Showing posts with label Pengajian Am. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Am. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

Isu-isu Terkini ASEAN, Semester 3 [nota ringkas]

ISU-ISU TERKINI ASEAN 

klik gambar untuk zoom nota :)


  1. ASEAN + 3
    • Pakatan negara anggota ASEAN + 3 neg Asia Timur Laut (Jepun, Korea & Cina)
    • Asalnya merupakan EAEC ( Bhs Msia dia : Majlis Rundingan Ekonomi Asia Timur). Lepastu bertukar kepada ASEAN + 3 atas cadangan T.Mahathir Mohamad.
    • Pada 1997 di Malaysia
    • Meningkatkan kerjasama antara neg Asia Timur :
      • Ekonomi : Pembentukan Kawasan Pembangunan Ekonomi Asia Timur
      • Kewangan : Memerhati aliran modal kawasan.
      • Pembangunan sosial dan sumber manusia
      • Pembangunan saintifik, teknikal, budaya dan informasi
      • Pembangunan infrastruktur
    • Jepun dan Korea adalah neg maju manakala Cina adalah neg ekonomi yang mempengaruhi ekonomi dunia. Pakatan ni akan membawa juga kepada :
      • Pemindahan teknologi 
      • pembangunan sosial dan budaya - melalui pendidikan di neg-neg ini
      • kewangan - berlaku penyaluran modal
  2. Piagam ASEAN
    • Mengekalkan dan meningkatkan keamanan + keselamatan ASEAN sebagai rantau bebas senjata nuklear.
    • Hormati kemerdekaan, kedulatan dan integrasi anggota (tidak ada sebarang unsur campur tangan  dan pencerobohan)
  3. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)
    • Untuk meningkatkan taraf hidup negara serantau
    • Bagi menarik minat pelabur luar ASEAN
    • Membentuk pasaran da tapak pengeluaran tunggal dan kompetitif
Kerjasama Lain

  • Perjanjian Bali 2
    • Mewujudkan masyarakat keselamatan ASEAN
  • Penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN
    • Mewujudkan masyarakat sosiobudaya ASEAN
HALANGAN
  1. Fahaman politik yang berbeza
  2. kuasa beli pasaran tidak sama - taraf kehidupan masyarakat di neg anggota ASEAN berbeza mengikut setiap negara.
  3. Persaingan sesama neg pengeluar akan berlaku - krn menghasilkan dan pasarkan barang yang sama. 

Sunday, April 20, 2014

Punca Pengabaian Hak Wanita dan Langkah Mengani Isu Pengabaian

                    Wanita merupakan golongan pemangkin dan peneraju dalam sesebuah institusi khususnya dalam institusi kekeluargaan. Peranan wanita amat penting dalam pembentukan asas generasi masa kini. Namun begitu, pengabaian hak wanita telah menjejaskan peranan golongan ini serta membawa kepada isu global yang rancak diperkatakan.

                    Antara punca pengabaian hak-hak wanita yang dikenalpasti adalah persepsi atau pandangan golongan lelaki bahawa wanita merupakan kaum yang kemah. Persepsi sebegini menyebabkan berlakunya es-kes keganasan rumah tangga yang melibatkan penderaan golongan wanita khususnya isteri dan ibu. pencabulan seksual juga berlaku terhadap gadis remaja atau kanak-kanak perempuan bawah umur kerana mereka dilihat sebagai golongan yang lemah.

                  Punca lain pengabaian hak-hak wanita adalah diskriminasi gender yang berlaku ketika bekerja. Kebolehpercayaan yang rendah terhadap golongan wanita menyebabkan peluang untuk mereka menceburkan diri dalam sektor pekerjaan yang lasak dan mencabar adalah terbatas swalaupun mereka mempunyai potensi dalam bidang tersebut. Norma masyarakat yang kuno menganggap bahawa tempat wanita itu hanya di rumah dan berkaitan hal ehwal rumah tangga sahaja. 

                    Melihat kepada antara punca pengabaian hak-hak wanita yang telah menjadi isu sehingga ke peringkat global, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menangani isu tersebut. Antara usaha yang digembleng kerajaan di peringkat antarabangsa dapat dilihat ketika Deklarasi Putrajaya. Isu-isu yang dibincangkan dalam deklarasi tersebut adalah untuk memperkasakan golongan wanita dan memperbanyakkan penglibatan golongan wanita dalam sektor awam dan sektor pentadbiran.

                   Usaha lain dalam menangani isu hak-hak wanita yang diabaikan adalah melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertindak selaku badan pemantau dalam isu ini serta menyediakan perkhidmatan kaunseling, peluang dan ruang bagi golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka. Kerajaan juga telah memperkemas sistem aduan kecemasan bagi golongan wanita dengan mewujudkan perkhidmatan Talian Nur sebagai tanda sokongan kepada golongan wanita dan dengan tujuan penguatkuasaan undang-undang.

                   Usaha lain adalah melalui penglibatan Malaysia dalam Deklarasi Hanoi yang turut membincangkan tentang isu HIV AIDS. Penyakit HIV AIDS yang lebih sinonim dengan wanita ini menyebabkan pandangan serong segelintir masyarakat. Perbincangan isu ini melibatkan kempen yang direncana bertujuan mengubah persepsi serta memberi hak yang sewajarnya dalam bentuk rawatan dan kemudahan kesihatan kepada penghidap HIV AIDS.

