Tuesday, October 25, 2022

Simple B'fast Chicken Wrap

 Assalamualaikum wbt.

Petang ni, sebelum sign out from work I would like to recall resipi bekal sarapan harini. Sebab kemenjadian (kebetulan) eh..tersedap! Padahal bagi lidah dan tekak sendiri je. So here it is, yang teringkas sekali (of what I have in my fridge).

Bahan A:

  1. Gardenia Roll-up Wraps Wholemeal - 1 atau 2 keping
  2. Sos cili
  3. timun hiris nipis dan bulat
Bahan B
  1. Daging Ayam Kisar Ramly - asingkan 1/5 atau 1/6 bahagian
  2. bawang putih 1 ulas ketuk kasar dan cincang halus
  3. lada benggala seco'et; ada lah dalam 1-2 inci dipotongd dadu kecil
  4. cendawan butang - 1 atau 2 biji sederhana besar (kalau cendawan butang tin mungkin perlu lebihkan sedikit sebab saiz agak kecil)
  5. parsley sikit
  6. garam secubit
  7. lada hitam kisar sikit 
Langkah Penyediaan:
  1. letak minyak masak sikit dan panaskan minyak. Api paras kecil hingga sederhana.
  2. Masukkan daging ayam kisar dan hirisan bawang putih. Gaul sebati sehingga ayam masak.
  3. Masukkan cendawan butang. Gaul kaup balik semua bahan sekejap. Masukkan lada benggala. Besarkan api sambil kaup balik berkali-kali; untuk seketika sebab nak keringkan lebihan air dari ayam ataupun sayur sekiranya ada
  4. masukkan garam secubit dua; agak-agak.
  5. Tabur daun parsley kisar kering dan serbuk lada hitam serta gaul sebati semua bahan.
  6. Standby Gardenia Wraps, susun timun yang dah dipotong, letak sos cili dan akhir sekali tuang Bahan B yang telah siap dimasak.
  7. Alhamdulillah siap!

Thursday, October 6, 2022

Perasaan 27 September, Dirasa Balik Hari ini.

 Assalamualaikum wbt. 

Sesungguhnya, agak lapang hari ini. Sampai akhirnya memutuskan untuk menulis lagi di sini setelah beberapa ketika sebelumnya, Jun lalu. 

"Dah mencari kerja?"

"Mohon tak xxx? Haritu ada bukaan jawatan besar-besaran."

"Tak dapat kerja lagi ke?"

"Tak cuba mohon xxx?"

Kelakar juga bila sesekali menerima soalan-soalan macamni. Tambah-tambah pula ditanya orang yang sama ketika sedang berada dalam persekitaran kerja. 

Tidak cukup kerjakah ni? Tertanya-tanya sendiri. 

Tetapi kemudian terfikir juga, cukup puaskah kerjanya? Cukup dikerjakan kah? Cukup berhempas pulas? Inikah dewasa yang pernah dicita-citakan suatu ketika dulu, waktu darjah satu-dua?

Kalaulah kehidupan hari ini senang-senang kacang, bolehlah memilih hendaknya apa. Tapi kehidupan hari ini sebenarnya mencabar serba-serbi. Sampai kadang-kadang boleh hilang diri sendiri; kerana lupa.. lupa telah mengharung hari-hari sebelum ini dengan bersusah payah demi masa depan yang angannya hendak menjamin kehidupan. Lupa haritu belajar bukan main lama dek mengejar gred terbaik (yang mampu) sampai berpuluh-puluh kertas semuanya digabung dari STPM sehingga ijazah sarjana. Lupa bahawa diri sendiri ada kekuatan yang berbeza dari orang lain, kerana setiap orang itu kan sememangnya berbeza. Lupa, bersyukur juga sejujurnya. 

Begitu banyak yang pernah dicapai dahulu, begitu banyak yang pernah dicuba. Begitu bermati-matian darah muda. Tetapi begitu zuhud menjadi dewasa. begitu banyak yang hendak dibuat, tetapi tak dapat. Begitu banyak peluang, tetapi lebih banyak yang berjuang sorang-sorang; mencari ruang untuk menempatkan diri demi menyara diri sendiri. 

p.s. Rezeki setiap orang tak sama. Kita sedang beriman dengan Tuhan dan ikhtiar. Kalaulah orang lain tidak hiraukan kuman di seberang berbanding gajah depan mata... tentulah takkan pijar rasanya macam dicucuh garam atas luka. Hm.