Assalamualaikum wbt.
Sedikit catatan tentang apa yang berlaku sepanjang hari ini. *winkwink*
Even sekarang dah cecah pukul 2 pagi... masih degil juge nak menulis.
Tu laa pasal, tadi syok masyuk je layan Running Man Episode 162. Kononnye sbb nak melayan hati yang lara bagai. btw, cincaa daebak! Sambil layan RM, menikmati dinner maggie flavour vegetarian dgn susu sejuk.Hmm... kalau umi tahu aku tidur lewat macam ni dgn makan gaya tak teratur je gini,
konpem mengamuk beliau. Hew ~ *sile rahsiakan*
Sejujurnya, malam ni sangat menghampakan sebab aku stammer yang amat time buat pembentangan PBS Arab tadi. Rasanya, macam sepatutnya boleh buat lebih okay lagi. Time membentang kena sakat pulak. Alahaii, selalu nya lepak chill je... tapi tanpa sedar, gurauan tadi buat aku terusik. hamekauu, emosi tak setabil begitu lah gamaknye. Allahu laa syariikalah. But actually, kalau fikir dua tiga kali, memang soal hampa kecewa sebab stammer dan gabra tadi wajib tolak tepi. Aku kena bersyukur dan sewajarnya lega. Alhamdulillah sangat, at least bebanan PBS Arab dah lepas. Walaupun besar kemungkinan hasil PBS aku tak memberangsangkan.. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat disempurnakan, dihantar dan dibentangkan. *feeling thankful* Soal markah, ada rezeki ada lah. *have faith yaa*
Rehat kejap. In shaa Allah, dalam masa terdekat ni akan sambung semula pembikinan PBS Ekonomi yang dah lama postpone tuh and pastuh boleh lah prepare slide untuk present hari Rabu minggu ne. *Rabb Yassir wa laa tu'assir* Okay lah. Banyak mende nak taip. Macam biasa laa, bnyk pula aralnye. mood hilanglah, masa suntuk lah dan seian-sekian alasan lagi. Tengoklah, bila-bila free and dlm keadaan hepi-hepi nanti.... aku akan hapdet jua entry berbentuk jurnal peribadi aku. Mungikin tentang dia, tentang member atau mungin jugak tentang kedua-duanya. Wallahu'alam.Prezi pun dah lama tak hapdet sebab nak berprezi ambil masa siked. Dalam keadaan tengah kelam kabut ne memang tak sesuai sebenarnya. Nota... masih tak menyempat nak buat tambahan pulak sekarang nak try alih fokus pd mini novel aku. *winkwink!* sila support dan doakan aku. Terasa macam busy and packed jee plan aku. syelepuihh.
# Thanks, malam ne abe teman aku yang keseorangan.
# Harap dapat jumpa Nor Wafa Mohd Fauzi esok, sebab lusa bff aku itu dah nak fly ke Jordonn
# Lisan Arab 17 Sept ne. Urghhhhhhh !!! *penjajahan bhs arab yg tak beresudahan*
Assalamualaikum wbt.
May Allah bless us
Monday, September 9, 2013
Cinta & Ukhuwah [Fasa 3]
Fasa 3
Agama melarang sesuatu perbuatan
sekiranya perbuatan itu merosakkan jiwa.
Agama tidak menyuruh sekiranya
suruhan itu tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
-Hamka-
Tipu jika dia katakan, dia sekadar marah
dengan tindakan Akif yang biadap menepis bahu Aimi. Unsur peribadi itu tidak
dapat dinafikan. Hati syababnya agak tertarik kepada Nur Iman Aimi sejak kali
pertama dia perasan kehadiran gadis bermata bundar itu ketika dia diterima
masuk ke madrasah setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan
Menengah Rendah; PMR. Dia marah, panas hati dan menahan geram kerana seseorang
yang disukainya dilukai sedemikian rupa
‘Ahhh. Kusut. Jiwang. Malunya aku.’ Hatinya
terdetik, merungut sendiri. Dia menyesal dengan tindakan tidak matangnya ketika
berkumpul dengan beberapa pelajar madrasah malam semalam di Masjid As-Solihin.
Malu kerana sikapnya itu disedari ikhwan yang kebanyakan mereka menghormati dan
menjadikan dirinya contoh ideal selain Farouq dan beberapa lagi orang pelajar
lelaki. Bertambah memalukan apabila tindakannya turut disedari akhowat yang
terlibat pada malam itu.
