Thursday, March 7, 2019

Siapa yang Taknak Kahwin, a (long) Rant

Assalamualaikum.

Alangkan diilhamkan dengan kejadian masa sahur tadi, maka dipaksakan diri sendiri untuk menulis jugak sedikit sebanyak apa yang aku rasa. 

Sebelum subuh tadi sesudah embah selesai bersahur waktu aku masih pulun perabis nasi, embah tanyakan aku sama ada dah berpunya atau belum. Kurang lebih tentang itulah. Aku senyum je, maksudnya tak adalah kan. Fokus aku memang dekat nasi je waktu tu. Menengok aku tak menjawab tak mengiyakan, embah menyambung sorang, katanya akan didoakan aku dan soal jodoh aku ni nanti di Mekah (embah aku akan buat umrah April nanti, sebabtulah). Aku menyengihlah apa lagi. Anggukpun beria, sambil-sambil nak merai bersembang dengan orang tua. Kalau dah nak didoakan, tentulah kecil tapak tangan, sepadang luas aku hamparkan. Berbesar hatilah, moga dengan mustajabnya berdoa dekat sana, urusan akupun dipermudahkan. Tapi reaksi spontan aku jadi mengundang ketawa kecil embah. Nampak bersungguh sangat kot eh mengangguk? hahahah. Aku pun claim-lah "saya memang tengah tak adalah." nak justify yang kenapa aku beria tu. Elok embah membalas, "mintaklah." "mintaklah dengan Allah, tiap-tiap kali lepas solat mintak." Kejap je embah berenti berselangkan teguk air, disambung lagi "ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ (ud’uni astajib lakum), berdoalah pada Aku nescaya Aku jawab" Ton suara embah macam bagi taukid (penekanan/penegasan) dekat aku. Macam biasa, selain senyum aku mengangguk jugak sekali dua, adalah jugak terfikir, eh embah ni ingat aku tak mintak ke? truth be told ni bukan kali pertama rasanya disuruh doa/mintak kepada jodoh ni. Pernah bukan dari keluargapun, buah fikiran member kalau tak silap. Aku nak kabor macam mana taktahulah, 'iya memang hendak dan memang mintak jugak.' hati aku melalak macamtu setiap kali disalah anggap. Rasanya. ahahahahahahahah

Kejadian bersembang dengan embah usai sahurnya tu tidaklah apa sangatpun, tapi sedikit-sedikit mencalit jugak kesannya dalam hati aku. Itu bukan pertama kali embah tanya pasal aku dah ber'kawan' ke belum. Banyak kali dah! Tapi nak buat macam mana, bukan setakat tak dekatpun dengan segala macam visi risik-tunang-kahwin tu, bukan jugak setakat tak ada boyfriend (term senang faham), malahan tengah tak ada sesiapapun yang aku simpan dalam hati ni ha. Bertepuk sebelah tanganpun tidak. Takde crush-pun tbh. Adalah dah setahun lebih macamni? Most probably. Kalau keadaan ni applied masa zaman sekolah kan senang, tak perlu terikat dengan trend secret admirer segala macam yang mengarut. Manalah nak tahu dia nak jadi masa umur aku tengah just nice je nak langsung naik pelamin. Aku rileks je (rileks bukan tak hendak okay. Tapi macam, dia nak datang, datanglah nanti. gitu) tapi seiring masa yang berjalan, walaupun tak ada yang mendesak aku mula nampak orang sekeliling aku berhasrat ke arah itu. Oh, umi abah akulah kan, siapa lagi, Embah, secondly. Heh. Barangkali sebab keadaan sekeliling jugak. Di usia aku ni, orang terdekat baik sepupu-sepapat dan kenalan sorang-sorang dah que dengan rancangan nikah kahwin masing-masing. Atau paling tidakpun dah berpunya. Boleh jadi, benda-benda inilah yang contribute to concern. Make sense, kan?

Se chill-chill aku melayan topik ni sebelumni, akhirnya lambat-lambat (especially sekarangni?) dah jadi concern aku jugak. Tentang embah cakap, mintak tu. terpukul sikit sebenarnya. Aku kabor aku mintak, kan? Adalah baru-baru ni agaknya mintak semula, Yelah, lepas kena tegur dengan member sorang ni. Aku bukan tak mintak tau, tapi aku aware sejauh mana kesungguhan tu. memang gayalah tak semenggahnya. Aku doa general je, adapun kalau meminta. Aku rasa sebab aku dah tak ada hati dekat sesiapa, so tak seterdesak berhajatkan seseorang yang tertentu. Dan given segala macam past experience aku sebelumni, so aku tak meletakkan perkara ni as priority. My bad.

