Thursday, July 21, 2011

Cinta & Ukhuwah [Fasa 1]


Fasa 1
Single is simple,
Couple makes trouble,
So don’t make life crumble

“Assalamualaikum, ukhti Sofia.” Sofia berpaling ke arah gerangan suara halus tersebut. Pada tag, di tudung figura kecil itu tertera nama Fatehah. Salam pelajar junior itu bersambut. Tangan Fatehah diraihnya sebelum dipimpin untuk duduk di bangku berhampiran.
“Ada apa Teha nak berjumpa ana? Teha ada masalah.?” Soal Sofia. Suara lebut Sofia sedikit sebanyak menghilangkan gugup dalam diri pelajar tingkatan dua itu. Barangkali Fatehah agak gugup kerana pertama kali bertemu empat mata dengan Penolong Ketua Umum (PKU) madrasah yang sering dipertkatakan tentang ketegasannya.

“Ukhti, ana nak mengadu sesuatu. Tapi, ana harap ukhti tak kisah dan tak marah dengan apa yang ana nak cakap kan ini.” Berhati-hati Fatehah menyusun ayatnya.
“Kalau tidak buat salah, InsyaAllah tiada apa yang perlu anti bimbangkan.” Fatehah menidakkan anggapan Sofia menyebabkan Sofia tersenyum nipis.“ Bagitahulah Teha.” Sambung Sofia. Dia telah bersedia untuk mendengar.
“Dalam seminggu dua ni, dah selalu sangat ana terdengar orang sekeliling bercakp buruk mengenai ukhti Laila. Ada yang dedahkan status ukhti yang kononnya tengah sakan ber’couple’ dan tak kurang juga yang memperkatakan tentang ukhti Laila selalu pulang lewat ke rumah kerana ingin berdua-duaan dengan lelaki. Tentang ukhti Laila berpegangan dengan lelaki bukan muhrim serta tidak menjaga batas pergaulan dan aurat pun turut menjadi bahan perbualan.” Sepatah-sepatah Fatehah berbicara, takut ada tersilap kata di mana-mana. Makluman Fatehah mengundang keluhan kecil dari bibir mungil milik Sofia. Sofia masih tidak bersuara, mengharapkan Fatehah menyambung bicara.

“Pada mulanya ana tak berapa nak percaya. Tambahan pula ukhti Laila pernah jadi kakak satu dorm ana yang sangat baik sebelum ni. Tapi.. Semalam ana terserempak dengan ukhti Laila di blok Tingkatan 5. Ana terkejut tengok ukhti tengah duduk bersebelahan, rapat sangat dengan lelaki tu. Ukhti Laila pula terkejut dengan kehadiran ana, tak pasal-pasal marah ana.” Bicara Fateha ketika itu adalah lebih kepada sebuah aduan. Beristighfar panjang Sofia di akhir bicara Fateha. Serba salah jadinya Fatehah melihatkan kekalutan dan kegusaran yang jelas terpamer pada wajah kakak senior yang dihormatinya.
“Teha, ana meletakkan harapan yang besar pada anti. Lepas ni kalau anti dengar lagi khabar angin macam tu, anti tegurlah individu yang sebarkannya dengan baik. Kita kena percaya pada kata-kata Allah. Aib orang lain tidak seharusnya didedahkan dan perlu dijaga dengan baik. Sekiranya kita tidak membuka aib orang, InsyaAllah, Allah akan menjaga aib kita. Teha fahamkan, apa yang ana cuba sampaikan?” Teha mengangguk beberapa kali, mengiakan.
“Khabar angin boleh memandu manusia mengumpat. Umpatan itu perbuatan yang dikeji, ibarat memakan daging saudara sendiri. Oleh itu, ana harap sangat antii dan sahabat-sahabat anti dapat sepakat dalam membendung masalah ni.”
“InsyaAllah, ukhti.” Senyuman nipis tertampal di wajah hitam manis Fateha.
“Ana dan sahabat-sahabat ana akan cuba mencari jalan terbaik selesaikan masalah berhubung Laila. Anti tak perlu bimbang, ya?”
Setelah bersalaman, Fatehah membuka langkah meninggalkan Sofia sementara Sofia sekadar menyorot langkah Fatehah yang meninggalkannya di situ.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::::::

