Friday, September 30, 2011

Because I'm Stupid - SS501







Actually, this purple stuff kat atas tu (purple card), aku saja2 je buat nak test berus lukisan, water colour and pastel yang baru dibeli. As preparation untuk trial exam PSV. I’ve thought once to give it (purple card tuu laa) to him. Sebenarnyalah.
But, GILA ke hapa aku nak buat kerja bodoh tuu? Aku taklah bodoh sangat cuma kurang cerdik jeh; sometimes.
Aku rasa lahkan..  Mungkin iman aku tengah MERUDUM turun time tuu sampaikan idea GILA tu boleh pop out dalam horizon minda aku. Anyway InsyaAllah leww pendirian aku masih SETEGUH tembok besa Cina. *merafakkandoa*

*lightedbulb*Aku nak bagi hand-made purple card ni bila dia dah jadi jodoh aku lah.
Heheh.. GELIkan? Aku tau. Aku tau. Saja je nak menggedik. No biggie, no worries.
Aku sedar siapalah aku ni. Being with him?  U WISH!

[dropthesubject]

Harinikan exam PSV. Bahhh, tak sangka rupa2nya exam start dengan kertas PSV 2 dulu. Menggelabah aku pagi2 tuu. Uknowwhat, seronoklah buat PSV kertas 2 tadi. Walaupun aku bertindak dengan AGAK SLOW, tetapi aku sangat enjoy! Aku rasa macam soul aku flow sekali dengan drawing aku. Sejuk hati. Ambil periksa seni buat aku tak sabar2 nak further stadi dalam jurusan FASHION yang aku impikan. Nak lakar sana n lakar sini… fufufuf~ masyuk bebeh :) anyway, it still just a dream. Jauh lagi perjalanan aku nak kena REDAH sebelum sampai ke situ sebab after SPM ni, kalau nak stadi kat U or kat mana2 jelah, aku akan ambil Pengajian Islam, spesifikasi Usuluddin kottt. *mohondipermudahkan* Lepas dah habis stadi bidang tu and rasa diri dah AGAK KENTAL nak berhadapan dengan dunia yang penuh rencam dan ragam ni, finally baru aku boleh PILIH dan STADI pulak dalam course yang aku INGINKAN. I LOVE FASHION WITH ALL MY HEART !


Aku conteng dress ni time TRIAL BAT. Aku terperasan macam ‘dia’ usya menda ni.
Tahlaaa betoi ke dak tapi aku happy  :)


Kenapa Pengajian Islam? Sebab My parents mahukan susana pembelajaran aku after SPM nanti masih dalam suasana RABBANI dan dalam lingkungan insan2 yang punya FIQRAH DINIYYAH. InsyaAllah ciri2 yang parents aku inginkan itu terdapat bila aku stadi dalam bidang Pengajian Islam ni. Aku sebagai anak yang solehah *InsyaAllah* menurut jelahhh kan. Kalau korang pun, mesti korang prefer choice parents korang instead of choice korang sendiri. Tak gitu? Ibu bapakan perlu diutamakan. Huhuhu…

Kenapa Usuluddin? Sebenarnya kalau Quran Sunnah ponn aku suka. Tak kisah antara dua ni. Mungkin sebab, aku cenderung ke arah dua jurusan Pengajian Islam ni agaknya. Well, aku pon tak sure lagi. Yang penting aku takmau ambil Law Syariah. [noted]

[dropthesubjectLAGI]

Cikgu2 Maahad Hamidiah yang hebat pastinya menanda dengan ketangkasan maksima. Dan hasilnya, aku telah memperoleh beberapa markah untuk beberapa subjek yang aku dah ambil dalam TRIAL SPM Selangor baru2 ini.

Alhamdulillah wa syukurillah… Modern Math aku dapat A kalini.Mod math korang lagi tinggi kan? Takyah cite ponnn aku da tau. Tak kesahlah korang. Yang penting, aku gembira dan akhirnya baru perasaan dan sikap ‘ingin bersaing secara sihat dalam pelajaran’ TIMBUL dalam diri aku (untuk mod math jelahh). Seriously, PERCAYALAH… aku memang kurang perasaan untuk bersaing walaupun persaingan tersebut sangat2 beneficial untuk aku. Hahaha :D sebab tu lewww, result aku usually TEROK je memanjang. Sebab kurang kesedaran dalam diri. Huhuhu~

Tapi yang sedihnya, BI aku. Aku baru dapat kertas dua and kehampaan aku menggunung saat terlihatkan markah tak seperti yang aku harapkan. Arhhhh T_T semua gara2 Section C dengan cerita KETUT tuuu. Aku banyak hilang markah dekat situ. WAAAAAA!!! T_T aku harap sangat BI aku tak drop kalini. Kalau BI aku drop, aku nak harapkan subjek apa je lagi untuk SCORE A- hingga A+? *BUNTU&DILEMA* aku bukan hebat macam korang… *sedardiri*

Korang… *suaragedik* doakanlah aku punya subjek SAINS dapat markah yang lawa sikit berbanding yang sebelum2 ni yerrr. Takkan korang nak markah cun sorang2? Aku pon nak join the group jugak! Kertas Physic 1 dan Bio 1, kedua-duanya bermarkah 33 dan 32 (standard aku ni dah kire SELAMAT dan BERPOTENSI mendapat marks lebih tinggi. Standard korang mestiii lagi HIGH CLASSS punyalahhhh.) . Aku memang bersyukur dan sekaligus semangat aku naik dua ke tiga tapak anak tangga; lebih tinggi dari sebelumnya. Tapi in the same time, aku RISAU SANGAT sebab takut marks kertas 2 dan 3 akan menconteng arang ke muka aku. Thus, I’m asking for your pray and wish. Mana tahu membantu :) and aku dahulukan penghargaan aku kat korang dengan TERIMAS (terima kasih so much!)

Oke. Entri panjang lebar aku akhirnya menemui jalan pulangnya. Till we meet again
(aku + blog +korang yang TERAJIN TERbaca), Assalamualaikum wbt.
Majulah kita semua demi Islam, addin tercinta; InsyaAllah *semangatSPM*

[notakaki] aku tak puas hati sangat dengan drawing aku sebab langit dia CACAT sikit. Last minute-action telah diambil dengan menepekkan poster colour sebanyak-banyaknya. Harap2 kecacatan tuuu berjaya ditutup. –aminn-