Thursday, May 30, 2013

Ghazal Picisan


Cinta dibina atas pangkat dan darjat,
membuatkan hati menjadi berat,

Cinta dibina atas kekayaan dan harta, 
menjadikan jiwa sentiasa sengsara,

Cinta dibina atas kehendak dan nafsu, 
membuatkan iman semakin layu,

Cinta dibina atas paras rupa, 
akhirnya musnah dimakan usia,

Cinta diina atas penipuan,
 merupakan satu pengkhianatan,

Cinta dibina atas agama,
 merupakan kelahiran cinta sempurna . 

Ini adalah salah satu dari banyak mesej yang dia pernah bagi kat ak. Bukanlah kerana mesej ini maka aku meletakkan percaya kepada dia sepenuhnya. Ia sekadar menjadi sebab untuk terus sederhana mempercayainya. Buat apa hilang percaya selagi tak terserlah kekurangannya; tak terzahir keburukannya.

Kata dia, "hadapi dengan tenang, selagi tiada ikatan yang sah hakikatnya hati tak dapat bersama."
Kata aku, "Kalau cinta itu cuba difokuskan pd Allah melebihi cinta sesama manusia, takkan kecewa ditinggalkan; tak lama kecewa dek kehilangan."
Kata mereka, "mencintai seseorang itu hak manusia, tetapi memiliki seseorang yang dicinta itu hak Allah utk menentukannya. soal jodoh telah tertulis pd takdir, serahkan kepada NYA."

noted.
Assalamualaikum