Figura perempuan berumur tujuh belas tahun yang sedang menangis itu diusap perlahan. Beristighfar Ruqaiyah setiap kali Nur Iman Aimi menoktahkan bicaranya tentang sikap Laila dan Akif yang semakin menjadi-jadi.
“Anti, bersabarlah. Ini ujian buat kita semua.” Pujuk Ruqaiyah lembut. Dia kenal sangat dengan Aimi; sahabatnya sejak zaman kanak-kanak itu sukar untuk naik marah dan berkecil hati dengan sesiapa tetapi sekali terluka, pasti akan ambil masa untuk sembuh rawannya.
“Ana sedih sangat. Entah kenapa ana sentap sangat dengan kata-kata
songsang Akif tadi.” Luah Aimi. Sakitnya bertambah sebaik sahaja nama Akif terluah dari bibir sendiri.
“Anti sudah cuba yang terbaik untuk menegur Laila. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Yang penting, anti jangan terus berkecil hati, sebaliknya mendoakan dia agar terbuka pintu hatinya.” Sebak hati Aimi yang mendengar. Dia memeluk Ruqaiah erat.
“Ana kecewa. Tapi.. ana sangat sayangkan Laila.” Rengek Aimi. Air m
atanya mengalir, meninggalkan tompok kecil pada tudung Ruqaiyah.
Ruqaiah senyum segaris. Puas hati dengan jawapan Aimi yang sudah lembut hati.
“Ukhtifillah, anti. Ujian itu bukti kasih Allah untuk hambanya.” Perlahan, ayat sebaris itu dibisikkan ke telinga Aimi.
Aimi membuai perasaan. Fikirannya terbayangkan Laila. Laila yang baik pekertinya, beberapa tempoh yang lalu. Yang manis perwatakannya. Yang menjadi sahabat seperjuangannya. Sekejap sahaja terbayangkan Laila, Akif pula yang muncul dalam layar benaknya. Betapa, kata-kata pelajar baru madrasah itu benar-benar menghenyak jiwanya. Herdikan Laila yang menjadi punca pertelingkahan terbayang di ruang pemikiran.

“Anti nak jumpa ana?” Soal Aimi. Ketika itu, sesi persekolahan baru sahaja tamat. Dia sampai ke kelas 5 Ibnu Khaldun adalah disebabkan permintaan Laila yang mahu berjumpa dengannya.
Tangan Laila menggenggam padu sekeping nota kecil. Tiada sinar dalam anak mata coklatnya.
“Apa ni? Cuba kau jelaskan.” Intonasi suara itu naik satu anak tangga. Nota yang sudah digumpal dilempar, tepat ke muka Aimi yang berdiri di hadapannya. Bengkak sungguh hati Aimi tambahan pula dengan pandangan sinis Akif yang begitu menjengkelkan. Egonya dirasakan sudah meninggi sehingga langit ke tujuh. Maruah diri sebagai manusia dan sebagai seorang sahabat seolah-olah sedang dipijak lumat oleh sahabat sendiri. Aimi sekadar menahan perasaan.
‘Orang yang sedang ditunggangi nafsu, syahwat dan hasutan syaitan memang begini. Akal pasti kalah dan rasional hilang entah kemana.’ Detik hati Aimi, menyabarkan diri sendiri. Gumpalan kertas itu dikutip.