                   Kesimpulannya, kerajaan prihatin mengenai isu ini dan kerjasama di peringkat antarabangsa seharusnya diteruskan agar kesedaran tentang hak-hak golongan wanita tidak dipandang enteng. Dalam masa yang sama, masyarakat selaku 'role model' juga perlu menghakis pandangan-pandangan pesimis seperti diskriminasi gender agar dapat hidup aman dan bersatu. 


*notakaki: esei ini adalah esei STPM kertas 3, Bahagian C. Ditulis oleh aku pada tahun duaribu tiga belas dan disemak oleh Cikgu Shaharuddin Abu Kassim, cikgu subjek Pengajian Am SMKAMH. Markah, duapuluh per.... berapa tah; tak ingat. In shaa Allah, semoga bermanfaat sedikit sebanyak kepada mereka yang memerlukan. Maaf atas kekurangan dari segi bahasa, isi dan sebagainya. 

Saturday, October 5, 2013

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


  • 17 September 1957 (menjadi ahli PBB
  • Menjadi ahli UNESCO, WHO, FAO dan ILO
  • Menjadi tentera pengaman dunia di Kango, Namibia, Iran, Iraq, Somalia dan Bosnia.
  • Terlibat dengan misi pemerhati PBB di Liberia, Sierra Leone, Timor Leste
  • Malaysia dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB; 1999-2000  
  • Malaysia dilantik sebagai utusan khas oleh PBB dan menjadi pengarah pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas ke Myanmar.
  • Menjadi angoota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB; 2001 - 2003
  • Malaysia telah membeli bon yang dikeluarkan oleh PBB sebanyak US$600 dlm usaha membantu WHO mengawal penyakit malaria, cirit-birit dan demam denggi
  • Pada tahun 1967 telah diadakan perjanjian di Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan bantuan oleh FAO.
  • Bantuan UNESCO untuk bantu meningkatkan pelajaran - membina  Maktab Teknik di Ipoh dan Penang
  • Bank Dunia pernah memberikan bantuan kpd Malaysia dlm tempoh lima tahun.
  • Malaysia memberi bantuan kpd mangsa-mangsa tsunami di Acheh.
# thanks angah yang rajin catat all these things dekat papan putih so that all of us gain some new information about this PBB thingy. 

gnaidd fellass. 
kipidap any of ur gud effort and neve givap k.
In shaa Allah I'll update more. Right now, Imma so sleepy.
Pray for my trial this Monday and Tuesday. May Allah ease
Assalamualaikum wbt.  


Wednesday, October 2, 2013

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu & Malaysia

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

  • Ditubuh selepas Perang Dunia ke-2 pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat.
  • Nama sebelum tertubuhnya PBB : Liga bangsa-Bangsa
  • Terdapat 193 buah negara anggota dan Malaysia merupakan negara ke-92 yang menyertai PBB.
  • PBB beribu pejabat di New York, AS
MATLAMAT PENUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
  1. Menjamin keamanan & keselamatan antarabangsa (peperangan mungkin dilancarkan untuk tujuan ini). PBB berperanan sebagai orang tengah
  2. Mewujudkan hubungan baik antara negara-negara merdeka dengan cara menyelesaikan pertelingkahan sekiranya berlaku dan bertindak sebagai meja rundingan bg satu-satu masalah.
  3. Menyatukan penduduk dunia melalui pelbagai badan-badan dan unit yang berada di bawah PBB.
  4. Menggalakkan pertumbuhan ekon, sosial, kebudayaan serta melindungi hak asasi manusia.
6 BAHAGIAN UTAMA DALAM PBB
  1. Majlis Perhimpunan Agong
  2. Jabatan Urusetia (Sekreteriat)
  3. Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
  4. Majlis Ekonomi dan Sosial
  5. Majlis Amanah
  6. Majlis Keselamatan

  • MAJLIS KESELAMATAN
    • Mainkan peranan paling besar/ paling berkuasa dalam PBB
    • 15 negara yang menjadi anggota majlis ini.
      • 10 anggota tidak akan diundi oleh negara anggota PBB / melobi negara
      • Terdapat juga beberapa negara yang memohon sebagai anggota tetap.
        • India
        • Brazil
        • Jepun
        • German
      • Terdapat 5 anggota tetap yang diberi kebenaran memiliki senjata nuklear dengan jumlah yang dibenarkan. Negara-negara anggota ini merupakan negara yang mempunyai kuasa veto dalam majlis.
        • Amerika Syarikat
        • Rusia
        • Britain
        • Perancis
        • China
    • Objektif Majlis Keselamatan PBB adalah, mendengar, membincang dan menyelesaikan m=isu pertelingkahan antara negara-negara anggota.
    • Keputusan Majlis Keselamatan dinamakan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB"
    • Malaysia pernah menjadi ahli majlis pada tahun 1965 (dengan Somalia) , 1989 dan 1999.
    • Badan-badan Pengaman PBB :-
      • UNOMOZ - United Nation of Mozambique
      • UNOSOM - United Nation of Somalia
      • UNAVEM - United Nation of Angola Verification Mission
      • UNPROFOR - United Nation of Protection Force
    • Penglibatan Malaysia dalam pasukan pengaman PBB :-
      • Pasukan Pengaman Timor Leste
      • Pasukan Pengaman di Somalia bawah misi UNOSOM
      • Pasukan Pengaman di Bosnia Hezegovina bawah UNPROFOR
    • Ahli-ahli majlis bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi pada setiap bulan.

