Bismillahirrahmanirrahim
dan Assalamualaikum wbt.
Macam
biasalah, uols apa khabar?
Aku
sihat, alhamdulillah.
Kepada
yang dah terbaca entry ini, aku bagi warning awal2..
entry ne bukan
sebarang entry. U can consider it as karangan standard
SPM.
Panjang yang amat and also a photo-less entry. So jangan marah
kalau korang bored to death baca entry ni. And jangan salahkan aku atas
kebosanan korang. Aku dah warning kay.
Untuk
entry kalini aku nak story-mory tentang peristiwa pra - jamuan bacth ting. 5
yang berlangsung dekat sekolah aku. As I’ve typed above.. nama program (a.k.a
jamuan bacth) itu adalah Khatimus Sirah which means penamat cerita.
AHAD
MALAM ISNIN; MALAM JAMUAN BACTH
Sejujurnye lahhh… aku memang eksaited
dengan jamuan bacth. Taklah eksaited teramat, tapi eksaited lah jugak. And
disebabkan keterujaan aku tuhhh, aku buat persiapan ke sekolah (eg: susun jadual & iron baju) malam tuuu
jugak. Salunyeh aku buat mende2 berkenaan waktu pagi sebelum bertolak; punyelah
pemalas nak prepare awal2. Tapi sebab semangat sgt, dengan baju2 mak ayah aku
sekali, semua SELESAI di-iron-kan before midnight. Adik2 aku sndiri terkejut
dengan kerajinan aku mlm tuh. Menjelang tengah mlm pulakk, terkial-kial tgn
cemerkap aku ni membalut hadiah request untuk Manal. Perghhh… berjam-jam kottt
aku ambil masa nak balut mendalah kecik tomey tuh. Sambil2 membungkus,
menggunting dan men-salotape sana sini, aku usya
lew rancangan korea
yang di sajikan oleh chanel ONE dan KBS bergilir-gilir. Rasa heaven jeh. Bukan
sebab cite best, tapi sebab pk esoknya aku ade jamuan bacth. Huhuhu~ BTW, dlm masa yg sama, silmutaneously hati aku
yang tulus mulus neh, tak henti berdoa moga2 jamuan esoknyeh tuu SUKSES!
PAGI
JAMUAN BACTH
Walaupun ayah aku mem’basuh’ aku otw
nak ke skool pagi tuu atas asbab tertentu… mood aku tetap tak goyah dek
‘basuhan’ ayah aku tuu. Aku tetap menjejakkan kaki keluar kereta dan melangkah
masuk pagar sekolah dengan mood yang 100 % baekkk.
Ingatkan
panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Disebabkan khemah2,
kerusi2 dan meja2 time makan malam Permata Sabtu sebelumnya masih TAK
DIKEMASKAN di dataran perhimpunan, semua orang automatik gi ke dewan tanpa
dipinta (taat bukan? Budak sekola KLUSTERRRR la katakannn). Aku pon tak terkecuali.
Sampai kat dewan je aku naek pelik gak tengok budak2 puteri mostly duduk luar
tak masuk ke dlm. WHY? WHY? Disebabkan rasa inkuiri yang tinggi, aku masoklah
ke dewan. TERKEZUT bebeh! Dewan rupa2nya telah disusun dan dipersiapkan untuk
Jamuan Bacth tengah hari nanti. Ggggagagagag. Lawa2, tersusun dan it just nice.
Memang osem. Mesti budak asrama punye keje. Pastilaaaakan. HEBBAK2!
But then, satu
masalah dapat aku hidu.. It seems like perhimpunan akan berlangsung kat dewan.