Riyadhus solihin,
Sabda Rasulullah : mata boleh berzina dengan melihat (sesuatu yg tidak baik atau tidak wajar dilihat yg membawa kepada fitnah & dosa) Lldah boleh berzina dengan berkata-kata, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dgn berkalan ke tempat maksiat & hati pula berzina dgn merindui, membayangi & mengingati.
f.o.i
“Kenapa dengan nota ni?” Soal Aimi dengan nada suara yang masih terkawal. Dia sebenarnya sudah boleh mengagak kemarahan rakannya adalah disebabkan ‘terkena’ dengan hadis rasulullah tersebut. Hati Laila masih hidup dan belum mati. Cuma sedang sakit parah.
Tanda-tanda hati mati adalah seseorang individu itu tidak akan terkesan dengan sebarang bentuk teguran, tidak merasa bersalah melakukan perkara mungkar yang dilarang Allah swt, berbangga dengan kesalahan yang dilakukan serta membenci kebaikan dan pihak yang melakukan kebaikan. Aimi bersyukur.
‘Barangkali sahabatnya sekadar terkeliru dan tersasar sedikit dari landasan yang sepatutnya.’ Aimi berbisik sendiri.
“Aku tahu, kau yang selitkan nota tu bawah meja aku.” Jawab Laila kasar. Hil
ang serinya sebagai seorang muslimat.
“Bukan ana. Anti pun tahu, bukan ana yang letak. Tapi FOI , Friends Of Islam madrasah. Kenapa nak jadikan ana kambing hitam pulak?” Tinggi suara Aimi menyoal kembali.
FOI. Tiada siapa pernah tahu, siapa FOI atau apa. Nota-nota dari FOI selalunya berkisarkan hadis dan firman-firman Allah sebagai teguran dan garis panduan.
“Kau tak payah nak bahankan aku. Engkau pun boleh je nak tulis nota macam ni dan guna kan nama FOI. Aku tahu kau dengki kan aku, Amy. Aku ada Akif dan kau dengan perangai bajet alim kau ni, sampai bila-bila pun Syafiq takkan pandang kau.” Angkuh bunyinya. Nama Syafiq yang diguna Laila untuk mengejeknya membuat Aimi tersepit seketika.
Malu apabila rahsia dan perasaannya dikhianati Laila dan didengari pula Akif yang sedari tadi memandangnya sinis.
“Redha Allah lebih baik dari redha manusia. Aku tak perlukan Syafiq dan kau dah tersalah percaturan.” Tukas Aimi, keras. Penggunaan katanya sudah berubah corak.
“Kau bukan tak sedar apa yang berlaku ni satu kesilapan. Cuma kau tu ego dan tak nak guna akal sendiri. Tamparan hadis sahih ni pasti kuat terkena batang hidung kau, kan?” Sambung Aimi lagi.
“Dan jangan lah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Pelajar cemerlang PMR macam kau seharusnya dah cukup mengerti surah Al-Isra’ ayat 32 ni!” Hujah Aimi ampuh. Laila menjadi pempan sementara Akif sudah memandang tajam susuk tubuh Aimi yang nampak gah berdiri. Kolam mata Aimi sebenarnya sudah bertakung air mata. Seboleh-bolehnya dia cuba tahan daripada tumpah, mengalir.
Akif berani. Bahu Laila dipaut lembut. Seolah-olah sedang menyalurkan kekuatan kepada kekasih hatinya yang lara kerana termakan kata-kata sendiri.
‘Siapa yang berani menidakkan firman Allah? Sudah tentu, aku tidak berani.’ Perlahan naluri Laila yang berbisik disingkirkan sebaik sahaja tangan Akif singgah pada bahunya yang masih haram untuk lelaki itu.
“La ikrohafiddin. Agama tak kisah, kau nak berlagak baik pulak.” Tenang tutur kata Akif ketika melafazkannya. Hati Aimi yang semakin rapuh, ranap sama sekali.
“Fahaman songsang. Kau...”
“Dah lah perempuan. Baik kau diam.” Potong Akif. Tangannya menepis kasar pula bahu Aimi.
‘Tak guna punya Akif. Berani kau sentuh aku.’ Mencerlang matanya memandang jasad Akif yang jauh lebih tinggi darinya. Cepat-cepat Aimi melangkah pergi.
Dia tidak boleh mengaji dan solat hari itu. Kesabarannya sudah sifar dan hatinya remuk seribu. Air matanya sudah mula membasahi pipi.
‘Ya Allah, kurniakan aku kekuatan. Berikan aku rahmatMu agar aku berjaya menjadi seorang mujahidah sejati di atas muka bumiMu ini.’
Langkahnya dipercepatkan. Destinasinya adalah untuk bertemu Ruqaiyah, naqibah dan zamilah yang bakal membantunya, dengan izin Allah.

