BAB 14
"Assalamualaikum cikgu." Perlahan suara K. Pergerakannya juga perlahan. Hanya debar di dadanya yang kuat. Buntang sekejap mata K melihat Kim sudah berada di dalam ruang pejabat Cikgu Ruslan.
Kim memakai tee berkolar warna hijau gelap. Baju itu sahaja yang sempat disarungnya ketika dipanggil agar segera ke pejabat cikgu Ruslan di sekolah.
"Wa'alaikumsalam. Haa.. masuklah Kaisarah." Cikgu Ruslan menjawab salam dan menyambutnya dengan sengih lebar.
Diam. K dan Kim yang duduk bersebelahan hanya membatu sementara Cikgu Ruslan ditemui makcik kerani sekolah yang bertanyakan sesuatu kepadanya. Kim menoleh memandang K. Hampa. K bukan sahaja membatu malahan tertunduk, tidak mengangkat muka. Barangkali takut atau malu. Tetapi untuk apa? Kim tahu jenisnya Hana Kaisarah Bt Azman ini bukan jenis penyenyap dan mudah takut atau malu tidak bertempat, tambahan pula apabila berhadapan Cikgu Ruslan yang memang terkenal dengan keramahan dan sikap easy going nya bersama para pelajar dan para guru. Bertimpa-timpa persoalan yang Kim biarkan berlegar dalam horizon mindanya. Dia berlagak tenang.
Daun pintu kembali ditutup. Cikgu Ruslan mengambil tempat di hadapan kedua-dua mereka. Pandangannya bersilih ganti memandang Kim dan K. "Selesa-selesakanlah diri kamu ya, pelajar. Saya panggil ni ada perkara nak diperkatakan. Maaf ambil masa kamu berdua."
Cikgu Ruslan memperbetul duduknya di atas kerusi sebelum menyambung,"kamu macam mana? Dah okay sikit?" Cikgu Ruslan bermaksud menanyakan keadaan Kim yang tidak ke sekolah hari itu. Tentu sekali disebabkan kes keracunan makanan semalam.
Cikgu Ruslan memperbetul duduknya di atas kerusi sebelum menyambung,"kamu macam mana? Dah okay sikit?" Cikgu Ruslan bermaksud menanyakan keadaan Kim yang tidak ke sekolah hari itu. Tentu sekali disebabkan kes keracunan makanan semalam.
"Ahh. Alhamdulillah. Okay je cikgu." Kim menampal senyum, bersungguh. Matanya ikut mengecil. K yang ikut cikgu Ruslan menala pandang pada Kim terpana seketika. Hatinya cair. Dia tidak sedar cikgu Ruslan yang memerhatikan perlakuannya. Cikgu sekadar senyum segaris.
"Cikgu cakap direct je lah ya?" Hampir serentak kedua-dua orang pelajar di hadapannya merespon, mengiakan permintaannya.
"Kamu berdua ni, betul ke pasangan suami isteri?"
"Kamu berdua ni, betul ke pasangan suami isteri?"
Jatuh rahang Kim. Dia bagai direnjat kejutan kedua. K yang baru angkat muka, kembali menunduk memamah pandangan lantai marmar bilik pejabat tersebut. Soalan tak munasabah tahap luar kotak! K malu bertentangan dengan cikgu Ruslan dan bersama Kim ketika itu. Mukanya memerah, terasa panas kedua-dua belah pipi seperti ditampar - ditampar dengan statement tersebut.
"Haaa.. cikgu taw daripada siapa ni?" K buat-buat berani mengajukan semula persoalan kepada cikgu Ruslan. Kali ini Kim menoleh memandang K dek soalannya itu. Cikgu Ruslan di hadapan mereka sudah ketawa kecil.
"Oh.. betul lah, ya?"
"Hmm.. Dari mana saya tahu, itu rahsia." Cikgu Ruslan seakan berseloroh.
"Eh, bukan bukan. Bukan maksud saya camtu cikgu. Serius tak. Kami tak kahwin atau bakal kahwin pun." Menggelabah K.
"Oh.. betul lah, ya?"
"Hmm.. Dari mana saya tahu, itu rahsia." Cikgu Ruslan seakan berseloroh.
"Eh, bukan bukan. Bukan maksud saya camtu cikgu. Serius tak. Kami tak kahwin atau bakal kahwin pun." Menggelabah K.
Kim mengukir senyum segaris. Kelakar pulak tengok K. Gelabah dek nak menjawab usik cikgu yang sengaja menguji'
"Cikgu, saya tak tahu mana datangnya khabar macam tu tapi kami memang tak ada apa-apa."
Kim menjelaskan. Isinya sama seperti K, namun dalam versi yang lebih tenang dan ringkas.
Kim menjelaskan. Isinya sama seperti K, namun dalam versi yang lebih tenang dan ringkas.
"Cikgu pun tak tahu macam mana boleh jadi khabar yang tak betul ni. Tetapi, kalau tak ada angin, pokok takkan bergoyang. Kamu berdua faham, kan?" Serentak dua orang anak murid Cikgu Ruslan itu mengangguk.
