Showing posts with label bahasa arab. Show all posts
Showing posts with label bahasa arab. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Mengenal 'Keyword' soalan الأدب والنصوص

*Bismillahirrahmanirrahim*

Assalamualaikum.
Salam sepertiga malam.

Ini first time aku buad nota on 'adab n nusus'
In shaa Allah, walau tak seberapa harap bermanfaat.
# np Salam untuk Kekasih - Nadia

Kita kena kenal pasti kata kunci atau keyword dalam soalan.
So, kita tahu jawapan apa nak letak and supaya apa yang kita hafal tak lost.


  • يمتاز , مميزات - perbezaan
  • موضوع - tajuk (soalan meminta kita beri tajuk prosa atau syair)
  • اسرار / افضل فى الشاعر - kelebihan (soalan meminta kelebihan syair atau prosa di zaman tertentu)
  • صحب - watak dalam prosa atau syair (soalan selalunya minta latar belakang ringkas / biodata penyair)
  • من هو الخطيب - siapa dia pemberi khutbah (penyampai ucapan) dalam prosa (soalan minta nama dan biodata ringkas khotib)
  • عوامل / اسباب - faktor-faktor / sebab-sebab (soalan mintak faktor-faktor penulisan sesuatu syair/prosa pada zaman tersebut)
  • وضّح - jelaskan (kebiasaannya soalan minta jelaskan 'uslub' dalam ayat)
  • اغرض - tujuan (soalan minta tujuan puisi atau prosa disampaikan. Kenapa ada prosa atau puisi tersebut? )
  • شرح بيت - terangkan makna mengikut bait (soalan akn minta untuk kita terangkan makna pada bait-bait (baris) tertentu.
  • إستخرج -  keluarkan (Soalan 'keluarkan' biasanya berkenaan balaghah. Keluarkan elemen balaghah yang diminta dari puisi atau posa tersebut. Boleh jadi soh keluarkan mende lain, tapi yang pasti ada dalam petikan la)
  • أفكر رئسية / أفكر عمة - Sinopsis umum atau isi penting dalam puisi/prosa [ada dalam buku teks. HAFAL!]
  • منسبة قصدة - hapal je. ada dalam buku teks. 
  • مفردات / معني - soalan minta kata seerti atau makna bagi sesuatu istilah yang dipetik dari puisi dan prosa 

Satu suku pagi. Sejak tadi, baru sampai sini. 
Tak banyak harap sedikit dapat membantu.

yup yup. Kalau ada salah maklumat, mohon tegur dan betulkan.

Wassalam 'alaikum

Monday, February 24, 2014

Nota INSTANT Bahasa Arab: النعت [extra]

Assalamualaikum.
Selamat tengah malam.

Nak buad sedikit sambungan tentang nota na3at yang tak berpenamat harituh.
Okay, nak cerita ringkas tentang na3at sababi pulak.

النعت السببي

  • ذهب الطالب المجتهد أخه
    • المجتهد adalah na3at sababi
  • ذهب الطلاب المجتهدة أختهم
    • المجتهدة adalah na3at sababi
  • Syarat-syarat na3at sababi :
    • Boleh jadi al-ma3rifah atau naqiroh
    • wajib MUFROD (kata nama tunggal / singular)
    • Boleh jadi sama ada muzakkar atau muannas, bergantung pada ayat.
  • Na3at sababi dalam contoh adalah perkataan yang di-bold dan diwarnakan.
Alhamdulillah done.
Super duper ringkas.

Andai ada yang lacking atau tersilap mana-mana, harap tak lokek untuk menegur dan betulkan.
In shaa Allah semoga bermanfaat.

Done.
Assalamualaikum wbt.


Saturday, February 22, 2014

Nota INSTANT Bahasa Arab: النعت

Assalamualaikum wbt.
In shaa Allah malam ni rasanya nak proceed nota bahasa arab yang kedua.
Mungkin nota kalini akan jadi lebih panjang berbanding nota sebelum ni.
Semakin panjang, semakin banyak salah.
Kalau terpersan kesalahan tu, mohon dibetulkan. *senyum*

*Bismillahirrahmanirrahim*

an-na3at (النعت)

  • Terdapat dua jenis iaitu na3at hakiki (النعت الحقيقي) dan na3at sababi (النعت السببي)
  • na3at hakiki (النعت الحقيقي)
    • Contoh na3at hakiki: ذهب الطالب المجتهد
      1. man3ut (منعوت) diikuti mausuf (موصوف)
      2. na3at (نعت) diikuti sifat (صفة)
    • Peraturan na3at hakiki. Na3at-nya boleh jadi sama ada
      • ma3rifah atau nakiroh
      • mufrod, musanna atau jama3
      • muzakkar atau muannas
      • marfu3, mansub atau majrur
    • Na3at hakiki terbahagi lagi kepada 3 iaitu:
      1. Isim zohir --> جاء الطالب الجتهد
      2. Syibhu jumlah --> رأيت طالباً فى الفصل 
      3. Jumlah ismiah --> رأيت طالباً ثوبه جميل
      4. Jumlah fe3liah --> رأيت طالباً يقرأ الكتاب
Ahh.. sangat mengantuk! 
Gosok-gosok mata pun dah tak lut jugak.
Harapan nak buat nota panjang tak kesampaian.