::::::::::::::::::::::::::::::::::Cinta&Ukhuwah::::::::::::::::::::::::::::::

Syafiq membuka laman facebooknya pada siang hujung minggu yang redup dan damai itu. Dia keseorangan tinggal di villa selain ahli keluarga yang lain. Mak Piah, pembantu rumah sedang menyediakan makan tengah hari bersama anaknya Kak Lyn di dapur. Pak Mail pula masih kekal berada di pondok jaga yang telah dikhaskan.
Ibu, ayahnya dan Wani telah bergerak ke salah sebuah hospital swasta terkemuka di ibu kota sejak pagi lagi. Pada mulanya, Syafiq beria-ia mahu mengikut sekali. Maklumlah, siapa yang tidak akan risau apabila dimaklumkan mengenai saudara kembar sendiri mempunyai masalah kesihatan yang serius. Terkejut sungguh dia dengan berita itu. Wajah Wani nampak tenang sahaja.

“Alah bang, chill lah sikit. Akak bukan nya sakit parah pun. Cuma nak buat check-up je.” Pujuk Wani sebelum meninggalkannya seorang diri di rumah.
Fatihi Syafiq terpaksa berada di rumah kerana dia mempunyai kelas tambahan pada petang itu dan pada petang keesokan harinya.
‘Semua demi SPM dan demi kebahagiaan orang tua aku.’ Syafiq mengingatkan diri sendiri.

“Fiq, ibu dan ayah nak bawa Wani ke KL sebab nak buat rawatan susulan mengenai sakit adik awak ni. Awak duduk rumah saja, ya.” Pesan Puan Rafidah. Dia mengerti melihat anak lelaki tunggalnya berubah wajah. Syafiq memang tidak pernah diberitahu mengenai penyakit Leukimia yang dihad
api oleh kembarnya. Hal itu adalah permintaan Wani sendiri. Selama ini, sekiranya Wani ingin mendapatkan rawatan, abangnya tidak pernah tahu kerana mereka menuntut di sekolah yang berbeza sehingga berada di tingkatan tiga. Cuma pada hari ini, kebenaran mengenai penyakit Wani perlu diperjelaskan.
“Fiq, Wani sebenarnya menghidap migrain. Kami tak pasti sangat. Kalau ikut kata Wani, dia selalu pening-pening, sebab tu kami rasa Wani menghidap migrain. “ Encik Fariz pula menokok. Bertambah terkejut Syafiq dibuatnya. Wani sekadar mematungkan diri. Rasa bersalah turut terbit dalam hatinya. Kalau boleh dia tidak mahu kembarnya kecil hati dan dalam masa yang sama dia juga tidak mahu abangnya itu risau terhadap dirinya.
“Migrain? Teruk ke, kak?” Mendatar. Keperihatinannya terzahir pada riak wajah.. Pandangannya ditala menghadap Wani yang sudah bersiap dengan blaus labuh, denim, bersama shawl labuh yang litup menutupi kepala. Adiknya juga sudah siap berstoking.
“Akak bukan tak mahu bagitahu abang. Akak ingat kan akak pening-pening biasa saja. Semenjak dua menjak ni, kepala kerap sangat sakit dan pening-pening. Sebab tu akak nak ajak ibu and ayah hantar akak buat check-up. ” Wani tidak memandang tepat dalam mata Syafiq kerana bimbang saudara kembarnya itu berkecil hati dengannya. Lazimnya sejak kecil lagi, segala cerita dan rahsia mereka dikongsi bersama. Dia menekur memandang lantai kayu rumah mereka.
“Akak tak mahu abang risau bagai.” Sambung Wani lagi. Syafiq mengeluh perlahan sebelum bangkit dari duduk.
“Tak apa lah bu, Fiq tak kisah. Tapi, Fiq nak ayah dengan ibu tunggu sekejap. Fiq nak bersiap, nak ikut sekali.” Balas Syafiq. Dia akur dengan alasan Wani. Laju dia menuju ke tangga.
“Fiq, tunggu sekejap.” Arahan Puan Rafidah menyebabkan langkahnya terhenti. Dia berpaling menghadap wajah tulus ibunya.
“Fiq tak boleh ikut sekali. Fiq duduk di rumah ya.” Lembut pertuturan ibu memujuknya.
Syafiq buat muka hampa.
“Fiq masih mempunyai tanggungjawab yang lain. Tunaikan dulu tanggungjawab Fiq. Ibu dan ayah akan tunaikan tanggungjawab kami menjaga Wani. Sebagai abang, Fiq masih boleh mendoakan yang terbaik untuk Wani. InsyaAllah tak ada apa yang perlu dirisaukan.” Terasa aura keibuan Puan Rafidah meresap dalam tubuh tegapnya. Syafiq akur sekali lagi. Dia lihat Wani melemparkan senyum segaris terhadapnya.

