Friday, December 13, 2013

Throwback : Di Sebalik Tabir Kembali ke Maahad

23 Mei 2012 

Tengah harini dari Hospital Serdang ,abah hantar aku ke SMKA Maahad Hamidiah . Aku ingat nak talk dengan Cikgu Shaharuddin Bin Abu Kassim ; cikgu Bahasa Melayu aku time form 3 dan form 4 . Kott laa beliau boleh tolong permudahkan niat murni aku untuk sambung belajar kat mahad . Pengajian form 6 , atau bahasa santeknyeh , pengajian di pra-universiti gituww . Tak kisah lah kann even keba pakai baju sekolah and ambil STPM bagai sebab aku rasa mende ni taklah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan tak sambung belajar langsung lepas form 5 . Kalau tak sambung belajar lajar langsung , mana nak sorok muka daripada member - member ? Hohoh . Buad malu jeh , result 7 A punn tak ke mana .

Tipu lah kalau tak dapat tawaran langsung . Dapat memang dapat . Matrikulasi Perlis , jurusan akaun . Adehhh . . . Memang tak dapat lahh aku nak terima . Jauh . Jurusan tuh ponn macam asing sangat untuk aku memandangkan aku ambil aliran Sains time SPM . Lagi pulak , Syahida adik perempuan aku tengah sakit . No way aku akan duduk jauh dari family dlm keadaan mereka semua perlukan aku .

Dah dua bulan Syahida sakit . Tak lama lepas aku keluar PLKN , awal bulan 4 tuh kitorang satu family dapat tahu dia ada masalah buah pinggang . as time flies dalam sebulan neh  and after she went thru banyak check out . . . doktor inform yang ekceli simptom sakit dia menunjukkan yang dia menghidap SLE . Rare . Aku rasa aku kenal penyakit neh pun macam sekali due kali je time belajar subjek Biology dulu . Setakat yang aku paham , penyakit ne penyakit makan tuan . antibody takleh nak defend badan n even harm it , kacaw sana sini part of body . sort of macam tu lah . Syahida dr Hospital KPJ Damansara n 16 Mei lepas admitted to Hospital Serdang pulak . Since dia dekat hosp . Serdang neh aku memang da stop keje tadika . Setiap pagi aku akn ikut abah ke hospital ziarah Syahida sementara adik - adik di sekolah . Umi memang cuti tak bergaji since Syahida masuk hospital early in April . Umi tidur hospital hampir setiap hari dan aku uruskan rumah . Abah pulak akan ulang - alik dari hopital serdang , putrajaya dan kajang , menguruskan semuanya sebagai ketua keluarga .

 Ok drop pengenalan panjang lebar . Aku sampai dekat Dataran Pengetua SMKA Maahad Hamidiah time awal tengah hari . Ramai bebudak time tu , time balek lah kott . Hari Rabu . Malu je smpai situh . Al maklumlah dress code sesuka hati dengan pashmina segala . Selama ne dlm lima tahun sekolah , mana penah dress code camtuh . Balek - balek tudung labuh baju kurung . Tapi memikirkan aku ne dahh acah - acah alumni so aku buad tak tahu je lahh dgn pandangn bebudak . Ada ke yang kenal aku ? lol .


Straight ke office Cikgu Shaharuddin . Direct je aku cakap tujuan kedatangan aku . Alhamdulillah . Maybe dek mengenangkan nasib ank murid dia yang tak ke mana neh , cikgu berkesudian masukkan aku ke fom 6 mahad . Aku boleh start form 6  lepas cuti penggal pertama pada 11 Jun 2012 .  Kemasukan pelajar form 6 sebenarnya pada 8 Mei lepas , lama dah . Hmmm . . .  Selain apply UPU , aku jugak apply utk amek form 6 di sekolah agama bawah kelolaan JAIS . Aku target nak masuk sama ada SMAP Labu atau KISAS . Amar dapat tawaran SMAP Labu . Dia member yang aku kenal di PLKN . Aku dgn dia apply pd waktu yang sama . Bila tahu dia dah dpt surat tawaran kemasukan , pahamlah aku yang permohonan aku tak berjaya .

Aku kira aku dah diterima masuk form 6 di Maahad Hamidiah . selain umi dan abah yang tahu hal ini , Aqem pun tahu jugak . Aqem pun member PLKN aku , kebetulan kami sekelas dan sekumpulan . Dia dah terlebih dulu masuk form 6 dekat sekolah lama aku tu . So , aku contact dia utk dapatkan maklumat sebagai persediaan aku nk masuk form 6 .