"Cikgu taknak dengar lagi khabar macam ni. Nasib baik sampai ke telinga cikgu. Kalau sampai ke telinga pengetua ke, penolong kanan HEM ke, boleh jadi isu besar. Boleh menjejaskan nama baik institusi pra universiti kita."
"Isu kahwin ni bukan isu main-main di sekolah tambah pula kalau tak betul. Kamu berdua dah besar sepatutnya faham apa yang saya cakap ni. Tak lama lagi akan menduduki peperiksaan percubaan STPM, fokus bahagian itu dulu."
Sekali lagi kedua-duanya mengangguk laju. Mereka sudah biasa dengan cikgu Ruslan, awal bicaranya sahaja yang santai dan kedengaran berseloroh sebelum bertukar nada serius, tegas,
"Tapi... kalau kamu betul-betul dah kahwin, sijil nikahnya boleh lah tunjukkan pada cikgu." dan berseloroh semula.
Cikgu Ruslan mengukir sengih, menampakkan sebaris gigi putihnya.
"Tapi... kalau kamu betul-betul dah kahwin, sijil nikahnya boleh lah tunjukkan pada cikgu." dan berseloroh semula.
Cikgu Ruslan mengukir sengih, menampakkan sebaris gigi putihnya.
* * * * *
"Haduy, entah macam mana boleh jadi macam ni."
"Haaa.. tu lah kan."
"Hmm, kau agak orang lain tahu?"
"Hmm, kau agak orang lain tahu?"
"Buat tak tahu je. Bukan betul pun."
"Cikgu Ruslan marah ke?"
"Biasa je tu."
Angguk, angguk. Mati idea.
"Aku balik asrama dulu."
"Eh?"
"Aku kan cuti harini." Senyum segaris.
"Oh. Ha'ah. Aku.. balik ke kelas lah."
Kim dan K hampir serentak menapak pergi dari lorong kaki lima pejabat. Kedua-duanya ke arah yang berbeza.
Selepas hampir tiga bulan semenjak ditegur sebelumnya, ini pertama kali rasanya dia berbual dengannya.
BAB 15
Dia cuba jadi lebih fokus semenjak dipesan cikgu Ruslan tempoh hari di pejabat.
Dia cuba kembali fokus seperti sewaktu dia memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi ketika belajar awal tahun itu.
Farhan Hakimi menggaru kepala yang tidak gatal. Rambut yang sudah panjang sedikit kelihatan kusut diperlakukan sedemikian.
Buku rujukan Sejarah yang baru dicapai diketepikan semula.
Kim menoleh melihat sekitar dorm Za'ba. Za'ba kosong. Kebanyakan penghuni dorm tersebut sedang membersihkan diri masing-masing setelah bermain futsal sepanjang petang itu di tandas.
Dia juga masih berpeluh. Berlengas satu badannya yang tidak berbaju dan hanya berseluar track suit dilipat sehingga paras bawah lutut.
Sengaja tidak segera membersihkan diri. Kim malas bersesak-sesak di dalam tandas dengan segala macam bau kurang menyenangkan. Dia memilih untuk menunggu giliran setelah rakan-rakannya selesai.
Tangannya dipanjangkan sekali lagi. Kali ini meraba-raba permukaan di bawah bantal tempat tidurnya. Senaskhah buku tulis nipis ditarik keluar dari bawah bantal.
Kim memandang lama beberapa helaian yang sudah dipenuhi tulisan berdakwat biru. Sengih sengejap dia, melihat tulisan tangannya yang tidak kemas pada perkiraannya.
Ball pen Kilometrico yang berserakan bersama alat tulis lain di atas katil dicapai. Catatannya disambung untuk kesekian kalinya setelah hampir beberapa bulan dibiarkan.
"Bro," suara dari belakang menyapa.
"Buat apa tu?" Soalan Anas membantutkan catatannya yang sudah penuh satu muka surat lewat petang itu. Buku tulis nipis garis satu dengan kulit muka depan berwarna coklat itu terpaksa ditutup dan dijauhkan dari tangan Anas.
"Rahsia?" Anas menjungkit kening kiri. Sengaja memprovok Kim. Tangannya cuba mencapai buku tulis yang berada pada Kim. Badannya mendekat dengan Kim yang sudah bertukar posisi meniarap kepada bersila. Kim buat muka bengang.
'Kalau dah namanya muda, memang perangainya tak matang.' Omel Kim dalam hati. Bersabar. Anas sebenarnya muda setahun daripada dia. Budak lompat yang pulang ke Malaysia ketika dia berusia tujuh belas tahun. Tangan Kim dipanjangkan untuk mencapai kaca mata yang terletak elok atas batang hidung mancung milik Anas. Serangan balasnya direncana dalam kepala untuk menganggu sahabat yang mula menganggunya. Buku tulis nipis tadi sudah selamat diletak di bawah duduknya. Selamat menjadi lapik punggungnya.