Ulang tayang pendek pagi tadi hilang serta merta sebaik Syafiq dikejutkan dengan bunyi pop out chat di laman facebooknya.
‘Farouq rupanya.’ Getus Syafiq perlahan. Sapaan oleh Ketua Umum (KU) madrasah mendapat respon Syafiq.



Syafiq bersegera dan tidak membuang masa. Sekejap lagi pasti Kak Lyn akan memanggilnya untuk turun, makan tengah hari. Dia cepat-cepat membuka laman profil Akif ; AkieLaila. Satu persatu pautan dan komentar pada laman berkenaan ditinjau. Gayanya sudah seperti seorang perisik persendirian yang sedang mencari maklumat.

Syafiq menggeleng beberapa kali apabila matanya tertancap pada beberapa komen antara Akif dan Laila. Dia sendiri naik geli-geleman membaca komen-komen yang kononnya manja bagi pasangan kekasih itu.


‘Luv u Kie.’
‘Ela pnt lh hari ni. -,-’ kite jumpe lain kali, k?’
‘IMY baby. Esok jumpe kt skool <3’
‘Rasa nk peluk2 je Ela <3 sbb Ela ne nkl sgt !!’

Banyak lagi sebenarnya komen antara mereka yang begitu menjengkelkan pada pandangan mata kasar Syafiq. Dia tidak sanggup melihat lebih-lebih. Syafiq beristighfar panjang sebelum memanjatkan syukurnya ke hadrat Ilahi kerana dia dan adik kembarnya masih terpelihara dari melakukan perbuatan-perbuatan negatif dan maksiat sedemikian rupa. Semuanya berkat asuhan ibu dan ayah serta didikan berkualiti oleh pusat pentarbiyahan mereka.
Pemuda yang masih menghadap netbook itu, mendekat dirinya agar mudah melihat pautan-pautan kecil pada laman Akif. Dia menggaru ubun yang tidak gatal. Hairan dengan sikap remaja sebaya dengannya yang cenderung untuk ‘Like’ komen-komen Akif dan Laila yang dirasakan sangat tersasar dari landasan sebenar.
Tambahan pula kedua-dua mereka berasal dari sekolah agama yang tegas dalam memberi pentarbiyahan dan didikan mengenai hukum-hukum agama. Pada pendapat Syafiq, dia, Akif dan Laila, sebagai pelajar-pelajar keluaran madrasah seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik ketika berhadapan dengan orang luar dan bukan sebaliknya. Jika tidak mereka, siapa lagi yang akan memberi contoh pada masyarakat serta saling ingat mengingatkan untuk beramal soleh antara mereka? Soalan itu berlegar-legar dalam pemikirannya. Soalan yang sentiasa mendidik kesedaran dalam jiwa mudanya.
Syafiq menggerakkan tetikus. Gambar terbaru Laila yang menjadi pautan dalam laman Akif diklik sekali.
Wajah manis Laila ditatap seketika tanpa perasaan. Muslimat itu mengenakan shawl satin singkat paras dada berwarna merah terang. Wajah putih kemerah-merahannya tampak lebih cerah disebabkan pengubahsuaian yang dilakukan ke atas gambar tersebut. Celak tebal melingkari mata bundarnya agar kelihatan galak. Dia mengenyit mata yang ditatarias dan pipi pula dikembungkan. ‘Barangkali Laila ingin tunjukkan kecomelan luar biasa dengan pose yang sebegitu rupa.’ Getus Syafiq.Tergelak kecil dia sewaktu menatap gambar muslimat itu sepintas lalu.