Runut lagu Kasih Kekasih nyanyian kumpulan
nasyid In-Team berbunyi lagi, memenuhi segenap ruang dalam bilik tidur Syafiq
yang kelihatan luas dicat dengan warna biru langit dan indigo. Syafiq membaca
mesej daripada Farouq beberapa ketika sebelum menampal senyum pada wajah
tampannya. Sahabat sejati punya naluri, a friend in need is a friend indeed.
Sepintas lalu kata-kata hikmat yang pernah diperkatakan Puan Nursyidah, guru
Bahasa Inggerisnya melintas dalam kotak fikiran.
‘Ya sodiqi, nta free tak? Ana ingat
nak belanja nta minum petang J kita jumpa di warung baru buka dekat
Simpang Lima. Boleh pekena mi bandung sekali J Kita berdua je.’
Syafiq memandang jam Nike pada perglangan
tangannya. Jarum pendeknya sudah menginjak ke angka 4 manakala jarum panjang
pada angka 6. Syafiq mula bangkit dari kerusi di beranda, bersiap-siap untuk
keluar.
Syafiq mengangkat tangan sebaik terpandang
susuk tubuh Farouq yang berpakaian T-shirt dan track bottom di warung yang
popular kerana keenakan mi bandungnya. Kecur pula air liurnya, terbayangkan
keenakan mi bandung tersebut.
“Assalamualaikum.” Huluran salam Farouq
bersambut setelah dirinya dipersilakan duduk semeja.
“Anta dari mana ni, Farouq?” Farouq
tersenyum manis. Dia dapat mengagak pertanyaan itu disebabkan pemakaiannya yang
sedikit berbeza.
“Ana baru habis main tenis dengan Kak Nur.”
Senyum yang tertampal masih belum sirna dari wajah Farouq. Barangkali kerana
momen bermain tenis bersama kakak angkatnya itu mempunyai makna yang tersendiri
terhadap dirinya.
Seorang pelayan wanita mendatangi mereka
berdua, mengambil pesanan dua mangkuk mi bandung berserta segelas teh O ais dan
segelas milo ais, sebelum dia beredar dari meja mereka.
“Anta ni, ana tengok, bahagia semacam bila
sentuh perihal Kak Nur. Ada apa-apa ke?” Seloroh
Syafiq, sengaja mengusik. Kak
Nur merupakan kakak angkat Faroq Faqihin sejak dia berumur setahun lagi.
Beza umur antara kedua mereka hanya lah
dua tahun. Berdasarkan makluman yang pernah diberitahu Farouq, Kak Nur kini
sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban dalam
jurusan kedoktoran.
“Ada pula bahagia semacam? Anta sengaja nak
sakat ana. Bukan anta tak tahu Kak Nur tu dah macam kakak kandung ana sendiri.
Dia dah ada calon, tahu. Merepek saja anta ni. Ana panggil anta kerana nak duduk
berborak tentang anta, bukannya ana.” Ada tawa kecil pada permulaan bicara
Farouq. Lucu memikirkan sangkaan yang sengaja dibuat-buat oleh teman
sepermainannya itu. Syafiq diam. Kekusutan yang sarat menimpa benaknya kembali
menganggu.
“Kenapa boleh jadi macam tu, malam semalam?”
Soal Farouq terus terang melihatkan Syafiq sekadar mendiamkan diri.
“Wallahu’alam. Ana pun tak pasti. Teruk
sangat kah?” Syafiq menyoal, bertanyakan pandangan Farouq yang dirasakannya
lebih matang dalam berfikir.
“Tak adalah melampau sangat. Cuma mereka
semua agak terkejut. Ana rasa lah.”
“Anta tak terkejut pula?”
Farouq tergelak kecil.
“Ana tahu, anta ada hati dengan Nur Iman
Aimi.”
Syafiq diam. Sahabatnya tahu kerana dia
pernah bercerita kepada sahabatnya itu perihal perasaannya.
Dia menyukai Nur Iman Aimi kerana kecantikan
akhlaknya serta ketegasan setiausaha BaDA tersebut. Aimi ada keistimewaannya
yang tersendiri sehingga mampu membuatkan dia jatuh hati walaupun mereka tidak
pernah berbual mesra, tidak pernah duduk bersembang bersama, tidak berhubung di
face book, twitter atau telefon serta ber-sms berjam-jam lamanya
dan jauh sekali menyentuh Aimi yang bukan mahramnya itu. Syafiq tetap menyukai
Nur Iman Aimi. Fakta ringkas itu hanya diketahui Farouq dan Wani sahaja.