  • MAJLIS EKONOMI DAN SOSIAL
    • Objeltif penubuhan majlis :- Memberi khidmat taraf hidup penduduk dan negara-negara dunia.
    • Pertubuhan-pertubuhan di bawah majlis ini :
      • UNESCO
        • ditibuhkan pada 1945
        • Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB
        • Beribupejabat di Paris, Perancis
        • Tujuan UNESCO :- 
          • bantu negara-negara anggota membina keupayaan manusia dan institusinya dalam pelbagai bidang.
          • menggalakkan kerjasama antarabangsa dlm kalangan negara anggota dalam bidang pendidikan, sains, sosial, kebudayaan dan komunikasi
          • berfungsi sebagai pusat menyebarkan dan berkongsi maklumat serta ilmu pengetahuan. 
      • WHO 
        • Pertubuhan Kesihatan Sedunia
        • Beribu pejabat di Geneva, Switzerland
        • Matlamatnya, untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat
      • FAO 
        • Pertubuhan Makanan dan Pertanian
        • Beribu pejabat di Rom, Itali
        • Matlamat untuk :-
          • meningkatkan pengeluaran makanan
          • baiki sistem agihan makanan
          • atasi kebuluran
      • ILO
        • Pertubuhan Buruh Antarabangsa
        • Ditubuhkan pada 1910 ketika penubuhan Liga Bangsa dan masih dikekalkan.
        • Menegakkan keadilan sosial khususnya untuk golongan pekerja
        • Gubal standard hak-hak asasi minimum bagi buruh seperti :-
          • Kebebasan berpersatuan
          • Hak untuk mengendalikan persatuan
          • Perjanjian kolektif
          • Pemansuhan buruh paksa
          • kesamaan peluang dan layanan
          • Menggalakkan pembangunan organisasi majikan dan pekerja
      • IMF
        • Tabung Kewangan Antarabangsa 
        • Organisasi yang terdiri daripada 184 buah negara anggota
        • Tujuan penubuhan :-
          • menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa melalui institusi tetap yang sediakan jentera perundingan bagi masalah kewangan antarabangsa.
          • Menggalakan kestabilan tukaran wang asing
          • memelihara aturan tukaran wang asing yang tersusun dalam kalangan negara anggota
          • Memberi bantuan kewangan sementara kepada negara-negara yang mengalami krisis kewangan.
      • UNHCR
        • Pesuruhjaya Tinggi Tentang orang Pelarian PBB
        • Ditubuhkan pada tahun 1950
        • Bertanggung jawab menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi perlindungan orang pelarian dan selesaikan masalah mereka 
        • Tujuan UNHCR :-
          • melindungi hak dan kebajikan pelarian
          • berusaha untuk pastikan setiap org pelarian berhak dpt suaka/perlindungan dan tmpt perlindungan yg selamat di negara lain
          • bantu pelarian kembali ke negara asal atau menetap di negara lain
      • UNCTAD
        • Persidangan Perdagangan dan Pembangunan
        • Ditubuhkan pada 1964
        • Tujuan :-
          • mengintegrasikan negara-negara membangun ke dlm ekonomi dunia
          • mengurus isu perdagangan dan pembangunan scr bersepadu
          • forum bagi perbincangan antara kerajaan yg disokong oleh perbincangan dgn pakar ekon serta pertukaran pengalaman utk mencapai persetujuan sebulat suara.
      • UNICEF
        • Tabung Kanak-Kanak PBB
        • Badan dunia yang mempertingkatkan kehidupan setiap kanak-kanak
        • Tujuan penubuhan :-
          • bekerjasama dgn pihak-pihak lain untuk mengatasi kemiskinan, keganasan, penyakit dan diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak
          • menganjurkan langkah-langkah utk beri kanak-kanak penjagaan yg terbaik dlm kehidupan
          • menggalakkan pendidikan utk kanak-kanak perempuan - memastikan mereka mendapat pendidikan pringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya.

  • JABATAN URUSETIA
    • sekreteriat
    • Diketuai setiausaha agung PBB dan dibantu oleh sekumpulan kaki tgn awam dari seluruh dunia.
    • Kaki tgn awam telah dipih oleh setiausaha agung PBB shj
    • Tugas-tugas setiausaha agung PBB :-
      • Bantu selesaikan pertikaian antarabangsa
      • Tadbir operasi keamanan
      • Mengatur persidangan antarabangsa
      • Mengumpul maklumat tentang pelaksanaan majlis keselamatan dan berunding dgn negara anggota yang terlibat.