‘Elok-elok muka manis, disolek macam entah apa-apa entah. Tak cun langsung.’ Pandangan peribadinya hanya dibiarkan dalam hati. Seingat Syafiq, Wani juga pernah beberapa kali bergambar dengan aksi yang lebih kurang seperti itu. Tetapi, setahu dia, adiknya tidak pernah menyolek diri seteruk itu dan tidak pernah menjadikan gambar tersebut sebagai tatapan umum, sebaliknya sekadar suka-suka untuk simpanan peribadi sahaja.
‘Tak malu sungguh.’ Hati lelakinya mengomel lagi.
Dia beralih pula kepada komen-komen yang diberikan terhadap gambar berkenaan. Hatinya tidak lagi mengutuk tetapi sedih bercampur kecewa.

AkieLaila : huhu~ peliknya muke ne. *winkwink
ElaAkif : pelik ke? Eeiii, tak baek tw. Mengata org pulak xp
AkieLaila : nape? X bole terima ke? Jgn hrp la Akie nk puji Ela comey.. xp
ElaAkif : Eleh.. x comey pon, Ela ne Kie punye jugak kn? L
AkieLaila : eh, yeke? Haha
ElaAkif : buat2 x tw pulak. Gigit naty, baru tw. Huhu -,-
AkieLaila : TAKUTnye haha~ cpt la, klw Ela berani. LOL J
ElaAkif : I LUV BITE U <3
Myahana Ali : Yucks ! u guys, geli nye cnversation korg ><’
ElaAkif : yelahtu Mya. Kau pon 2 x 5 je bkn ak x tw xp
Myahana Ali : tp x la public sgt mcm korg. Tmbh lk, bkn ke korg ne student madrasah yg sume
alim2 tu?
ElaAkif : mmg la. Tp, kitorg pon teens mcm org lain gk. Da lh. ak x suke kau mention
psl madrasah.
Raudhatul Ain : Merah nya tudung.. MasyaAllah.. -_-“
Faqihah Husna : Astaghfirullahal’azim. Anti.. ish3~
ElaAkif : Raudah > dengki lh tu.
Qehah Husna > apa maksud anti, Qehah? X phm lh ana.
Mus : Bertaubat lh kalian sementara pintu taubat masih terbuka.
ElaAkif : Mind ur own business !!!!

Syafiq menggeleng beberapa kali.
‘MasyaAllah, degil betul!’
Berat juga kepalanya mengenangkan sahabat satu madrasah dengannya itu. Syafiq terpaksa berhenti tatkala Kak Lyn memanggilnya makan; seperti yang telah dijangka.
“Astaghfirullaha’azim” Istighfarnya masih tidak berhenti.
Setelah solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran, Syafiq membaca surah Yasin di villa seorang diri. Bukan kerana dia takut kesunyian tetapi demi mendoakan agar segala pemeriksaan kesihatan yang dilakukan memberi perkhabaran yang menyenangkan. Hatinya risau semacam mahu ditenangkan dengan alunan ayat-ayat Allah yang berkuasa.
Telefon bimbitnya berbunyi runut lagu Kasih Kekasih menandakan terdapat pesanan yang masuk. Lantas telefonnya itu dicapai.
‘Fiq, nta sibuk ke malam esok? Ana nak ajak nta join ana pergi majlis ilmu dekat masjid berhampiran rumah ana, Masjid As-Solihin. Kupasan isunya menarik. Ana ingt nk pakat ramai-ramai join sekali. nta fikir2 kn lh dulu. Apa2 hal, inform kn pd ana.’
Pesanan ringkas daripada Kamal Adri disambut dengan senyum segaris. Syafiq dapat mengagak bahawa sahabat-sahabatnya yang lain seperti Farouq, Jayjay, Kama dan Adil turut mendapat pelawaan yang serupa daripada Edy.
Entah sejak bila, dia mula jatuh hati untuk menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid dan surau, dia juga tidak berapa pasti. Kerana dirinya bukan semulajadi terdorong ke arah fikrah diniyyah. Barangkali atas dasar pengaruh sahabat-sahabat di madrasah serta tarbiah di sana telah menjadikan dia cinta kepada majlis ilmu sebegini.