“My bad. Ana tak dapat control rasa
bengang ana bila ana dengar yang Akif buat macam tu dekat Aimi, masa tu.”
Terang Syafiq.
Dia ikut Farouq menikmati pesanan yang
barusan sampai ke meja mereka.
“Ana rasa, kalau Akif buat perkara yang sama
pada mana-mana akhowat lain pun, ana mungkin akan memberi reaksi yang sama.”
Syafiq menambah.
“Mungkin. Mungkin juga anta sekadar marah
dan takkan tertumbuk dinding Masjid As-Solihin kelmarin.” Perkataan ‘ter’
ditekankan. Farouq Faqihin sekadar mengusik.
“Ana risau juga. Kalau boleh tak mahu lagi
perkara yang sama berulang lagi. Ana tak mahu zahirkan perasaan yang tak pasti
ni, depan orang lain. Segan lah Farouq.” Syafiq berterus-terang.
“Tak apa lah. Bab-bab perasaan ni bukannya
senang nak kawal. Perasaan ini fitrah. Anta kena pandai peliharanya. Asalkan
anta sedar keterlanjuran anta dan ada inisiatif untuk berubah atau maintain
dengan kebaikan yang anta sentiasa tunjukkan. Itu pun dah memadai, InsyaAllah.”
Balas Farouq kembali. Dia mengangkat kening melihat Syafiq di hadapan yang mula
tersengih-sengih sendiri.
“Anta gelakkan ana? Ana cakap betul lah.”
Tukas Farouq, tidak bersetuju dengan respon sahabatnya itu.
“Perkataan keterlanjuran tu buat ana geli
hati. Anta ni, macam dah tak ada vocab yang sesuai je untuk digunakan.
Yang kedua, ana tengok cara anta bercakap ni mengalahkan orang yang merasa
perasaan gini. Anta ada pengalaman ke, Farouq?.” Syafiq menyakat sahabat yang
telah lama dikenalinya itu. Kekusutannya semakin berkurangan. Dia melafazkan
hamdalah dalam hati.
“Entah apa-apa betul, anta ni. Ana rasa okey
je.” Farouq membalas pendek, malas melayan loyar buruk Syafiq. Farouq
menampakkan senyum segaris mendengar andaian Syafiq sebentar tadi.
Dia lega kerana sahabatnya itu tidak terlalu
memikirkan perihal kertelanjuran yang dilakukan.
‘Kertelanjuran.’
‘Apa yang tak kena dengan word ni?’
Persoalan yang remeh dan tidak penting itu
dipadamkan dari kotak fikirannya. Farouq memilih untuk menikmati mi bandung
yang sedia terhidang. Sedap.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hari itu hari pertama persekolahan setelah pelajar-pelajar
madrasah diberi cuti semester pertama selama lebih tiga minggu.
Sejak beberapa
hari sebelum persekolahan bermula, Encik Fariz dan Puan Rafidah telah membuat
keputusan bahawa anak perempuan mereka, Hawa Hanani akan berulang alik ke
sekolah dan menetap di rumah atas faktor-faktor kesihatan. Sebagai anak, Syafiq
dan Wani sekadar bersetuju dengan keputusan kedua orang tua mereka.
“Hari ini,
tempat duduk kamu semua akan dirombak. Sebagai guru tingkatan kamu, saya tidak
mahu mendengar sebarang bantahan daripada kamu semua. Sebarang masalah, boleh
datang jumpa saya. InsyaAllah saya akan pertimbangkan. “ Kelas masa kedua pada hari pertama
persekolahan hari itu bukan sahaja menghampakan Akif dan Laila yang duduk
berdekatan antara satu sama lain namun turut mengundang keluhan beberapa
pelajar lain. Masing-masing mula menunjukkan wajah kelat terhadap Akif dan
Laila. Apabila Puan Nazrina membuat keputusan, sememangnya keputusan itu sukar
diubah. Kelas 5 Ibnu Khaldun suram pada pagi Isnin itu.
Masa yang
diambil untuk merombak kedudukan keseluruhan isi kelas aliran sastera sekadar
memakan masa lebih kurang lima belas minit. Watak utamanya, Akif mendapat
tempat duduk di sebelah tingkap, bersebelahan dengan Jayjay manakala heroin
kelas tersebut mendapat tempat di tengah-tengah kelas. Ketara. Wajah Laila
Qaisarah masam mencuka. Dia menyumpah seranah hari Isnin itu tidak henti-henti.
