KEGUNAAN DATA
PENDAPATAN NEGARA
- UKUR TARAF HIDUP - menggunakan data KDNK per kapita
- UKUR PERTUMBUHAN EKONOMI (perubahan tingkat keluaran negara dari tahun ke tahun) - menggunakan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar
- UKUR SUMBANGAN SEKTOR EKONOMI - dalam penghitungan menggunakan kaedah keluaran berdasarkan nilai keluaran yang dihasilkan setiap sektor
- PETUNJUK PERUBAHAN SEKTOR EKONOMI - ditentukan berdasarkan kajian relatif pelbagai sektor ekonomi antara tahun
- ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI - Data pendapatan negara dapat membantu kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk masa depan.
*klik pada imej untuk besarkan imej ni.
Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup Antara Masa
*Sorry, gambar super tak clear. Tapi rasanya boleh nampak lagi tu. hihi
Okay kalau ikut gambarajah dan rumus di atas, disimpulkan taraf hidup penduduk Malaysia meningkat sampai enam kali ganda sebab KDNK per kapita benar tahun 2011 lebih tinggi dari KDNK per kapita benar tahin 2001. Betul ke taraf hidup penduduk dah meningkat dengan berlaku peningkatan KDNK per kapita benar? Adakah maklumat tersebut tepat?
Jawapannya TAK. Sebab perbandingan macam rumus di atas tuu mempunyai kelemahan, dan itulah yang dipanggil 'kelemahan perbandingan taraf hidup antara masa'.
Terdapat ENAM KELEMAHAN. *dalam buku aku la cemtu. Korang ada point lebih, do add up.
- PERUBAHAN SAIZ PENDUDUK
- Peningkatan KDNK per kapita tak semestinya menggambarkan peningkatan taraf hidup. Taraf hidup penduduk sesebuah negara hanya akan meningkat apabila kadar peningkatan KDNK per kapita melebihi kadar pertambahan penduduk dalam tempoh yang sama.
- PERUBAHAN KOMPOSISI PENDAPATAN NEGARA
- Pertambahan KDNK per kapita benar tak semestinya menunjukkan pertambahan taraf hidup sekiranya pertambahan tersebut disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang tidak bermanfaat kepada rakyat. pertambahan taraf hidup berlaku sekiranya pertambahan KDNK per kapita benar adalah disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang bermanfaat kepada rakyat.
- PERUBAHAN CORAK AGIHAN PENDAPATAN
- Taraf hidup penduduk akan meningkat sekiranya pertambahan KDNK per kapita benar diikuti dengan corak agihan pendapatan yang lebih adil kepada berlaku. Sebaliknya kalau pertambahan KDNK per kapita benar tanpa corak agihan pendapatan yang adil akan menyebabkan taraf hidup rakyat merosot.
- PERUBAHAN TEMPOH MASA BEKERJA
- Jika pertambahan KDNK per kapita benar meningkat sebab masa bekerja bertambah dan masa rehat yang berkurang, taraf hidup rakyat merosot. Masa rehat menyumbang kepada kenaikan taraf hidup rakyat.
- KESAN LUARAN NEGATIF
- Pertambahan KDNK per kapita benar yang disumbang oleh projek pembangunan besar-besaran tak semestinya meningkatkan taraf hidup rakyat kerana mewujudkan kesan luaran negatif. Kesan luaran negatif yang menjejaskan kualiti alam sekitar contohnya, akan menjejaskan taraf hidup rakyat.
- PERUBAHAN KUALITI BARANG DAN PERKHIDMATAN
- Perbandingan KDNK per kapita benar antara masa tak tunjukan tahap kualiti barang yang dinikmati rkyat. Peningkatan kualiti ini lazimnya akan sebabkan kenaikan tingkat harga umum yang mana akan menurunkan taraf hidup rakyat. Pertambahan KDNK per kapita benar akan tambah taraf hidup rakyat sekiranya peningktan kualiti barang mengatasi kenaikan harga barang.
Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup Antara Negara
*Malaysia - 9 892
Amerika Syarikat - 42 468
China - 5 184
Kita juga tidak boleh menggunakan perbandingan KDNK per kapita benar antara negara untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara tersebut kerana perbandingan ini juga mempunyai beberapa kelemahan.
Terdapat 7 Kelemahan Perbandingan Taraf Hidup antara Negara
- Perbezaan kadar pengangguran
- data KDNK per kapita benar tak menggambarkan kadar pengangguran yang berlaku di sesebuah negara. Walaupun sesebuah negara itu mempuyai KDNK per kapita yang tinggi, taraf hidup rakyat tidak semestinya tinggi sekiranya dlm masa yang sama mengalami pengangguran yang tinggi.
- Perbezaan masa rehat
- Perbezaan komposisi pendapatan negara
- Penduduk yang mempunyai KDNK per kapita benarnya rendah, taraf hidupnya relatif tinggi sekiranya tumpuan ekonomi adalah pada pengeluaran barang pengguna yang bermanfaat kepada rakyat. Berbeza dengan negara yang kadar KDNK per kapita benarnya tinggi tetapi lebih tertumpu kepada pengeluaran peralatan ketenteraan melibatkan kos yang tinggi dan kurang bermanfaat pada rakyat. Ini menyebabkan taraf hidup penduduk negara tersebut menjadi rendah walaupun KDNK per kapita benar tinggi.
- Perbezaan tingkat harga umum
- Perbezaan corak agihan pendapatan
- Perbezaan kesan luaran negatif
- Perbezaan jumlah kegiatan yang tak dipasarkan
- Bagi negara yang mempunyai KDNK per kapita benar yang tinggi serta amalkan sistem mata wang dan pasaran, penduduknya menikmati taraf hidup yang lebih tinggi kerana taraf hidup penduduk juga bergantung kepada sama ada barang dan perkhidamatan yang dikeluarkan dipasarkan atau tidak. Berbza dengan negara yang KDNK per kapita benarnya rendah dan banyak jalankan kegitan pengeluaran tak produktif seperti untuk kegunaan sendiri atau sistem barter dan untuk kegiatan haram.. taraf hidup penduduknya rendah.
[notakaki] Dah Zohor. Wahhhh... siap jugak lah nota bab dua aku yang macam seabad aku ambil masa nak siapkan ni. *acah acah over eksaited* Puii.. bab dua baru. hihih. Okay chow. Zohor bebeh. Anyway, yang part last ni ada point yang aku tak sertakan dengan huraian sebab aku rasa korang boleh faham huraiannya yang tak jauh beza pun dengan huraian bagi point yang lebih kurang sama dalam subtajuk sebelum tu. In case tak faham. Do leave some comment. Aku boleh membebel penerangannya di situ.
Assalamualaikum wbt
Selamat tengah hari.