Saturday, November 23, 2013

T H R O W B A C K D E C E M B E R 2 0 1 2

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

[SOAL HATI]

*I am not that transparent, my feeling towards you are obvious that everyone could see*

Apa yang aku fikirkan?
Masih suka, atau sudah tak punya perasaan untuk dia?
Aku sendiri membiarkan persoalan ne berlegar dalam kepala.

Sekiranya aku benar-benar suka,
Aku yakin dia tak akan suka aku balik,
Aku pasti segala layanan yang diberikan tidak memaksudkan bahawa aku ne istimewa,
Aku andaikan, aku akan terus bergelumang dgn pengharapan yang melangit,
Yang mana akhirnya akan menghancurkan diri aku sendiri kerana hanyut dengan perasaan, lalai dengan merindukan, dan alpa dalam mendamba kasih Tuhan.

Sekiranya aku tak punya perasaan untuk dia,
Atas dasar apakah aku tidak menyukai?
Mungkinkah krn sikapnya? Kecewakah aku dgn sikapnya yang begitu?
Siapa aku untuk mengaharap yang paling sempurna? Layakkah aku?
Mungkin juga kerana bimbang dipermainkan? Apakah aku dipermainkan?
Atau demi tidak mengkhianati sebuah jalinan persahabatan?

Wallahu’alam

Aku kira… keadaan yang melanda aku sekarang mungkin juga satu bentuk ujian sebenarnya; ujian daripada NYA. Sebelum ini, kalau aku jatuh suka pada seseorang, orang tersebut kebiasaannya bukan kawan aku. Kami tak rapat dan bahkan tak perah berbual antara satu sama lain pon. Aku tak pernah dapat respon daripada sesiapa pun yang aku sukai sebelum ini.

Tapi kali ini berbeza, dia kawan aku. Kami rapat dan dia merespon atas setiap tindakan aku. Buat seketika, aku akui… aku termakan dengan perhatian yang diberikan dan terus tertewas dengan ujian ini. Aku terlupa barangkali, perhatian sebenar yang aku perlukan bukanlah perhatian dia tetapi perhatian DIA.



Buat masa ini, keputusan yang aku ambil adalah untuk ketepikan dia. Selagi hati masih tak stabil. Biarlah keadaan kekal begini. Aku putuskan untuk bersahabat dari terus berteka-teki  tntg perasaanya terhadap aku. In shaa Allah, muktamad.  Aku juga ambil keputusan ini kerana tak mahu khianati persahabatan ini. Dan keputusan aku juga dibuat setelah aku minta pandangan beberapa orang yang dipercayai, baik dalam kalangan sahabat mahupun keluargaku sediri.
IGNORANCE IS  A BLISS
At least for now, before I make up things way to normal

*Aku tidak menolak seseorang disebabkan kekurangannya,
Kerana aku juga tidak sempurna mana,
Aku menolaknya, barangkali kerana bimbang akan kecewa,
Aku keliru apakah layanannya jujur atau pura-pura*


[SAAT TERUJI, JANJI TINGGAL JANJI]

Adik ketiga aku meninggal pada pertengahan bulan Jun 2012.
Kehilangan adalah sesuatu yang tak perlu dipersoalkan krn nyawanya diambil atas kehendak Tuhan, seperti dijanjikan.
Pemergian jangan diratapi, sbgi manusia biasa sedih itu pasti.
Sungguh, perasaan yang menyerkup aku ketika itu sangat sukar digambarkan. Ia merupakan rasa hiba, pasrah dan redha yang bercampur-campur.
Pada saat itu, aku jadi tekad untuk berubah, untuk membuat anjakkan, mempersiapkan diri untuk Tuhan berbanding keduniaan yang melekakan. Pemergiannya meyakinkan aku, ajal itu tidak datang apabila kita bersedia. Ajal boleh datang bila-bila masa. Entah bila pula ajal akn dtg menjemputku, aku kena persiapkan diri. Tahap kebergantunganku kpdNYA begitu tinggi Tekad aku dipasak kuat dalam sanubari. Aku seolah-olah membuat janji.