"Woi kacau apa?" Tangan Kim ditepis Anas sedangkan dia masih tidak mahu mengalah. Rancangan asal hanya mahu mengusik Kim yang dilihat berseorangan di dalam dorm kemudian menjadikan rasa ingin tahunya menebal melihat Kim bermati-matian menyembunyikan buku tulis nipis itu.
"Woi, bontot aku!" Suara Kim naik satu not.Tindakan keanak-anakan Anas semakin menjadi-jadi. Beberapa kali tangannya menepis tangan Anas.
BAM!
Sebiji bantal berwarna putih dengan tahap empuk kosong peratus - serba keras seperti batu dicampak tepat mengenai muka Anas dan Kim. Hampir serentak kedua-duannya berpaling ke arah 'bencana' yang tiba-tiba menyertai 'peperangan' mereka berdua.
Tinggi. Lengkap berbaju melayu, berkain pelikat dan bersongkok hitam. Adib sudah terpacak di hadapan pintu dorm, berdiri menghadap mereka.
Jika pandangan ditala lebih jauh sedikit melepasi Adib. Jelas kelihatan suasana senja di luar. Langit semakin gelap dengan sedikit biasan campuran merah dan jingga matahari yang terbenam mengikut sunnatullah serta samar-samar cahaya putih lampu kalimantang sepanjang laluan kaki lima ke surau sekolah. Sayup sayup bunyi bacaan ayat al-Quran juga sudah mula kedengaran menandakan hampir masuk waktu solat Mahgrib. Penghuni dorm Za'ba yang pergi ke tandas masing-masing sudah kembali. Seorang demi seorang melangkah masuk. Ada yang tidak berbaju dan sekadar bertuala. Ada yang sudah siap berpakaian lengkap dan ada juga yang hanya berbaju dan bertuala. Macam-macam gaya.
"Aku ingat apa lah yang riuh sangat Za'ba ni dari luar. Rupanya korang. Dua-dua tak berbaju pulak tu. Eiii..Macam apa dah aku tengok." Adib menegur, berseloroh. Anas sengih. Kim sudah tersandar selesa. Gangguan sudah berhenti. Adib peneyelamat. Buku juga sudah selamat disimpan.
Adib baru ingin menapak ke katilnya sebelum niatnya dimatikan. Bicaranya disambung.
"Dah mandi belum?"
"Bel.. dah." Anas dan Kim saling berpandangan.
"Belum, belum." Anas mematikan niatnya untuk berbohong sunat. Sengih lagi.
Adib buat-buat ingin mencapai semula bantal yang dilemparkan tadi. Ingin dihenyak sahaja dua sahabatnya itu. Walaupun sudah menjelang Maghrib, mereka masih tidak membersihkan diri dan bersiap.
"Gi mandi cepat weh. Maghrib ni kau bagi tazkirah, kan?" Soalan itu dituju khusus untuk Kim, bukan Adib yang kehadirannya di surau seperti biskut. Tidak menunggu jawapan lanjut daripada Kim. Adib berlalu pergi keluar dari dorm bersama beberapa orang teman yang telah siap untuk berjemaah di surau sekolah.
Kim bangun. Tuala dicapai. Sempat dia melibas belakang badan Anas, 'hadiah peperangan' mereka tadi. Bibirnya mengukir senyum sumbing membalas pandangan dan sengihan Anas sebelum bergerak ke tandas.
* * * * *
Tabir yang memisahkan ruang solat utama jemaah lelaki dan ruang solat utama jemaah perempuan dibuka.
Tidak penuh. Kehadiran pelajar yang solat berjemaah di surau sekolah tidak menggalakkan. Masih ramai pelajar yang memilih untuk solat sendiri atau barangkali ada juga yang tidak solat. Semuanya tidak mustahil. K semakin terbiasa dengan panorama itu. Keadaan yang sangat jauh beza jika ingin dibandingkan dengan kehadiran pelajar di surau sekolah lamanya sebelum ini. Sekolah lama mereka, sekolah dia, Meen dan Kim.
Barusan kepalanya terimbas sebaris nama Farhan Hakimi, rakan sekolahnya itu terlihat jelas berdiri di hadapan jemaah lain.
'Giliran dia bagi tazkirah harini...'
K mengandaikan, melihatkan Kim yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di ruangan solat imam surau berkenaan.
Kim memakai kurta berwarna coklat susu, antara pakaian yang biasa dipakainya untuk solat dan sekaligus dipakai ke kelas prep malam. K pandang pada Kim sebelum pandangan ditala pada dirinya sendiri. K baru perasan. Kebetulan malam itu, dia juga mengenakan jubah berwarna serona, warna coklat susu.
Dalam hatinya ada bunga yang mekar sesaat dua. Kononnya mereka sedondon malam itu, K hampir sahaja tersipu sendirian. Meen juga perasan hal yang sama lalu teruja untuk seketika. Saat tubuh K terasa disiku perlahan oleh Meen di sebelah, dia hanya merespon dengan riak tidak berperisa - cover malu kata orang tua-tua.