27 Mei 2012


Baru hari ketiga cuti sekolah penggal pertama . Hari Ahad . Hari jadi aku . Pagi tu abah bawa aku dan adik - adik ke Alamanda sebelum melawat Syahida di hospital . Dalam pukul 9 lebih camtu kami sampai di Hospital Serdang . Syahida tak beberapa sihat harituh asyik batuk je . Batuk dia berdarah . Doktor bertugas kata jadi camtuh sebab luka pd tekak dia sbb kerap batuk . Sekali tu dia batuk gaya tercekik camtuh , doktor bertugas datang , nurse datang gak dgn segala jenis peralatan yang aku tak tahu mende . Tutup curtain sekeliling katil tu . Lama aku tunggu . Aku dgn adik - adik lain dah mula menangis . Risau .

Last sekali aku dapat tahu dia dah koma tak sedarkan diri . Syahida dipindahkan ke HDW - High Dependent ward di ting . 4 . Org kata HDW tuu bawah siked ahh taraf dy dari ICU , tp same jeh sbnrnye .
Hari jadi aku . Hari adik aku tak sedarkan diri . Allahu . . .


Doktor kata dalam tiga hari in syaa Allah dia sepatutnya sedar . Tiga hari tu kami sekeluarga tunggu dengan sepenuh pengharapan dan doa pd DIA . Sementara menunggu tiga harituh , setiap kali aku ziarah dia di wad aku belajar biasakan diri berkomunikasi dengan adik sendiri yang koma . Selalu tengok dalam drama and rasa macam kekok je nak buad in real life . Tapi di tmpt aku , aku takde pilihan . Bergilir - gilir baca surah dlm al - Quran dan berbual dgn dia . yang merespon aku cuma mesin bacaan tekanan darah yang ada dkt tepi katil . Bila tekanan darah dia yang tak stabil pelan - pelan stabil time aku ckp dgn dia , cukup utk aku rasa dia seolah -olah dgr apa yg aku tgh ckpkan . Lama - kelamaan aku jadi biasa macam tuh .


29 Mei 2012

Harini hari jadi abah . Kitorang pegi hospital mcm biasa . melawat Syahida yang koma mcm dua hari sebelumnya . Doktor kata sepatutnya dia sedar harinih . Doktor kata dia patut sedar dlm masa tiga hari . Well said , itu kata doktor . Ketentuan Allah takde yang tahu . Anyway harituh aku dgn Huda memang sembang kencang dengan dia . kitorang sebut macam - macam termasuklah tentang hari jadi abah dan betapa dia patut bangun meraikannya . Blood pressure dia naik mendadak . Aku rasa macam dia force diri utk bangun sebenarnye . Huhuhhh . . . teruk betul . sebab naik blood pressure dia tuh kitorang kena marah dgn juru rawat yg bertugas . Kitorg terlalu memaksa adik kitorang yang tak mampu nak terjaga neh , katanye . Seharian , harapan nk tgk dia terjaga pd hari jadi abah tu berlalu mcm tu je . Kitorang terima kenyataan . Syahida koma . panjang umur , terjagalah dia . Sejak harituh aku punn taubat lah nak sembang tahap eksaited yang amat dgn dia . Taknak dia paksa diri . Cukup dengan respon biasa dari mesin bacaan tekanan darah dia , tu pun dah memadai .

         Ada satu hari tuh aku baru perasan yang aku dapat surat tawaran kemasukan ke form 6 KISAS . in - take ke berapa entah lah tapitarikh kemasukannya time bukak sekolah lepas cuti penggal . Aku bawa surat tuh ke hospital malam tu . Ekceli aku happy gila dapat surat tawaran KISAS . well , sbb mmg itu pon yang aku apply sebelum ne . Time dkt lobby umi dgn abah jumpa aku . Takde ckp tahniah ke hape , sebaliknya dorang mintak sangat aku tolak tawaran tuh . Maahad Hamidiah pun dah terima aku jadi tak ada lagi istilah toleh belakang gituw . Keadaan Syahida yang koma lg mendesak berbanding sebelumya . Aku kena duduk rumah tengok adik - adik cuti neh . Bagi mereka sokongan moral sepanjang ketidaan umi dan abah ke hospital dn jarang balik rumah . Tambah pulak adik bawah aku ambil PMR tahun neh . Abah harap aku dapat bagi tunjuk ajar pada dia . Hampa . tapi aku terima saranan umi abah . Akur .

 Sebabkan tawaran KISAS yg aku terpaksa tolak tuhh . . . sikedlah hati aku terusik .
Aku jadi berbelah bahagi jugak dgn maahad . sbb umi dgn abah tak perasan kegembiraan aku dgn tawaran tuh aku jadi sedih dn takde semangat kejap . anyway , Aqem encourage aku betapa aku patut berbangga dpt sambung belajar di sekolah lama aku . well said , takde rezeki di KISAS , tentu ada natijahnya .
Maahad , aku datang .