Thursday, July 19, 2012

Aku, Mereka dan Mural Kami...



Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia

Jam dekat dekstop lappy menunjukkan  wktu sekarang dah menginjak 3:42. err~ bila pulakk aku nak tidur semula nih? gaya mengapdet belog macamlah esok tak sekolah. 
dah dekat dua minggu aku asyik terbatuk je memalam. dah tahap kronik dah pon. tapi bila batuk tu reda so, aku pon tak peduli la. once die dtg balik, aku jugaks lah yang merana jiwa raga menanggungnya.

Alhamdulillah, kes dah settle dan perbincangan antara kami; tertuduh dengan pendakwa telah berlangsung dengan jayanya di bilik kuliah after tamat sesi P&P secara aman. mereka berempat dan kitorang berlima sbb achik join sekali. huhu~ bila kes dah tutup,  hati aku pon rasa senang dan tenang. InsyaAllah lepas ne ukhuwah antara kitorang2 neh akan lebih strong as long as kitorang semua berdepan dengan masalah tu, dah besar lahh katakan. Persefahaman tu tersangatlah penting, dan persepsi itu juga memainkan peranan yang besar dalam jaringan ukhuwah neh. aceceh, melalut pulakk aku -,-"

the main point is, sebenarnya aku nak tunjuk korang bukti2 kukuh sepanjang perlaksanaan projek mural RM 8 juta yang diberikan oleh En.Shaharuddin Abu Kassim kepada lower six.

so, moh lerr kita ngusya beberapa dari banyak gamba yang telah diambil petang tadi just after Rahman Rahim kata cikgu Shahar mintak kitorang progress cepat sikit mural tuu since Ramadhan dah dekat sangat.




meet my angah, aka Auni Aulia'. keje dia time kitorang buat mural dalam sehari
dua ini adalah memantau dari kejauhan je. bole pulakkk. :p





Hajar dan Syidah dua orang ahli majlis tertinggi dalam kalangan lower 6 puteri. 
woot..woot.. kebersamaan dalam pershabatan itu suatu yang chantek, bukan? #likeshare






saat itu apabila orang kuat lower 6 turut padang. aceceh..
meet my vice president of Majlis Perfuakatan Pra-Universiti for 2012/2013, Asyikin




yang di sebelah kiri tu is my adik aka Najwa Huda. hah, yang kanan laks ialah ketua bacth aku, Wanie. 
Adik, antara manusia yang sangat hardcore ber-mural selepas aku dan achik, ahaks..





yang paling master bila berdepan dengan camera, alang lah orangnya. Alang aku aka Miera Zukey.
thanks for helping yaww. jasamu dikenang sepanjang zaman. :)



yang sepatutnya dah takde tapi still bersama - Imran. jangan marah Im. ngee~ kau pon berjasa gak 
untuk mural selain dari tolong aku amek gamba kitorang dan duduk mengomen je. heheheh.






achik kat sebelah kiri tuh. dan President yang berbaju merah tuh. kemain lagi, duduk dan memerhati dari jauh. diorang ne betol2 dah macam arkitek dgn pengarah projek. 
Anyway Pres, aku ta makan dalam ler dgn kata-kata kau. 
sbb aku taw kau stail yg protect member. err~ krik..krik..




aku likeshare gamba neh. sbb aku yang edit. hahaha. tekun, komited dan rajin bukan?
semuanya gara-gara deadline dah dekat sangat. thanks x100! :D




Ini achik. Namanya, Khairul Rizal. Achik yang tersangatlah auta dan takmatang, 
kalau dah rapat ngan dia, memang boleh jadi tak waras sbb akan gelak tanpa henti. 
FYI, achik merupakan arkitek 1 untuk projek mural neh and antara 
orang yang kedua rajin selepas aku. heheh. #menggelabahlaks





mangsa buli : achik. dan pembulinya : aku (along) and alang ^.^v memang dah selalu sgt 
mnde macamnijadi kat die dlm dunia sebenar pon. seb baek die tak fight kitorang balek. 
fufuf~ kalau tak memangnaya laa kan. credit to : Imran untuk gambar ini. #likeshare






dan yang tak bosan menaip, adalah aku (along). hope uols enjoy lah mengusya dan membaca entri xseberapa neh. #menggelabahlagi. sekarang pon dah pukul 4:22. memang lahh masa yg diambil untuk buat satu entry menjadi tersangatlah lama sbb aku tak draft dulu sebelom ne. 
tido? taknak? tido? takanak? err