Malam itu, antara waktu solat Maghrib dan Isyak Kim menyampaikan tazkirah mengenai huraian mafhum hadis riwayat Ibnu Majah tentang saham akhirat.
Maksudnya,
"sabda Rasulullah saw : Antara perkara yang menyertai (manfaat) seorang mukmin setelah dia meninggal dunia dari amalan kebaikannya (di dunia), ilmu yang diajar dan disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, mashaf yang diwariskan atau masjid yang dibinanya atau rumah penginapan untuk orang musafir, atau sungai yang dialirkan airnya atau sedekah yang dikeluarkan di waktu sihat dan hidupnya. Kesemuanya menyertainya setelah dia meninggal dunia.
Penerangan diberi dengan cara santai dan ringkas sesuai dengan waktu yang diperuntukkan. Kim banyak tersenyum di hadapan. Mujur sahaja K memberi penumpuan sambil jemarinya membuat catatan setakat apa yang ditangkap gegendang telinganya. Anasir perasaan peribadi dicampak ke belakang, bimbang hilang berkat dalam majlis ilmu yang sekejap itu.
"Abang ni la yang kahwin dengan akak tu."
"Akak pakai tudung besar tu?"
"Macam sesuai je. Sweet nya dah kahwin."
"Yang tu lah. Untung akak tu."
"Kak Kaisarah?"
Kali ini jemari K berhenti menari di atas buku catatannya. Gegendang telinganya semakin jelas menangkap cakap-cakap jemaah perempuan di belakang.
'Nama aku tu.' K telan liur. Pesanan Cikgu Ruslan kembali menghantui.
'Aduh, dasar gosip liar. Siapa punya angkara ni?' Keluhan kecil dilepaskan. Isi-isi terakhir tazkirah Kim tidak sempat masuk buku. Lambat-lambat K menoleh memandang Meen. Meen juga menoleh dan mereka saling berpandangan. Kalau Meen turut dengar apa yang didengarnya, bagaimana pula dengan sahabat seangkatan pra universiti yang lain di situ? K tidak berani memandang sahabat lain apatah lagi memusingkan badan, menoleh ke belakang mencari sumber suara yang swenangnya saling bersoal jawab tentang status dirinya. Kaku macam batu.
K buat muka, memaksa Meen menenangkannya. Hanya senyum tanpa gula yang diperolehnya.
BAB 16
"Aku dengar cerita budak-budak kelas arus perdana cakap pasal hang." Wani sempat menegur ketika K baru melangkah masuk ke kelas untuk sesi prep malam itu.
"Cerita apa pasal aku?" K berselindung sedangkan dia sudah dapat mengagak arah kata-kata Wani kepadanya.
"Member kita pun ada yang dengar." Wani menala pandangan pada beberapa orang sahabat seangkatan mereka yang berada di dalam kelas tersebut. Ulfa, diikuti Miramis. Zaidah dan Balqish serta Nor juga bergerak dan merapati tempat K dan Wani.
"Takkan lah aku dah kahwin kott." Tatkala pasang-pasang mata yang semakin mendekat dilihat menuntut penjelasannya, K langsung merespon pendek.
"Aku dah agak dah." Balqish dengan wajah tak beriak.
"Mana dapat cerita entah budak-budak ni." Mendatar sambungannya, berbaur geram pada entah siapa yang menyebarkan khabar angin sedemikian rupa.
"Aku baru nak cuak. Nasib baik tak betul K." Miramis jelas nampak lega. Yang lain mengiakan. Lebih kurang sahaja reaksi masing-masing, sama ada lega akan ketidakbenaran khabar yang menyusup masuk dalam geendang telinga atau geram dengan si pembawa cerita ini.
"Kau dengan Kim, rapat pun tak. Kelas pun tak sama. Tak pernah nampak korang bercakap pun, inikan pulak nak kahwin. Takkan lah. Kan?" Zaidah memujuk hatinya dan rakan-rakan yang turut berada di situ. K mengangguk laju, mengiakan sahaja setiap kata yang keluar dari mulut rakan seangkatan pra universitinya.
K maklum, mereka tentu risau dengan perkhabaran begitu. Warga pra universiti di sekolah itu tidak mempunyai reputasi yang begitu cemerlang beberapa tahun sebelum ini disebabkan mereka jarang bercampur dengan pelajar-pelajar dan guru-guru aliran arus perdana dalam aktiviti anjuran sekolah. Pelajar pra universiti, lebih padat jadualnya dan mempunyai aktiviti kelolaan mereka sendiri yang membawa kepada kekangan ini. Tambahan pula pernah terjadi kes melibatkan senior mereka sebelum ini yang berstatus sudah berkahwin. Akhirnya isu itu menjadi terlalu hangat diperkatakan. Ada segelintir pihak ibu bapa dan guru yang bising-bising, bersuara dalam isu ini yang akhirnya memburukkan lagi imej warga pra universiti.
