Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Selamat malam pembaca blog gue (kalau ad yg abaca lah kan)
Rajin pulak tiba-tiba nak menaip, entah kenapa. Ahahahah. Ni
sebenarnya tengah dalam kereta ni; otw ke Johor Bahru. Tadi baru lepas RnR
Tangkak. Currently playing lagu Terakhir by Sufian Suhaimi.
Dalam keadaan suasana kereta dan waktu malam yang kelam,
kelam malap ni… layan lagu ni pulak tuh, boleh tahan sentimental jugak. Heh.
Adalah, teringat dekat seseorang bila lagu ni terngiang-ngiang dalam telinga.
Anyway, apa tujuan menaip entry? Padehal tengah menaip sambil
tak tengok skrin ni. Sebab skrin laptop ditundukkan beberapa darjah supaya
tersuluh keypad dia, maka kita yang menaip ni taknampak apa yang kita taip
dekat skrin. Free-soul writing ah gitu. Menaip saja apa yang tergerak dan
terlintas di jiwaraga. Rasanya nanti kalua tengok balik mesti ada banyak
kesalahan ejaan yang nak dibetulkan. (kalua rajin, betulkan lah~)
Semester baru yang baru jugak bermula ni, tak dinafikan
memang membawa sesuatu yang sangat berbeza berbanding semester2 lepas. Nak
cerita secara terperinci pun tak reti. Takkan nak cerita perkembangan aku
dengan crush yang tak kesampaian pulak satu-satu. Sedikit membosankan, bukan? Walaupun
sebenarnya isu dengan crush tak kesampaianlah antara factor terbesar yang
menjadikan semester ni jauh tersangat lain berbanding semester yang sebelum2ni.
Abaikanlah. Biar jadi rahsia dalam ingatan sendiri walaupun taktahu akan
bertahan ingatannya sampai bila.
Semester ni, buat pertama kalinya merasa pengalaman menjadi
AJKS untuk intake September. Menerima adik-adik baru yang perempuan semuanya
(melainkan seorang lelaki) memang seronok. Memang seronok sebab seingat aku
pada MSK kalini, boleh tahan gila2 jugak perangai yang aku bawak keluar tunjuk
dekat orang.
Alhamdulillah sebab adik-adik yang masuk kalini pun rasanya
perangai molek2 belaka. Perkenalan dengan diorang pun fun je. Semni diberi
amanat dan tanggungjawab pegang biro Kebajikan dan PTPTN. Boleh tahan mencabar
jugak, sebab melibatkan kerja2 yang berterusan sekalipun selepas tamat MSK. Aku
pun masih belajar menyesuaikan diri untuk handle biro ni dengan baik
memandangkan aku sendiri tak ada pengalaman ambil PTPTN sepanjang belajar di
UUM. Urusan hal ptptn ni penting untuk diorang; berkait dengan duit pulak tuh
jadi aku harap aku dapat buat yang terbaik sebagai ketua biro di samping
bantuan ajk2 lain.
Setakat ini, buat masa sekarang.. Aku dapat rasa tahap
motivasi dan keazaman aku masih begitu tinggi. Rasa semangat nak belajar, nak
gi kelas, nak faham subjek, nak tak tidur dalam kelas walaupun mengantuk gila
babs – haaa gituh semangatnya aku setakat ini. Harap2 istiqamahlah.
Aku masih aktif lagi dengan program dan inasis (nama
panggilan baru menggantikan DPP). Tapi setakat ni jugak, alhamdulillah sgt
sebab rasa berkorbar-korbar je nak selesaikan atau penuhi tanggungjawab yang
diberi dalam satu2 biro program tu.
Padehal, bukan tak penat. And kadang2 boleh tahan pressure gila. Rasa
macam, banyaknya kerja nak buat dalam satu masa. Tapi rasa best jugak bila
bersungguh-sungguh nak buat kerja ni. Harap istiqamah untuk semni. Mana tahu,
boleh cemerlang akademik jugak walaupun aktif berprogram. Kalau bdapat
cemerlang, means au dah Berjaya seimbangkan dan urus masa dgn baikkan. At least
itupencapaian yang baru berbanding tahun lepas. Tahun lepas aktif gila, tapi
jiwa raga pun stress jugak. Mendapat satu subjek mengulang lagi tuh. Hahah.
Nasiblah. Kegagalan semalam sebagai pengajaran, kan. In shaa Allah.
Out dlu.
p.s. Betul2 lepas aku off laptop usai menaip dalam kereta tadi, aku on data internet. masuk whatsapp yang aku tak sangka langsung akhirnya mejadikan aku di-block whatsapp kali ketiga. Tipulah aku tak rasa apa-apa. Aku menangis sepanjang dalam kereta tadi. Mujur duduk di tempat duduk belakang sekali jadi umi dan abah tak perasan perubahan pada riak muka. Hikmah mintak tukar tempat duduk dengan Aiman tiba2, rupanya inilah dia. Hm