Thursday, December 12, 2013

Usul Fiqh : Dalil Disepakati ; Al - Sunnah ( Hadis) {Part 2}

HADIS DARI SUDUT KESAHIHANNYA

  • Terbahagi kepada TIGA KATEGORI hadis :
    • Hadis Sahih
    • Hadis Hasan
    • Hadis Dhoif

  • HADIS SAHIH
    • Pengertian :-
      • Bahasa ( as - sahih ) - Ertinya sihat . Hadis yang sihat dan benar , tidak terdapat penyakit dan cacatnya . Lawannya sakit ( as - saqim ) .
      • Istilah - Hadis yang muttasil atau bersambung rantaian sanadnya , diriwayatkn oleh perawi - perawi yang adil , dhobit ( tepat dan kuat ingatan ) , tiada sebarang kejanggalan dan tidak ada kecacatan atau 'illah padanya .
    • Ciri - ciri Hadis Sahih :- 
    1. Sanad bersambung - Rangkaian perawi dlm sanad hndaklah bersambung hngga smpai kpd Rasulullah saw . Ulama' hadis menetapkan syarat berikut utk mengetahui sama ada bersambung atau tidak sesuatu sanad :-
      • Mencatat semua periwayat yg diteliti
      • mempelajari riwayat hidup semua periwayat
    2. Perawi bersifat adil - Para perawi hadis hendaklah terdiri dari orang - orang yang siqah dlm erti adil dan dhobit . Mestilah seorang muslim , mukalaf , bukan fasik dan tidak pula buru akhlaknya . 
        • Sifat adil termasuk , seseorang perawi itu tidak difitnah atau dituduh dgn lima perkara , iaitu :-
      • Berdusta , fasiq , jahil dan bid'ah
      • Bergaul dgn orang tidak bermaruah 
      • Keterlaluan dlm bergurau senda
      • Membuang air kecil di jalanan
      • Makan di jalanan
        • Pokonya sifat adil ialah seorang yang soleh , bertaqwa serta mempunyai ciri - ciri berikut :-
      • Mengerjakan suruhan dn taat pada Allah
      • Tidak melakukan dosa - dosa besar
      • Menjauhi perkara yg menggugurka iman
      • Tidak mengikut mana - mana hadis yang bercanggah dgn syarak
      • Menjaga maruah , baik pada sudut syarak mahupun adat
    3. Perawi bersifat dhobit - Mempunyai daya ingatan yang sempurna terhadap hadis yang diriwayatkannya . Dalam erti kata lain perawi itu kuat daya ingatan , cerdik dan faham hadis yang diriwayatkn dlm bentuk hafazan mahupun tulisan serta dpt menjaga tulisannya dr penambahan , pengurangan atau perubahan disebabkan terlupa lalai atau cuai . 
        • Sifat kedhobitan perawi hadis menurut ulama' dapat diketahui melalui :-
      • Kesaksian ulama hadis
      • perbandingan apa yang diriwayatkannya dengan riwayat orang lain yang telah diyakini kdhobitannya . Tidak hadis syaz iaitu hadis diriwayatkn oleh perawi siqah tapi menyalahi riwayat ramai / berlaku kejanggalan . 
    4. Tiada syaz - Tidak terdapat kejanggalan / perbezaan riwayatnya dengan riwayat siqah perawi lain .
    5. Tiada 'illah  - Tidak berlaku kecacatan pd hadis . Sanad dn matan hadis bebas dr kecacatan pd pelbagai segi . Contohnya sanad bersambung tetapi tertinggal seorang perawi , perawi dlm rangkaian sanad seorang fasiq dn sebagainya . 
    • WAJIB diamalkan sebagai hujah atau dalil syarak 
    • Martabat hadis bergantung kpd tinggi dn rendah kedhobitan dan keadilan para perawinya . Tingkat sanad terbahagi kepada TIGA :-
      • Asahah al - Asanid 
      • Ahsan al - Asanid
      • Adh'af al - Asanid
    • Jenis Hadis Sahih :-
      • Hadis Sahih Li Zatih - lengkap dari segi 5 aspek yang diperlukan bagi sesebuah hadis sahih
      • Hadis Sahih Li Ghairih - Menjadi sahih ekoran dibantu oleh keterangan lain ataupun , belum sampai pd taraf sahih namun kemudian terdapat dalil lain yg menguatkannya . 

















- T O  B E  C O N T I N U E D -

[notakaki] Nampaknya dlm tempoh dua jam , banyak ini shj yang dapat disiapkan . *muke keciwee* In shaa Allah akn disambung lg bab Hadis neh dr semasa ke semasa . Nota ne cuma nota ringkas jeh . Maaf atas kekurangan . Klw content salah , boleh komen lah ye . peace yaww :)

Kalau tak keberatan , mohon korang KLIK ads (iklan nuffnang) dkt bahagian kiri blog ni :) TQ .