Mereka sudah pasti tidak mahu hal yang sama berulang. K dan sahabat-sahabat pra universitinya sentiasa berhati-hati agar nama baik pra universiti yang semakin melonjak sejak tahun lalu dikekalkan.
"K, kau pergi lah jumpa Kim. Mana tahu Kim pun kena macam kau. Entah-entah khabar ni datang dari junior lelaki mana-mana yang sengaja mereka cerita." Nor memberi cadangan.
"Aku nak kita settle secara dalaman je lah. Jangan sampai cikgu tahu. Lagi-lagi cikgu Ruslan. Leceh nanti. Risaukan dia pulak. " Wani menyambung.
K diam. Hal pertemuannya dengan cikgu Ruslan dan Farhan Hakimi tempoh hari menjadi rahsia besar. K merasa semakin perlu mendiamkan sahaja hal tersebut dari pengetahuan rakan-rakannya. Dia tidak sanggup membayangkan respon mereka.
Malam itu, suasana kelas prep malam pelajar pra universiti dari kejauhan memperlihatkan keadaan isi kelasnya yang berkerumun pada suatu tempat. Seolah-olah mereka sedang berbincang hal yang berat, yang rahsia lagi mustahak.
Itulah yang terzahir menembusi tingkap dari bahagian luar kelas. Meen terlepas perbincangan secara berjemaah berskala besar nampaknya kerana dia terus ke tandas terlebih dahulu.
Meen senyum nipis. Dia masih boleh mengagak perkara yang sedang dibincangkan ketika itu.
Farhan Hakimi.
Hana Kaisarah.
Hana Kaisarah.
BAB 17
K sibuk membuat catatan dalam bukunya. Mencatat tentang apa, itu Meen tidak pasti. Barangkali mengemaskini dan menyemak laporan persatuan unit beruniform yang telah dibuat oleh setiausaha persatuan. Sesekali Meen nampak K menyelak lembaran buku laporan khas persatuan sekaligus membenarkan telahannya.
Meen dan K duduk bertentangan. Tempat Meen di bahagian kiri bilik kuliah, bersebelahan dengan tingkap dan rak buku. Tempat K pula di tengah - tengah ruang bilik sederhana besar tersebut, di bawah kipas yang berpusing laju.
Setelah dikerumuni ketika di kelas sebentar tadi, K mengambil keputusan untuk bertemu dengan Kim seperti yang dicadangkan oleh sahabat-sahabat perempuan seperjuangannya.
Sebaik sahaja dia membuka pintu kelas dengan niat ingin menapak turun ke kelas bawah, dia tersempak dengan Meen yang barusan pulang dari tandas. Langsung niat itu mati di situ, lalu melencong ke bilik kuliah pula kedua-duanya.
"Diorang minta kau jumpa Kim?" K mengangguk mengiakan. Dia masih boleh dengar jelas suara Meen yang bertanya walaupun berlatarbelakangkan bunyi lagu yang berkumandang dari handphone Meen.
"Aku taknak benda ni jadi besar. Aku risau gak kalau member pra-u risau pasal hal ni." Rendah suara K. Dia cuba memfokuskan diri pada buku laporan di hadapannya, berfikir tentang rencana bagi penggal kedua persatuannya seperti yang dipinta guru penasihat persatuan. Namun, asal terleka fikirannya tentu sahaja hal tentang Kim dan gosip kahwin ini laju menyelinap dalam horizon mindanya.
"Aku segan lah nak jumpa Kim. Janggal bercakap hal yang macamni, sekalipun perkara ni tak betul." Meen mengangguk beberapa kali, merespon sekadarnya pada bicara K.
"Aku rasa aku ni bukanlah jenis penyegan sangat orangnya. Lagi-lagi dalam hal ni, being professional matters." K menyambung. Tangannya berhenti menari. Bibirnya mengikut rentak Atas Nama Cinta nyanyian UNIC.
Meen memasang telinga, terdengar bunyi tapak selipar yang bertemu lantai simen menapak menghampiri pintu masuk bilik kuliah. 'Janganlah cikgu yang meronda. Kantoi pulak tak prep di kelas.' Diam-diam Meen melafaz doa dalam hati.
"K, kau tolong bukak pintu jap." K menoleh. Bibirnya masih bergerak-gerak. Kali ini mengikut rentak lagu Hanya Tuhan yang Tahu. Hmm.. lagu cinta lagi. UNIC lagi. Kemain Meen, jiwang semedang.
"K..." Meen meminta. Sengihan lebarnya menampakkan sebaris giginya yang putih bersih. Meen memancing simpati.
"Yelah, yelah. Slow kan dulu lagu tu." Pesan K. Kakinya menapak ke arah pintu bilik kuliah.
Tombol pintu dipulas. Belum sempat dia menolak daun pintu itu keluar, sudah terasa daun pintu itu ditarik dari luar. Tanpa sebarang daya daripada K, pintu sudah ternganga luas dan diluar kawalan K juga, dia jaw dropped dengan situasi tersebut.
