Friday, May 24, 2013

STPM Sem II - Yet, It's Not The End



Assalamualaikum readers. 
Barakallahufikum(:

Good night fellas. 

Malam ne nak cakap sikit mengenai sesi menduduki STPM Semester II yang barusan berakhir 
pagi tadi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah; In shaa Allah.

Banyak perkara sebenarnya yang dapat dijadikan iktibar sepanjang persiapan nak menduduki 
peperiksaan ne sebenarnya, instead of belajar subjek-subjek yang dikehendaki semata-mata.

Antara perkara yang sempat dijadikan muhasabah buat refleksi diri aku dan member-member lain time tu, belajar atau menuntut ilmu itu untuk dibawa ke mati. Bukan demi STP atau target universiti. 

Nampak macam remeh je perkara ni. Ekceli mendalam maksudnya.
Andai kita menuntut ilmu untuk di bawa ke mati, mesti kita paham dan sedia maklum ilmu itu adalah sebagai bekalan ukhrawi dan bukan duniawi semata-mata. Bila kita paham pulak konsep menuntut ilmu tang tuu, mesti kita juga tahu bahawa jika inginkan ilmu untuk ukhrawi ini... kita mesti persiapkan segala aspek diri untuk tabah menuntut ilmu di jalan yang mendapat keredhaanNYA. Tak boleh study ikut emosi dan tak boleh pulakkk nak study ikut suka-suka hati je.

Hubungan dengan Allah kena perelokkan.
Hubungan dengan manusia juga perlu diambil kira.


Menuntut ilmu itu telah menjadi kefardhuan dalam Islam.
Inginkan dunia perlukan ilmu,
inginkan akhirat perlukan ilmu..
Inginkan kedua-duanya juga memerlukan ilmu.
-imam as Syafie-

so,

Don't give up


Tentang peperiksaan STPM Penggal II yang diduduki aku selama tiga hari sebelumnya ni,
apa yang aku boleh katakan...
aku biasa-biasa saja.
Tak senang mana pun. Tak konpiden sangat time jawab tuh. Dengan fifty-fifty tawakal plus goreng ikut ape yg ade dalam kepala. So, aku pilih utk sederhana je feeling tentang STPM Penggal II kalini.

In shaa Allah aku dah usaha setakat yang termampu.
Tapi, yelahh kann ~
Nak label usaha aku tuh sebagai usaha kelas pertama pon, tak layak jugak rasanya.
Banyak kali kalah dengan mengantuk adalah. - .. -" Ceit betul. hahah ~
Aku serahkan segalanya pada Allah. Kire tawakal gitu.
Tidaklah tawakal saja. I mean, tawakal dengan doa (:
Bab result, setakat ne kita tolak tepi dulu ye.
Aku sendiri tak berani nak mengandai-andaikan keputusan yg bakal diterima.
Aku tahu takat mana kemampuan dan usaha aku. 
Aku hanya mengharapkan yang terbaik.
Baik untuk aku dan rakan-rakan lain gak.




Usaha untuk belajar itu tidak terhenti di sini saje. Fakta tu beb.
Even untuk STPM pon. usaha nya tak sampai ke penamat lagi. Lepas ne nak kena tambah baik
usaha untuk persediaan menjelang STPM Penggal III pulak.
Fokus pon nak kena polish kasi kilat. 

Kalau perlu ulang untuk paper STPM Sem I & II pon lepas ne.. aku sendiri harap aku mampu kuat semangat untuk sambung apa yang dipanggil pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Pay for the past

Aku tak tentu lagi cemerlang untuk repeat paper bagai. Tapi personally aku cakap,
tang nak kene repeat paper tu adalah bayaran yang perlu dibayar atas kesilapan dan kekurangan aku pada penggal yang sebelom ne. So, nasib lahh kan.
IMO, repeat-repeat ne sebenarnya adalah ruang untuk baiki keputusan and peluang untuk dapatkan yang lebih cemerlang.

Simple. Ruang & Peluang. 


Btol laa tu. Belajar & ulang kaji (USAHA) dah settle. paper pun sumenye dah berjawab
yang tinggal hanyalah teruskan berDOA dan TAWAKAL yakni persiapan dalaman utk redha dan bersederhana bg apa jua hasil di masa akn dtg. 
Aku lega sgt aku dah berjaya harung penggal kedua ne. 
Rasa macam terlepas kejap beban 'peperiksaan' tuh. hohohh (:

Sekarang aku nak menikmati cuti. even hati tak berapa happy, masih risau tntg STP.
mende-mende tu tolak tepi. Harung hari demi hari, mengejar rahmat Illahi; itu pasti.


# dia pesan, aku tak perlu tunggu text drpd die. *luluh hati* tapi elok gak die bgtaw, sebab pastu hati aku ne 
tenang siked. and tak tertunggu-tunggu mcm sebelumnya. *sederhanabeb,sederhana*