“Marcapada, dalam kehidupan sehari-harian kita, masih terdapat sebilangan besar golongan yang prejudis dan memandang enteng terhadap peranan majlis-majlis ilmu seperti ceramah dan forum agama serta aktiviti usrah yang selalu diadakan di institusi pendidikan, masjid dan surau-surau. Mereka berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti seperti tidak melibatkan pergaulan yang luas seolah-olah aktiviti sosial mereka akan menjadi terbatas dan tahap pemikiran mereka akan menjadi sempit. Pandangan dan tanggapan seperti ini seharusnya dikikis dari dalam jiwa seseorang yang bergelar Islam. Majlis ilmu sebegini sebenarnya bukan saja dapat mengeratkan ukhuwah sesama saudara seagama dan menambahkan ilmu agama semata-mata bahkan majlis ilmu agama pada masa kini, sudah mempunyai perspektif yang luas. Perkongsian informasi secara global dapat membantu individu muslim berfikir secara kritis dan kreatif bagi memantapkan kerohanian seseorang itu dan berinovasi dalam memantapkan akidah serta akhlak muslimin dan muslimat keseluruhannya. Melalui majlis agama juga lah, pergaulan sosial dapat berlaku secara sihat dan memberi manfaat, yang mana hal ini menunjukkan bahawa tanggapan orentalis Barat adalah salah. Majlis ilmu agama bukanlah bertujuan untuk mengongkong ahlinya malahan dapat mengukuhkan institusi masyarakat Islam itu sendiri. Setelah dirangkumkan kepentingan menghadiri majlis ilmu agama secara keseluruhannya, kita dapat kenalpasti dengan lebih jelas bahawa dengan kaedah ini, imej Islam yang berketerampilan, bersatu padu dan sepakat dapat ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam. InsyaAllah, dengan usaha yang diniatkan demi Allah dan rasulnya, kegemilangan Islam pada suatu ketika dulu dapat dikembalikan sekiranya umat Islam kembali kuat walaupun melalui peranan majlis ilmu yang kelihatan kecil di mata kasar para insan. Wallahu’alam”

Syafiq tersenyum segaris, sekali lagi. Ulasan pendek Nur Iman Aimi ketika hari pertama perkhemahan Ahli Majlis Tinggi Madrasah pada awal tahun itu kembali bertandang dalam jendela pendengarannya. Pada ketika itu, dia sememangnya mengagumi muslimat berkenaan yang berkeyakinan ketika berucap. Hujah Aimi telah meyakin kan para penonton yang terdiri daripada AMTM sendiri dan beberapa orang guru pengiring yang juga guru Biro Tarbiah. Perucapan awamnya yang cemerlang ketika itu telah menyebabkan dia terpilih sebagai setiausaha dalam organisasi tarbiah madrasah, Badan Dakwah dan Agama (BaDA) pada keesokan harinya ketika mesyuarat jawatankuasa.
Lewat malam itu, setelah menunaikan solat Isya’ dan dua rakaat solat hajat, Syafiq terlena di sofa fabrik baldu merah hati di ruang tengah tingkat dua villanya.

Cinta & Ukhuwah [Prolog]

Prolog
“Sesungguhnya apabila seorang muslim itu berjalan di atas jalan dakwah,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja bahkan dibawa bersama hati saudaranya
justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya,
pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya
-Mustafa Masyhur-
Terngiang-ngiang suara-suara barisan kepimpinan muslimat madrasah yang cekap berdiskusi sesama mereka. Sesekali membuatkan Wani kagum dengan sahabat-sahabatnya itu. Peristiwa tengah hari tadi ketika di sekolah terlayar entah buat kali ke berapa dalam kotak fikirannya. Wani mengeluh perlahan mengenangkan apa yang diperkatakan dan apa yang telah berlaku. Buku rujukan, buku nota serta beberapa buku latihan Biology dibiarkan di atas katil, tidak terusik. Leka dengan fikirannya yang jauh menjelajah ruang waktu. Bantal merah berbentuk hati dipeluk erat.
“Kak, abang ni.” Sapaan ringkas oleh abang kembarnya disusuli ketukan pintu. Perlahan-lahan pintu biliknya dikuak oleh Syafiq. Figura tegap itu kemudiannya mendapatkan tempat di meja studi menghadap Wani yang sedang duduk bersila di atas katil bujang.
“Abang tengok macam ada yang tak kena je dengan akak hari ni. Akak okay tak?” Soal Syafiq perihatin. Sekalipun Hawa Hanani tidak bercerita apa-apa kepadanya, sebagai kembar, Fatihi Syafiq pasti dapat mengagak bahawa sesuatu sedang menganggu sebahagian lagi dirinya itu. Di samping itu, dia juga gusar, takut-takut sakit adik kembarnya, menganggu lagi.
Wani tidak merespon soalan Syafiq sementara Syafiq pula masih kekal di posisinya; tidak berganjak pergi. Dia pasti Wani akan buka mulut kerana yakin ada sesuatu sedang bermain dalam benak adik kembarnya.
‘Hati, kuatkan lah semangat demi ukhuwah dan bia’ah solehah di madrasah.’ Monolog Wani, memujuk hiba dan debar yang menyapa tangkai hati. Diam.

