aku.
Aku & Kunang2

Aku ibarat kunang-kunang,Dalam gelap aku terbang,Dalam gelap aku terang,
Tidak akan ada yang terpandang, Kecuali yang sayang,Dan kecuali yang leka diulit kerdipan bintang.
Bila siang aku hilang,Bila hilang aku berang, Perasaan ini tidak dapatku pendam dalam hati yang walang,
Kurasakan diri ini dikambus malang.
Berangku dalam diam, Cahayaku makin kelam, Seperti pekatnya malam,
Akhirnya aku sepi terbenam Di dalam perut bumi tertanam.
Aku ibarat kunang-kunang.
[caption]
Poem di atas adalah hasil nukilan TERpoyo yang ada dalam koleksi aku. tengah mode TERPINGGIR on that time. Kalau tak silaplah. Fufufufu~ macam tak malu kan? Gi tayang2 nukilan sendri kat orang?  TETTTTT


Pengalaman.

Hari itu langit cerah,
kantuk tidak datang singgah,
menyapa hati yang berdebar bercampur resah,
memikir kan aku yang bakal menerima segulung amanah,
yang cuba kugapai dengan penuh susah payah.

Hari itu,
ungu bagiku begitu indah,
senyumku lebar menghias wajah,
aku bertekad, takkanku hampakan  umi dan ayah.

Hari ini..
Mentari tak munculkan diri,
burung-burung yang berkicauan di sebalik blok madrasah riang menyanyi,
sedangkan tangkai jiwaku ini terasa cukup ironi,
terimbau segala kesilapan dan kehampaan dalam secebis memori,
aku baru menemui identiti diri,
baru mahu menapak langkah berani,
saat diri dikhianti insan yang kukasihi.

Waktu itu..
Hati ini remuk,
fitnah yang melata terasa sakit mencucuk
ketika aku masih bingung tak mengerti, sekadar mengangguk.

Ku imbau lagi waktunya,
saat dunia terasa gelap gelita,
tiada yang ingin berada di sisi, cuba mengerti dan percaya,
aku yang terlalu muda  tak betah berkata-kata,
aku hanya punya bicara yang kabur dan tak bermakna,
terkapai-kapai aku bagai layang-layang terputus talinya,
lelah membela, hanya umpatan yang kuterima,
mulut manusia yang  gemar mengata.

Hati ini bertegas.
Sekali-kali, takkanku lupa,
sinis kata-kata mereka yang kononnya baik pada mata kasar  manusia,
tajam dan bisanya bicara,
sarkastiknya nada yang bergema,
menyentap jiwa dengan bicara yang menusuk jauh dalam dada.

Mana mungkin pengalaman ini jadi kabur,
mereka menasihatiku dengan santun ketika bertutur,
nasihat penuh helah yang sebenarnya dusta belaka,
nyahlah aku yang tidak layak dan hina,
amanah ini hanya buat insan terpilih; yang suci dari nista,
dibisikkan pada ku hampa,
betapa aku telah menconteng arang kepada seluruhnya,
lagi dia menyongsong  aksara kata,
terus-terusan mengehentam aku yang hanya tahu menangis semahunya..

Sungguh, walau hanya secebis memori,
Memori ini pengalaman yang kejam yang sentiasa terpahat jelas dalam kepala,
yang sentiasa berlayar dalam ruang mata,

Sungguh aku tidak lari dan tidak menafi,
pasti ada natijah di sebalik cebisan memori ini,
yang menyalurkan padaku kekuatan,
yang meneguhkan benteng kesabaran,
dalam aku menempuh liku alam kehidupan.

Setelah aku diduga dengan ujian,
setelah nasib ini aku tangiskan,
aku putuskan untuk melangkah ke depan,
masa untuk kuberikan diri ini sebuah pembelaan
dengan memberikan mereka kejayan sebuah peperiksaan.
“[hidup.aku.ada.kaitan.dengan.purple]”
Nukilan: farhatul NFE
[caption]
Poem panjang lebar ni sememangnya seperti yang korang jangkakan. Ianya adalah sebuah nukilan yang dicipta dalam keadaan aku sangat emosional. Emo lah kirenyeh. Emo dengan sape? Discover lah sendiri kalau terasa diri tu rajin and sikap INQUIRY dalam diri korang tinggi. *takdekkaitan*
Terimakasih kepada yang sudi baca entry suam2 kuku ni. InsyaAllah, pada masa akan dtg; lepas SPM kerrr, aku akn share dengan korang entry yang JAUHHH lebih bermanfaat dan interesting (bukan macam sekarang).
“sila doakan  kejayaan aku dalam SPM 2011 ya. Doakan jugak aku sukses untuk menjadi seorang pereka busana muslimah suatu masa nanti.” Kalau ada peluang untuk balas jasa dan budi baik korang, I’ll express my gratitude to all of you on that time. TERIMAS (terima kasih so much)