  • MAHKAMAH
    • Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
      • ICJ
      • International Court Justice
      • Pemilihan ketua hakim pada setiap 3 tahun
      • 15 orang hakim untuk 9 penggal
      • ketua hakim dan hakim telah dipilih oleh Majlis Keselamatan PBB
      • Menyelesaikan ...
        • tuntutan-tuntutan pertindihan
        • pertikaian antara negara
        • perrmasalahan antara negara melibatkan undang-undang 
    • Mahkamah Jenayah Antarabangsa
      • ICC
      • International Crime Court
      • 18 orang hakim
      • dakwaan-dakwaan di mahkamah ini melibatkan ...
        • peperangan / serangan antara negara
        • provokasi antarabangsa melibatkan negara
        • penindasan etnik

  • MAJLIS AMANAH
    • bantu pastilkan 'wilayah bukan perintah diri' ditadbir melalui
      • penjagaan kepentingan penduduk
      • keselamatan dan keamanan antarabangsa
    • 'wilayah bukan perintah diri' -
      • kerajaan khas
      • diberi kuasa untuk melakukan pemerintahan sendiri
      • contoh : Filipina dan Aceh
    • Selepas selesainya setiap misi, majlis ini akan menggantung operasinya

  • MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG
    • terdiri daripada semua ahli majlis 
    • bertemu setiap tahun
    • di bawah seorang presiden yang dipilih dari wakil-wakil negara anggota
    • menggunakan bahasa :
      • Inggeris
      • Perancis
      • Sepanyol
      • Cina
      • German 
    • Bertindak sebagai forum untuk ahli-ahli berbincang tentang,
      • persoalan undang-undang antarabangsa
      • membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini
    • wakil dari setiap negara anggota diberi peluang untuk berucap dlm majlis ini
# Alhamdulillah. Finally done. sejak petang tadi mengusahakan nota lengkap (full version) untuk tajuk PBB neh. *feeling relieved* Maaf kalau ada flaw. In shaa Allah uols boleh tegur kalau ada salah silap mana-mana yang maybe aku ter-tak perasan. do leave some comment klw ta keberatan lahh. Semoga bermanfaat. Ada kurang dan lacked mana-mana tentang nota, silalah menambah input yang korang tahu and boleh share dlm ruangan komen. k vavaiii. penat dan lapar. Adios amigo. See yaaa!

Assalamualaikum wbt. 
Selamat malam.
wit laaavvv,

Sunday, September 15, 2013

Nota Pengajian Am - OIC & Developing 8

Assalamualaikum wbt.

Seronok dapat share nota. Rasa puas. Sambil-sambil menaip dan membelek buku rujukan, aku pon terkesan dan dapat ulangkaji secara tak langsung. Nak harap ulang kaji buat latihan and membaca semata-mata, memang mengantuklah cerita nyee. Sekali lagi, credit nota Pengajian Am ne buat Aman Banzai sebabkan post ringkas die dekat pesbuk lah yang menyebabkan aku nak bernota lewat tengah hari ini.

np Ya Nabi Salam 'Alaika *selawat selawat*


OIC(Organisation of Islamic Cooperation) ---> D8 (Developing Eight)


Merupakan pertubuhan kedua terbesar selepas PBB
Dianggotai oleh 57 buah negara
Punca penubuhan OIC adalah kerana pembakaran Masjid Al-Aqsa
    • Pertubuhan yang saling membantu sesama Islam agar negara-negara Islam dapat membangun sebagai negara maju.
    • Pertubuhan yang mengutip suara umat Islam sedunia bagi menjaga kebajikan mereka
Ibu pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi
Bahasa perantara yang digunakan adalah bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis

TUJUAN OIC :
  • Memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggota
  • Menyelaras kerjasama dalam kalangan negara anggota merangkumi pelbagai bidang
  • Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk. (Masih berlaku penindasan contoh di Syria, Rohingya dan perkauman terhadap negara Islam di Benua Afrika)
  • Mengambil langkah untuk melahirkan keamanan dan keselamatan
  • Menyokong perjuangan Palestin (Namun kebanyakan dasar luar OIC sebenarnya tidak memihak kepada Palestin)

PIAGAM OIC :
  • Menegakkan perpaduan dalam Islam
  • Mengambil tindakan bersama dalam menjaga keamanan dan memastikan keadilan antarabangsa
  • Membentuk hubungan yang harmoni antara agama 
  • Memperjuangkan keadilan hak asasi manusia
  • Membentuk negara anggota yang mempunyai pentadbiran yang baik demi perkembangan ekonomi dan sosial.
STRUKTUR INSTITUSI
  1. Pembuat Dasar - Melalui sidang kemuncak ketua-ketua kerajaan negara OIC
  2. Persidangan Menteri-menteri Luar - Melibatkan menteri luar
  3. Sekretariat OIC - Dikenali sebagai Setiusaha Agung OIC
PERANAN MALAYSIA
Malaysia merupakan pengerusi OIC yang terus berusaha membawa kemajuan dan memperkenalkan inisiatif dalam pelbagai usaha untuk beri nafas baru pd OIC.