THE MAN WHO DECIDED TO CHANGE ON THE 12TH HOUR DIES ON THE 11TH

Nah, secara tunai Allah uji tekad aku itu. Tak perlu tunggu lama. Secara langsung, Allah meuntut janjiku.
Malang sungguh, hamba yang hina dan dhaif macam aku ini culas dengan janji sendiri.

Siapa yang sangka pertemuan aku dengan dia sekadar untuk menuntut janjiku padaNYA?
Siapa yang menyangka saat aku bergelak-ketawa bersama dia, itulah ujian yang Allah timpakan atas keyakinanku?
Siapa yang menyangka saat mulut lain banyak mengataku atas apa yang aku lakukan dengannya, barangkali Allah sedang memperingatkan aku atas tekadku?
Siapa yang menyangka saat aku benar jatuh hati padanya, barangkali Allah meyoal aku – damba kasih manusia atau damba kasihKU; Tuhanmu?

Memang aku tak sangka apapun. Sebab tu aci redah je aku menikmati saat-saat bahagia aku tanpa menitikberatkan soal dosa pahala. Eh? Belum lagi la. Aku tak sampai langgar batas ikhtilat tahap hardcore pegang segala bagai tuh. Tapi aku dah hampir ke situ. Haih ~

Dhaifnya aku kerana tak menyangka apa-apa.
Hinanya aku kerana menjadi manusia yang lupa pada janji sendiri.
Longgar terus tekad yang kupasakkan suatu masa sebelumnya –
saat sedih menyelubung hati, saat keinsafan melanda diri.
Bongkak sungguh aku.  menyangka Tuhan akan menjadikan aku seorang yang lebih baik tanpa mengujiku, tanpa ditingkatkan darjat keimanan hambaNYA ini.
Alpa. Aku terlupa, ujian juga boleh didatangkan dalam bentuk kenikmatan yang membahagiakan. Silapku. Khilafku yang tak mengerti saat gembira aku bersamanya
Merupakan saat aku diujiNYA

Astaghfirullahal’azim

[SAAT DINDING ITU KUCORAKKAN, TERCORAK JUA KEHIDUPANKU]

*Kusangka akan menyendiri tak berkesudahan,
Rupanya aku silap membuat percaturan,
Bukanlah selamanya sendirian tak berteman,
Masa adalah keperluan,
Untuk aku sesuaikan diri dengan persekitaran.

Seni dan lukisan adalah hidupku, jiwaku,
Muncul seni maka aku tak sepi,
Dengan seni aku tak mati,
Lukisan jadikan aku ketagihan,
Biar mrk tahu, aku dan seni tak dapat dipisahkan.

Saat aku ambil keputusan,
Dinding kosong itu kucorakkan,
Maka tercorak jualah sebuah kehidupan,
Dengan kisah yang tak dijangkakan.*

Aku malas lah nak berselindung. Aku yakin korang boleh agak yang aku nak story pasal mural sebenarnya. Mural dekat blok lower 6 sebelah dewan tuh. Ingat ke?

Buat mural tu memang best. Serius cakap lah sebab mural tu sejenis art and aku memang suka bab-bab art nih. Kalau tak kerana mural, mesti aku ambil masa yang lebih-lebih lagilah lamanya untuk sesuaikan diri dan fit-in dalam bacth baru aku. Sebab mural, baru orang kenal aku and aku kenal orang. Sebab mural, Banzai yang dah berzaman satu sekolah dengan aku, yang tak pernah-pernah nak berborak dgn aku layan aku seperti sepatutnya – schoolmate for years. Krn mural ni gak lah aku dapat member habes kamceng seia sekata sehati sejiwa. Ecewahhh. Ayat hyperbola.

Tapi semua tu mukaddimah je. memang aku suka dengan mural bagai. Memang niat aku sebab nk settlekan projek yang cikgu Shahar mintak.

Aku agak, mural ne lah medium ujian aku. Yang macam aku sebut sebelum ini, lps adik aku meninggal… mmg aku target nak ubah 360 degree, kononnya. Kan?
Ketika bermural ni lah saat yang sepatutnya aku tunaikan janji yang aku dah qasadkan. Tapi, sbb dok have fun sgt bermural agaknya (tak lah fun sgt. Berpanas terik jugaklah), tu yang segala niat murni aku tercicir dkt blkg.





- Catatan 13 Disember 2012 –

 - 1 : 27 pm -