Kalau ikut rumus akal, senyap-senyap aku rasa aku macam give up je yang aku akan settle down. kah kah kah. Padehal considerably muda lagi kan aku? I mean, ada seumur hidup lagi kott, selagi belum ajal. Usaha entah ke mana, doa setakat apa, memandai nak berputus asa. Sebelum sia-sia umi abah hantar belajar agama dari kecik sampai tinggi dewasa gini, makanya aku niatkan jugaklah untuk hal ni dalam hati, Eh, terima kasih yang menegur tu! (kalaulah dia tahu, dalam senarai dia orang terakhir yang aku pernah ada simpan perasaan. aduhaiii. lama dah tu 2017 hahaha)

Anyway lesson learnt. At first aku taktahu macam mana nak mula. Sebab aku tak ada nama nak dirafakkan dalam doa. tak ada lagi macam dulu yang kononnya "aku khabarkan pada Tuhan tentang engkau" wahh gitu. No way dah lani lagutu. Tak ada jugak "kalau dia untuk aku dekatkan, kalau bukan maka jauhkan." Sebab aku taktahu entah gerangannya memang dekat ke atau jauh lagi nak disampaikan. hahaha. Tapi macam yang aku sedia maklum, mintak je lah. Thus I am solely, praying for someone I don't know (whom yet); that is willing to accept in knowing me without greedy expectations. Clueless weh. Pengalaman betul. ambil berapa lama tu wallahu'alam. kalau nak diukur matang tak matang, aku rasa sampai ke sudah logik aku tak menikah. sebab macam tak pernah matang je. Kalau nak diperhati sejauh mana sedia rasanya macam menunggu bulan jatuh ke riba. Sebab dari segi gaya macam tak ada persediaan. Lol. Nah, I don't mean to sound that bad thou. Tapi iyalah, sebab tak tahu untuk siapa nak dituju, jadi benchmark KPI tu takdapat nak diagak.

Aku pernah tengok (lama dah ni), orang duk list out dia punya husband material. Hence, I am about to write mine. Alahai, tak bocorpun doa aku kalau aku list out benda ni (since aku sentiasa insecure dengan mulut puaka orang yang suka judgemental. Kang dia kata, kalau nak doalah, Taip buat mende?! haaa kan seram. so claimed awal-awal lol). Doa adalah doa. apa yang aku mintak dan cara yang macam mana, aku tak terperincikanpun. Listing this out is an attempt of mine. Mana tahu boleh dirujuk di hari muka, mengena ke tidak. Kann? Ok drop dead. Berangan tak sudah. 

Aku selalu beranggapan, apa yang aku betul-betul harapkan simple je sebenarnya. Entahlah nak.

1. Jujur.

2. Semoga orangnya soft spoken, Aku rasa aku sangat tolerable dengan orang yang boleh soft spoken dengan aku. Soft spoken tak semestinya tak tegas, You just don't need to get overwhelmingly mad everytime and plus, no harsh words please. aku rasa cara terbaik menangani aku adalah dengan begitu. Dia macamni, kau bayangkang kalau g dengan talk/ceramah, aku memang tak gu betul konsep tarbiah sentap, yang main reverse psychology tempik-tempik tu (walaupun penyampaiannya betul). Tapi kalau dari Dr Zulkifli Al Bakri, Habib Ali Zainal Abidin punya ceramah yang tu lagi cepat terasa dan mengena. Ha centulah. Maksudnya nak yg penyabar eh? haaa.....

3. Accepting me as who I am. part ni aku paling concern sekali. Akan ke aku jumpa orang yang boleh terima aku? Memang bukan luar biasa aku ni, biasa-biasa je, ada ups and down. Dosa manjang, tapi hendak kepada baik tu, tak pernah tak hendak lagi doplohpat jam. I nag, I laugh on jokes, I am boring etc etc bnyk lagilah. Nak reveal, biar reveal dkt gerangan yang sepatutnya. Kang bukak aib pulak. Naya memang membujang sampai ke akhir. hahah. 

4. Kalau aku bergaduh/bicker dengan adik beradik aku silalah back up aku!! Tapi kalau aku berselisih faham dengan umi abah aku, tolonglah side with them dan betulkan kiranya aku salah. Oh aku on standard basis memang banyak modal nak bicker dengan umi abah aku tapi level ngam dia sama je macam anak-anak mithali lain di luar sana. Sebabtu this one concept memang dah berzaman aku angankan.

5. Boleh tak kalau nak dapat jenis yang suka bawak travel? tapi aku taklah outdoor sangat. Yang suka roadtrip? eh tapi aku masuk kereta mengantuk biasanya.. hah. yang suka nature on standard basis? yang benda-benda biasa di antara langit dan bumi, even biasa tengokpun boleh buat dia kagum. adeke? Aku free spirit punya orang, aku rasalah. Tapi aku tak ada peluang untuk keluar ke sana ke sini, sebab aku punya safety precaution atas aku memang strict dan particulary unique? (maybe you can call so) Aku tak harap, dapat suami yang jenis tak bagi aku keluar rumah jugakk. hahah. low key-nya begitulah. Tak kata suruh bagi kebebasan sepenuhnya k. Tapi abah aku lepak pantaipun takdelah beria sangat. Tapi aku memang yeye sokmo. em em

Basically tu je lah yang aku harapkan, yang particular kott.
Tang jujur malas nak hurai. orang baik boleh jahat. yang jahat boleh baik. Kau jujurlah dengan diri sendiri, lepastu Allah tolong perbaik mana-mana yang patut, dan permudahkan mana-mana tekad, selagi kejujuran tu pada hal yang baik di sisi DIA. lain-lain kurang lebih yang aku hendakkan, hoping the best pairing to be granted onto me, gitulah. Dekat sesiapalah.

Sekian. sudah Asar. ciao.

p.s. eh korang, embah tu nenek tau. kbai. Dah hujung-hujung malas dah datang balik, sebab dah lama menaip ni. Content-pun dah tak consistent tu aku rasa. nasiblah