INISIATIF  + SUMBANGAN MALAYSIA KPD OIC (antara LIMA inisiatif)
  1. Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (OIC-CERT)
    • Malaysia menjadi pengerusi pasukan petugas OIC-CERT iaitu pasukan tindak balas untuk menjaga keselamatan teknologi (ICT) negara-negara anggota
    • pada Jun 2006
    • Malaysia menjadi pengerusi kerana mempunyai kepakaran dan kemahiran ICT
  2. Organisasi Zakat Antarabangsa
    • Persidangan pertama di Kuala Lumpur pd November 2006 - membentuk kesepakatan bahawa kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat sebagai sumber kewangan kpd Organisasi Zakat Antarabangsa
  3. Program Jaminan Kualiti di IPT
    • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan bantu negara-negara anggota OIC bg membangunkan program ini agar IPT mrk boleh bersaing di dalam dan di luar negara.
  4. Standard Halal Antarabangsa
    • Malaysia antara negara peneraju industri halal - berkongsi kepakaran dalam industri makanan halal dgn negara-negara OIC
    • Kepakaran Malaysia dlm membangunkan standard dan sijil kelayakan halal dijadikan penanda aras - membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh Pakatan Halal Antarabangsa
  5. Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF)
    • Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonomi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam dan Barat.
    • Tujuannya mewujudkan platform bagi membincang dan menerapkan idea untuk membangunkan ekonomi ummah. 

  • Diwujudkan oleh OIC untuk membentuk kerjasama ekonomi dan perdagangan 
  • Merupakan sebuah forum melibatkan 8 buah negara Islam membangun
  • Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Bangladesh, Mesir, Iran, Indonesia, Pakistan, Turkey dan Nigeria 
Objektif :
  1. Membasmi kemiskinan
  2. Menambah peluang pekerjaan
  3. Membasmi buta huruf
  4. Meningkat kemajuan teknologi
  5. Memajukan pelaburan

# Alhamdulillah nota kedua Pengajian Am untuk hari ini selesai. Selamat menunaikan solat fardhu Asar bagi muslimin muslimat sekalian. Jangan lengah-lengahkan solat yee. Okayh, adios amigos. Aku nak pi lucnh dulu. Lapar yang amat neh. Assalamualaikum wbt. *winkwink*



Nota Pengajian Am - NAM, Kerjasama Selatan-Selatan & G 15

Assalamualaikum wbt.

Pada tengah hari yang indah ini....
walaupun tak ada mood nak siapkan PBS Ekonomi yang dah berkurun ditangguh,
Tapi tetap terase nak update Nota STPM juge. Entah pape ann...
Kalini untuk subjek Pengajian Am pule.
Credit to Aman Banzai sebab post serba ringkas dia dekat pesbuk buad aku ta puas hati.
So, dekat sini aku nak elaborate isi-isinya. In shaa Allah, semoga bermanfaat. Kalau ada maklumat yang tersalah bagi, korang boleh betulkan dalam ruangan komen kayh. Sebarang kekurangan, aku dahulukan dgn ucapan maaf. Boleh klik subtajuk dlm post neh untuk dapatkan link wikipedia bagi subtajuk-subtajuk tersebut. Terima kasih Cikgu Shaharuddin atas penerangan tambahan untuk topik ne *smile*



NAM --> Kerjasama Selatan-Selatan ---> G 15

  1. Terdiri daripada negara-negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa
  2. Sebanyak 114 penyertaan negara anggota
  3. Prinsip NAM : Menghormati hak asasi manusia selaras dengan piagam PBB.
  4. Definisi tidak memihak dan bersifat berkecuali : 
    • Mengadakan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi demi kepentingan negara
    • Gabungan keahlian negara-negara termasuk negara Benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan
    • Mula dikesan selepas Persidangan Asia-Afrika di Bandung, Indonesia pd tahun 1955.
  5. Sebab-sebab wujud NAM : 
    • Konfrontasi Indonesia - Malaysia
    • Krn tidak mahu menumpukan perhatian semata-mata terhadap perdagangan Barat
  6. Objektif NAM :
    • Tak mahu campur tangan dalam hal ehwal negara asing.
    • Memupuk kerjasama erat dan meningkatkan muafakat dan sepakat dalam kalangan negara anggota.
    • Mengelakkan negara-negara kecil dari terlibat dalam peperangan ideologi.
    • Menghormati hak asasi manusia
    • Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah.
    • Mengakui persamaan ras dalam kalangan negara-negara dunia.
    • Menjadi forum untuk negara-negara anggota berhubung mengenai isu-isu semasa.
    • Memperjuangkan hak negara-negara membangun.
    • Mengubah haluan perjuangan NAM: Politik --> Isu-isu ekonomi
    • Meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM
  7. Tujuan NAM:
    • Memelihara kedaulatan wilayah
    • Meningkatkan kerjasama dua hala dengan negara-negara maju
    • Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara-negara lain
    • Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa secara rundingan
    • Menghormati hak asasi manusia
  8. Kesan penglibatan Malaysia - Malaysia mengubah dasar luar dan menjalinkan persahabatan dan hubungan diplomatik dengan negara-negara berkecuali.


Penubuhan pada 1987 adalah bertujuan meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama antara negara-negara membangun disebabkan ketidaksamaan ekonomi yang berlaku antara negara maju dan negara membangun.

