Assalamu'alaikum wbt.
Aku saje letak gif tuu sebab aku rasa gif tu menarik.
Aku nak sambung PBS Ekonomi, sakit kepala pulee malam ne.
Tambah pulak, esok Dyba kata nak switch giliran bentang slide ekonomi dengan aku...
memang on ajee lah aku nak tangguh lagi sudahkan slide aku yang tinggal ciput je nak siap tuh.
Aku taknak fikir pasal masa depan.
Aku fikir je kadang-kadang tapi bukanlah dengan perancangan yang jauh ke depan.
Bagi aku..
Aku tahu, apa yang jadi harini.. harungi aje sebaiknya.
Semoga harini lebih baik dr semalam dan begitulah seterusnya.
Aku meletakkan yakin dan percaya atas ketentuan dan takdir Tuhan dalam doa dan pengharapan.
Aku percaya, buat baik, rancang dengan baik serta ada niat yang baik..
In shaa Allah apa yang akn berlaku di hari muka nanti,
Allah juga akn berikan balasan yang baik atas tiap-tiap usaha.
Aku bukan jenis yang usaha tahap cemerlang dan gemilang, sekadar usaha yang semampunya.
Asalkan hati gembira dan puas kerana setiap ruang dan peluang tidak disia-siakan.
Itu yang aku pegang.
Taklah terus jadi pasak.
Tapi begitulah corak pemikiran aku. Sort of.
Jujur.
aku manusia biasa kan.
Tambahan sebagai prempuan yang tak lari dr pengaruh emosi.
Kalau ditanyakan pd aku banyak kali,
kalau diasak selalu dgn persoalan untuk dipertimbangkan
takut dan risau mesti ada
Aku takut nak fikir masa depan.
Sebab masa depan tentu penuh dengan tanggung jawab.
Aku taknak fikir sebab aku nak nikmati feeling pelajar sekolah; gaya kanak-kanak
yang sementara ne. Tanggung jawab di masa depan op koss lebih payah.
Tanggung di sini, jawab di akhirat.
Mampu ke nak merancang yang tersempuna demi jaminan masa depan?
Aku tak fikir jauh sangat selalunya.
Tapi petang tadi, walaupun taknak fikir...
aku fikir jugak soal masa depan ne.
Rasa macam banyak sangat perkara, pandangan, persoalan yang bermain dalam kepala.
Aku rasa macam dipaksa fikir.
Jantung aku berdebar semacam je sepanjang petang. Lepas Isyak baru okayy.
But then, skang sakit kepala pulak.
tengah leka-leka, soalan yang banyak-banyak psl masa depan dtg menerjah ruang fikiran.
Aku taknak fikir.
Tapi aku terfikir gak.
Aku takut nak fikir sebenarnya.
Dia dah fikir.
jauh sangat dia fikir.
Aku takut tak mampu kejar.
Aku takut tak terkejar.
Disebabkan nak mengejar, aku paksa diri untuk fikir dan selami apa yang dia fikir.
Sudahnya aku jadi macam skang. terpinga-pinga, sakit kepala.
Terlalu baik. Tapi aku tak sempurna. Tak layak tapi hendak.
Apa ne -..-"
Bila tertekan macam ne, salu nampak jalan penyelasaiannye tidur. Sedangkan yang lebih baik
itu adalah mendirikan solat dan berdoa
# maaf. aku punye post kalini merepek. Aku je agaknye yang paham. Entahlah. Kepala sakit, penulisan pun macam hape je. Baek gi solat annn. Kbai. Adios. Wassalam'alaikum. May Allah bless us.
No comments:
Post a Comment