Friday, July 18, 2014

Iftar Pra Universiti generasi 94


[KLIK 'PAUSE' - IKON BURUNG ATAS TUH]
[PLAY SOUNDCLOUD]


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Sementara berkesempatan, nak jugak berkongsi cerita tentang iftar yang alhamdulillah; berjaya diadakan pada 12 Julai 2014 yang lepas di Bangi Golf Resort Restaurant. 

Setiap tahun sejak tahun 2012 aku berpeluang berbuka puasa dengan sahabat-sahabat seperjuangn; sahabat pra universiti SMKA Maahad Hamidiah, tak seronok pulak bila tahun ni kebiasaan tu tak terlaksana memandangkan kami semua dah tamat pengajian tingkatan enam. So, tidak dapat tidak... tahun ni, nak jugak merasa berbuka puasa dengan sahabat-sahabat dan para guru.

Bila cadangan dan hasrat sama ni diutarakan oleh pelajar lelaki... memang berbesar hati aku menerima dan semangat nak ikut serta.  

Tak ramai yang dapat hadir. Hanya 12 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan shj daripada sejumlah 53 orang pelajar kesemuanya. Masing-masing yang takdapat ikut serta disebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu yang tak boleh dielakkan. Walaupun agak sedih tetapi terpaksa direlakan. Haaa gitew. Namun dalam ketidakhadiran dorang tu, dorang masih memberi sumbangan sebagai tanda kebersamaan dalam mejayakan perancangan yang tak seberapa ni. Alhamdulillah atas sokongan dorang jugak. 

Iftar haritu, selain jemputan kepada para pelajar pra universiti sesi 2012/2013 dan para guru tingkatan 6, turut jugak diramaikan lagi dengan kehadiran bekas pelajar tingkatan 6. Family members pun ada jugak. Adik aku, adik miera dan abang Miera. Okay lah. majlis yang serba sederhana. Bukanlah tempat yang tertutup untuk melangsungkan majlis rasmi ke hape. sekadar masa santai untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan dan guru yang dah tak-tiap-tiap- hari- jumpa.

Terima kasih atas kerja sama semua orang yang sanggup keluar duet banyak untuk menjayakan iftar tahun ini. Sanggup keluar duet dan berkesudian pulak untuk hadir, terima kasih sebab bagi kerja sama. Aku taw sume pon sebok. Nasib baik aku baru lepas berenti kerja time tu. Dapat jugak aku bantu mrk mrk yang berhasrat utk melaksanakn majlis iftar ni. Sesungguhnya aku sangat gembira. Puas hati dapat berhempas pulas berurusan dengan pihak hotel, uruskan pembayaran, kontek cikgu-cikgu dan member sana sini kerana akhirnya Allah izinkan juga majlis ini berjalan lancar.Alhamdulillah.

Moga-moga majlis iftar ni kita boleh buat majlis tahunan lah ye. heheheh n.n"

So, enjoy the pictures. Raw pic semuanya. Tak menyempat nak mengedit ke hape.  


aku and alang :*


 meet my sistah, Huda


Huda, aku dan alang...




Bebudak laki bersama Puan Marina Bt Mat Isa dan Teacher Rashidah Bt Baharom :-)




 Bebudak laki bersama Papa Shaha - Encik Shaharuddin Bin Abu Kassim dan Ust Mohd Zainaphi Bin Zainal




meja kiteorang



meja bebudak pempuan n.n



meja cikgu-cikgu tersayangss


meja bebudak laki.












 ambar
Gambar kami yang hadir. Kami yang happy...
kami yang, dua puluh tahun.




oke. Sekian. Tahun depan, kalau panjang umur kita buat iftar sama-sama lagi.
Harap semua boleh turut serta masa tu. In shaa Allah, kalau panjang umur. Kalau ada jodoh ~


Segala kekurangan pd majlis tersebut harap dimaafkan.