Objektif :
  1. Membentuk satu kerjasama yang lebih berkesan dalam kalangan negara-negara bahagian Selatan untuk menghadapi sistem ekonomi yang tidak seimbang; kegagalan Dialog Utara - Selatan
  2. Untuk menghadapi masalah ekonomi negara-negara anggota dari segi :
    • Beban hutang negara 
    • Kadar faedah yang tinggi
    • Imbangan pembayaran yang defisit (membawa kepada krisis ekonomi terhadap negara-negara anggota yang terlibat)
    • Kadar pertukaran wang asing yang tidak menentu
    • Untuk mengadakan beberapa dialog dengan negara maju atau negara Utara dunia
  • Ditubuhkan sebagai mesyuarat peringkat kumpulan negara membangun pada September 1989. - Berikutan dari hasil mesyuarat Ninth Non-Aligned Summit  di Belgrade, Yugoslavia
  • Diwujudkan untuk mewujudkan lebih kesefahaman serta lebih faedah kerjasama antara negara membangun. Khususnya di dalam rantau pelaburan, perdagangan dan perkongsian teknologi.
  • Berperanan sebagai pemikir untuk Kerjasama Selatan-selatan - memudahkan usaha untuk membangun dan meningkatkan ekonom.
  • Kerjasama ini dijangka akan meningkatkan perpaduan dan kredibiliti dalam usaha meneruskan Dialog Utara-Selatan yang lebih produktif dan positif.
  • Antara projek yang dirancang adalah  penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)


Thursday, September 5, 2013

Pengajian Am : Semester 3 : Dialog Utara-Selatan

Dialog Utara - Selatan merupakan sebuah forum melibatkan negara-negara perindustrian dengan negara-negara dunia ketiga tentang isu ekonomi. Dialog Utara - Selatan merupakan sebahagian pertubuhan atau pelaksanan dan tindakan dari gerakan NAM. 

Matlamatnya adalah untuk membetulkan ketidaksamaan susunan ekonomi antarabangsa dan menghapuskan perbezaan ekonomi antara pihak selatan dan pihak utara. 

Forum-forum yang diadakan bawah nama Dialog Utara - Selatan ini bertujuan menggalakkan perdagangan antarabangsa & untuk mengatasi masalah perdagangan serta imbangan pembayaran negara membangun 

Negara-negara membangun yang menjadi pengeluar komoditi utama menghadapi masalah untuk memperdagangkan hasil komoditi utama seperti koko, bijih timah dan getah asli kerana pembeli yakni negara maju mengawal harga hasil komditi ini dengan cara yang lebih berpihak dan menguntungkan negara maju. Negara maju bukan sahaja menyebabkan harga komoditi utama yang rendah dan stabil malahan melakukan sekatan bagi import dari negara-negara dunia ketiga.

Forum ini mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan Dialog Utara - Selatan adalah berjaya menstabilkan harga komoditi getah asli, koko dan bijih timah dengan mewujudkan Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Koko dan Perjanjian Biji Timah Antarabangsa, berjaya mewujudkan Skim Keistimewaan Am (GSP) iaitu skim atau sistem pengecualian sekatan tarif atau sekatan duit bagi negara membangun yang berdagang dengan negara maju, kejayaan penubuhan UNCTAD dalam PBB dan penubuhan NIEO ( New International Economy Order) pada persidangan khas ke - 6 PBB yang digubal pada tahun 1974. Penubuhan NIEO membantu negara dunia ketiga dalam aspek ekonomi.

Namun begitu, forum ini akhirnya gagal kerana berlaku pertelingkahan kedua-dua pihak iaitu negara maju dan negara membangun (negara dunia ketiga) berhubung soal politik dan perdagangan. Forum ini juga gagal kerana terdapat hasrat menubuhkan Kerjasama Selata-Selatan.

# sekali lagi, harap nota yang tak seberapa ni boleh bagi manfaat kepada mereka yang membaca. Nota kalini adalah hasil dari pembentangan oleh Nur Asyiqin Sabki dan Norizuani Nazira dalam kelas Pengajian Am kelmarin. In shaa Allah ada masa sambung tentang Kerjasama Selatan-Selatan pulakk sebab sangat berkait dengan topik ini. BTW, tadi dengar lagu Sam Tsui and Kina Grannis - Bring Me The Night. hmm.. bestx3!! masuk dengan feeling jiwang akuh. ahahah. okeyyy, enjoy reading. Adios