Rimas. ‘Taknak sekolah.’ Fikirannya mula mengakses idea yang bukan-bukan.
“Ustazah
Nazrina, saya ada masalah dengan tempat duduk baru saya.” Wani memberanikan
diri ke hadapan kelas dan mengemukakan masalahnya kepada Puan Nazrina yang
terkenal dengan ketegasan beliau sebagai muallimat biro disiplin di madrasah
tersebut. Puan Nazrina mencerunkan pandangannya memandang susuk tubuh Wani.
Kaca matanya terlurut ke bawah pangkal hidung.
“Apa masalah awak Hawa?” Soal beliau.
“Saya minta maaf ustazah. Saya tak selesa dengan tempat duduk
baru saya. Bila duduk di bawah kipas, saya start migrain. Sebab saya tak
tahan sejuk pagi-pagi begini, agaknya.” Terang Wani, satu persatu dengan
terperinci dan cermat.
Puan Nazrina terdiam. Beliau berfikir beberapa ketika sebelum
memulakan bicara, memberikan keputusannya.
“Baiklah. Untuk mengelakkan risiko, saya akan tukarkan tempat
duduk awak.” Beliau bangkit dari duduk di meja guru Kelas 5 Ibnu Khaldun.
Matanya meliar ke setiap koordinat kelas yang telah dirombak, kedudukan
pelajar-pelajarnya.
“Awak duduk di sebelah Laila ya, Hawa? Tempat tu nampak sesuai
memandangkan kedudukannya yang jauh dari kipas dan berada di tengah-tengah
kelas. Mungkin akan membantu awak untuk lebih fokus bila belajar nanti.” Wani
menurut. Dia berpindah ke tempat duduk bersebelahan dengan Laila Qaisarah yang
memandangnya tidak beriak. Masing-masing diam. Kelas 5 Ibnu Khaldun memulakan
sesi pembelajaran subjek Sejarah mereka setelah keadaan dalam kelas terkawal
dan tampak lebih tersusun berbanding susunan asal. Puan Nazrina berpuas hati.
Seluruh isi kelas menyepi diri, fokus pada Bab 3, subjek Sejarah dalam sukatan
pelajaran bagi pelajar tingkatan lima.
Cinta & Ukhuwah [Fasa 2]
Fasa 2
Cinta itu harus diberikan kepada
yang paling LAYAK MENERIMAnya,
Diberikan kpd yg pandai MEMBALAS
CINTA,
Cinta itu harus MENYELURUH, IKHLAS
Dan sebaik-baik sasaran cinta adalah
ALLAH SWT
Cuti semester pertama hanya berbaki tiga
hari lagi. Laila mengeluh, hatinya tidak senang apabila terfikirkan
madrasahnya, Madrasatul Hanafi Islamic Private School (MaHIPS).
“Leceh betul lah nanti. Mesti tak
habis-habis diorang nak mentality toture aku. Nak buat apa-apa pun
payah. Aku macam kena guard, full time!” Omel Laila Qaisarah seorang
diri tatkala sedang menilik wajah putihnya di hadapan cermin. Pagi itu,
anginnya tidak baik setelah dimarahi oleh ibunya, Puan Maimun sebaik sahaja dia
menyatakan hasrat untuk bercuti di Melaka bersama dengan Akif.
“Leceh.” Bentak Laila sekali lagi.
“Awak dah hilang akal ke, Ela?” Antara terkejut dan kecewa.
Perasaan Puan Maimun ketika itu bercampur menjadi satu. Runsing jadinya, wanita
pertengahan 40-an itu mengenang sikap anak perempuannya.
“Ela, bukan pergi berdua dengan Akif. Abang dan kakak dia pun
ada sekali lah, mak. Boleh lah mak. Ela dah plan lama dah. Takkan nak cancel
macam tu je. Tempat menginap pun dah booking.”
Laila memberi alasan.
“Awak jangan mak tak tahu. Memanglah abang dan kakak dia pun
ada. Tapi, setahu mak, diorang pun bawa pasangan masing-masing kan? Sebab itu
lah, mak taknak izinkan awak pergi, Ela. Keputusan mak, muktamad.” Puan Maimun
cuba bertegas kerana sudah acap kali beralah dengan anak sulungnya itu.
“Mak, sekali ni je. Tolong lah bagi Ela rasa bahagia. Cuti dah
nak habis lah mak.” Laila masih cuba memujuk.