ENTRI PENGENALAN



Assalamualaikum & selamat mlm.

entri kalini merupakan entri introduction.
just nk informkan yg lepas2 ni secara slow n steady aku
akn post mini novel aku ke dlm belog bertuah ni.
mini novel tersebut bertajuk

CINTA & UKHUWAH

korg baca lah taw.. (kalau rajin)
aku sangat hargainyeh..
kalau kerajinan tuu berlebihan,
komen lew sekali.

bai. wassalam

RALAT : Entri PLKN 9/2012

Ehem2..

nak buat announcement sikit (walaupun takde yg mendengar)
entri PLKN harituh ade ralat sikit lerr.
ade sorg brader ni, name beliau boleh pulakk tercicir
dari senarai wira2 n wirawati2 negara yang aku post.

mamat yang berkenaan ialah

NAJIBUDIN.

means, budak kelas 5 IBS, 10 org terpilih utk join program PLKN
kali ini & setakat ini.

[notakaki] Ajib potong rambut. persiapan utk ke PLKN kah??

Day Dream of Mine



Assalamualaikum wbt.

Time entri ne dibuat, azan Isya’ baru je berkumandang dari surau sebelah.

Suasana dalam bilik ponn sunyi sepi je sekarang sbb semua org menghormati azan

tersebut. Sama la macam aku juge..

Esok nk sekolah bebeh. Kalau boleh macam takmau jeh.. haha *uwish!

KOT dah habis means lepas ni, focus utama ke sekolah hanya lah prep utk

SPM 2011 semata-mata.

Anyway, bulan Julai adalah bulan projek/kerjakursus/peka & PLBS. Grrrr, sebok lagilah

hari2 aku lepasni. Tasmi’ ponn tak lagi. NAYA lahhh akuu. *padanmuke.

[straighttuthepoint]

Pic kat ats tuu diedit oleh adinda aku. Mmg la keje kegemaran die bebeh. Keje aku pulakk meng-kopi O mende ni dan pastakan ke dlm blog aku. Saje suke2 :)

[ade ank kwn mak aku tgh main wrestling due beradik. Hailah ngeri aku usya. Pi men jauh2 lerr.]

Berbalik kpd topic asal iaitu pic di ats.

Hehe~ alangkah indahnye kalau sesi dialog oleh Jang Geun Suk (Sukkie) tuu

diucapkan oleh die, die dan die kepada aku. Hahhahaha :D *berangan.

And, dialog Park Shin Hye tuu pulak adalah ucapan aku kepada die, die dan die.

Bahhhhh! Playgirl lahh pulak.

Kpd yang membaca entri ini,

ketahuilah, entri ni sekadar suka2. Aku saja nk meluahkan satu (saje) antara bnyk angan2 yang pernah TER-popping dlm kepala aku lama dulu.

IMPOSSIBLE beb.

Yang part peluk2 tuu, aku tak pernah aku TERberangan ponn. Don’t like lahh.

Anyway, peluk2 tuu kan dikire mendekati zina.. betol takk? Mendekati zina itu DILARANG KERAS dlm Kalamullah (Al-Quran) dan hukumnya HARAM. (Na’uzubillah) Takkanlah aku, die, die dan die yang ber-islamic education ni nak buat gitu. Mohon dijauhkan oleh Allah swt. *adekaitankah?

[notakaki] jgn marah ye duhai sahabat2 yang TER dan RAJIN baca entri mengarut ni.

Bukan selalu. Sekali-sekala jeh.

Assalamualaikum wbt. May Allah bless us.

Ditaip oleh: