Friday, June 18, 2010

the first end

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum bt kalian yg beragama Islam..
ak doa kan semoga kite semua berada dlm lembayung rahmat dan redhaNYA setiap waktu tanpa terlupa mengucap syukur;Alhamdulillah ats semua nikmat kurnian Allah Azza wa Jalla..
Sentiasa lah dan sama2 lah kite hargai nikmat Allah khususnye nikmat nyawa, iman, Islam dan keharmonian negara kite ni...
InsyaAllah..
ak sgt bertuah dpt menaip entri pd waktu ini.. dlm keadaan aman dan sentosa *Alhamdulillah..*
dan tidak dilupakan dgn doa ak, agr saudara2 seislam d'Palestin sentiasa tabah dan d'beri kekuatan iman dan kecekalan mental + fizikal dlm mengharungi hari2 d'sana.. InsyaAllah, setiap yg terkorban antara mereka adlh para syahid d'cc Allah.. *aminnn*

hari ni.. hari yg ok2 saja.. quite good day dan masih dlm keadaan emosi yg terkawal..
berkat dan ats kesungguhan serta kerjasama seluruh ahli keluarga ak.. rumah ak da comel :) I'm glad to c it.. mujur Allah permudahkan semuanya...


serius ckp.. walaupun ini hakikat.. naluri pelajar ak mcm tak dpt terima LUSA sekolah.. Msti buzy.
Ya Allah.. hakikat yg ni pon mcm susah jugak nk terima yg ak akn bersemuka dgn MARKAH PEPERIKSAAN MID TEST 2010 sepanjang minggu awl buke sekolah nanti... Ya Rabbi.. hrpx2 keputusannya tak seteruk yg ak x pernah byg kn.. *aminn* bukak sekolah ni.. ak hrp bella tk lupe k meminjamkn aku novel l.u.v.e dgn 143... sbb ak nk bace n masuk kan dlm nilam.. ak dpt rase kn yg both novel's best (tp, x brpe islamik lah kot):
takpex2.. i'll take it as hiburan bt diri ini..

Ya Allah.. hrpx2 sgt semuanye akn berjalan as smooth as cake's topping cream bila bukak sekolah nanti.. in other word, maybe ak akn singgah berbeloging sekali sekala je lps ni.. Wallahu'alam~

Jumaat



bismillahirrahmanirrahim..
huh..

mood: mudi
status: sakit jiwe
belog:
UNDER REPAIR

smlm g Ikea.. ber shopink di sane ; membeli itu dan ini agr rumahku bertambah beauty.. :)
have fun.. tp penat juge kerane apabila pulang.. abh bgtw semua org utk bg kejesame.. : psg langsir la, cermin n etc yg da d'beli..
MasyaAllah.. mcm x ckop kudrat.. b'jln dlm kompleks die pon dah amek mse dkt due jam setengah.. tupx2, blikx2, nk kene psg stuff segala mcm pulak?? sebagai ank yg baik dan as a prep ke arh menjadi isteri mithali (xde kaitan) maka ku redhakan diri ini sekaligus diringankan segala tulang-temulangku dlm urusan membantu umi dan abh yg da tak sbr mendecorate baiti..

segalenye berjalan lncr.. tp bru 1st phase..

2nd phase dimulakan awl pg td.. ade lg sakibaki yg tk diletakkan pd posisi yg betoi.. 2lah psl~
Alhamdulillah... from the bigining smpai la at the end of the 'gotongroyong'.. ak sgt happy membantu dan Alhamdulillah sgtx2!! sgale nye b'jalan dgn baik.. the END..

cume skrg ade prob kecil sikit.. lgx2 kpd org emo mcm ak ni.., sng pns walaupun berada dlm airconditioned room.. ^^

mcmx2 ak nk post sbagai entri n da bnyk prep yg dibuat.. tp.., mse didapati begitu dengki dgn ak semenjak due menjak ni (mentangx2 la dah nk bkk skool.., bt hal pule~) terpakse laa beralah..

masa itu umpama pedang.. <-- pepatah arab kn?? kerana xmaw kene tusuk ngn pedang n juge disebabkn ade saingan BESAR nk gune pc.. terpakse la meng...............undur..........................di..................r..................................i (><)'
mw nangis mcm ni!! (tanpa sbb.. sdeyh t'pakse out maybe)

hayati;dalami


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Renungkanlah Hawa
www.iluvislam.com
l@IYyinUL h@Rir
editor : everjihad


p.s. membace entri ni dlm munawwarah (mjlh BADAR) sekolah ak, m'buatkn ak menangis.. sobx3