Macam mana dengan persiapan dewan yang budak2 asrama ni dah buat bebeh? Takkan nak
ruin the whole thing just like that? Persolan2 berkenaan mula berekreasi dalam
horizon minda aku. Anyway, walaupun takde secebis tenaga yang aku sumbangkan
dalam bab menyusun2 ne, tapi aku yakin yang persiapan ne bukan dibuat senang2
je. Mesti budak2 asrama dah berpenat lelah nak menyiapkan. Budak tadika pon
tahu kott the preparation is not easy as ABC. Beberapa budak puteri asrama yang
dah sampai dulu kat dewan dah mula buat muka pra-kopi tanpa gula. Tambah2 pulak
CP form 4 putera (entah sape tah; mls nk sebut nama) yang wujud dlm tuhhh dah
tunjuk tanda2 nak suruh dewan tuu dikemas SEMULA demi perhimpunan, lagilaaa
they ol buat muka. Aku yang takterlibat ponn dah mula risauu kott.
And finally, mamat
tu lontarkan suara dia yang padu… dia arahkan budak2 junior putera untuk
mengemas dewan, meja2 yang dah tersusun diminta diangkat ke luar dewan. Sekelip
mata je dewan yang penuh dengan meja2 dan kerusi jadi kosong. Budak2 asrama dah
mula nak buat sesi air mata. Tengok diorang sedih camtu, tak pasal2 aku join
leleh sekali. Pelikkan? Dahlahh budak luar, tak terlibat dengan keje2 mengemas
dewan… tapi turut tacing dengan tindakan mamat tuu pagi tuu. Pagi tuuu JUGAK,
senang2 je aku bagi mamat tuu pahala free. Mana taknyeh, bila budak emo mcm aku
tacing… maka keluarlah beberapa atau banyak (laa jugak) perkataan yang tak
patut keluar dengan jayanya. Ayat tangkap sentap je pagi tu. (aku tak mencarut
yepppp. Ank dara tak cun mencarut-carut ne, aku tahu tuuu) aku dpt tau mostly
budak2 KL yang uruskan dewan, backdrop n bla3 yang sewaktu dgn nyeh. Diorang
balik asrama the nite before lebih kurang pukul 1 pg lebih. Konpem penat tak
hilang lagi. Aku juga dpt tahu yang dewan telah disewa sepanjang haritu; BERBAYAR.
Bertambah sakit hati aku on tat time bila info2 tambahan ne sampai kat aku.
Mula2 rasa nk skip perhimpunan. Tapi
tak jadik. Aku duduk jelah dlm barisan, tapi kat belakang sekali. Dekat
belakang, ramai pulak sahabat2 tengah emo melangit. Kebanyakannye mata merah belaka. Ada yang tak sudah2 menangis ( especially orang
kuat yg handle jamuan bacth. Eg. KB) and tak kurang jugak budak2 yang
PAKSA-RELA duduk dlm dewan tuu. Ucapan2 oleh pihak pentadbir kat depan tuuu mcm
angin lalu je bg diorang. Ada
jugak yang anggap mende tuu lullaby kott that’s y ade yang tertidor kat ceruk
barisan yang hujung2. Aku sedih lagi time tuuu tapi takleh lawan lah kesedihan
dk asrama, so aku cool down sket. Aku yang tak tahu apa2 ne, lebih prefer rasa
bengang dekat CP form 4 yang command
kemas dewan td tuu. Tapi kata2 Fasyaz buat aku sedar yang sebenarnyeh, bukan
salah mamat tersebut atas apa yang terjadi. Arahan sebenar pastilah dtg
daripada mulut pentadbir rite (?) Not even from the teachers, sebab cikgu2 pon
tahu bahawa dewan telah disiapkan oleh FORM FIVE untuk JAMUAN BACTH.
IMO (in my opinion),
sekarang form 4 yang pegang kuasa sebab form 5 sume dah pencen. So, diorang
kenalah tunjuk dekat pentadbir yang any program sekolah dapat berlangsung like
nothing happened. [WALAUPUN persiapan tadi TERPAKSA DIKEMAS SEMULA.] So then, barulah
pentadbir akan salute diorang like they were all great sebab dapat tangani
sebarang masalah as long as program sekolah berjalan dengan unggulnya. Fasyaz
agk offended dengan form 4 sbb to her, form 4 at least backup-lah bacth form 5.