'BGM lagu Kasih Kekasih la pulak. Haduy.' Sempat-sempat sahaja K mengomel dalam hati.
'BGM lagu Kasih Kekasih la pulak. Haduy.' Sempat-sempat sahaja K mengomel dalam hati.
* * * * * *
"Angah, dah maklumkan pada along tentang kemasukan angah minggu depan?" Soalan yang diaju Puan Nurain dijawab gelengan laju. "Angah tak call along lagi?" Hafyna Maisarah diam, berkira-kira sebelum mengeluarkan jawapan.
Kalau along ingat dekat angah ni, ingat dekat umi, along dah call." Mendatar suara anak kedua Puan Nurain.
Kalau along ingat dekat angah ni, ingat dekat umi, along dah call." Mendatar suara anak kedua Puan Nurain.
"Call along, ngah. Ingat umi pesan ni." Puan Nurain kemudian berlalu dari ruang tamu ke biliknya. Kedua dua beranak ini barusan usai solat sunat tahajud sepertiga malam tersebut, kini masing-masing ingin berehat melepas lelah seharian bekerja.
BAB 18
Dia yakin terdapat penghuni di dalamnya. Walaupun tidak mendengar sebarang perbualan dengan jelas, alunan lagu bersilih ganti dari kumpulan nasyid yang dikenali mengesahkan telahannya.
Beberapa kali salam diberi dari luar, namun salamnya tidak bersambut. Akhirnya Kim ambil keputusan untuk masuk juga ke bilik kuliah.
Dia terkejut mendapati Kaisarah betul-betul berada di sebalik daun pintu bilik kuliah tersebut. Jarak mereka terlalu dekat antara satu sama lain. Kim lihat Kaisarah jauh lebih kaget dan pegun berbanding dirinya. Automatik Kim berundur selangkah memberi ruang pada Kaisarah kembali menapak ke tempat duduknya.
Mata Kim dan Meen bertemu. Dia senyum segaris, merespon kepada sengihan Meen yang menjadi saksi kejadian dari kejauhan. Anak mata Meen bergerak, mengisyaratkan pada baju kurtanya yang kebetulan sama warna dengan jubah yang dipakai Kaisarah malam itu.
Kim hampir sahaja tersengih lebar dek kebetulan yang menjadikan hatinya kembang setaman. Namun cepat sahaja dimatikan senyum. 'Mimik muka biar biasa je. Lari jugak anak dara orang kalau kau buat sengih seposen tu depan dia.' Kim ingatkan diri. 'Bab hati ni kalau dilayan semakin menjadi. Jangan sampai nafsu ambil alih Kim. Jangan sampai syaitan campur tangan. Susah kau nanti.' Tazkirah pendek dilekat dalam kepala. Dia langsung berlagak biasa sahaja.
"Cari apa Kim?" Soal Meen melihatkan Kim yang berjalan ke arah rak buku di sebelah kirinya.
"Aku cari buku nota aku. Aku tertinggal tengah hari tadi lepas kelas Sejarah." Meen mengangguk beberapa kali. K fokus semula pada membuat perancangan persatuannya. Bibirnya tidak lagi mengikut bunyi memandangkan Meen sudah menghentikan lagu sebaik Kim masuk tadi.
K juga, berlagak biasa.
"Tak jumpa lagi ke wey?" Meen menyoal lagi. Sahabat prihatin, begitu lah.
Menggeleng.
Tangan Kim sudah menjalar menyelak susunan buku-buku pada rak yang palis atas sehinggalah di rak yang paling bawah. Dia mula mencari di dalam laci meja yang terdapat di dalam bilik kuliah pula.
Tangan Kim sudah menjalar menyelak susunan buku-buku pada rak yang palis atas sehinggalah di rak yang paling bawah. Dia mula mencari di dalam laci meja yang terdapat di dalam bilik kuliah pula.
"Buku nota kau macam mana rupanya?" Meen bangun dari duduk, niatnya ingin bantu mencari buku nota Kim.
"Buku nota panjang. Kulit keras warna hitam."
"K, cuba kau tengok-tengokkan buku nota Kim. Kot kot ada bawah ada meja kau."
'Boleh pulak dia buat batu je kat situ.' Getus hati Meen.
'Boleh pulak dia buat batu je kat situ.' Getus hati Meen.
"Huh? Ahh.. okay, okay." K merespon laju. Agak kelam kabut sebenarnya. Buku laporan kokurikulum persatuan dan buku notanya ditutup. K ikut membantu.
"Ada tak, sana?" Pertanyaannya dituju kepada K yang mencari di bahagian hadapan bilik kuliah.
Geleng. K menggeleng. Kim berpaling pada Meen pula. Dia maksudkan pertanyaan yang sama tanpa bersuara. Meen turut menggeleng. Tangannya ketika itu sedang menyusun buku-buku dan alat tulis K untuk diasingkan ketepi sementara dia periksa laci di meha tersebut.