Pengajiam AM [Penggal #3] - G77

G77 merupakan,
  • Kumpulan negara-negara membangun. Pada awalnya 77 buah negara, kini terdapat 132 negara anggota.
  • China turut menjadi negara anggota tetapi sebagai ahli bersekutu yang mana tidak boleh terlibat dalam menetapkan satu-satu keputusan.
  • Sidang kemuncaknya diadakan sekali dalam tempoh lima tahun : ketua-ketua akan bermesyuarat, bertemu, berforum dan sebagainya
TUJUAN PENUBUHAN G77,
  • Untuk meningkatkan kepentingan dan identiti negara-negara membangun di peringkat PBB atau di peringkat dunia/global.
  • Untuk mempromosikan pembangunan ekonomi negara-negara membangun bagi mearik minat pelabur-pelabur asing dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun.
FOKUS PERSIDANGAN,
  • Fokus persidangan merangkumi isu - isu berkaitan perdaganganm ekonomi, pembangunan dan politik.
  • Antaranya isu-isu yang pernah dibincangkan :-
  1. Membincangkan masalah berkaitan ekonomi, politik dan sosial yang berlaku di negara-negara membangun.
  2. Memperjuangkan dan menjaga penduduk di negara-negara membangun dari eksploitasi oleh negara maju : contohnya seperti - sistem perdagangan yang tidak adil serta hanya menguntungkan negara maju sahaja dan isu buruh negara membangun yang dibayar upah secara tidak setimpal.
  3. Melindungi kebajikan penduduk ngara-negara membangun dari dipinggirkan
  4. Meningkatkan penyertaan negara-negara membangun dalam isu/ soal melibatkan ekonomi, sosial dan politik.
# Wokayyy.. sangat ringkas. Ini nota tentang G77 berdasarkan penerangan yang diberikan oleh cikgu Peng. Am aku, En. Shaharuddin Bin Abu Kassim. Terima kasih cikgu! Harap dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua. Selamat mempersiapkan diri untuk exam November ini!!


Sunday, September 1, 2013

Pengajian Am : Komanwel & Penglibatan Malaysia dlm Komanwel

# Komanwel ditubuhkan pada 1926

MATLAMAT PENUBUHAN :-
  • Eratkan hubungan & perpaduan dlm kalangan negara anggota
  • Boleh berkerjasama dlm pelbagai bidang
  • Menjaga kebajikan negara-negara anggota untuk memajukan negara-negara tersebut.
  • Memberi Kemudahan & layanan baik pada kerajaan Britain terutama utk mendapatkan pasaran barang negara-negara anggota di Britain.
  • Memberi kemudahan pendidikan.

SYARAT-SYARAT KEANGGOTAAN :-
  • Negara bekas jajahan British
  • Negara anggota bebas utk sertai atau tarik  diri dari Komanwel
  • Negara anggota mempunyai hak dan kebebasan yang sama rata.
  • Tidak terikat dengan dasar British

# Malaysia menjadi anggota Komanwel sejak kemerdekaan

FAKTOR-FAKTOR MALAYSIA SERTAI KOMANWEL :-
  • Keadaan darurat yg masih wujud ketika itu di Persekutuan Tanah Melayu
  • dengan harapan Singapura akn diserap ke dalam Persekutuan Tanah melayu
  • khuatir dengan  ketidaktentuan dasar Presiden Sukarno yang melancarkan konfrontasi dengan Persekutuan Tanah Melayu

FAEDAH YANG DINIKMATI DLM KOMANWEL :-
  • Perjanjian Pertahanan Anglo Malaya dimeterai dengan British - Mendapat jaminan keselamatan dan perlindungan
  • Keistimewaan Perdagangan dgn negara-negara anggota lain - Meluaskan pasaran ekonomi sesama negara anggota serta memajukan sesebuah negara dengan pertumbuhan ekonomi yang baik
  • Dapat bantuan melalui Rancangan Colombo dlm bidang teknik dan biasiswa - Membantu dalam urusan pendidikan pelbagai bidang.

KRONOLOGI PENGLIBATAN MALAYSIA DLM KOMANWEL :-

{1982-1984}

  • Malaysia tidak berpuas hati dengan Kanada dan Britain yang melancarkan sekatan ekonomi ke atas negara Afrika ats sebab amalan Dasar Aperteid.
{1987}
  • Malaysia kembali aktif dalam Komanwel selepas CHOGM di Vancouver, Kanada
{1989}
  • Malaysia menjadi tuan rumah CHOGM. 
  • Antara isu-isu yang dibincangkan :-
  1.  Deklarasi Kuala Lumpur tentang Dasar Aperteid, Perdagangan Sosialdan sebagainya.
  2. Deklarasi Langkawi tentang isu alam sekitar
  3. Menghadkan penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia
  4. Soal Palestin dan Israel
  5. Isu Kemboja dan ZOPFAN
  6. Campur tangan Soviet Union di Afghanistan
  7. Masalah pelarian Vietnam
  8. Banteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah
{1998}


- T H E  E N D -
sila tekan LINK WARNA PINK dlm nota neh untuk dpt info-info tambahan


[notakaki] maafx100 sebab inputnya tak sempurna n.n" nota ne cam tak menyeluruh sangat and more to nota ringkas sajee. Actually, ne nota ringkas hasil P&P Pengajian Am dkt kelas aku pagi tadi. Hew ~
Apepun, harap dapat jadi sesuatu yang bermanfaat utk sesiapa jua yang membaca dan perlukan maklumat tntg penglibatan Malaysia dlm Komanwel. Especially utk students Pra-University :) Credit to En. Shaharuddin Abu Kassim; cikgu P.AM akuh serta Ily Ayuni & Sakinah atas pembentangan pagi tadi. peace yaaww. n.n Asaalamualaikum. Genaidss.


