Friday, July 24, 2015

Ramdom Raya

Assalamualaikum wbt.

Selamat hari raya diucapkan daripada sekeping Eizah untuk siapa-siapa jelah yang sedang baca entri kalini.

Sebenarnya kemalasan aku tersangatlah menebal untuk kembali menaip entri. Padehal banyak sangat perkara yang nak dikongsi, tersimpan tepu dalam kepala, terbuku dalam jiwaraga.

Ya, kalini aku menaip.
Kemungkinan, bahasanya akan jadi tunggang langgang, sebab aku tak rancangpun nak cerita apa dan tak rancangpun nak cerita macam mana. So memang akan bercampur-campur cerita aku.

nasiblah, kann...

Cuti sem kalini, rasanya aku akan "mereput" je di rumah.

Even raya kalini pun, segala undangan untuk berjumpa dan konvoi raya terpaksa aku tolak awal-awal. Aku belumpun mintak izin, tapi dapat rasakan yang abah akan susah nak bagi kebenaran. Daripada aku buad umi abah risau fikirkan aku nak keluar bila, keluar macam mana dan keluar dengan siapa, maka terpaksalah aku sendiri yang ambil keputusan untuk tidak turut serta. Sorry semua. Aku nak je join konvoi raya batch sebab aku tak pernah joing. aku nak sangat gather balik jumpa gsixth and nak beraya dengan geng2 tingkatan enam. but then, takde satupun yang aku dapat penuhi pelawaan dan jemputannya. Maaf.

Duduk di rumah dan buat kerja-kerja rumah sementara semua orang keluar g kerja dn ke sekolah is currently my new routine. Sebelah malam pulak nak kena mengajar adik-adik lelaki subjek yang diorang takpaham. Dua-dua pun nak hadap exam besar tahun ni. Sorang candidate pt3, sorang lagi upsr. Kalau tak dipantau, ke laut laahhh kedua-duanya. Sibuk depan PC tak sudah-sudah.

Raya aku tahun ni, adalah antara raya yang tak berapa nak rasa ke-raya-an-nya tuh. Raya pertama di rumah je, Kebetulan pagitu abah bertugas sebagai imam untuk solat sunat eid fitri dan perlu sampaikan khutbah raya. Lepastu dok je di rumah sebab menyambut tetamu yang datang beraya. Penat berperang dengan pinggan mangkuk yang nak dicuci dan rumah yang nak dikemas, satu family lepastu pengsan ketiduran sampai petang. ahahah. Petang barulah nak gi beraya. Itupun, ke rumah nenek, rupanyanenek tak ada. Setakat rumah ketua pengarah abah dan rumah embah mokhtar je raya pertama tu.

Malam bergerak ke Beranang, dengan harapan nak berkumpul dengan sepupu sepapat sebelah abah. Tapi tak kesampaian. kebetulan pakcik dan sepupu aku jatuh sakit dan admit di hospital yang sama. Malam raya ketiga tu dah berpecah-pecah keluarga besar abah. Sebahagiannya ke Temerloh untuk dapatkan perkembangan awal pakcik yang jatuh sakit tengah hari tu. Tinggal keluarga aku dan keluarga kakak abah yang akan mengemas rumah family di Beranang, sebelum kami pun bergerak balik ke rumah. Rancangan asal lima keluarga untuk berkumpul bersama tahun ni, memang lari abih. tapi ya lah, apa yang tak jadi seperti yang dirancangkan, sesungguhnya sebahagian dari rancangan Allah jugak :)

Takziah untuk keluarga Ipah and keluarga Odah. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, kann. Aku suka bila baca caption Kak Ti, katanya dalam ujianni ada rahmat-NYA.

Dedua admit dekat HoSHAS.

Fuhh.. berat jugak perasaan masa nak dtg ziarah haritu. Pasal pernah trauma dengan hospital, so personally aku tak suka dengan hospital. Dulu dekat tiga bulan keluar masuk hospital waktu Syahida sakit, menjadikan aku taknak dah jejak kaki dalamni. Haaa... padehal bukan hospital sama pun. Tapi entahlah. Masa masuk wad Kenanga 11 haritu, rasa cam lebih kurang je. Tu yang cepat sangat cengengnya lepas nampak wak Azam. tak kuat mungkin.

Dengan sepupu sebelah umi, memang tak menyempat nak beraya bersama langsung. Dengan apa yang terjadi, and disebabkan lepastu masing-masing pun dah nak kena start ke sekolah dan kembali bekerja. Harapnya, lain kali lah pulak kita raya sekali, In shaa Allah :)

p.s. Malam raya pertama tu.... Ada orang jauh whatsapp aku. Teruk betul orang tu. Punyalah dari UUM dulu aku tunggu dia tegur aku, sikitpun dia tak peduli. Tiba-tiba malam raya tu dia tegur kata dia rindukan aku. Bahhhh... ingat aku percaya? Of course, aku anggap dia bergurau. Sekejap datang, dan lepastu hilang, obviously it's a joke, And well, aku pun tak ambil hati dia bergurau macamtu. But still, "thanks bah tegur aku malam raya tu. Aku sebenarnya pernah terminatkan kau kejap lepas insiden di Eon Star Summer Camp tuh. kira bonus lah kau rindukan aku tu. kah kah kah," lol.