Geleng. K menggeleng. Kim berpaling pada Meen pula. Dia maksudkan pertanyaan yang sama tanpa bersuara. Meen turut menggeleng. Tangannya ketika itu sedang menyusun buku-buku dan alat tulis K untuk diasingkan ketepi sementara dia periksa laci di meha tersebut.
"Eh Kim, buku nota kau tu warna hitam hard cover kan?" Meen inginkan kepastian. Matanya sudah tertancap pada sesuatu di bawah buku laporan kokurikulum persatuan dan buku nota K.
"Haah."
"K, ni kau punya?" Seperti mengambil giliran. Giliran K pula disoal Meen. Pencarian K bantut sekejap. Dia berpaling.
"Bukan." K meneliti buku nota hard cover hitam di tangan Meen. Kepalanya digeleng beberapa kali sebelum dia sendiri pegun. 'Aku ambil mende tu buat lapik tadi. Alamak.' K sengih kelat, tersedar lapik yang dimaksudkannya adalah buku nota yang dicari Kim. Kim yang turut sama meneliti buku di tangan Meen kemudiannya turut perasan sengihan kurang gula Hana Kaisarah.
"Weh, kau sorok buku aku." Suaranya dibuat-buat serius. Kening sebelah kirinya terangkat. Kim mengusik, dia langsung tidak serius sebenarnya. Buku notanya di tangan Meen sudah bertukar ke tangannya. Senyum 'terima kasih' dihadiahkan kepada Meen.
"Aku TER-ambillah. Bukan sengaja. Tak ada masa nak sorok taw." Balas K. Mukanya ditepek riak slumber walhal sebenarnya dia serba tidak kena memikirkan buku nota itu ditemui di tempatnya. 'Kenapa lah buku tu nak ada kat situ. Ada lah kat tempat lain. Malu je aku tak perasan.' Bebelan sederhana pendek dibiar meleret dalam hati.
"Kau patutnya perasan yang kau ada buku nota aku masa mula-mula aku cari buku tu kat sini." Kim melabuh punggung di atas kerusi yang terletak di bahagian hadapan bilik kuliah. Buku notanya diselak beberapa kali. Dia mencari sesuatu.
"Mana lah aku nak tahu. Lain lah kalau buku kau salut emas ke, bentuk tiga segi ke, jenis yang rare macam tu, mungkin aku akan perasan." Lancar sahaja K membalas sekali lagi. Kim sudah diam. Diam kerana mendengar respon K yang rare itu.
'Apa punya alasan lah tu. Tak realistik langsung. Haduy.' Sengihnya ditahan dari tertepek pada wajahnya yang serupa anak cina itu.
"Kau insult buku nota aku lepas kau kidnap dia?" Ringan juga mulut Kim nak menyambung bual dengan K. Mata masih tertumpu pada buku nota. Beberapa helai kertas A4 bercetak yang dicari sudah ditemui.
"No way lah. Insult and kidnap whatsnot. Takde mase okay. Puhliss lah." K sudah masuk zon selesa dalam perbualannya dengan Kim. Muka buruknya ditayang selamba merespon soalan Kim. Kim yang kemudian mengajuk mimik muka K, menyebabkan kedua-duanya pecah ketawa. Meen juga akhirnya ikut ketawa sebagai penonton.
"No way lah. Insult and kidnap whatsnot. Takde mase okay. Puhliss lah." K sudah masuk zon selesa dalam perbualannya dengan Kim. Muka buruknya ditayang selamba merespon soalan Kim. Kim yang kemudian mengajuk mimik muka K, menyebabkan kedua-duanya pecah ketawa. Meen juga akhirnya ikut ketawa sebagai penonton.
Prep pada malam itu berlalu cepat. Berapa tahun punya tak rapat, berapa bulan yang janggal sebab kes kahwin itu, hilang terus semua itu. 'Feeling macam member kamcing' Tak sedar, tetapi ketiga-tiga mereka merasakan perkara yang sama sebenarnya.
"Woi." Kim angkat muka dari buku nota hardcover hitamnya. Dia lihat pandangan Wani sudah seakan bilah pedang yang menembusi retinanya.
"Hang dengar tak aku pok pek pok pek apa tadi, Kim?" Kim sengih kelat tak cukup gula. Pasang-pasang mata yang lain juga sudah terarah kepadanya. Anas di sebelah menjungkit kening sebelah kanannya ke atas, mengisyaratkan pertanyaan yang sama kepada Kim.
"Aku dengarlah."
"Abih tu, aku mintak list nama budak-budak incoming lower six hang bukan nak bagi."
"Eh, ada eh?" Kim sengih lagi. Kali ini sengihannya tahap diabetes - manis, kerana ingin mengambil hati ketua dan meraih simpati sahabat-sahabat yang turut terlibat dengan mesyuarat pada petang itu.
"Abih tu, aku mintak list nama budak-budak incoming lower six hang bukan nak bagi."
"Eh, ada eh?" Kim sengih lagi. Kali ini sengihannya tahap diabetes - manis, kerana ingin mengambil hati ketua dan meraih simpati sahabat-sahabat yang turut terlibat dengan mesyuarat pada petang itu.