Sunday, August 18, 2013

Esei Penuh : Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Sesebuah Negara

Assalamualaikum wbt

Entry ini merupakan sambungan dari entry KERJA SEKOLAH PENGAJIAN AM sebelum ini.
[sila klik caps lock link wokehh]


                   Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.

                  Ketidakstabilan politik sesebuah negara berpotensi membawa kepada pelaksanaan dan tindakan-tindakan luar jangka seperti rusuhan, demonstrasi, bantahan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Melihat kepada keadaan ini, terdapat kemungkinan negara tersebut akan mengalami implikasi negatif. Antara kesan dalam tempoh jangka pendek adalah sekiranya rusuhan yang berlaku melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. Manakala jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain sekaligus menganggu aktiviti ekonomi amnya.

                  Di samping itu, sesebuah negara sama ada pemimpin mahupun rakyat akan berhadapan dengan kesan jangka panjang disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku di negara tersebut. Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. 
Keadaan kerajaan yang terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku merupakan antara kesan jangka panjang yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu.

                   Tidak dapat dinafikan, dari sudut mikro ataupun skop yang kecil, rakyat yang terlibat ataupun penunjuk perasaan merupakan yang paling terjejas kerana ilmplikasi ketidakstabilanpolitik ini. Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi serta permusuhan dan pergaduhan yang besar akan berlaku dan perlu ditanggung oleh rakyat seluruhnya. Kemusnahan materialistik serta keruntuhan nilai-nilai murni oleh sebab permusuhan dan perpecahan seterusnya akan memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara.
Malahan, risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah juga berkemungkinan terjadi dan keadaan negara atau sesetengah tempat yang terlibat akan berada dalam keadaan yang tidak kondusif dan tidak selamat.

                   Meninjau dari aspek yang lebih luas atau skop makro, antara implikasinya adalah 
akan berlaku banyak kemusnahan harta benda atau material seperti kerosakan jalan, bangunan dan tempat tinggal akan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penawaran perkhidamatan. Suasana ekonomi yang tidak sihat ini menganggu keadaan ekonomi negara tersebut dan barangkali menyumbang ke arah kemunduran negara dalam satu-satu tempoh tertentu. Kesan lain adalah ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.

                   Kesan ketidakstabilan politik turut menjejaskan ekonomi pelbagai golongan yang terlibat, baik secara individu, masyarakat, pihak kerajaan dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada keadaan ekonomi antarabangsa seandainya ketidakstabilan itu membawa kepada rusuhan, tunjuk perasaan, bantahan secara berpanjangan dan melibatkan keganasan. Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian dan hal yang demikian mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial individu tersebut akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala. Implikasi kepada rakyat apabila berlaku perpecahan dalam masyarakat, akan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya. Pihak kerajaan pula akan kehilangan kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu dan khususnya kerana ketidakstabilan politik yang terganggu. Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama. Contoh mudah kerjasama serantau yang melibatkan ekonomi adalah kegiatan eksport dan import.

                   Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara.  Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara. 

Saturday, August 17, 2013

Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Ekonomi dan Politik Sesebuah Negara

Assalamualaikum.

So, this is an essay for my home work on General Study subj.
*Bismillahirrahmanirrahim*

Pendahuluan


Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.


Isi 1
Kesan Jangka Pendek Ketidakstabilan Politik 
  • Sekiranya rusuhan yang berlaku adalah melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. 
  • Jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain. Aktiviti ekonomi terganggu.
  • Perusuh yang kebiasaannya merupakan golongan pembeli akan menggunakan kos yang besar sebagai persediaan membuat tunjuk perasaan seperti persediaan bekalan makanan, sepanduk, banting, khemah perlindungan dan sebagainya. Kuasa beli mereka terhadap barang-barang keperluan lain akan merosot kerana aliran keluar wang digunakan untuk tujuan ini. Hal yang demikian hanya akan menguntungkan pihak dalam industri tertentu sahaja dan hanya dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja serta merugikan banyak pihak lain. 
Isi 2
Kesan Jangka Panjang Ketidakstabilan Politik 
  • Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. 
  • Kerajaan terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu. 
  • Sekiranya rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku untuuk satu tempoh yang panjang, kegiatan ekonomi dalam skop yang lebih luas seperti kegiatan eksport dan import negara akan terganggu dan sekaligus memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara-negara luar yang terlibat dalam kerjasama ekonomi ini. Keadaan ini menjejaskan hubungan baik antara negara

Isi 3
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Mikro
  • Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi
  • Permusuhan dan pergaduhan yang besar serta memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara
  • Risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah
Isi 4
Kesan Ketidakstabilan Politik dari Sudut Makro
  • Banyak kemusnahan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penwaran perkhidamatan dan seterusnya menganggu keadaan ekonomi negara tersebut.
  • Ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.

Isi 5
Kesan Ketidakstabilan kepada Individu, Masyarakat, Pihak Kerajaan dan Kesan Antarabangsa
  • Individu : Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian - mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial seseorang akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala.
  • Masyarakat : Berlaku perpecahan dalam masyarakat dan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya.
  • Pihak kerajaan : Pihak kerajaan tidak mendapat kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu. 
  • Kesan Antarabangsa : Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama.
Penutup

Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara.  Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.