[notakaki] perasan tak? yang join mural petang neh (19 Julai) merupakan orang2 kuat dalam bacth? selain dari kitorang berlime orang yang memang hardcore ber-mural laa. daebak lah korang! and  BTW, untuk student2 lain yang sebelum neh pernah menyumbang jasa dan tenaga untuk menjayakan mural ne, jazakallah khairan kathira, TRIMAS diucapkan!


Assalamualaikum and Morning peeps !

ya Ramadhan [ 21st July 2012 ]



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia





“Ahlan wasahlan ya Ramadhan.” ^.^v
Kita semua biasa dengar ucapan ini diambang Ramadhan bukan? Sbb pe tuh? Sebab Ramadhan itu bulan yang mulia. Dalam bulan Ramadhan jugak ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. That’s why lahh Ramadhan sgt special dan ramai antara kita yang menantikannya.




Time bulan Ramadhan, ramailah antara kita-kita ini yang rajin bertadarus, menjaga percakapan, menjaga ikhtilat, qiam, menambah amalan2 sunat secara drastik dan sebagainya. Semua neh fenomena biasa. Tapi sayang seribu kali sayang, perkara-perkara ma’ruf ini cuma berjalan dgn jayanya time puasa shj. Selalunya bila start raya, maka ter-stop jugalah kerajinan kita. Cadangan aku untuk kalian yang membaca dan diri aku sendiri untuk Ramadhan kali ini, lebih baik jangan berubah mendadak sgt sampaikan semua amalan sunat dipulunnya. Cukuplah kita buat mana yang termampu tetapi istiqamah dari semasa ke semasa; InsyaAllah.

Aku yakin, Allah hargai effort kita untuk menjadi hambaNYA yang lebih berjaya dunia dan akhirat melalui kesungguhan kita menjadikan amalan sunat yang tak berapa nak banyak itu sebagai amalan yang berterusan; istiqamah.


“Ibadah wajib dikekalkan, amalan sunat biar berterusan agar keimanan dapat ditingkatkan”



Selalunya kita akan berdoa agar Ramadhan setiap tahun sampai kepada kita. Sebagai seorang hambaNYA, aku juga tak lari dari pengharapan macam tuh and yet, Alhamdulillah.. I am so thankful untuk merasai Ramadhan tahun ini. Tapi nampaknya adik perempuan aku tak berkesempatan menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini. Sape yang sangka? Aku tak pernah terbayang aku akan sambut Ramadhan tanpa dia. #sebakdada. Kata abah aku, takdir adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, berlaku apabila DIA menghendakinya. Dan rahsia untuk setiap yang berlaku itu milikNYA – Wallahu’alam.

Pemergiannya menyedarkan aku tersangat-sangat. Umur kita ne, kalau Allah nak tarik bila2 pon boleh. Adakah aku berkesempatan menyambut kedatangan Ramadhan tahun depan? Aku pon clueless. Maka oleh yang demikian, aku berharap, agar aku sendiri kuattabahcekal untuk melalui ramadhan demi ramadhanku sebagai seorang hambaNYA yang terbaik, yang istiqamah dalam amalannya. Sekurang-kurangnya, aku takkan menyesal sekiranya Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir aku.
In my opinion, manusia neh leka sangatkan (especially aku laa, yg tersangat khilaf) ? Walaupun tahu ajal itu pasti dan akan sampai pada satu waktu yang tidak diketahui serta boleh terjadi pada bila-bila saja dengan kehendakNYA, soal ajal maut ini tak pernah begitu memberi kesan dalam hati dan sanubari.
#muhasabah




[notakaki] aku prepare lima tips untuk 5 hari pertama Ramadhan. No worries, tip2 yang seterusnya akan aku kongsikan nanti, InsyaAllah. So guys, let’s make a move! Semoga Ramadhan ini mendekatkan kita dengan rahmat dan kasihNYA dan semoga kita sama2 dapat jadi yang terbaik utk agama kita neh. Amin ya Rabbi ^.^v