Senarai nama bakal pelajar pra universiti Semester 1 bertukar tangan.
'Kantoi aku. Sejak bila kepala aku padai buat flashback tahap angan-angan Mat Jenin ni? Adoy.' Pelipisnya diurut perlahan.
BAB 19
Kim dan beberapa orang pelajar pra universiti semester ketiga barusan tiba di dewan, segak dan kemas dalam persalinan baju batik mereka. Cikgu Ruslan yang sedari tadi berada di hadapan pintu masuk dewan bersama tenaga pengajar pra-universiti mengukir sengih lebar melihat anak didiknya, seorang demi seorang yang tiba medapat pujian daripadanya.
Anak matanya sempat dikerling ke dalam dewan yang masih kosong, yang akan beransur-ansur dipenuhi oleh para penjaga dan bakal pelajar semester pertama tahun itu.
Pandangan Kim jatuh pada K yang sedang sibuk di meja pendaftaran, menyusun helaian-helaian A4 yang diperlukan untuk sesi pendaftaran nanti. Bukan ada K sahaja di situ. Wani, Meen dan Miramis juga merupakan ahli jawatan kuasa pendaftaran.
"Farhan Hakimi," Cikgu Ruslan memanggil separuh berbisik. Langsung Kim terus melarikan pandangannya dari K, memandang Cikgu Ruslan yang sedang berjalan mendekatinya.
"Ya cikgu."
"Tengok bakal isteri ke?" Cikgu Ruslan mengukir sengih. Kim sudah buat muka. Ish, cikgunya yang duda seorang ini...
Walaupun telahan itu sebenarnya betul, tetapi istilah itu salah.
"Tengok bakal isteri ke?" Cikgu Ruslan mengukir sengih. Kim sudah buat muka. Ish, cikgunya yang duda seorang ini...
Walaupun telahan itu sebenarnya betul, tetapi istilah itu salah.
"Eh, tak ada apa lah cikgu. Mana pulak isteri saya." Serba salah sahaja Kim mahu menjawab. Semenjak peristiwa di bilik kuliah dua minggu lepas, hubungannya dengan Kaisarah tidak janggal lagi. Berterusan, Kim merasakan mereka mula rapat sehinggakan boleh berbual bertukar-tukar pendapat dan mengulang kaji bersama serta adakalanya saling membalas gurauan. Bilik kuliah seakan-akan sudah menjadi port tetap mereka bertiga.
"Kim, takyah nak usya adik-adik junior kita ni. Jaga mata tu." Usik Meen. Matanya dijegilkan, buat-buat garang. Sedikit pun Kim tidak berkutik dek gertaknya, sekdar dibalas dengan senyum sebaris sahaja.
Berbeza dengan Kaisarah, Meen ditugaskan untuk berada di luar dewan, menyambut kedatangan para penjaga dan bakal pelajar pra universiti semester 1 sepertinya. Sejak barusan beberapa minit berdiri di sebelahnya sudah banyak yang dicelotehkan Meen. Meen memaklumkan padanya tentang kemasukan semester pertama untuk tahun itu adalah dua kali ganda lebih ramai berbanding kemasukan tahun mereka. Meen turut berkongsi pandangannya tentang aktiviti orentasi yang telah direncana oleh MPPU sempena kemasukan adik-adik mereka. Selain berstuju dengan kebanyakan aktiviti yang telah diatur, Meen turut menambah cadangan aktiviti yang dirasakan sesuai baginya.
Berbeza dengan Kaisarah, Meen ditugaskan untuk berada di luar dewan, menyambut kedatangan para penjaga dan bakal pelajar pra universiti semester 1 sepertinya. Sejak barusan beberapa minit berdiri di sebelahnya sudah banyak yang dicelotehkan Meen. Meen memaklumkan padanya tentang kemasukan semester pertama untuk tahun itu adalah dua kali ganda lebih ramai berbanding kemasukan tahun mereka. Meen turut berkongsi pandangannya tentang aktiviti orentasi yang telah direncana oleh MPPU sempena kemasukan adik-adik mereka. Selain berstuju dengan kebanyakan aktiviti yang telah diatur, Meen turut menambah cadangan aktiviti yang dirasakan sesuai baginya.
'Perempuan... memang banyak bercakap.' Kim simpan sahaja ulasannya dalam kepala. Setiap celoteh Meen diiyakan dan dilayan.
"Eh.. Fyn..." Celoteh Meen yang panjang terhenti seketika, diselingkan dengan dua patah perkataan pendek. Pandangannya lekat pada sesusuk tubuh yang baru keluar dari perut lereta Myvi di hadapan dewan. Kim sekadar ikut memandang ke arah sesusuk tubuh yang dipandang Meen.
Kenalan mereka kah? Kenalan Meen, barangkali?
"Tu adik K." Pendek. Meen langsung menjawab soalan yang berlegar dalam kepala Kim.