Saturday, October 12, 2013
Jawapan Soalan 1-3 : Ekonomi Sem 3
Boleh rujuk soalan trial ekonomi dari SMK Aminuddin Baki
1.
(a) Pengangguran kitaran adalah masalah buruh tidak memperoleh pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi sesebuah negara atau disebabkan krisis kewangan global iaitu pengurangan kegiatan ekonomi di peringkat global. Pengangguran geseran adalah masalah buruh tidak memperoleh pekerjaan akibat tindakan buruh itu sendiri yang memilih untuk tidak mencari pekerjaan atau berhenti kerja secara sukarela.
(b) Dasar belanjawan adalah dasar fiskal mengembang yang merujuk kepada langkah kerajaan menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai. Penambahan perbelanjaan untuk melaksanakan projek-projek baru akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pengurangan cukai dapat menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat. Pelaksanaan langkah-langkah ini akan meningatkan pertambahan permintaan agregat dan menggalakkan pertambahan keluaran negara dan sekaligus dapat mengatasi masalah pengangguran kitaran.
2. Tiga faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan
i) Perbezaan sifat pekerjaan.
Buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang selamat dan mudah akan dibayar upah lebih rendah berbanding buruh yang mempunyai jenis pekerjaan yang sukar dan berbahaya kerana pekerjaan yang dilakukan adalah berisiko.
ii) Perbezaan jumlah jam bekerja
Buruh yang diberi upah mengikut jam bekerja atau mengikut kuantiti keluaran akan dibayar lebih tinggi sekiranya sanggup bekerja lebih lama daripada buruh yang lain
iii) Perbezaan tanggungjawab
Pekerjaan yang memerlukan tanggungjawab yang berat dan banyak akan dibayar upah yang lebih tinggi berbanding pekerjaan yang mempunyai tanggungjwab yang rendah.
3.
a) Cukai langsung adalah sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan petroleum.
b) Empat jenis cukai tak langsung
i) Duti Import
ii) Duti eksport
iii) Duti eksais
iv) Cukai Jualan
[notakaki] awhhhhhh.. sangat pening kepala. to be continue sooner. enough for today's note and revision. maap hanya sampai soklan ketiga. soklan 4, 5, & 6 ada yg kene KIV sbb lack in knowledge and quite difficult. soklan yang kene pikir panjang takley bawak buad masa sekarang. Adios
kelemahan jawapan :
:: taktahu peruntukan markah, susah nak bajet brp bnyk nk tulis, atau brp isi utama nk diberi
:: tak pasti bagi soalah nyatakan and diberi berapa jumlah isi yang diperlukan, sama ada perlu beri contoh ataupun tidak.
- sekian-
Subscribe to:
Posts (Atom)