“Mak tak dapat lah, Ela. Awak pujuk lah macam mana pun, mak
tetap tak izinkan. Kalau awak nak pergi jugak dengan Akif ke Melaka, awak
berdosa dengan mak.” Habis bicaranya, Puan Maimun terus melangkah keluar dari
bilik tidur Laila. Dia sendiri bimbang akan termakan pujukan Laila sekiranya
berada lebih lama lagi di situ. Perangai Laila yang melebihkan Akifuddin Aiman
berbanding dirinya, membuatkan dia makan hati dengan sikap anaknya.
‘Tak pernah kah Ela terfikir bahawa Ela sebenarnya telah
dibahagiakan oleh mak berkali ganda jauh lebih baik daripada Akifuddin?
Tak pernah kah Ela faham perasaan mak yang seringkali dilukai
oleh Ela disebabkan sikap Ela, itu sendiri?
Ela selalu memalukan mak dan ayah seolah-olah kami tidak
mendidik Ela dengan baik. Sedangkan, kami telah beri kasih sayang kami pada Ela
dan didikan yang terbaik untuk mu.
Boleh dikatakan sebulan sekali, sekolah akan panggil mak atau
ayah untuk berbincang mengenai masalah berkenaan sahsiah dan disiplin Ela. Di
mana kami nak sorokkan muka kami.?
Kami ini orang terpelajar yang seharusnya dikenali kerana sikap
terpuji anak-anak. Bukan dikenali kerana sikap buruk anak yang mencoteng arang
ke muka kami.
Apa kebaikan dan kepentingannya, ber’couple’ di mata
Ela, sehingga Ela sanjung hubungan seperti itu?
Pentingkah hubungan Akif dan Ela, walaupun mak sering terluka
dan redha Allah tidak bersamamu?
Ela sudah cukup dewasa. Seharusnya dapat membezakan yang mana
baik dan buruk serta antara yang hak dan batil, halal dan haram sesebuah
perhubungan.’ Puan Maimun menyimpan
berbagai persoalan serta kekecewannya di dalam hati yang rawan. Walaupun tidak
pernah berpuas hati dengan sikap Laila Qaisarah, dia malas untuk berkata-kata
lanjut sehingga menyebabkan pertelagahan antara mereka berdua.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ibu, ayah dan
Wani telah pulang semula ke villa pada petang, hari Jumaat. Syafiq lega melihat
saudara kembarnya itu baik-baik sahaja. Wani tidak banyak bercerita kepadanya
tentang pemeriksaan kesihatan atau penyakit yang dihadapinya. Adik kembarnya
itu lebih banyak berbual kosong dan meminta maaf kepadanya.
“Akak, okay?” Soal Syafiq. Dia yang berbaring di riba adik
kembarnya mendongakkan kepala, memandang Wani.
“Emh, okay.” Jawab Wani pendek. Dia senyum segaris. Dia malas
mahu menceritakan perihal pemeriksaannya semalam.
“Kenapa senyap? Mengelamun ya?” Soal Syafiq sekali lagi. Wani
menggeleng beberapa kali. Dia menampal senyum segaris untuk memuaskan hati
saudara kembarnya itu.
‘Demi abang, terpaksalah akak simpan rahsia ni sorang-sorang..’
Getus Wani dalam hati. Matanya difokuskan pada kaca televisyen, sedangkan
fikirannya mula terbang entah ke mana. Barangkali mengulang tayang sesi
pemeriksaan dengan Doktor Muslih semalam. Drama Jepun; Nodame yang agak humor
itu tidak lagi menarik perhatiannya.
Syafiq ketawa beberapa kali, kelucuan. Namun, dia dapat
mengesan kelainan pada Wani apabila dilihatnya, adik kembarnya itu seperti
termenung jauh.
“Kak,” tegur Syafiq lembut.
“Huh? Apa dia, abang?” Respon Wani mengiakan telahan Syafiq.
Syafiq tersenyum lebar, menampakkan lesung pipit kiri yang sukar ditunjukkan
oleh Ketua Exco Asrama Al-Ikhwan itu. Wani pula menjadi hairan dengan reaksi
abangnya.
“Kenapa bang?” soal Wani sekali lagi. Dia membiarkan sahaja
Syafiq bangkit dan bersandar di sebelahnya.
“Nak ikut abang tak, kita join majlis ilmu dekat tempat
Edy? Masjid As-Solihin, kalau tak silap.” Cadang Syafiq. Dia mengeluarkan
telefon bimbitnya. Menyemak mesej daripada kawannya semalam. Wani ikut
tersenyum. ‘Sebab tu, rupanya. Ingatkan apalah tadi. Senyum sampai ke telinga
tiba-tiba, macam dah buang tebiat.’ Omel Wani dalam hati.
