Dialog Utara - Selatan merupakan sebuah forum melibatkan negara-negara perindustrian dengan negara-negara dunia ketiga tentang isu ekonomi. Dialog Utara - Selatan merupakan sebahagian pertubuhan atau pelaksanan dan tindakan dari gerakan NAM.
Matlamatnya adalah untuk membetulkan ketidaksamaan susunan ekonomi antarabangsa dan menghapuskan perbezaan ekonomi antara pihak selatan dan pihak utara.
Forum-forum yang diadakan bawah nama Dialog Utara - Selatan ini bertujuan menggalakkan perdagangan antarabangsa & untuk mengatasi masalah perdagangan serta imbangan pembayaran negara membangun
Negara-negara membangun yang menjadi pengeluar komoditi utama menghadapi masalah untuk memperdagangkan hasil komoditi utama seperti koko, bijih timah dan getah asli kerana pembeli yakni negara maju mengawal harga hasil komditi ini dengan cara yang lebih berpihak dan menguntungkan negara maju. Negara maju bukan sahaja menyebabkan harga komoditi utama yang rendah dan stabil malahan melakukan sekatan bagi import dari negara-negara dunia ketiga.
Forum ini mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan Dialog Utara - Selatan adalah berjaya menstabilkan harga komoditi getah asli, koko dan bijih timah dengan mewujudkan Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Koko dan Perjanjian Biji Timah Antarabangsa, berjaya mewujudkan Skim Keistimewaan Am (GSP) iaitu skim atau sistem pengecualian sekatan tarif atau sekatan duit bagi negara membangun yang berdagang dengan negara maju, kejayaan penubuhan UNCTAD dalam PBB dan penubuhan NIEO ( New International Economy Order) pada persidangan khas ke - 6 PBB yang digubal pada tahun 1974. Penubuhan NIEO membantu negara dunia ketiga dalam aspek ekonomi.
Namun begitu, forum ini akhirnya gagal kerana berlaku pertelingkahan kedua-dua pihak iaitu negara maju dan negara membangun (negara dunia ketiga) berhubung soal politik dan perdagangan. Forum ini juga gagal kerana terdapat hasrat menubuhkan Kerjasama Selata-Selatan.
# sekali lagi, harap nota yang tak seberapa ni boleh bagi manfaat kepada mereka yang membaca. Nota kalini adalah hasil dari pembentangan oleh Nur Asyiqin Sabki dan Norizuani Nazira dalam kelas Pengajian Am kelmarin. In shaa Allah ada masa sambung tentang Kerjasama Selatan-Selatan pulakk sebab sangat berkait dengan topik ini. BTW, tadi dengar lagu Sam Tsui and Kina Grannis - Bring Me The Night. hmm.. bestx3!! masuk dengan feeling jiwang akuh. ahahah. okeyyy, enjoy reading. Adios