Say something strong that worth before they ruin things upside-down.
Sekurang-kurangnye kita tahu yang they were not willing to do such things yang
offend everyone; form 5. Still, ada unsur2 kemanusiaan di situ. Aku… setuju je.
Lepas perhimpunan
yang panjang (pelncaran bulan bhsa), our respected cikgu sejarah panggil form 5
utk stay dlm dewan tuu. Aku ingatkan she will lecture us as it seems like
budak2 form 5 punya kekecewaan memang terzahir, terpancar dan terlukis pada
wajah masing2. mana tau, kot2 beliau nak marah kitorang for such protes yang
takdapat disembunyikan. Rupa2nya cikgu nak minta maaf kat kitorang sebab dewan
TERPAKSA digunakan pada pagi barakah tu sekaligus TERPAKSA turned persiapan
untuk jamuan bacth form 5 upside-down. Dengar cikgu Ezana cakap camtu buat aku
nanges lagi. Bahhhhh. Aku takpasti kenapa but it touched me quite deep into my
heart. I could see Aen menangis jugak. Fufufuf~ ramai lagi yang nanges after
kata2 cikgu Ezana. Sebabnye, diorang jelah tau. Wallahu’alam. TT_TT
Beramai-ramai lah
form 5 menyusun BALIK dewan seperti yang telah dirancang. Itupun HEM tak bagi
berlama-lamaan di dewan. Beliau pantau je kitorang2 ne nak pastikan kitorang
memang mengemas bukan ambil kesempatan bersenang-senang. Lagipon, jadual anjal
tetap berlangsung macam biasa. Mestilah kitorang kena buat mende tuu mcm
flashman sebab pelajaran is priority-kannn (?) Tapi sebab banyak keje takes
longer period… HEM terpaksa arahkan kitorang masuk juge ke kelas. Orang2 yang terlibat
are the only exception untuk stay di dalam dewan tersebut. Aku pon bergeraklah ke kelas dengan kepala
yang 70-30 pk pasal jamuan bacth. Kuikuikui.. *taktipu* Tamatlah sudah liputan
langsung aku tentang keadaan pagi tu.
[notakaki] hanan look everything in her
positive view. Die ckp kat aku yg tgh emo dkt CP fom 4 putera (dlm nada
seloroh; kononnye). “Buatpe nak kutuk2 mamat tu bila ko dah bengang kat die.
Kalau aku laaa, takde masa nak bagi mamat tuuu pahala free2 je lepas die dah
buat aku sakit hati. Tak pasal2 nanti aku pulakkk yang kena gi mintak maaf kat
die sebab dah mengata die.” Bila kena susun kerusi meja semula, Hanan cakap
dekat aku yang tgh tangkap leleh tat time, “nilah masanye kita bagi sumbangan
dekat bacth sendiri. Kalau kerusi dan meja tak kena susun semula, mesti budak2
luar takde peluang nak menyumbang untuk bacth sgt. Sekurang-kurangnye skrg kita
bole membantu susun mende2 ni balik.” *respekcaradie*
Walaupun
aku macam tak denga ckp dia masa tuu, tp sbnrnyeh… memang terkesan dekat aku.
She keep showing good example; buat aku malu dengan dirisendiri. Wafa ngan
Capa’ pulak, bila aku tanya sama ada diorang tak sedih ke (sbb diorang nmpk tak
sedih sgt) dgn things happened, diorang jawab… “sedih lah. Tapi kalau semua
orang dalam bacth nee sedih melangit
macam yang lain, sape pulak yang nak memujuk.” (melangit – perkataan aku
reka jehhh) Betoi tuuu betoii :D
Aku
sedar sangat bahawa bahasa blog aku sekarang memang tak berseni langsung, tak
interesting, carca-merba dan agak huru-horror. You can blame it on me atas
kehodohan entry ini. Soseomida, gomet, sorry, aasif dan maaf sgt2.
Lenguhmenaip-FarhatulNFE
11:18
malam
18/10/11