“Wani okay je. Tapi kita kena minta izin dengan ibu dulu.”
“Kenapa pula? Sebelum ni, ibu tak larang pun kalau kita nak
menghadiri majlis ilmu macam ni.”
Wani senyum segaris.
‘Tak prihatin sungguh, abang ni.’ Hati Wani berbisik.
“Abang, Wani kan baru je lepas buat check-up semalam.
For my safety precaution, kita minta izin lah dengan ibu dulu. Kalau ibu risau,
macam mana?” Terang Wani.
Syafiq mengangguk beberapa kali, mengiakan.
‘Tak terfikir pula, aku.’ Getus Syafiq dalam hati.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Akif.. Akif
tepis bahu Amy sebelum dia hamburkan kata yang bukan-bukan pada dia. Itu yang
buat Amy patah hati dan kecewa.” Ruqaiyah mengeluh di hujung bicara.
BUK! Syafiq
menumbuk dinding putih Masjid As-Solihin, padu. Panas hatinya dengan khabar
berita barusan yang disampaikan oleh Ruqaiyah.
Ruqaiyah terdiam. Akhowat yang lain juga perasan dengan bunyi
dentuman itu. Wani mula bimbang, sepertinya, dia dapat mengagak bahawa bunyi
itu disebabkan abang kembarnya.
*****
Seperti yang
dijanjikan pada malam sebelumnya, Syafiq dan Wani telah bergerak ke Masjid
As-Solihin sebelum maghrib untuk menghadiri majlis ilmu pada malam itu. Wani
turut mempelawa beberapa orang sahabatnya untuk turut serta. Dalam banyak
pelawaannya, hanya Aimi yang tidak dapat turut serta. Pelajar lelaki yang
seperti telah berjanji berjumpa malam itu ialah, Farouq, Kamal Adri, Azizi,
Kamarul, Fadhil dan Syafiq sendiri.
Selepas ceramah keagamaan di masjid itu telah selesai,
sekumpulan pelajar keluaran madrasah yang sama itu telah berkumpul dalam ruang
solat untuk membincangkan suatu isu hangat yang sedang melanda madrasah mereka.
Pelajar lelaki di sebelah ruang solat lelaki manakala pelajar
perempuan berada di ruang solat wanita. Mereka dipisahkan oleh tabir di
tengah-tengah antara kumpulan itu. Farouq bertindak sebagai ketua dalam
kumpulan. Mereka berbincang bersama-sama mengenai masalah yang ditimbulkan oleh
Akif dan Laila. Antara mereka yang paling ketara memberi buah fikiran dan
cadangan kebanyakannya merupakan Ahli Majlis Tertinggi Madrasah (AMTM). Wani,
Ruqaiyah, Fatimah Zulfa, Azizi dan Fadhil lebih banyak mendengar dari merespon.
Tidak lama. Tempoh perbincangan mereka khususnya antara, Farouq, Sofia, Syafiq, Kamarul, Kamal Adri dan Wan Syafiqah tidak mengambil masa yang panjang.
Suasana agak senyap sebelum Ruqaiyah mencelah. Dia menceritakan
peristiwa yang telah berlaku antara Aimi , Laila dan Akif, beberapa hari
sebelum cuti semester.
“Fiq.” Tegur
Farouq tegas. Dia pasti akhowat di belakang tabir turut mendengar dentuman
kecil akibat tumbukan Syafiq ketika Ruqaiyah sedang bercerita perihal Aimi
kepada mereka. Kalau tidak, masakan Ruqaiyah berhenti berbicara tiba-tiba
“Anta kena lah kawal emosi tu.” Celah Kamal Adri yang duduk di
sebelah Syafiq. Belakang Syafiq ditepuk beberapa kali, perlahan.
“Istighfar banyak-banyak.” Nasihat Kamal Adri dipersetujui
rakan-rakannya yang lain.
“Ana panas hati dengan sikap Akif tu. Sambil lewa sungguh.”
Syafiq menjawab, perlahan. Jarinya dikepal buku lima.
Ikhwan yang lain mengangguk mengiakan. Mereka juga turut makan
hati dengan sikap Akif yang semakin menjadi-jadi.
‘Kalau
Akif itu di depan mata aku, sudah lumat aku kerjakan.’ Amarah masih menyala
dalam hati Syafiq.
Subscribe to:
Posts (Atom)