In shaa Allah esok cuba sehabis mungkin menyambung nota ni untuk bahagian na3at sababi pulak.
Untuk nota ini terpaksa berhenti sampai sini dulu.

Wasaalam. Selamat malam. 


Friday, February 21, 2014

Nota 'INSTANT' Bahasa Arab : الحال

al-haal

  • wajib mansub
    • jika mufrod, alamat mansubnya adalah fathah (baris atas, َ)
    • jika musanna, alamat mansubnya adalah yaa' (ياء)
    • jika jama3 muaanas salim, alamat mansubnya adalah kasroh (baris bawah, ِ)
    • jika jama3 muzakar salim, alamat masubnya adalah yaa' (ياء)
    • jika asmaa' khomsah, alamat masubnya adalah yaa' (ياء)
  • al-haal merupakan isim nakiroh (kata nama am)
  • Terdiri daripada isim al-faa3il
  • Tiga jenis al-haal:
    • الحال اسم الظاهر
    • الحال شبه الجملة
      • al-haal syibhu jumlah ni maksudnya hal (keadaan yang digambarkan) dalam ayat adalah dalam bentuk syibhu jumlah (menunjukkan arah atau tempat/ dimulakan dengan harfu jaar)
      • contoh : Saya melihat seorang pelajar lelaki di dalam kelas
      • رأيت الطالب فى الفصل 
      • ('di dalam kelas / فى الفصلadalah keadaan pelajar lelaki yang dilihat ketika itu. 'di dalam kelas' merupakan al-haal syibhu jumlah)
    • الحال جملة فعلية و الحال جملة إسمية
      • الحال جملة فعلية adalah al-haal (keadaan dalam ayat) yang dimulakan dengan fe3el (perbuatan)
        • contoh: رأيت الطالب يقرأ فى الفصل 
      • الحال جملة إسمية adalah al-haal (keadaan) yang dimulakan dengan isim (kata nama)

# Gaya macam terlebih ringkas pulak kann, notanya? hee..
sebab dalam sukatan. Dia tulis apa yang perlu dibelajar tajuk al-haal ni adalah syaratnya dan jenisnya.
Kalau nak expert bolehlah buat latihan banyak-banyak supaya biasa dengan jenis soalan.

Sekian dulu. 
Selamat ber-Maghrib.

In shaa Allah lepasni sambung 
*sengih nampak gigi*


Nahu dan Sorof : Apa yang perlu diulangkaji?

Assalamualaikum wbt.
Petang ni nak buat sedikit perkongsian tentang nota Bahasa Arab.
Sebelum go through nota tersebut, kita go through dulu sukatan pelajaran.

Untuk paper sem ni ada tiga bahagian utama.
1) Ringkasan
2) Nahu & sorof
3) Adab nusus

Bagi aku lah, sebab aku sangat clueless tentang ringkasan maka aku akan berfokus pada nahu sorof dan adab nusus terlebih dulu.

Okay, so ini adalah secara umum sukatan untuk bahagian nahu.
  • الإضافة
  • النعت
  • الحال
  • العطف
  • الإستثناء
Ini pulak adalah secara umum sukatan untuk bahagian sorof.

  • المثنى
  • الجمع
    • جمع المذكر السالم
    • جمع المؤنث السالم
    • جمع التكسير
  • النسبة
  • الفعل المعتل
  • الاسم المعتل

Kiranya kalau ada nota yang ingin aku kongsikan lepasni, hanya akan berkaitan dan berfokus pada dua bahagian ini in shaa Allah. Nota yang akan dibuat adalah based on nota aku sendiri yang mungkin akan ada kekurangan dan salah silap di mana-mana. Nota aku pun banyak rujuk daripada kawan-kawan lain sebelum ni. Jadi mohon betulkan mana yang salah. jangan segan-segan tegur ya..

# Thanks to Qilah. Dia yang provide sukatan ni. In case nak sukatan yang lengkap, boleh rujuk laman MPM.