Friday, July 8, 2011
SEMINAR yang hebat :)
Tanggungjawab dan Hak-Hak Pengguna
Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum wbt.
- .Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
- Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. - Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. - Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat. - Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi masa akan datang
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan
yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi
dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta
perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya
membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan,
pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan.
Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan.
Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada
pentadbiran pengadilan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau
berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi
perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan
kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan
pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat
kecuaian majikan.
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan.
Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada
pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar
menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi
pengguna yang bijak.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas
daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana
kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau
dimusnahkan.
[notakaki] untuk lebih maklumat, boleh usya blog pengguna. sebagai ahli kelab pengguna sekolah,
aku sarankan masyarakat di Malaysia yang membuak-buak sifat inquiry-nya untuk menambah pengetahuan dan informasi di web tersebut; InsyaAllah.